Mencari resepi ayam yang menarik? Pada tulisan kali ini kami hadirkan resepi ayam vanggey sedap. Siapa suka makan ayam vanggey? Mesti ada yang belum pernah makan lagi.

Ayam vanggey dimasak dengan cara goreng ayam terlebih dahulu baru kemudian dimasak dengan rempah dan bahan kisar. Ayam vanggey sedap dimakan dengan nasi vanggey untuk makan tengah hari atau dihidang untuk acara kenduri kendara.

Ramai orang suka hidangan ini. Jika anda buat ayam vanggey mengikut resepi yang dikongsikan oleh Norashida Zainal di laman Facebook, gerenti ramai yang suka masakan anda. Sedap lauk ini patut cuba.

Resepi Ayam Vanggey

ayam vanggey

Imej via Facebook

Bahan-bahan :

  • 1 ekor ayam dipotong 12 dibersihkan dulu kemudian digaram kunyit sedikit sahaja dan digoreng masak.
  • 20 biji cili kering direbus dulu kemudian dikisar dengan 1 cawan air.
  • 1 cawan gula merah.
  • 5 sdb serbuk secukup rasa Maggi.

Bahan Kisar :

  • 2 ulas bawang besar,
  • 10 ulas bawang kecil,
  • 6 ulas bawang putih,
  • 2 batang serai,
  • 4 inci halia.

Bahan Tumis :

  • 3 bunga lawang,
  • 2 kulit kayu manis,
  • 3 pelaga,
  • 4 bunga cengkih,
  • 3 pelepah daun kari.

Bahan Rempah :

  • 6 sdb serbuk kari daging Babas,
  • 10 sdb serbuk cili, kena guna Babas untuk rasa yang seakan-akan.

Cara-cara :

  1. Masukkan 2 senduk minyak masak, masukkan 4 sekawan, kemudian diikuti daun kari, biar wangi.
  2. Kemudian masukkan cili kisar, masak 20-30 minit sehingga cili betul-betul masak.
  3. Kemudian masukkan bahan kisar, masak lagi 10-15 minit.
  4. Kemudian masukkan rempah kari dan serbuk cili, masak lagi 15 minit.
  5. Masak dengan api perlahan biar sehingga minyak bertakung.
  6. Masak lama lagi sedap sebab semua bahan sudah masak elok.
  7. Masukkan gula merah, serbuk secukup rasa, kacau bagi sebati baru masukkan ayam. Masa ini kuatkan api.
  8. Gaul kuah ke atas ayam sehingga kuah dan ayam berpalut.

Resepi Menarik Lain

Selain ayam vanggey, kami juga menulis resepi lain yang mendapat perkongsian ramai, sila baca dan cubakan. Jangan lupa like dan share resepi ini ya. Terima kasih telah berkunjung ke laman web kami.

Penulis: Rahayu Z

Pelajar yang menyukai kartun dan muzik. Memiliki hobi menulis mendorong ia untuk berkarya dan berkongsi di Bidadari.my

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


error: Content is protected !!
.