Whitehead adalah musuh utama wanita dan juga lelaki. Bahan yang paling umum digunakan untuk merawat whitehead adalah asid salisilik, asid beta hidroksi (BHA) yang berfungsi untuk membuka pori-pori anda.
Selain itu, antara bahan lain untuk merawat whitehead adalah seperti asid glikolat (asid hidroksi alfa) dan retinol. Dari segi penggunaannya pula, biasanya digunakan pada waktu malam sebelum tidur.
Fungsi serum whitehead bukan sekadar untuk menghilangkan whitehead, namun ia juga bertindak sebagai rawatan untuk mencerahkan kulit dan membuatkan kulit menjadi lebih sihat.
Bertindak sebagai pelembab kulit serta memberikan vitamin yang secukupnya juga kepada kulit. Bagi anda yang mahukan serum untuk hilangkan whitehead, berikut adalah merupakan antara serum terbaik untuk whitehead.
Serum Safi ini mengandungi Nano Gold yang mempunyai sifat antioksidan dan anti-radang. Fungsinya adalah untuk menjaga sel kulit agar selamat dari bahan radikal bebas dan kerosakan kulit.
Serum ini juga diperkaya dengan Beetox yang dapat memperbaiki struktur kulit anda dan meningkatkan keanjalan kulit anda. Ia sesuai untuk anda yang mempunyai masalah kulit kerana ia bukan komedogenik yang tidak akan menyumbat liang pori dan mengekalkan kelembapan kulit.
Kadar pengeluaran kolagen yang akan memperbaiki masalah kulit untuk akan dipertingkatkan. Serum terbaik untuk whitehead ini dilengkapi dengan fungsi mencerahkan dan meratakan tona warna kulit.
Serum Olay adalah serum terbaik untuk whitehead dan memberikan kelembapan tambahan pada kulit wajah anda. Ia juga merupakan serum anti-penuaan yang dapat melawan dan melambatkan proses penuaan pada wajah anda dengan formulasi Amino-Peptide Complex.
Bagi anda yang mempunyai masalah whitehead, serum ini adalah salah satu cara pantas untuk merawatnya.
Serum ini diformulasikan dengan teknologi terkini dan mempunyai kesan tahan lama. Untuk pengetahuan anda, serum ini memberikan hasil yang mantap selepas 7 hari penggunaannya yang konsisten.
Bahan dalam serum Nutox Advanced Seum Concentrate ini juga sangat bagus untuk menghilangkan whitehead. Kulit anda juga akan kelihatan lebih muda selepas 7 hari penggunaannya.
Serum jenama Clinelle ini mampu mencerahkan, menghidrat dan menjana semula kulit anda ke lapisan baru sehinggakan wajah anda kelihatan lebih segar dan bermaya.
Pigmentasi dan whitehead juga lebih pudar serta ia dapat meratakan tona warna kulit. Serum ini juga dikatakan mampu mengurangkan masalah kedutan dan garis-garis halus yang muncul di permukaan kulit.
Serum terbaik untuk whitehead ini diperkaya dengan ekstrak Nasi Ungu Jepun, Vitamin C dan bunga matahari yang dapat menjadikan kulit wajah anda lebih anjal dan sentiasa lembap sepanjang masa.
Namun, apa yang menjadikan serum ini lebih baik adalah kerana dapat memperbaiki penghalang kelembapan pada kulit dan tidak akan menimbulkan rasa sakit ketika menggunakan serum ini.
Formulasi terbaru daripada serum keluaran daripada Bio-Essence ini telah menggabungkan beberapa bahan pencerah dan pelembab dalam satu botol.
Kandungannya diekstrak dari Tanaka Tree Bark, bunga Camellia, Arbutin dan White Plus Complex yang berkesan untuk menghilangkan whitehead dan jeragat pada kulit sambil memberikan penghidratan kepada kulit muka yang kering dan kusam.
Ia juga dapat mencegah pembentukan bintik-bintik gelap, parut degil dan memberikan rasa sejuk pada kulit yang bertujuan untuk keanjalan kulit dan memulihkan kulit.
Serum yang diperkaya dengan alga laut dan Aloe Vera ini akan melembutkan dan menjadikan kulit wajah anda lebih halus dan lebih cerah.
Turut diformulasikan dengan campuran unik antioksidan kompleks, Rosapene, ia dapat melindungi kulit anda dari radikal bebas. Penggunaan secara konsisten akan membuatkan kulit wajah anda akan kelihatan lebih bersinar setelah beberapa minggu.
Serum terbaik untuk whitehead dari Dr. WU Intensive Hydrating Serum with Hyaluronic Acid yang diperkaya dengan khasiat asid Hyaluronik ini dapat menghidrat kulit wajah dalam tempoh jangka masa yang panjang.
Diformulasikan menggunakan HyaluComplex yang mampu mengekalkan penghidratan dan kelembapan melalui semua jenis lapisan kulit. Ia juga mampu merawat masalah whitehead dan pelbagai jenis masalah kulit anda.
Tahukah anda, Serum daripada Neogence Pore Extremely Off-Heads Serum ini dapat mengurangkan masalah bintik hitam dan whitehead pada permukaan kulit wajah?
Malah ia dapat menghilangkan kotoran yang masih melekat pada liang pori. Bagi mereka yang mempunyai kulit kering dan sensitif juga disyorkan untuk menggunakan serum ini kerana ianya dapat memberikan perawatan kulit yang terbaik.
Serum Eucerin ini adalah salah satu jenama penjagaan kulit yang disyorkan oleh pakar dermatologi bagi anda yang mempunyai masalah kulit seperti whitehead dan sebagainya. Serum ini dapat menjaga dan memulihkan kesihatan kulit sambil memberikan kulit yang lebih berseri.
Serum Cosmoderm Tea Tree Oil Oil-Control ini diekstrak daripada bahan seperti Lemon, Aloe Vera dan buah-buahan yang mampu untuk merawat masalah jerawat, blackhead dan whitehead dengan berkesan.
Serum Cosmoderm Tea Tree Oil Oil-Control Serum ini juga sesuai digunakan untuk mereka yang mempunyai kulit berminyak yang berlebihan pada kulit muka.
Khasiat daripada serum terbaik untuk whitehead ini juga dapat melegakan alahan pada kulit dan juga dapat mengelak pertumbuhan jerawat yang baru.
Itulah dia antara serum terbaik untuk whitehead yang boleh anda cuba. Jom baca juga Serum terbaik untuk jerawat, Set berpantang, serum terbaik untuk kulit berminyak dan scrub badan terbaik.
Pandangan di atas tidak mewakili pendapat Bidadari. Ianya adalah penulisan perkongsian dan pendapat penulis.