Smartphone adalah sebahagian daripada kehidupan setiap individu kini dan tiga daripada lima individu mengatakan bahawa mereka tidak dapat membayangkan hidup tanpa smartphone.

Kita sedia tahu bahawa smartphone telah berkembang menjadi keperluan kita semua dalam apa jua aktiviti, malah harganya juga bergantung atas kelebihan yang dimiliki oleh smartphone tersebut. Untuk entri kali ini, mari kami senaraikan 13 smartphone bawah RM800 terbaik pilihan ramai.

Huawei Mate 9

smartphone bawah rm800 terbaik

Dilengkapi dengan chipset HiSilicon Kirin 960 dan memori berkapasiti 4GB menjadikannya sebagai salah satu smartphone bawah RM800 terbaik. Dari segi storan penyimpanan, smartphone ini dilengkapi dengan kapasiti sebesar 64GB dan slot kad memorinya pula dapat digunakan sehingga sebesar 256GB.

Smartphone Huawei Mate 9 didatangkan dengan pilihan warna putih, emas, kelabu, biru dan merah. Berat smartphone ini adalah sekitar 190 gram dan dilengkapi dengan fingerprint scanner. Dari segi paparan skrin, saiznya 5.9 inci beresolusi 1080×1920 piksel yang menggunakan aspek rasio 16:9. Skrinnya juga dilengkapi dengan perlindungan screen proctector Corning Gorilla Glass 3.

Huawei Mate 9 menggunakan operasi sistem Android 7.0 dan boleh dinaik taraf kepada Android 9.0 yang menggunakan ROM EMUI 9. Dari segi kapasiti bateri smartphone ini, ia menggunakan bateri Li-Po sebesar 4000 mAh dan sistem pengecasan 22.5W. Kamera utama smartphone ini adalah 12MP dan 8MP untuk kamera swafoto.

Xiaomi Mi Note 3

smartphone bawah rm800 terbaik

Xiaomi Mi Note 3 dilengkapi dengan bateri berkapasiti 3500 mAh jenis Li-Ion dan kuasa pengecasan sekitar 18W. smartphone bawah rm800 terbaik ini sesuai untuk mereka yang gemarkan swafoto dengan resolusi kamera depan 16MP dan kamera utama 12 MP.

Dari segi storan penyimpanan pula, smartphone ini didatangkan dengan dua pilihan iaitu 64GB (RAM 4GB) dan 128GB (RAM 6GB) yang masing-masingnya dilengkapi dengan chipset Qualcom Snapdragon 660.

Smartphone ini menggunakan skrin IPS LCD dengan saiz berukuran 5.5 inci dan beresolusi 1080×1920 piksel. Aspek rasio skrin ini pula 16:9 dan dilengkapi dengan perlindungan skrin jenis Corning Gorilla Glass 4. Terdapat pilihan warna biru dan hitam sahaja.

Smartphone Xiaomi Mi Note 3 juga antara smartphone bawah RM800 terbaik kerana turut dilengkapi dengan fingerprint scanner. Beratnya pula dikatakan hanya 163 gram. Dari segi operasi sistem, ianya menggunakan sokongan sistem Android 7.1 yang boleh dinaik taraf kepada Android 9.0 yang menggunakan ROM MIUI 11.

Honor 8X

smartphone bawah rm800 terbaik

Dengan paparan skrin 6.5 inci (1080×2340 piksel), Honor 8X pasti memberi kepuasan visual kepada penggunanya dengan kamera utama 20MP dan kamera swafoto 16MP.

Smartphone bawah RM800 terbaik ini dilengkapi dengan chipset Kirin 710F yang menyediakan RAM dengan variasi pilihan seperti 4GB (storan penyimpanan 64GB / 128 GB) dan 6GB (storan penyimpanan 64GB / 128GB). Tambahan pula, Bateri Honor 8X mampu bertahan sehingga 5 jam dengan kapasiti bateri 3750 mAh jenis Li-Po.

TCL Plex

smartphone bawah rm800 terbaik

Smartphone TCL Plex mempunyai chipset Snapdragon 675 yang pantas dan tahan lama untuk permainan fon yang berat. Ia merupakan antara smartphone bawah RM800 terbaik.

Selain memori 6GB RAM, smartphone ini padu apabila bermain PUBG secara langsung dan tidak lagging. Skrin lebar 6.53 inci juga dipadankan dengan resolusi tinggi 1080 piksel. Anda akan berasa puas hati dengan paparan visual daripada TCL Plex ini.

Bateri smartphone ini hanya berkapasiti 3820 mAH. Namun, apa yang bagusnya ia dilengkapi dengan pengecasan pantas.

Redmi 9

smartphone bawah rm800 terbaik

Redmi 9 telah menjadi bualan bagi para pencinta smartphone dengan chipset Helio G80 yang mempunyai grafik beresolusi tinggi 1080 piksel serta bateri yang sangat besar iaitu 5020 mAh.

Smartphone ini boleh mengendalikan permainan 60FPS kerana mempunyai RAM 6GB dan storan penyimpanan sebesar 128GB. Selain itu, smartphone terbaik ini didatangkan dengan pilihan RAM 3GB (storan penyimpanan 32GB) dan 4GB (storan penyimpanan 64GB dan 128GB).

Kameranya tidak sebagus dengan smartphone bawah RM800 terbaik yang lain kerana hanya mempunyai 13MP kamera utama dan 8MP kamera swafoto. Jadi, smartphone ini tidak sesuai bagi pencinta fotografi tetapi amat sesuai untuk para pencinta permainan video.

Nokia 5.1

smartphone bawah rm800 terbaik

Nokia 5.1 mungkin mempunyai spesifikasi sederhana sahaja dengan resolusi 1080×2160 piksel (skrin 5.5 inci) dan baterinya hanya berkapasiti 3060 mAh tetapi dilengkapi dengan chipset Helio P60 dengan Android One.

RAM smartphone ini pula hanya 2GB (storan penyimpanan 16GB) dan 3GB (storan penyimpanan 32GB). Kameranya pula dilengkapi dengan resolusi 16MP (kamera utama) dan 8MP (kamera swafoto) yang sememangnya amat sesuai untuk mereka yang inginkan smartphone bawah RM800 terbaik.

Realme C3

smartphone bawah rm800 terbaik

Smartphone ini sememangnya menjadi kegilaan para pemain permainan video kerana ia merupakan smartphone bawah RM800 terbaik. Ia dilengkapi dengan chipset Helio G70 yang memberikan prestasi terbaik ketika bermain permainan video dan bateri 5000mAh yang boleh bertahan sepanjang hari. Jadi, ini juga adalah antara smartphone bajet yang patut dimiliki oleh para gamers!

Nokia G20

smartphone bawah rm800 terbaik

Memandangkan had bajet yang dianggarkan adalah bawah RM800, smartphone Nokia G20 ini berbaloi untuk dipertimbangkan kerana dilengkapi dengan LCD IPS 6.52 inci dengan resolusi HD+ 1600. Dilengkapi dengan chipset MediaTek, 4GB RAM dan 128GB storan penyimpanan. Walaupun tiada pengecasan pantas, baterinya berkapasiti 5,050 mAh.

Nokia G20 dikuasakan oleh Android One dan dilengkapi dengan bahagian belakang bertekstur cantik dengan kawalan keselamatan ‘fingerprint scanner’. Apa yang menakjubkan, kamera utama smartphone ini beresolusi 48MP.

Samsung Galaxy A12

smartphone bawah rm800 terbaik

Jika anda mencari telefon Samsung yang bagus tetapi ingin mengekalkan kos smartphone bawah RM800 terbaik, Galaxy A12 adalah jawapannya!

Galaxy A12 mempunyai paparan skrin sebesar 6.5-inci. Di bahagian belakangnya pula, ia mempunyai empat kamera yang terdiri daripada sensor kedalaman 16MP, ultra-lebar 5MP, makro 2MP dan 2MP. Selain itu, Bateri smartphone ini berkapasiti 5,000 mAh yang menggunakan pengecasan USB-C.

OnePlus Nord N100

smartphone bawah rm800 terbaik

OnePlus Nord N100 adalah smartphone yang cukup mengagumkan bagi smartphone bawah RM800 terbaik kerana mempunyai skrin LCD 6.52 inci, bateri 5,000mAh dan storan penyimpanan 64GB (RAM 4GB). Storage tersebut dapat dikembangkan sehingga 512GB melalui slot microSD.

Di samping itu, smartphone ini dilengkapi dengan fingerprint scanner dan mempunyai speaker dual stereo. Dari segi kamera, ia memiliki kamera utama 13MP dan kamera swafoto 8MP.

Motorola G Power

smartphone bawah rm800 terbaik

Moto G Power 2021 mempunyai chipset Snapdragon 662 dan dilengkapi dengan Android 10. Ia merupakan smartphone yang kukuh, berkebolehan dan mampu milik di bawah harga RM800. RAM yang dimiliki oleh smartphone ini didatangkan dengan dua pilihan iaitu 3GB (storan penyimpanan 32GB) dan 4GB (storan penyimpanan 64GB).

Ianya menggunakan kamera utama 48MP serta kamera selfie 8MP dan memiliki bateri berkapasiti 5000mAh. Selain itu, ia dilengkapi dengan pengecasan pantas 15W. Menarik bukan?

Blackview BV5900

smartphone bawah rm800 terbaik

Smartphone Blackview BV5900 memiliki ketahanan yang kukuh bagi smartphone bawah RM800. Ianya kalis air dan habuk serta mempunyai bateri 5,580 mAh yang besar.  Selain itu, ianya juga menggunakan pengecasan USB-C, NFC dan fingerprint scanner. Terdapat juga 3GB RAM dan 32GB storan yang boleh berkembang kepada 128GB.

Reka bentuk Blackview BV5900 sememangnya bukan untuk semua orang, tetapi jika anda seorang yang melakukan kerja lasak smartphone ini patut dimiliki oleh anda.

Nokia 3.4

smartphone bawah rm800 terbaik

Demikian itu , smartphone bawah RM800 terbaik adalah Nokia 3.4 yang mempunyai reka bentuk moden dan paparan yang besar. Ia dilengkapi dengan chipset Snapdragon 460 dan bateri berkapasiti 4,000mAh yang memberikan hayat bateri sehingga dua hari.

Nokia 3.4 juga mempunyai 3GB RAM dan 64GB storan penyimpanan. Sekiranya anda sedang mencari telefon kedua dengan bateri tahan lama atau telefon untuk anak anda, maka telefon ini adalah pilihan yang tepat.

 Xiaomi Redmi 10.

Xiaomi Redmi 10 dianggap mempunyai rupa yang menarik dan elegan. Dengan badan yang nipis dan ringan menjadikan telefon ini selesa untuk dipegang.

Di bahagian bawah terdapat pembesar suara yang disertakan dengan Dual Stereo, yang menjadikan bunyi yang dihasilkan dari Xiaomi Redmi 10 boleh merosakkan telinga pengguna.

Dalam sektor kamera, Xiaomi Redmi 10 dilengkapi dengan 4 kamera yang mempunyai saiz yang berbeza.Untuk kamera utama berukuran 50 MP, lensa ultrawide berukuran 8 MP, kamera makro berukuran 2 MP, dan kamera sensor kedalaman berukuran 2 MP.

Realme C21Y

Akhir sekali , dengan saiz skrin 6.5, perbandingan skrin 20:9, dan mempunyai skrin HD+, realme C21Y dapat memberikan pengalaman yang baik untuk bermain permainan dan menonton filem. Reka bentuk yang ditawarkan juga unik. Garis seni geometri memberikan kesan yang kuat, dan dinamik.

Walaupun saiz kamera Realme C21Y tidak sebesar telefon sebelumnya, tetapi kamera dapat menghasilkan foto dengan jelas dengan menggunakan kamera utama 13 MP, lensa B&W 2 MP, dan lensa makro 2 MP.

Ciri-ciri kamera Realme C21Y juga pelbagai, iaitu ciri Super Nightscape, iaitu mencantikkan foto pada waktu malam, ciri Croma Boost memberikan kesan yang lebih cerah dan berwarna-warni, dan ciri AI Selfie Camera untuk mengambil swafoto.

Berikut adalah antara smartphone bawah RM800 terbaik pilihan ramai. Kebanyakannya adalah popular di Malaysia. Jom baca juga Pencuci muka untuk kulit kusam, pressure cooker terbaik, Kuali Non Stick Terbaik dan oven terbaik.

Pandangan di atas tidak mewakili pendapat Bidadari. Ia adalah penulisan perkongsian dan pendapat penulis.

Penulis: zulrina

Meminati dunia perniagaan, travel dan makanan.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.