Apakah panduan pergi bercuti yang terbaik boleh ibu bapa praktikkan jika membawa anak-anak?
Musim cuti sekolah tiba lagi. Ini pasti menjadi momen terbaik untuk ibu bapa meluangkan masa bersama anak-anak dengan membawa mereka bercuti atau ke tempat-tempat yang menarik.
Namun, cabaran membawa anak-anak khususnya bayi ketika bercuti bukanlah perkara yang mudah tanpa ilmu dan tips yang berkesan.
Artikel pada kali ini kami akan berkongsi kepada anda berkenaan dengan panduan pergi bercuti bersama anak-anak yang boleh memudahkan urusan percutian anda.
Apabila merancang percutian keluarga, pertimbangkan destinasi yang memenuhi keperluan keluarga dan menawarkan pelbagai tarikan yang sesuai untuk kanak-kanak di setiap peringkat umur.
Cari tempat dengan penginapan mesra keluarga. Contohnya ada pusat peranginan atau hotel yang menyediakan kemudahan seperti taman permainan, kolam renang dan suite keluarga yang luas.
Panduan pergi bercuti dengan anak yang seterusnya adalah pilih aktiviti yang sepadan dengan minat dan kemampuan anak.
Pilih aktiviti yang mengabungkan pelbagai aspek seperti pengalaman, pendidikan, rekreasi dan budaya yang sesuai untuk anak-anak anda.
Membuat senarai semak adalah penting untuk memastikan anda mempunyai semua yang diperlukan untuk perjalanan yang lancar.
Jangan lupa bawa pakaian tambahan, lampin, kain lap, dan sebarang ubat yang diperlukan.
Dalam masa yang sama, bawa juga sedikit makanan ringan, minuman dan barangan hiburan seperti buku, mainan dan peranti elektronik untuk memastikan anak-anak selesa serta tidak meragam sepanjang perjalanan.
Terdapat banyak pilihan pengangkutan yang berbeza-beza bergantung kepada tempat. Anda sepatutnya memilih pengangkutan yang paling sesuai dengan keperluan keluarga anda bergantung kepada bilangan ahli keluarga.
Pertimbangkan juga faktor seperti jarak, tempoh dan kos. Jika anda menggunakan pengangkutan udara seperti kapal terbang atau menaiki kereta api, tempah pilihan mesra kanak-kanak dan tempat duduk bersama lebih awal.
Manakala jika mengembara dengan kereta pula, pastikan anda mempunyai tempat duduk kereta yang sesuai baby car seat dan sebagainya.
Panduan pergi bercuti yang seterusnya adalah cari penginapan yang direka khusus untuk keluarga.
Dapatkan hotel, pusat peranginan atau sewaan percutian yang menawarkan bilik yang luas, kawasan permainan, kolam renang dan kemudahan lain yang memenuhi keperluan kanak-kanak.
Apabila membuat tempahan, minta barangan seperti katil bayi, kerusi tinggi atau pagar bayi untuk memastikan penginapan tersebut selesa untuk keluarga anda.
Sebagai ibu bapa anda perlu bertindak sebagai individu yang memberi keselesaan kepada anak. Pastikan anak melaksanakan rutin waktu tidur seperti biasa untuk membantu mereka menyesuaikan diri dengan persekitaran tidur yang baru.
Perlu anda tahu bahawa fleksibiliti dalam jadual perjalanan sangat diperlukan kerana perjalanan dengan anak-anak kadangkala boleh membawa perubahan yang tidak dijangka.
Justeru itu, anda perlulah sentiasa bersedia dengan sebarang kemungkinan yang akan berlaku.
Tidak semua syarikat insurans kesihatan menawarkan perlindungan di luar negara. Baca polisi insurans anda dengan teliti dan jika anda tidak menemui butiran tentang perlindungan antarabangsa, anda patut menghubungi pembekal insurans tersebut.
Anda juga boleh membeli insurans perubatan tambahan. Walaupun tiada siapa yang mahu menumpukan pada perkara yang boleh berlaku, adalah lebih baik untuk berada dalam keadaan selamat apabila melakukan perjalanan dengan anak kecil.
Jika anda melancong dalam negara, semak sama ada hospital berdekatan menerima insurans anda ataupun tidak.
Panduan pergi bercuti yang seterusnya adalah cari tempat yang anak-anak anda akan nikmati sama seperti anda. Perjalanan dengan anak-anak boleh menjadi sedikit merumitkan.
Mereka tidak boleh melakukan semua yang anda mungkin mahu lakukan, tetapi jika anda merancang lebih awal dan membuat jadual perjalanan yang melibatkan mereka, anda boleh mencari tempat yang anda berdua nikmati.
Justeru, lebih banyak perancangan yang anda lakukan, maka akan lebih kecil risiko yang mungkin berlaku.
Dapatkan segara dos vaksin Covid-19 dan dos penggalak kepada yang ingin melancong ke luar negara. Ini bagi memastikan diri anda sukar untuk dijangkiti penyakit berjangkit ketika bercuti kerana kemungkinan anda untuk terdedah kepada pelbagai jenis virus adalah tinggi.
Selain itu, pastikan anak-anak anda memakai topeng muka dan kekalkan jarak yang selamat antara satu sama lain terutamanya di kawasan sesak atau awam. Simpan kain lap dan sanitiser sedia ada sekiranya anda memerlukannya.
Untuk mengelakkan kerap berhenti, cuba simpan beberapa makanan ringan di tangan. Anda juga harus memastikan anak anda mengambil air yang mencukupi dan makan diet serat tinggi.
Sembelit dan sakit perut mungkin lebih kerap berlaku pada kanak-kanak semasa melakukan perjalanan di luar rutin biasa mereka.
Mainan kecil adalah pilihan pintar untuk mengisi atau mengalih perhatian anak anda. Jika anak anda mempunyai gangguan berkaitan autisme, usaha untuk sentiasa kekalkan tahap input deria yang sama dan kurangkan bising.
Melancong boleh menjadi sesuatu yang menyeronokkan kerana ia mencabar. Kanak-kanak khususnya gemar untuk meneroka dunia yang lebih luas melebihi apa yang mereka ketahui sehingga kadang kala boleh meningkatkan risiko kecederaan.
Malah kemalangan kecil di dapur, bilik mandi atau ruang tamu kadangkala boleh menjadi masalah besar jika tidak ditangani dengan cara yang betul.
Oleh itu, kit perubatan adalah penting untuk dibawa sebelum perjalanan. Kit perubatan asas ini termasuk seperti:
Pertimbangkan untuk mengembara semasa waktu luar puncak untuk mengelakkan kesesakan dan beratur panjang.
Ini boleh membantu mengurangkan tekanan untuk anda dan anak-anak anda,serta menjadikan perjalanan lebih selesa dan menyeronokkan.
Perjalanan boleh meletihkan, terutamanya untuk anak kecil. Pastikan anda mengambil banyak waktu rehat supaya semua orang boleh meregangkan kaki mereka dan tidur sebentar jika perlu.
Menggantikan aktiviti bersiar-siar yang sibuk kepada hari bersantai di tepi pantai atau luangkan masa di hotel juga merupakan cara terbaik untuk memastikan semua orang gembira dan bertenaga.
Didik anak-anak anda tentang langkah berjaga-jaga keselamatan diri, terutamanya apabila melancong ke tempat yang tidak dikenali.
Sebagai contoh, terangkan mengenai konsep “bahaya orang asing” dan wujudkan garis panduan yang jelas tentang tempat anak anda boleh pergi dan meneroka sendiri.
Sentiasa menekankan kepentingan untuk selalu bersama di kawasan yang sesak atau tidak dikenali.
Bergantung pada umur dan tahap kematangan mereka, telefon mudah alih atau walkie-talkie boleh menjadi alat yang berguna untuk keselamatan tambahan. Arahkan mereka untuk menghubungi anda dengan segera jika mereka berasa tidak selesa atau menghadapi sebarang masalah.
Mengekalkan kebersihan yang betul adalah penting untuk mengelakkan penyebaran penyakit semasa perjalanan.
Galakkan anak anda untuk mencuci tangan menggunakan sabun dan air atau memakai sanitizer terutamanya selepas menyentuh permukaan awam atau sebelum makan.
Di tempat yang sesak, memakai topeng boleh memberikan lapisan perlindungan tambahan terhadap penyakit bawaan udara. Memilih kedai makan yang mempunyai tahap kebersihan yang baik juga boleh meminimumkan risiko penyakit bawaan dari makanan.
Sebelum percutian sebenar, anda boleh lakukan latihan percutian terlebih dahulu kepada anak-anak anda dengan membawa mereka bercuti ke lokasi yang dekat.
Ini bagi menguji tingkah laku dan stamina mereka serta memudahkan anda untuk merancang apa yang perlu dibawa dan tidak dibawa ketika percutian sebenar nanti.
Kebanyakan tempat tarikan pelancong seperti zoo, taman tema dan pertunjukan teater boleh ditempah lebih awal di laman web mereka atau melalui pengendali pelancongan.
Tempahan lebih awal mempunyai kelebihan yang sangat baik seperti:
Jika percutian anda memerlukan anda untuk kerap berjalan kaki, anda wajib membawa stroller sekali.
Pastikan juga stroller yang compact, mesra travel, ringan dan tahan lasak supaya senang untuk anda bawa ke hulu hilir.
Stroller ini bukan sahaja memberi kemudahan kepada anda, bahkan juga memberikan keselesaan kepada anak agar tidak mudah penat.
Setiap kanak-kanak mempunyai ragam yang tersendiri dan sukar untuk kita ramalkan. Justeru, bersabarlah apabila anda bercuti bersama mereka.
Tidak dinafikan jika berlaku perkara di luar kawalan ia boleh menjadi tekanan kepada anda dan anak. Namun sebagai ibu bapa, jangan panik dan sentiasa positif dalam setiap keputusan yang diambil.
Walau bagaimanapun, anda cukup bertuah! Kerana ini adalah pengalaman cukup berharga yang tidak semua ibu bapa boleh rasai bersama insan yang tersayang.
Akhir sekali, nikmati perjalanan percutian anda dan cipta kenangan indah sepanjang perjalanan. Selamat bercuti semua!
Selain dari panduan pergi bercuti ini, anda juga boleh baca artikel kami yang lain berkenaan 300 tempat menarik di Malaysia seperti:
Sumber: