Pening? Mencari tempat menarik di Selangor tapi tak pasti yang mana menarik? Nah,artikel ini panduan untuk anda mencari tempat menarik sekitar Kuala Lumpur dan Selangor.

Kami kongsikan 65 tempat menarik di Selangor untuk kanak-kanak dan juga orang dewasa.

Sebenarnya ada banyak lokasi menarik di Selangor untuk membawa anak-anak bersiar-siar dan beraktiviti. 65 pilihan di bawah ini hanyalah sebahagian daripadanya. Ia dipilih kerana kesesuaiannya kepada seisi keluarga ada di bandar atau kembali kepada alam semulajadi:

Sunway Lagoon

Imej via [ Sunway Velocity Hotel ]

Taman tema air yang terkenal di negara adalah Sunway Lagoon. Mempunyai keluasan 88 ekar, terdapat lebih 90 tarikan dan aktiviti menarik yang terbahagi kepada enam zon iaitu amusement park, water park, scream park, wildlife park, extreme park dan nickelodeon lost lagoon.

Antara aktiviti atau permainan menarik yang cukup mendebarkan adalah bungee jumping, roller coaster dan flow rider. Paling menarik terdapat pelbagai aktiviti air yang pertama di dunia berada di Sunway Lagoon.

Memang tak cukup masa untuk mencuba semua aktiviti dalam satu hari. Apa kata anda menginap di hotel Sunway Lagoon dan mengambil pakej yang sesuai dengan bajet anda.

Alamat: 3, Jalan PJS 11/11, Bandar Sunway, 47500 Subang Jaya, Selangor.

Waktu operasi:

  • Rabu – Isnin (10.00 pagi – 6.00 petang)

Harga tiket:

  • Kanak-kanak 12 tahun dan ke bawah (RM 178)
  • Dewasa 13 tahun dan ke atas (RM 213)
  • Warga emas 60 tahun dan ke atas (RM 178)

Setia City Mall

Imej via [ Setia City Mall ]

Setia City Mall adalah pusat membeli belah terbesar di Shah Alam yang mempunyai dekorasi dan reka bentuk luaran dan dalaman kelihatan ekslusif. Bangunan empat tingkat ini memuatkan 238 buah kedai atau peruncit.

Banyak jenama terkenal dibuka di cawangan ini seperti Zara, Parkson, Uniqlo, GSC dan sebagainya. Bukan sahaja boleh membeli belah, ada juga tempat menjamu selera, hiburan dan tempat rekreasi.

Dah penat membeli-belah, bolehlah meluangkan masa dan merehatkan diri bersama anak-anak di taman permainan dan taman rekreasi yang berada di luar pusat membeli-belah ini.

Alamat: Persiaran Setia Dagang, Setia Alam, 40170 Shah Alam, Selangor.

Laman Seni 7

Imej via [ Tripadvisor ]

Laman Seni 7 adalah tempat khas untuk anda yang sukakan seni atau anda seorang instagrammable! Bersebelahan sahaja dengan I-City, seni jalanan yang terdapat di sini berkonsepkan komuniti Shah Alam, tarikan pelancong dan konsep hijau.

Anda boleh bergambar di laman seni yang mempunyai empat kategori iaitu lukisan 3D, pemasangan 3D, perabot jalanan dan on-site painting pada bila-bila masa kerana ia dibuka untuk orang awam. Nikmatilah lukisan yang menarik sambil menghargai alam, juga bakat pelukis.

Alamat: Jalan Plumbum R7/R, Seksyen 7, 40000 Shah Alam, Selangor.

Batu Caves

Imej via [ Traveloka ]

Batu Caves adalah salah satu tempat menarik di Selangor yang terkenal dalam pelancong tempatan mahupun luar negara. Tempat ini menjadi tumpuan ramai orang termasuk kaum Hindu untuk menyambut perayaan Thaipusam.

Selain bergambar, ada juga yang datang ke sini untuk belajar sejarah penubuhan tempat ini serta melihat budaya kaum tersebut. Terdapat 272 anak tangga yang berwarna-warni yang menuju ke gua kuil. Di sinilah tempat utama buat pelancong bergambar.

Alamat: Gombak, 68100 Batu Caves, Selangor.

99 Wonderland Park

Imej via [ 99 Wonderland Park ]

Hanya satu tempat mempunyai pelbagai tarikan menarik yang terbahagi kepada 19 zon seperti 99 Dinasour Park, 99 Wild Island, 99 Jetty & 99 Cruise dan sebagainya. 99 Wonderland Park adalah sebuah tasik yang luas dan tarikan utama adalah petting zoo.

Di sini pengunjung boleh bersantai sambil melihat pelbagai haiwan seperti rusa, arnab, itik dan lain-lain dengan lebih dekat, memberi haiwan makan dan bergambar. Paling menarik, anda boleh menaiki cruise atau boat pusing sekitar tasik sambil menikmati alam.

Anda digalakkan datang ke sini pada waktu malam untuk melihat permandangan yang lebih menarik dengan lampu bersinar menghiasi setiap sudut.

Alamat: Jalan 13a, Pusat Bandar Utara Selayang, 68100 Batu Caves, Selangor.

Waktu operasi dan tiket masuk:

Isnin – Khamis (5.00 petang – 11.00 malam)

  • Dewasa 12 – 59 tahun | RM 38
  • Kanak-kanak/OKU/Warga emas | RM 22

Jumaat-Ahad/Cuti umum/ Cuti perayaan/Cuti Sekolah (5.00 petang – 12 tengah malam)

  • Dewasa 12 – 59 tahun | RM 48
  • Kanak-kanak/OKU/Warga emas | RM 28

Sabtu/Ahad/Cuti umum/Cuti perayaan/Cuti Sekolah (9.00 pagi-4.00 petang)

  • Dewasa 12 – 59 tahun | RM 30
  • Kanak-kanak/OKU/Warga emas | RM 18

Bangi Wonderland

Imej via [ Bangi Wonderland ]

Bangi Wonderland merupakan sebuah taman tema air yang turut dikenali di Selangor. Terdapat 16 tarikan yang menarik dan sesuai untuk bawa anak-anak bermandi-manda sambil bermain di sini. Antara tarikan menarik adalah The Fall, Water Cannon, Insane Racer dan Green Pearl.

Anda digalakkan untuk datang bersama pasangan, keluarga atau berkumpulan kerana kebanyakan aktiviti air di sini sesuai untuk berkumpulan. Bawa pakaian yang sesuai dan sewa tube jika anda ingin mencuba kesemua aktiviti.

Alamat: 2, Persiaran Bangi Avenue, Bangi Avenue, 43000 Kajang, Selangor.

Tiket masuk:

  • Dewasa & Kanak-kanak | RM 35

Waktu operasi:

  • Isnin, Rabu, Khamis & Jumaat (11.00 pagi – 6.00 petang)
  • Sabtu & Ahad/Cuti umum/Cuti sekolah (10.00 pagi – 6.00 petang)
  • *Ditutup pada setiap Selasa kecuali sewaktu cuti umum dan cuti sekolah

Blue Tears

Imej via [ Kuala Selangor.com ]

Blue Tears ialah fenomena alam semula jadi yang berlaku hanya pada waktu malam. Fenomena ini berlaku disebabkan oleh Dinoflagellate, alga atau plankton marin yang memancarkan cahaya biru-hijau pada waktu malam.

Jika anda ingin menyaksikan fenomena unik ini, anda perlu menaiki boat menyelusuri pantai dan anda akan dibawa ke tempat yang lebih gelap agar melihat dengan lebih jelas persisir pantai yang berwarna biru.

Blue Tears ini dekat sahaja dengan Sky Mirror iaitu tempat fotografi paling menarik yang terhasil seolah-olah pantulan dari air dan langit. Jika anda ke Sky Mirror, jangan lupa untuk mengunjungi Blue Tears yang jarang didapati di tempat lain.

Alamat: Kuala Selangor, Selangor.

Maya Park Eco Ardence

Imej via [ 360 tour asia ]

Maya Park di Eco Ardence merupakan sebuah tempat rekreasi yang mempunyai kawasan dan tasik yang luas. Sesuai untuk anda yang ingin bersantai bersama keluarga, berbasikal, jogging dan sebagainya.

Terdapat sebuah jambatan cantik yang menyeberangi tasik. Cantik juga jika anda ingin melakukan sesi bergambar. Datang pada lewat petang jika anda ingin menyaksikan matahari terbenam di tasik.

Bersebelahan Taman Maya, anda boleh meneruskan perjalanan ke Ardence Labs yang menyediakan 27 kontena yang menempatkan banyak kedai makan dengan pelbagai variasi makanan. Secara tak langsung, ia mewujudkan suasana berkonsepkan urban.

Waktu operasi:

  • Setiap hari (6.00 pagi – 11.00 malam)

Alamat: 40170, Persiaran Setia Alam, Setia Alam, 40170 Shah Alam, Selangor.

Air Terjun Serendah

Air Terjun Serendah
Imej via dasyifa

Berkelah di air terjun bersama anak-anak memang menyeronokkan. Sementara mereka bermain air, anda boleh berehat, menyedut udara segar, mendengar bunyi air mengalir sambil memerhatikan anak-anak.

Airnya yang bersih dan pemandangannya yang indah menarik ramai orang untuk datang semasa hujung minggu. Ada juga kawasan di mana airnya lebih cetek dan lebih sesuai untuk anak-anak kecil.

Tandas, bilik mandi, pondok-pondok untuk orang awam, dan tempat meletak kereta disediakan menjadikan lokasi ini amat mesra pengunjung.

Alamat: Kampung Orang Asli Serendah, 48200 Serendah

Jump Street Trampoline Park

Jump Street Trampoline Park
Imej via vmo

Taman Trampoline terbesar di Asia ini menghubungkan beratus trampoline dalam satu ruang bertutup. Ia mempunyai beberapa bahagian. The Main Court merupakan ruang trampoline terbesar bersaiz 9000 kaki persegi.

The Foam Pit membolehkan anak anda melompat dan jatuh di dalam beribu kiub besar yang lembut. Lompat di atas trampoline dan masukkan bola ke dalam jaring seperti seorang pemain bola keranjang profesional di ruang Slamdunk.

Ada 10 ruang di taman ini yang pasti tidak akan mengecewakan. Anak-anak anda (dan anda juga) boleh melompat dan melompat dengan gembira.

Harga Tiket: RM27

Alamat: 8, Jalan 13/6, Seksyen 13, 46200 Petaling Jaya

Waktu Operasi: 10am-9pm (Ahad-Khamis), 10am-10pm (Jumaat-Sabtu)

Blok Space

Blok Space
Imej via kualalumpurkids

Adakah anak anda suka bermain dengan blok atau Lego? Atau adakah anda mahu anak-anak anda membina minda kreatif? Blok Space meyediakan ruang untuk anak-anak berusia 5 sehingga 14 tahun untuk tujuan ini. Ia terletak di beberapa lokasi di Selangor. Ada lebih 300 jenis permainan disediakan termasuklah Lego dan Gundam.

Harga Tiket: RM18

Alamat: IPC Shopping Centre (Damansara), The School Jaya One, Main Place USJ 21, Empire Shopping Gallery, 1 Mont Kiara

Taman Botani Shah Alam

Taman Botani Shah Alam menyediakan pelbagai aktiviti sesuai semua peringkat umur. Tambah pengetahuan dengan mempelajari tentang tumbuh-tumbuhan, memancing, berbasikal dan berenang.

Jika sukakan cabaran di kawasan terbuka, dikelilingi pokok-pokok hijau, inilah juga tempat yang terbaik untuk menguji stamina anda.

Skytrex dibahagikan kepada beberapa pakej iaitu Big Thril (23 cabaran dalam masa 2 jam), Little Adventure (15 cabaran dalam masa 30 minit), dan Extreme Challenge (21 cabaran dalam masa 2 jam).

Harga Tiket: RM3 (dewasa), RM1 (kanak-kanak)

Harga Tiket Skytrex: RM 45 (Big Thrill), RM35 (Little Adventure), RM50 (Extreme Challenge)

Alamat: Jalan Liku 8/1, Seksyen 8, 40000 Shah Alam

Waktu Operasi: 830am-6pm (Selasa-Ahad)

I-City Theme Park

I-City Theme Park
Imej via jefftravel88

Kanak-kanak suka dengan taman tema kerana ada banyak permainan dan cahaya di sana. Suasana di taman tema seperti syurga buat mereka.

Di I-City kanak-kanak boleh merasai pengalaman menonton cara luar biasa menerusi 5D Cinema, bermain salji di Snowalk, mengunjungi rumah hantu, makan-makan di Wow Street, menaiki Mini Pirate Ship, Rocking Chase Car, dan Fitness Junior.

Harga Tiket: RM30 (dewasa), RM18 (Kanak-kanak),

RM36 (warga asing dewasa), RM36 (warga asing kanak-kanak).

Alamat: Jalan Bukit Merah, 34400 Semanggol, Perak.

Waktu Operasi: 9am-5pm setiap hari

Kidzania

Kidzania
Imej via tripsandactivities

Apa cita-cita anda bila dewasa kelak? Itu soalan yang akan selalu diterima kanak-kanak. Di Kidzania, kanak-kanak dapat merasai pengalaman melakukan banyak kerjaya yang dilakukan oleh orang dewasa. Mungkin mereka tidak ragu-ragu lagi menjawab soalan berkaitan cita-cita selepas ini.

Harga Tiket: RM35-RM41 (dewasa), RM35-RM85 (Kanak-kanak),

Alamat: Curve NX, 18, Jalan PJU 7/5, Mutiara Damansara, 47810 Petaling Jaya.

Waktu Operasi: 10am-6pm setiap hari

Forest Research Institute Malaysia (FRIM)

Hutan ini merupakan hutan simpan milik kerajaan yang dijadikan pusat bagi mereka yang mahu membuat kajian perhutanan. Walaupun begitu, ia turut dibuka kepada orang awam.

Bagi mereka yang tinggal di bandar yang sibuk seperti Kuala Lumpur, FRIM merupakan lokasi terbaik untuk keluar seketika mendapatkan ketenangan.

Ia bukan sahaja sesuai kepada orang dewasa, malah kanak-kanak mendapat manfaatnya. Berjalan di dalam hutan, berbasikal dan menaiki jambatan gantung adalah antara aktiviti boleh dilakukan di FRIM.

Alamat: Jalan FRIM, Kepong, 52109 Selangor

Waktu Operasi: 8am-5pm (Isnin-Jumaat)

Farm in The City

Farm in The City
Imej via parenthoodmedia

Zoo mini ini amat sesuai bagi kanak-kanak. Mereka boleh memberi makanan kepada haiwan-haiwan seperti kura-kura, burung, rusa, kambing, lembu, arnab, dan hamster. Haiwan-haiwan lain seperti kuda, kangaroo, kijang, iguana, prairie dog, skunk, dan musang fennex.

Ada aktiviti memancing untuk pengunjung dan menonton persembahan burung kakak tua juga.

Harga Tiket: RM30 (dewasa), RM25 (Kanak-kanak),

RM48 (warga asing dewasa), RM38 (warga asing kanak-kanak).

Alamat: Jalan Prima Tropika Barat 1, Pusat Bandar Putra Permai, 43300 Seri Kembangan

Waktu Operasi: 10am-6pm (Isnin-Jumaat), 930am-6pm (Sabtu-Ahad)

Jemput singgah ke tempat-tempat ini jika anda dari negeri-negeri yang lain. Bagi penduduk Selangor pula, mungkin ada tempat di sini yang belum anda lawati. Jangan tunggu lama-lama. Cepat rasai pengalaman menyeronokkan di 10 tempat menarik ini.

SnoWalk i-City

Snowalk merupakan taman tema musim sejuk dalam bangunan yang pertama di Asia Tenggara. Bawa ahli keluarga anda ke sini. Tapi jangan lupa untuk memakai kasut yang sesuai dan jaket yang disediakan pihak SnoWalk agar anda dapat merasai pengalaman musim sejuk dalam 50,000 kaki persegi ruang dengan 100mm salji di atas lantainya yang berada di bawah 5 darjah celcius. SnoWalk turut dihiasi dengan lebih 100 tan arca ais yang dibina oleh 30 artis dari Harbin, China.

Alamat: i-Gallery, Persiaran Multimedia, 40000 i-City, Shah Alam

Waktu Operasi: Isnin – Khamis (11am – 12am), Jumaat (11am – 1am), Sabtu, Cuti Umum dan Cuti Sekolah (11am – 1am), Ahad (11am – 12am)

Harga Tiket: RM35 (warganegara Malaysia), RM40 (bukan warganegara Malaysia)

Ladang Teh Boh Bukit Cheeding

Ladang Teh Boh Bukit Cheeding
Imej via sitisalehaariffin

Ramai yang tidak menyangka ada ladang teh di Banting, Selangor kerana biasanya teh ditanam di tanah tinggi seperti Cameron Highland. Sebenarnya, ladang teh ini merupakan ladang teh tanah rendah yang telah dibuka sejak tahun 1927.

Ia ditanam di bawah pokok kelapa sawit secara berselang-seli dalam kawasan ladang seluas 210 ekar. Kaedah penanaman ini merupakan yang pertama seumpanya di dunia. Sebagaimana ladang teh yang ada di Cameron Highland, ladang teh ini juga mempunyai ladang khas bagi memproses dan membungkus teh.

Jadi, kepada mereka yang mahu melihat keunikan kaedah penanaman dan pemprosesan teh tanah rendah, jemput ke Ladang Teh Boh Bukit Cheeding.

Alamat: Majlis Daerah Kuala Langat, Persiaran Majlis, Jalan Sultan Alam Shah, 42700 Banting, Selangor.

Galactic Laser Tag

Galactic Laser Tag
Imej via galacticlaser

Pernahkah anda cuba beraksi seperti polis atau perwira dengan pistol atau senapang? Galactic Laser Tag menyerupai permainan paint ball.

Cuma, pelurunya tidak akan menyakiti tubuh anda. Ini kerana anda beraksi dengan menggunakan senapang laser. Mereka mempunyai beberapa jenis permainan termasuk Capture the Flag, Team, Individual dan Space Marine.

Selain di Sunway, Galactic Laser Tag juga mempunyai cawangan di Mid Valley. Jadi, selain bermain, anda juga boleh membeli-belah.

Alamat: LG3.06, Sunway Pyramid Mall, No. 3 Jalan PJS11/15, 46150 Petaling Jaya

Waktu Operasi: Ahad – Khamis (10am – 10pm), Jumaat – Sabtu dan cuti umum/sekolah (10am – 11pm)

Harga Tiket: mengikut pakej dan keahlian. RM60 – RM100 (pakej), RM33 – RM51 (ahli), RM38 – RM58 (bukan ahli)

Camp 5

Mahu memanjat di ruang berhawa dingin? Camp 5 adalah gim memanjat dalam bangunan yang terbesar di Asia. Pendaki berpengalaman boleh menjadikan ini ruang untuk memantapkan lagi kemahiran mereka menerusi pelbagai jenis dinding seperti plumbum, blok batu freestanding dan gua batu.

Mereka juga ada menyediakan ruang untuk pemula atau beginner jika anda masih baharu dalam sukan ini. Kanak-kanak seawal 8 tahun juga boleh memulakan hobi atau memiliki kemahiran baru dengan menyertai aktiviti memanjat ini.

Alamat: EZ501, 5th Floor, 1 Utama Shopping Centre, Bandar Utama, Damansara, 47800 Petalilng Jaya, Selangor

Waktu Operasi: Isnin – Jumaat (2pm – 11pm), Sabtu – Ahad dan Cuti Umum (10am – 8pm)

Harga Tiket: RM33 (dewasa), RM16 (kanak-kanak bawah 15 tahun), PERCUMA untuk kanak-kanak bawah 8 tahun

Skytrex Shah Alam

Skytrex Shah Alam
Imej via afifplc

Skytrex menguji kecergasan dan keberanian anda. Tiga permainan di dalam hutan Taman Botani Negara Shah Ala mini disesuaikan dengan tahap pengunjung. Little Adventure bagi mereka yang baru berjinak-jinak dengan aktiviti mencabar keberanian ini.

Big Thrill bagi mereka yang mempunyai kemahiran pertengahan, manakala Extreme Challenge khusus buat mereka yang berpengalaman atau berani. Memanjat tangga, berjalan di atas kabel yang jauh dari permukaan tanah, berjalan di atas papan yang bergoyang di udara, flying fox dan banyak lagi.

Anda perlu menghabiskan kira-kira 17 sehingga 30 cabaran, bergantung kepada tahap anda.

Alamat: Jalan Liku 8/1, Seksyen 8, 40000 Shah Alam

Waktu Operasi: Selasa – Ahad (830am – 5pm), ditutup pada hari Isnin

Harga Tiket: RM35 (beginner), RM45 (intermediate), RM55 (advance). Sila buat tempahan dalam talian

Zoo Negara

Zoo Negara
Imej via worldofbuzz

Tiada yang lebih menyeronokkan bagi seorang kanak-kanak apabila dapat melihat banyak haiwan di depan mata. Zoo Negara telah dibuka sejak tahun 1963 dengan keluasan 110 ekar. Mereka memiliki kira-kira 476 spesis mamalia, burung, reptilia, ikan dan amfibia untuk tontonan dan pengetahuan pengunjung mengenai haiwan.

Oleh itu, Zoo Negara menyediakan pakej khas untuk pendidikan kepada para pelajar, program kajian kepada pelajar yang hendak melakukan projek kajian berkaitan haiwan, seminar dan kursus, serta mengalu-alukan orang ramai untuk menjadi sukarelawan di Zoo Negara.

Zoo Negara juga aktif menarik minat pengunjung dengan menawarkan sambutan hari lahir, Zoo Hunt dan Explorace di dalam zoo.

Alamat: Jalan Ulu Kelang, Kemensah Heights, 68000 Ampang, Selangor

Waktu Operasi: Isnin – Jumaat (9am – 430pm), Sabtu – Ahad (9am -530pm)

Harga Tiket: RM44 (dewasa), RM16 (kanak-kanak 3 – 12 tahun), RM21 (warga emas).

Tadom Hill Resort Banting

Tadom Hill Resort Banting
Imej via blinkthasn

Tadom berada dalam senarai ini kerana ia amat menarik dari segi lokasi dan aktivitinya. Ia amat sesuai bagi mereka yang mahukan percutian untuk merehatkan minda.

Kawasan seluas 40 ekar ini terdiri daripada bukit-bukau batu kapur, tasik-tasik dan pokok. Antara aktiviti yang ada adalah ATV, flying fox, abseiling, futsal pantai, bola tampar dan banyak lagi. Anda juga boleh terjun ke dalam tasik dari papan berketinggian 5m.

Tadom Hill Resort Banting menyediakan pelbagai jenis penginapan yang diperbuat daripada buluh yang pastinya menarik perhatian pengunjung.

Alamat: 42700 Banting

Waktu Operasi: Setiap hari (8am – 630pm)

Bayaran Masuk: RM22 seorang untuk semua aktiviti air

Bukit Tabur

Bukit Tabur
Imej via hamidy

Bukit Tabur atau Bukit Hangus yang merupakan sebahagian rabung kuarza mempunyai pemandangan yang sangat indah. Ia mempunyai kira-kira 250 spesis tumbuh-tumbuhan di mana 5 daripadanya merupakan tumbuhan endemik. Bukit ini terkenal di kalangan para pendaki. Tempat menarik di Selangor untuk kaki hiking.

Namun, ada sebahagian bukitnya agak berbahaya kerana keadaannya yang curam terutama Bukit Tabur West dan Bukit Tabur Extreme. Oleh itu, anda digalakkan untuk membawa mereka yang berpengalaman untuk turut serta dalam pendakian anda.

Terdapat 5 puncak bukit kesemuanya untuk anda terokai iaitu Bukit Tabur West, Bukit Tabur East, Bukit Tabur Far East, Bukit Tabur Extreme dan Bukit Tabur Extra.

Alamat: Taman Melawati

Harga Permit: RM5. Dapatkan permit daripada Jabatan Perhutanan Negeri Selangor

Pantai Tanjung Rhu

Pantai Tanjung Rhu
Imej via journeyofazlan

Pantai Tanjung Rhu terletak di Pulau Carey dan tidak sama dengan Tanjung Rhu yang terkenal di Langkawi. Ia tiada kemudahan dataran berbatu, apalagi tempat berehat untuk orang ramai. Tapi, ia sesuai untuk anda mengambil angin, menenangkan minda dan jika anda mahukan privasi dan jauh dari kesibukan.

Minda anda direhatkan dengan pemandangan lautan dan kapal-kapal dagang yang lalu di situ. Jika bernasib baik atau rajin untuk mencari, anda akan menemui belangkas dan mentarang. Jarak pantai ini dari pintu masuk Pulau Carey hanya kira-kira 15 minit sahaja.

Alamat: Pulau Carey, 42960 Kuala Langat, Selangor

Bukit Melawati

Bukit Melawati
Imej via google

Bukit Melawati merupakan lokasi bersejarah di Selangor. Ia adalah pusat pentadbiran dan kubu Kesultanan Selangor pada abad ke 18 dan 19. Jadi, anda akan menemui kesan-kesan peninggalan sejarah termasuk dinding pertahanan kota, tapak istana, rumah api, makam diraja, telaga tujuh, telaga beracun dan beberapa Meriam.

Ada ‘kereta api’ khas bagi kemudahan pengunjung bergerak ke mana-mana kawasan. Dalam perjalanan, anda mungkin akan dapat melihat Monyet Silvery Lutung yang mendukung anaknya yang berwarna oren dan monyet ekor panjang.

Alamat: Jalan Semarak, 45000 Kuala Selangor

Waktu Operasi: Sabtu – Ahad, dan cuti umum (9am – 6pm)

Harga Tiket: RM5 (dewasa), RM3 (kanak-kanak)

Masjid Diraja Sultan Alauddin

Masjid Diraja Sultan Alauddin
Imej via emily2u

Masjid ini kelihatan menyerlah terutama oleh kontra biru langit dan hijau pohon di sekitarnya. Ini kerana keseluruhan binaannya berwarna kuning. Masjid Diraja Sultan Alauddin atau Masjid Bandar adalah di antara masjid tertua yang terdapat di Selangor.

Ia dibina pada awal 1900-an, kira-kira 200m dari Istana Bandar. Senibinanya dipengaruhi senibina Moor dan Mughal. Tulisan khat ayat-ayat suci Al-Quran menjadi hiasan dalamannya.

Alamat: Jalan Istana Kampung Bandar, 42700 Jugra, Selangor

Muzium Insitu Jugra

Muzium Insitu Jugra
Imej via mdfaiez84

Terletak di kaki Bukit Jugra dan berdekatan dengan Sungai Langat, bangunan muzium ini asalnya merupakan balai polis, penjara dan rumah pasung. Ia dibina pada tahun 1875 oleh Kapten Harry Charles Syers yang merupakan seorang pegawai polis British ketika itu. Bangunannya dibina daripada batu granit yang ditemui di sekitar kawasan ini.

Bahagian atasnya adalah mahkamah, manakala tingkat bawahnya dijadikan penjara bagi menempatkan pesalah sebelum dibicarakan. Muzium Insitu terletak berhampiran dengan beberapa lokasi bersejarah yang lain seperti tapak perigi lama, tinggalan istana lama, dan setor peluru.

Alamat: Kampung Permatang Pasir, 42700 Banting, Selangor

Hatter’s Castle

Hatter’s Castle
Imej via careyisland

Namanya diambil daripada rupa bentuk bumbungnya yang menyerupai topi. Ia juga diinspirasikan daripada novel karya A.J Cronin.

Bangunan dengan senibina Inggeris ini pernah menjadi kediaman Pengurus Ladang Kelapa Sawit pada sekitar abad ke-18. Ia direka pada tahun 1931 dan merupakan banglo gaya kolonial yang pertama di Pulau Carey. Hatter’s Castle dibina dengan keluasan 496 meter persegi dan berketinggian empat tingkat. Kos binaannya pula sebanyak RM25,500.

Bahan binaannya diperoleh di sekitar Bukit Jugra, manakala tukangnya pula dibawa khas dari Shanghai. Beberapa penduduk dari puak Mah Meri juga dijadikan tukang. Hatter’s Castle telah disenaraikan sebagai bangunan warisan.

Alamat: Pulau Carey, Banting, Selangor

Kuan Wellness Eco Park

Kuan Wellness Eco Park
Imej via tourismselangor

Dengan keluasan 5 ekar, Kuan Wellness Eco Park dikelilingi oleh ladang kelapa sawit dan buah-buahan tropika. Mereka menjanjikan lokasi unik yang menyeronokkan buat pelancong, penyelidik dan peminat alam semulajadi.

Tambahan pula, mereka mempunyai landskap yang indahKuan Wellness sebenarnya adalah tempat perusahaan dan pengeluaran sarang burung.

Jadi, pengunjung yang datang ke sini akan dibawa melihat kerja pemprosesan sarang burung, melawat teater dan galeri, dan taman eko.

Alamat: Lot 408, Jalan Tanjung Layang, Kg. Tanjung Layang, Mukim Batu, 42800 Tanjung Sepat, Selangor

Harga Tiket: RM2

Paya Indah Wetland

Paya Indah Wetland merupakan kawasan tanah lembap buatan yang pada asalnya adalah lokasi perlombongan timah dan pengorekan pasir. Kemudian ia diubah menjadi taman yang indah di mana ada banyak pokok teratai, telipuk dan ikan serta dikelilingi pokok-pokok.

Aktiviti yang boleh dilakukan di sini adalah trekking, berbasikal, berkayak, memancing, dan menyaksikan pemandangan dari menara tinjau. Anda juga pasti teruja melihat buaya dan badak yang dibela di sini di samping Laman Fauna yang mengumpulkan haiwan-haiwan kecil dan comel.

Paya Indah Wetland amat sesuai untuk mereka yang mahu lari dari kesibukan bandar. Mereka turut menyediakan penginapan bagi yang mahu bermalam.

Alamat: Jabatan Perhilitan, KM4, Jalan Dengkil – Banting, 43800 Dengkil, Selangor

Waktu Operasi: Sabtu – Khamis (8am – 6pm)
Jumaat (8am – 12pm, 245pm – 6pm)
Harga Tiket: PERCUMA

Hutan Simpan Komuniti Kota Damansara (Kota Damansara Community Forest Reserve)

Hutan Simpan Komuniti Kota Damansara
Imej via hikingandgardening

Hutan Simpan Komuniti seluas 320 hektar dan telah diwartakan pada tahun 2010 bagi tujuan rekreasi, pendidikan dan kajian. Setiap pagi terutamanya pada hujung minggu, ramai yang datang ke sini untuk berbasikal dan mendaki bukit. Mereka yang beriadah di sini datang daripada pelbagai peringkat usia.

Oleh itu, usah terkejut jika anda melihat kanak-kanak berjalan di dalam hutan dan mendaki bukit bersama penjaga mereka. Ada 6 laluan yang mana setiap satunya sejauh kira-kira 2km.

Anda juga dialu-alukan untuk menambah ilmu dengan mempelajari mengenai tanaman tradisional komuniti Orang Asli Temuan di Taman Aunty Sipew yang dibuat khas bagi tujuan tersebut.

Alamat: Jalan merbah 10/1, Seksyen 10, Kota Damansara, Selangor

Muzium Orang Asli

Muzium Orang Asli
Imej via myrokan

Muzium ini berada di bawah pengurusan Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA). Muzium Orang Asli ditubuhkan dengan tujuan memulihara dan memelihara artifak-artifak berkaitan masyarakat Orang Asli.

Ia secara tidak langsung mendidik masyarakat mengenai tradisi Orang Asli dari pelbagai aspek seperti adat resam dan kepercayaan, pantang-larang, aktiviti perubatan, upacara perkahwinan, dan memburu. Antara barangan yang dipamerkan termasuk belanga yang berusia lebih 600 tahun.

Alamat: KM24, Jalan Pahang Lama Gombak, 53100 Gombak, Selangor

Waktu Operasi: Setiap hari (9am – 6pm)

Pantai Remis

Pantai Remis
Imej via menarakehidupan

Ini merupakan salah satu pantai yang terletak di Selangor yang mula menerima lebih ramai pengunjung. Ia pantai yang sesuai untuk beriadah bersama-sama keluarga dan rakan-rakan. Keadaan angin dan lautnya sesuai untuk bermain laying-layang dan kapal layar.

Mereka yang suka makanan laut atau mengumpul cangkerang sebagai hobi boleh mendapatkan apa yang dimahukan di sini. Di sini ada banyak gerai makanan laut. Pantai Remis juga adalah tempat yang diminati kaki pancing untuk memancing. Pada waktu senja, melihat matahari terbenam cukup mendamaikan.

Alamat: Jalan Pantai Remis, Jeram, 45800 Kuala Selangor (memandu di sepanjang Jalan Kapar untuk kira-kira 20km sehingga bertemu dengan papan tanda Pantai Remis)

Muzium Coklat Kota Damansara

Muzium Coklat Kota Damansara
Imej via jomjalan

Muzium ini menarik bukan hanya kerana anda boleh menemui banyak coklat di sini, tapi cara mereka mempamerkannya menjadikan ia satu-satunya muzium coklat di Asia Tenggara yang menggabungkan pameran digital, fakta-fakta menarik, kelengkapan tahap pencapaian dan lebih daripada 100 jenama coklat pada harga terbaik.

Pengunjung akan mempelajari mengenai semua mengenai coklat termasuk bagaimana ia dihasilkan. Malah, muzium ini turut mengeluarkan coklat mereka sendiri menerusi Museum-Fresh Chocolates. Membeli coklat sudah pasti aktiviti paling penting di sini kepada semua pengunjung.

Alamat: No.2, Jalan Teknologi 3/5, Taman Sains Selangor 1, 47810 Kota Damansara, Selangor

Waktu Operasi: Setiap hari (10am – 5pm)

Harga Tiket: PERCUMA

Rumah Api Bukit Jugra (Bukit Jugra Lighthouse)

Rumah Api Bukit Jugra
Imej via kakireview

Bukit Jugra yang terletak di lokasi bersejarah di Kuala Langat ini memiliki dua rumah api. Rumah api paling tua dibina semasa pentadbiran British, manakala yang kedua dibina pada 1976 selepas Kuala Langat tidak lagi menjadi ibu negeri.

Tinggi rumah api yang pertama ialah 146 meter dan yang kedua setinggi 25 meter. Dari puncak rumah api ini, anda akan melihat pemandangan indah di sekitarnya termasuk Sungai Langat mengalir ke Selat Melaka selain pemandangan Pulau Carey.

Alamat: 42700, Banting, Selangor

Gua Damai Extreme Park

Gua Damai Extreme Park
Imej via tourismselangor

Gua Damai terletak di utara gunung di mana Batu Caves berada. Gua Damai Extreme Park mempunyai 5 buah gua untuk diterokai pengunjung iaitu Gua Kristal, Gua Anjing, Gua Chili Padi, Gua Ichibawa dan Gua Fig Tree. Gua Damai Extreme Park menyediakan banyak pakej pilihan sesuai dengan keinginan dan minat pelanggan.

Antaranya ialah sukan mendaki, abseiling, memanjat pokok dan memasuki gua. Aktiviti abseiling dilakukan dari dinding batu dengan ketinggian 25m sehingga 90m.

Aktiviti memasuki gua pula mempunyai 150 laluan dengan pembentukan batu kapur di gua ini berusia kira-kira 60 juta.

Alamat: Kampung Melayu Wira Damai Batu Caves, Selangor

Waktu Operasi: Setiap hari (9am – 6pm)

Harga Tiket: RM70 (Fun Climbing), RM150 (Basic Rock Climbing), RM150 (Gua Damai Extreme), RM70 (Basic Tree Climbing), RM250 (Personnel Climbing Guide)

Masjid Sultan Salahuddin Abd Aziz Shah

Masjid Sultan Salahuddin Abd Aziz Shah
Imej via islam

Masjid Biru. Itu namanya yang lain. Ia merupakan masjid yang terbesar di Asia Tenggara dengan kubah dan menaranya juga dikatakan yang terbesar di dunia. Namanya bersempena mantan Sultan Selangor yang bukan sahaja memerintahkan binaannya, malah turut memilih dan mendermakan elaunnya untuk pembinaan masjid ini.

Senibina masjid ini menggabungkan ciri-ciri moden dan tradisional dengan sentuhan unsur senireka Melayu dan Timur Tengah. Masjid ini menyediakan kemudahan termasuk galeri seni, bilik persidangan, dewan serbaguna, bilik seminar, perpustakaan dan kelas agama.

Alamat: Persiaran Masjid, Seksyen 14, 40000 Shah Alam, Selangor

Pantai Bagan Lalang

Tak susah pun nak mencari pantai di Selangor. Salah satu pantai yang terkenal ialah Pantai Bagan Lalang yang terletak di Tanjung Sepat.

tempat menarik selangor
Imej via Foursquare

Anda boleh berkelah bersama keluarga sambil menikmati pemandangan pantai yang indah. Bila air surut pada waktu siang, anda boleh berjalan sekeliling kawasan pantai. Mesti best! 

Alamat: Bagan Lalang, 43950 Tanjong Sepat, Selangor

Kepong Metropolitan Park

Ingin meluangkan masa bersama keluarga untuk melakukan aktiviti yang menyeronokkan dan menenangkan jiwa? Untuk itu, Kepong Metropolitan Park ini merupakan taman yang wajib anda kunjungi!

tempat menarik
Imej via Foursquare

Taman seluas 95 hektar ini adalah kawasan luas yang terdiri daripada tasik 57 hektar, satu berita baik buat mereka yang gemar memancing. Di samping itu, anda juga boleh bermain layang-layang.

Alamat:  Jalan Lingkaran Tengah 2, Kepong Metropolitan Lake-garden, 52100 Kuala Lumpur

Waktu operasi: 6 am – 8 pm

Bukit Broga

Ramai yang mengenali dan pernah mendaki Bukit Broga terutama mereka yang datang dari Selangor dan Kuala Lumpur. Tingginya hanya 400 meter. Jadi, pendakian mengambil masa kira-kira sejam sahaja.

Tambahan pula, laluannya tidaklah sukar. Namun, ia cukup untuk memanaskan badan. Disebabkan itulah ia sentiasa ramai terutama semasa hujung minggu. Bukit ini tidak mempunyai banyak pokok sebagaimana bukit yang lain. Pokok-pokok hutan hanya ditemui dalam perjalanan 15 minit pertama.

Selepas itu, permukaan tanahnya ditumbuhi lalang, lantas menjadikan pemandangan puncaknya begitu indah. Bagi ramai orang, ia umpama berada di luar negara.

Alamat: Semenyih, Selangor

Gunung Nuang

Sukakan akviti hiking? Dakilah Gunung Nuang yang berketinggian 1,493 meter ini. Puncaknya bersempadan dengan negeri Pahang dan Selangor dan dekat dengan sempadan sempadan Pahang-Selangor-Negeri Sembilan.

Gunung itu sendiri adalah titik tertinggi kedua di Selangor dan sebahagian daripada Gunung Titiwangsa. Sebaik sahaja sampai di puncak, pemandangan hutan yang cantik pasti akan buat anda terpesona.

tempat menarik selangor
Imej via Foursquare

Selain mendaki gunung, anda juga boleh melakukan aktiviti lain seperti bermandi-manda di Hutan Lipur Gunung Nuang. Berkelah di situ pun boleh!

Alamat: Hulu Langat, Selangor

AVANI Sepang Goldcoast Resort

Mencari tempat penginapan bertaraf 5 bintang? AVANI Sepang Goldcoast Resort ialah tempat yang terbaik untuk itu! Merupakan hotel bertaraf lima bintang, ianya terletak di Sungai Pelek.tempat menarik selangor

tempat menarik selangor
Imej via Foursquare

Terdapat lebih 300 buah villa yang dibina di atas air. Di samping itu, hotel ini juga terletak berdekatan dengan Pantai Bagan Lalang, salah satu tarikan pelancongan di Sepang.

Alamat:  67 Jalan Pantai Bagan Lalang, Kg Bagan Lalang, Bagan Lalang, 43950 Sungai Pelek, Selangor

Pulau Ketam

Pulau Ketam adalah sebuah pulau yang terletak di luar pantai Pelabuhan Klang, Selangor, Malaysia. Tanaman utama pulau ini ialah paya bakau.

tempat menarik selangor
Imej via Foursquare

Pulau ini diterokai pada tahun 1880 dan merupakan tempat memancing yang popular ketika itu. Kini, ianya merupakan salah satu tempat=menarik di Selangor yang dikunjungi ramai.

Taman Eko Rimba Kanching Waterfalls

Selangor ini tidak terhad kepada kawasan bandar yang dipenuhi oleh bangunan pencakar langit sahaja. Pantai dan air terjun juga boleh didapati di sini.

tempat menarik selangor
Imej via Foursquare

Salah satu tarikan tersebut ialah Taman Eko Rimba Kanching Waterfalls. Anda boleh berkelah dan bermandi-manda sambil menghirup udara segar di air terjun yang cantik ini!

Alamat: Templer Park, 48000 Rawang, Selangor

Waktu operasi: Setiap hari, 7 am – 5,30 pm

Amcorp Mall

Teringin singgah di pusat membeli-belah yang menawarkan harga murah atau borong? Amcorp Mall ialah pusat membeli-belah yang terbaik untuk itu.

Beroperasi sejak tahun 1998, pusat membeli-belah ini menjual barangan seperti barangan antik dan barangan terpakai yang masih baik kualitinya. Memang syurga buat shopaholic!

Alamat: 18, Jalan, Persiaran Barat, Seksyen 52 Petaling Jaya, 46050 Petaling Jaya, Selangor

Waktu operasi: Setiap hari, 10 am – 10 pm

Santuari Ikan Sungai Chiling

Pencinta alam wajib lawati Santuari Ikan Sungai Chiling yang terletak di Kuala Kubu Bharu ini. Ianya dibuka tiga kali seminggu iaitu pada setiap Sabtu, Ahad dan Selasa.

tempat menarik selangor
Imej via Portal Rasmi Jabatan Perikanan Malaysia

Anda bukan sahaja dapat melihat air terjun yang cantik, malah anda juga boleh memancing di sini. Boleh juga bawa ahli keluarga atau rakan-rakan bersama, lebih meriah!

Alamat: 44000 Kuala Kubu Bharu, Selangor

Waktu operasi: Setiap Sabtu Ahad & Selasa, 8 am – 5 pm

Sungai Tekala Recreation Forest

Sungai Tekala Recreation Forest atau Hutan Rekreasi Sungai Tekala adalah salah satu kawasan rekreasi di Hulu Langat yang popular.

tempat menarik selangor
Imej via Foursquare

Aktiviti yang dilakukan oleh pengunjung di sini termasuklah berkelah, berkhemah dan bermandi-manda. Selain itu, ada juga yang datang ke sini untuk merehatkan minda.

Alamat: Semenyih, Selangor

Waktu operasi: Setiap hari, 7 am – 7 pm

Harga tiket: Dewasa RM 2 | Kanak-kanak RM 1

Trick Art Museum @ i-City

Bagi yang sukakan seni atau suka bergambar, anda boleh berkunjung ke Trick Art Museum @ i-City ini. Trick Art di sini memang menarik dan sedikit mengelirukan pada masa yang sama.

tempat menarik selangor
Imej via Foursquare

Ada pelbagai tempat yang mempamerkan trick art di sini. Yang menarik, anda akan kelihatan seperti termasuk sekali di pameran tersebut dek kerana kreativiti perekanya.

Alamat: Jalan Multimedia, I-city, 40000 Shah Alam, Selangor

Waktu operasi: Setiap hari, 11 am – 12 am manakala Jumaat 11 am – 1 am

Sultan Abdul Aziz Royal Gallery atau Galeri Diraja Sultan Abdul Aziz merupakan sebuah galeri di Daerah Klang, Selangor. Galeri ini mempamerkan koleksi DiRaja Selangor.

tempat menarik selangor
Imej via timeout

Ianya dibina pada tahun 1909 oleh seorang arkitek British, dan senibinanya memang cantik. Di sini, anda akan belajar dengan lebih lanjut tentang sejarah dan warisan Kesultanan Selangor.

Alamat: 3, Jalan Stesen, Kawasan 1, 41000 Klang, Selangor

Waktu operasi: Setiap hari kecuali Isnin, 10 am – 5 pm

District 21

District 21 Putrajaya
Imej via District21

Taman tema lasak ini berkeluasan 70000 kaki persegi. Ia menyediakan aktiviti-aktiviti menarik di beberapa bahagian iaitu memanjat dinding di Power Station, merasai keterujaan menaiki Roller Glider, memandu di Go Pedal, menunggang basikal, skuter atau papan luncur di Pump Track, memanjat di Sky Trail, melompat di trampoline di Launch Pad, menelusuri terowong di The Maze, melompat di Free Fall, dan menggelungsur dengan tiub di Tubby Ride.

Active Pass adalah untuk mereka yang ingin menyertai aktiviti-aktiviti di taman, manakala Non-Active Pass adalah untuk mereka yang mahu masuk tetapi tidak mahu menyertai permainan.

Harga Tiket: RM58-RM75 (Active Pass), RM10 (Non-active pass)

Alamat: District 21, AT 6, Level 1, IOI City Mall, Lebuh IRC, IOI Resort City, 62502 Putrajaya

Waktu Operasi: 12pm-8pm (Isnin-Jumaat), 10am-8pm (Sabtu, Ahad, cuti umum

Kelip-kelip Kampung Kuantan

Kampung Kuantan dikenali kerana kelip-kelipnya. Ia pasti pengalaman menyeronokkan bagi kanak-kanak. Mereka berada di dalam sampan menyusuri Sungai Selangor pada malam yang gelap tapi diterangi oleh cahaya indah beratus atau beribu kelip-kelip yang berterbangan di pohon-pohon Berembang.

Harga Tiket: RM40/sampan untuk 4 orang. Pengunjung diberikan air dan makanan ringan.

Alamat: Kampung Kuantan, 45000 Batang Berjuntai, Selangor

Waktu Operasi: 745am-1030pm setiap hari

Tandem Paragliding Bukit Jugra

Adakalanya anda perlu mencuba sesuatu yang baharu iaitu meluncur di udara. Usah bimbang kerana ia merupakan tandem paragliding di mana anda meluncur bersama-sama dengan seorang pembimbing berpengalaman.

Anda sebagai penumpang berada di hadapan dan pembimbing anda bertindak sebagai pemandu yang akan mengawal peluncur. Seperti seekor burung, anda akan menikmati keindahan sekitar Bukit Jugra dari udara. Ini sudah tentu pengalaman yang amat berbeza.

Usia seawal 7 tahun boleh terlibat dalam aktiviti ini dengan kesesuaian berat adalah mengikut keadaan angin.

Alamat: Bukit Jugra, Banting

Harga Tiket: RM220 seorang

Taman Alam Kuala Selangor

Melihat pokok mampu menenangkan jiwa dan menyegarkan mata. Apa lagi jika ia merupakan tempat perlindungan pelbagai flora dan fauna. Taman Alam Kuala Selangor ini meliputi lebih daripada 200 hektar tanah pinggir laut di mana sebahagian besarnya terdiri daripada paya bakau yang penting untuk pembiakan ikan.

150 spesis burung dan kira-kira 100,000 burung randuk daripada 30 spesis melintasi kawasan ini semasa berhijrah. Pengunjung mempunyai 4 pilihan laluan sejauh 550 meter sehingga 1.1km.

Menara pula untuk melihat taman ini dari sudut pandang yang berbeza. Bagi yang mahu bermalam, chalet dan pondok berbentuk A turut disediakan.

Alamat: Jalan Klinik, 45000 Kuala Selangor, Selangor

Waktu Operasi: Setiap hari (9am – 6pm)

Harga Tiket: RM4 (dewasa), RM1 (kanak-kanak bawah 17 tahun), RM2 (warga emas)

Pantai Morib

Pantai Morib merupakan pantai yang terkenal di Selangor. Ia menjadi pilihan keluarga untuk beriadah dan melakukan aktiviti terutama ketika hujung minggu. Pokok rhu di sepanjang pantai menjadikanya sesuai untuk perkelahan.

Ia tarikan kepada kaki pancing dan pengumpul cangkerang laut. Lebih menarik kerana anda juga boleh menangkap ketam di sini. Kanak-kanak pula tidak melepaskan peluang bermain laying-layang di sini.

Gerai makan juga banyak. Lantas memudahkan pengunjung mengisi perut sambil melihat keindahan lautan yang terbentang luas. Pantai ini juga hampir dengan tempat-tempat menarik seperti Rumah Api Jugra, Istana Bandar, dan Masjid Sultan Alauddin.

Alamat: Morib, 42700 Banting, Selangor

Rumah Kebun

Rumah Kebun adalah rumah penginapan yang dikelilingi pepohon, sungai, dan ayam. Persis suasana kampung yang aman damai, tenang daripada segala pencemaran.

Jika anda mahukan suasana itu untuk berehat dan bersantai bersama-sama keluarga, ini adalah antara pilihan terbaik. Malah, rumah yang boleh memuatkan sehingga 16 ahli keluarga ini mempunyai kolamnya sendiri. Kanak-kanak pasti menyukainya.

Alamat: Kampung Sungai Semungkis, Batu 14 ½, Hulu Langat, 43100 Langat, Selangor

E-mel: [email protected]

Harga: RM1500 – RM2000 (2H1M), RM1950 – RM2600 (3H2M)

Pulau Carey

Tarikan pelancong yang datang ke sini adalah komuniti Mah Meri iaitu salah satu daripada 18 kumpulan Orang Asli yang terdapat di Malaysia. Mereka amat terkenal kerana menghasilkan topeng dan patung kayu daripada sejenis kayu merah bernama Nyireh Batu.

Malah, mereka mempunyai kira-kira 25 tukang kayu atau pengukir yang menghasilkan lebih daripada 100 rekaan. Ramai juga yang datang ke sini untuk menikmati makanan laut mereka, di samping berjalan-jalan di tepi pantai. Pulau Carey yang berukuran satu per lima daripada Singapura ini diliputi oleh ladang kelapa sawit.

Walaupun begitu, ia pokok-pokok yang hampir pupus dan pokok kayu bakau telah ditanam semula.

Alamat: Pulau Carey (Selatan Pelabuhan Klang dan Utara Banting)

G2G Animal Garden

Sekali imbas, mungkin G2G Animal Garden ini tampak seperti zoo. Namun, perbezaan utamanya terletak pada cara anda berinteraksi bersama haiwan di sini.

g2g tempat menarik selangor
Imej via Foursquare

Hal ini kerana pengunjung dapat memegang haiwan di sini. Antara haiwan yang akan anda temui ialah iguana, burung kakak tua, ular, arnab, kambing dan banyak lagi.

Alamat: Jalan MAEPS 4/1, Fasa 3 Presint 9, 43400 Serdang, Selangor

Waktu operasi: Setiap hari, 10 am – 6 pm

Harga tiket: RM 15 Kanak kanak | RM 20 Dewasa

Pulau Indah

Satu lagi pulau di Pelabuhan Klang yang boleh anda kunjungi ialah Pulau Indah. Dahulunya, pulau ini dikenali sebagai Pulau Lumut.

Pulau ini memang seindah namanya. Antara aktiviti yang kerap dilakukan di sini ialah memancing. Ada juga yang ke sini untuk berjalan-jalan.

Pantai Kelanang

Pantai cantik ini dikelilingi pokok-pokok rhu dan pokok kayu bakau yang menjadikan pemandangannya menarik. Pokok-pokok rhu yang tumbuh di sepanjang pantai menjadikan kawasan ini redup dan sesuai bagi tujuan perkelahan dan berkhemah.

Selain itu, pengunjung ke sini untuk bermandi-manda, mengambil gambar, bermain laying-layang dan bermain di taman permainan bagi kanak-kanak.

Hujung minggu biasanya menyaksikan ramai pengunjung datang ke sini. Pilih untuk datang pada hari-hari biasa jika anda mahukan lebih ketenangan.

Alamat: Pantai Kelanang, Kampung Kelanang, Selangor (7km dari Morib)

Pasir Penambang

           Imej via Foursquare

Akviti yang dilakukan di sini ialah memberi makan kepada helang. Bukan di Langkawi sahaja anda boleh melakukan aktiviti sebegini, jadi ini sememangnya satu peluang keemasan!

Selain itu, di sini ada menjual minuman coconut shake yang sedap dan menyegarkan tekak. Sambil menaiki bot melihat helang, bolehlah anda menghilangkan dahaga dengan menikmati minuman ini.

Alamat: 45000 Kuala Selangor, Selangor

Sky Mirror

Sky Mirror ini adalah fenonema apabila air pantai surut, menyebabkan wujudnya permukaan air yang mewujudkan  bayangan langit dan ianya kelihatan seperti cermin.

Bunyinya menarik, bukan? Ini merupakan satu fenomena yang jarang-jarang untuk didapati. Jadi, jika anda singgah di Sekinchan, lawatilah Sky Mirror. Ianya cuma berlaku 6 ada hari 1, 2, 14, 15, 16 dan 30 mengikut kalendar Cina.

Alamat: Jeti Pekan Lama, Jalan Sultan Mahmud, 45000 Kuala Selangor, Selangor

Waktu operasi: 8.30 am – 9.30 pm

Harga kemasukan: Kanak-Kanak RM60 – RM80 | Dewasa RM80 – RM100

Padi Box

Padi Box ini merupakan inap desa atau homestay yang turut digabungkan bersama kafe. Yang menarik, ianya terletak di sawah padi.
                 Imej via Foursquare

Ini memang patut masuk dalam senarai tempat menarik di Selangor yang boleh dikunjungi. Selain daripada cantik, anda juga dapat merehatkan minda di sini. Nak short escape? Inilah tempatnya!

Alamat: Jalan Tali Air 4, Kampung Parit Empat, 45400 Sekinchan, Selangor

No. Telefon: 019-320 5688

Min Nature

Min Nature adalah pameran miniature terbesar di Asia dan ketiga di dunia. Dikatakan bahawa setiap satu yang dipamerkan di sini adalah hasil kraftangan atau buatan tangan yang mana model baru diletakkan setiap minggu. Jadi, anda tidak akan melihat model yang sama pada satu-satu masa.

Antara model yang ada di dalam pameran seluas 17,000 kaki persegi ini adalah keretapi bergerak dan gunung berapi. Min Nature mempunyai banyak ruang khas termasuk bilik multimedia, kedai cenderamata, dan pondok gambar. Kanak-kanak pasti menyukai tempat ini!

Alamat: Level 4, Summit USJ, Subang Jaya

Waktu Operasi: Setiap hari (10am – 10pm)

Harga Tiket: RM28 (dewasa), RM15 (4 – 12 tahun)

Air Terjun Lepoh

Alamat: 43100 Hulu Langat, Selangor

Waktu operasi: Setiap hari, 7 am – 7 pm

Satu lagi tempat menarik di Selangor yang cantik – Air Terjun Lepoh. Mungkin air terjun ini nampak kecil, namun airnya yang jernih dan bersih merupakan antara faktor pengunjung berasa selasa bila ke sini.

                                                                   Imej via Foursquare

Anda boleh melakukan pelbagai aktiviti seperti bermandi-manda dan berkelah di sini. Boleh juga bawa keluarga atau rakan-rakan bersama, lebih meriah!

Artikel Menarik Tempat Lain

Bagaimana dengan senarai tempat menarik di Selangor yang dikongsikan? Anda teruja?Jangan lupa untuk like dan share ya. Selain artikel di atas, kami juga menulis artikel tempat yang lain untuk dilawati.

Penulis: Nur Syafiqah

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.