Mencari resepi kerabu mangga?

Secara umumnya, kerabu manggga boleh dimakan sahaja dengan nasi putih ataupun digandingkan dengan lauk seperti ikan siakap goreng, ikan bilis goreng dan lain-lain.Terliur pula bunyinya.

Kerabu mangga biasanya dibuat menggunakan mangga muda supaya rasanya masam. Sebahagian orang yang sukakan hidangan masam pasti sangat menyukai resepi kerabu mangga ini.

Cara membuat kerabu mangga sangat teramat mudah sebenarnya. Hanya dengan mengiris kesemua bahan jadi kecil kemudian menggaulkannya dan jadilah kerabu mangga yang sedap.

Kerabu mangga tidak selalunya dijual disemua kedai makan. Maka itu, kami akan menghadirkan resepi kerabu mangga pada perkongsian kali ini supaya anda boleh buat sendiri di rumah. Mari cubakan resepi kerabu mangga daripada ‎Ana Mariana Ismail‎ di laman Facebook.

Resepi Kerabu Mangga

kerabu mangga

Imej via Facebook

Bahan-bahan :

  • Mangga muda sebiji (sagat @ hiris nipis) *,
  • Serai sebatang *,
  • Bunga kantan *,
  • Bawang besar sebiji *,
  • Cili padi 5 biji (ikut selera masing-masing) *,
  • Ikan bilis goreng (tumbuk kasar),
  • Kacang tanah goreng (tumbuk kasar),
  • Garam dan gula,
  • Sos ikan,
  • Air perahan limau/oren sunquick (kalau mangga sudah masam tidak perlu letak air perahan limau).

Cara-cara :

  1. Mula-mula hiris nipis semua bahan yang bertanda *.
  2. Kemudian masukkan kesemua bahan ke dalam mangkuk besar dan perasakan bahan dengan garam, gula, sos ikan dan air perahan limau.
  3. Akhir sekali gaul sampai sekata dan secukup rasa. Siap.

Sangat senang bukan? Selamat mencuba.

Resepi Menarik Lain

Selain resepi kerabu mangga, kami juga menulis resepi sedap dan mudah lainnya yang mendapat perkongsian ramai. Jemput baca dan mencubanya. Terima kasih telah berkunjung ke laman web kami. Jangan lupa share dan like resepi ini ya.

 

 

Penulis: Rahayu Z

Pelajar yang menyukai kartun dan muzik. Memiliki hobi menulis mendorong ia untuk berkarya dan berkongsi di Bidadari.my

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.