Mencari senarai ranking universiti di Malaysia yang terkini?

Universiti awam dan swasta di Malaysia ada banyak. Bukan berbelas, tetapi berpuluh. Setiap universiti ini juga ada prestasi yang berlainan.

Senarai Universiti Yang Terbaik di Malaysia:

ranking universiti di malaysia
Imej via Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia

Senarai di atas merupakan senarai ranking universiti di Malaysia secara ringkas. Senarai ini merangkumi universiti awam dan swasta.

Ianya juga lebih mengetengahkan top 20 ranking universiti di Malaysia. Mahu mengetahui dengan lebih lanjut? Teruskan membaca!

#1 Universiti Malaya (UM)

ranking universiti di malaysia universiti malaya
Imej via UM

Universiti Malaya atau singkatannya, UM merupakan antara universiti yang tertua di Malaysia. Ia juga merupakan universiti terbaik di Malaysia.

Ditubuhkan pada tahun 1905, universiti ini terletak di Kuala Lumpur. Di Asia, UM menduduki tempat ke-9, manakala di dunia, UM menduduki tempat ke-59.

#2 Universiti Putra Malaysia (UPM)

ranking universiti di malaysia
Imej via UPM

Universiti Putra Malaysia atau singkatannya iaitu UPM adalah universiti kedua terbaik di Malaysia.

Ianya terletak di Serdang, Selangor dan ditubuhkan pada tahun 1931. Di Asia, UPM menduduki tempat ke-28 manakala di dunia, UPM menduduki tempat ke-132.

#3 Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)

Imej via UKM

Universiti Kebangsaan Malaysia atau singkatannya iaitu UKM adalah universiti ketiga terbaik di Malaysia.

Universiti yang terletak di Bangi, Selangor ini ditubuhkan pada tahun 1970. Di Asia, UKM menduduki tempat ke-35 manakala di dunia, UKM menduduki tangga ke-141.

#4 Universiti Sains Malaysia (USM)

ranking universiti malaysia
Imej via USM

Universiti Kebangsaan Malaysia atau singkatannya iaitu USM adalah universiti keempat terbaik di Malaysia.

Mempunyai kampus di Pulau Pinang dan Kelantan, USM ditubuhkan pada tahun 1969. Di Asia, USM menduduki tempat ke-34 manakala di dunia, USM menduduki tangga ke-142.

#5 Universiti Teknologi Malaysia (UTM)

ranking universiti di malaysia
Imej via Glassdoor

Universiti Teknologi Malaysia atau singkatannya iaitu UTM adalah universiti kelima yang terbaik di Malaysia.

Terletak di Johor Bahru, UTM ditubuhkan pada tahun 1972. Di Asia, USM menduduki tempat ke-39 manakala di dunia, USM menduduki tangga ke-187.

#6 Taylor’s University

Imej via Taylor’s

Taylor’s Universiti merupakan universiti swasta yang menduduki tangga keenam untuk universiti terbaik di Malaysia.

Terletak di Subang Jaya, Selangor, Taylor’s ditubuhkan pada tahun 1969 dan merupakan universiti swasta terbaik di Malaysia dan Asia Tenggara.

Untuk carta universiti terbaik di dunia, Taylor’s menduduki tempat ke-89 di Asia dan tempat ke-379 di dunia.

#7 USCI University

ranking universiti di malaysia
Imej via UCSI

USCI Universiti merupakan universiti swasta yang menduduki tangga ketujuh untuk universiti terbaik di Malaysia.

Terletak di Kuala Lumpur, USCI ditubuhkan pada tahun 1986. Ia menduduki tempat ke-105 di Asia dan tempat ke-391 di dunia.

#8 Universiti Teknologi Petronas (UTP)

universiti teknologi petronas
Imej via Foursquare

Universiti Teknologi Petronas atau lebih dikenali dengan nama UTP merupakan universiti kelapan yang terbaik di Malaysia.

Terletak di Seri Iskandar, Perak, UTP ditubuhkan pada tahun 1997. Ia menduduki tempat ke-70 di Asia dan tempat ke-439 di dunia.

#9 Universiti Utara Malaysia (UUM)

ranking universiti di malaysia
Imej via Foursquare

Universiti Utara Malaysia atau singkatannya iaitu UUM adalah universiti kesembilan yang terbaik di Malaysia.

Universiti yang terletak di Bukit Kayu Hitam, Kedah ini ditubuhkan pada tahun 1984. Ianya menduduki tangga ke-107 di Asia dan ke-531-540 di dunia.

#10 Management & Science University (MSU)

Imej via Foursquare

Management & Science University (MSU) merupakan universiti swasta yang menduduki tangga ke-10 untuk universiti terbaik di Malaysia.

Terletak di Shah Alam, Selangor, universiti ini ditubuhkan pada tahun 2001. MSU menduduki tangga ke-139 di Asia dan ke-551-560 di dunia sebagai universiti terbaik.

#11 International Islamic University Malaysia (IIUM)

uia kuantan
Imej via Foursquare

International Islamic University Malaysia atau juga dikenali dengan nama UIA atau IIUM adalah universiti yang ke-11 terbaik di Malaysia.

Mempunyai kampus di Gombak, Selangor dan Kuantan, Pahang, UIA ditubuhkan pada tahun 1983, universiti ini menduduki tangga ke-123 terbaik di Asia dan ke-601-650 di dunia.

#12 Universiti Teknologi MARA (UiTM)

uitm
Imej via BeritaHarian

Universiti Teknologi Malaysia atau singkatannya iaitu UiTM adalah universiti ke-12 yang terbaik di Malaysia.

Mempunyai 34 kampus di seluruh Malaysia termasuk kampus utama di Shah Alam, Selangor, UiTM ditubuhkan pada tahun 1956.

UiTM menduduki tangga ke-108 di Asia dan ke-651-700 di dunia sebagai antara universiti terbaik di dunia.

#13 Sunway University

Imej via Sunway

Tempat ke-13 untuk carta universiti terbaik di Malaysia pula diduduki oleh Sunway University, sebuah universiti swasta.

Terletak di Petaling Jaya, Sunway University ditubuhkan pada tahun 2004. Ianya menduduki tangga ke-172 di Asia dan ke-701-750 di dunia sebagai antara universiti terbaik di dunia.

#14 Universiti Tenaga Nasional (UNITEN)

Imej via UNITEN

Universiti Tenaga Nasional yang juga diknali dengan nama UNITEN merupakan universiti swasta yang menduduki tempat ke-14 sebagai univesiti terbaik di Malaysia.

Ditubuhkan pada tahun 1999, UNITEN terletak di Kajang. UNITEN menduduki tempat ke-168 di Asia dan ke-701-750 di dunia.

#15 Universiti Malaysia Pahang (UMP)

Imej via UMP

Universiti Malaysia Pahang atau UMP menduduki tempat ke-15 sebagai universiti terbaik di Malaysia.

Mempunyai dua kampus iaitu di Gambang dan Pekan di Pahang, UMP ditubuhkan pada tahun 2002. UMP menduduki tempat ke-172 di Asia dan ke-751-800 di dunia.

#16 Multimedia University (MMU)

Imej via Glassdoor

Multimedia University yang juga dikenali dengan nama MMU merupakan universiti swasta yang menduduki tempat ke-16 sebagai universiti terbaik di Malaysia.

MMU ditubuhkan pada tahun 1996 dan terletak di Cyberjaya, Selangor dan di Melaka. Untuk carta universiti terbaik, ianya menduduki tempat ke-190 di Asia dan ke-801-1000 di dunia.

#17 Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS)

unimas
Imej via Arki-Sigat

Universiti Malaysia Sarawak atau UNIMAS pula menduduki tempat ke-16 sebagai universiti terbaik di Malaysia.

Ditubuhkan pada tahun 1992, UNIMAS terletak di Kota Samarahan, Sarawak. UNIMAS menduduki tangga ke 251-260 di Asia dan tangga ke-801-1000 di dunia.

#18 Universiti Tengku Abdul Rahman (UTAR)

UTAR
Imej via UTAR

Universiti Tengku Abdul Rahman atau UTAR merupakan universiti swasta yang merupakan universiti ke-18 terbaik di Malaysia.

Terletak di Kampar, Perak, UTAR ditubuhkan pada tahun 2002. UTAR menduduki tempat ke-157 di Asia dan tempat ke 801-1000 di dunia.

#19 Universiti Malaysia Perlis (UniMAP)

unimap
Imej via UniMAP

Universiti Malaysia Perlis atau UniMAP merupakan universiti ke-19 yang terbaik di Malaysia.

Terletak di Kangar, Perlis, UniMAP ditubuhkan pada tahun 2001. Di Asia, UniMAP menduduki tempat ke-207 manakala di dunia, UniMAP menduduki tempat ke-801-1000.

#20 Universiti Malaysia Sabah (UMS)

ums
Imej via UMS

Universiti Malaysia Sabah atau lebih dikenali dengan nama UMS merupakan universiti ke-20 yang terbaik di Malaysia.

Terletak di Sabah, UMS menduduki tempat ke-210 di Asia manakala di dunia, UMS menduduki tempat ke-801-1000.

Kesimpulan

Semoga artikel ranking universiti terbaik di Malaysia ini memberi manfaat buat anda, terutamanya bagi sesiapa yang mencari informasi tentang universiti-universiti di Malaysia.

Jangan lupa kongsikan artikel kami di sosial media atau kepada rakan-rakan anda. Semoga bermanfaat!

Penulis: hani

Avatar

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.