Artikel di bawah menunjukkan beberapa fakta kucing munchkin yang mungkin tidak ramai yang tahu. Bagi pencinta kucing, baka munchkin pasti membuatkan anda gemas. Kemunculan kucing munchkin ini telah membuatkan semua orang terkejut. Walau bagaimanapun, kucing munchkinn ini dikira sebagai kucing yang cacat kerana mempunyai kaki yang pendek.

Sama seperti bentuk tubuhnya yang unik, nama “munchkin” juga diambil dari karakter fiksi dalam serial buku Oz milik penulis L. Frank Baum. Walaupun begitu, nama pertama kucing ini ialah Blackberry. Hal ini kerana seseorang yang bernama Hochenedel yang menemukan kucing ini secara tidak sengaja menamainya dengan Blackberry.

Tidak Dibiakkan Sesama Munchkin

Imej via [pinterest.com]

Sekiranya anda menyatakan bahawa baka kucing ini akan dibiakkan sesama mereka, ianya tidak benar. Ha ini kerana, kucing Munchkin dilarang untuk dibiakkan sesama baka mereka disebabkan faktor genetic mereka yang berisiko. Seperti yang anda tahu, baka kucing ini dikatakan mempunyai kecacatan kerana kakinya yang pendek. Disebabkan itu, jika baka ini dibiakkan sesama mereka, anak mereka kemungkinan besar akan mempunyai risiko untuk mati dan banyak lagi.

Selain itu, kucing ini kebiasaannya akan dibiakkan dengan kucing domestik shorthair atau longhair. Sekiranya anda lihat baka munchkin pada masa kini, kebanyakan mereka mempunyai bulu berkilau, halus, dan kaki yang tidak terlalu pendek.

Bergerak Lincah

Imej via [dialypaws.com]

Fakta kucing munchkins yang tak ramai tahu adalah pergerakannya yang lincah. Jika dilihat daripada bentuk fizikalnya iaitu kakinya yang pendek, pasti ramai yang tidak menyangka bahawa kucing munchkins dapat bergerak dengan laju. Walau bagaimanapun, baka kucing ini mempunyai jumlah tenaga yang tinggi menjadikannya lebih aktif berbanding baka kucing yang lain.

Baka kucing ini juga mempunyai kelebihan iaitu dapat bergerak dengan lebih stabil. Disebabkan kakinya yang pendek, kucing ini boleh bergerak dengan stabil walaupun ketika berlari melalui selekoh. Kakinya yang rendah menjadikan badannya tetap dekat dengan tanah dan mengelakkan mereka dari tergelincir mahupun jatuh ketika berlari. Baka ini juga sangat laju dan tangkas.

Usia Panjang

Sekiranya anda menyangka bahawa kucing ini tidak dapat hidup dengan lama disebabkan kelainan genetiknya, anda silap. Hal ini kerana jangka hayat baka kucing ini tergolong dalam baka kucing yang hidup dengan lama.

Kucing munchkin ini dianggarkan dapat hidup selama 12 hingga 15 tahun lamanya jika dirawat dengan baik oleh pemiliknya. Rawatan yang diperlukan oleh baka ini sama dengan kucing lainnya. Antaranya ialah memberi vitamin pada kucing serta menyuntik vaksin.

Susah Membersihkan Diri

Seperti yang anda semua tahu, baka kucing ini memerlukan penjagaan dan perhatian yang lebih. Baka kucing ini mengalami kesusahan untuk membersihkan diri. Hal ini kerana keadaan kaki dan tangannya yang pendek menyebabkan dia tidak dapat mencapai bahagian-bahagian tertentu untuk dibersihkan.

Disebabkan hal ini, kebanyakan pemilik kucing ini kebiasaannya akan membantu menguruskan kucing ini serta membersihkan diri mereka. Walaupun begitu, masih ramai yang berminat untuk menjaga kucing ini disebabkan sifatnya yang comel dan manja.

Berkaki Pendek

Imej via [pinterest.com]

Berbanding dengan kaki kucing normal yang lain, kaki kucing munchkin lebih pendek. Hal ini kerana kucing ini merupakan mutasi genetic alami. Dikatakan kucing ini mula dijumpai pada sekitar tahun 1980-an di Amerika Selatan.

Kebiasaannya, kucing yang memiliki bentuk kaki yang pendek akan mengalami penyakit yang berkaitan dengan gangguan tulang punggung tetapi bagi kucing munchkin, mereka tidak mempunyai sebarang gangguan menyebabkan ramai yang mula menjadikan kucing ini sebagai kucing peliharaan mereka.

Kakinya yang pendek menjadikannya lebih comel walaupun ketika berjalan. Kucing ini juga pernah dimasukkan dalam buku Guinness’ Book of Record kerana memiliki kaki yang terpendek dalam kalangan genetic kucing yang lain.

Susah Jatuh Sakit

Walaupun kucing ini dikatakan lebih senang untuk mendapat penyakit seperti lordosis iaitu pertumbuhan otot tulang belakang yang pendek, tetapi terdapat juga kucing dari baka biasa yang terkena penyakit ini. Hal ini menjadikan baka kucing ini sama seperti kucing yang lain.

Bagaimanapun, masih ramai yang beranggapan genetik kucing ini tergolong sebagai cacat. Walaupun begitu, jika dibandingkan dengan genetik kucing yang lain, kucing ini lebih sihat kerana kucing ini boleh hidup sehingga 15 tahun lamanya.

Suka Mengumpul Barang

Imej via [boredpanda.com]

Sama seperti kucing lain yang membawa balik serangga sebagai hadiah untuk tuannya, baka kucing ini tidak jauh bezanya. Lebih menarik lagi, mungkin disebabkan sifat ingin tahunya yang tinggi menyebabkan kucing Munchkin suka mengumpul barangan yang dilihatnya.

Sekiranya anda mempunyai baka kucing ini sebagai haiwan peliharaan, pastikan anda menyimpan barang yang berharga dan berkilau di tempat yang selamat dan jauh dari penglihatan kucing ini. Hal ini kerana, kucing ini suka melihat barangan yang berkilat dan akan mengumpulkannya di satu tempat rahsia sama seperti simpanan harta karun.  

Gaya Duduk Arnab

Imej via [etindonesia.com]

Menariknya mengenai baka kucing ini, kucing ini mempunyai gaya duduk yang unik atau lebih kepada gaya duduk Arnab. Mungkin disebabkan kaki mereka yang pendek, mereka akan duduk di atas kaki mereka seakan berdiri. Kucing Munchkin akan kerap duduk seperti ini jika terdapat benda yang menarik perhatian mereka.

Manja

Kucing Munchkin sangat manja dengan pemiliknya. Hal ini kerana baka ini memerlukan mental yang kuat untuk membantunya kekal cerdas. Sama seperti kucing yang lain, kucing munchkin juga sangat suka dengan pelukan dan belaian dari pemiliknya.

Perbezaan antara kucing ini dengan kucing yang biasa adalah kucing ini memerlukan lebih perhatian dari pemiliknya. Sekiranya anda terfikir untuk mengambil kucing ini sebagai kucing peliharaan, pastikan anda selalu meluangkan masa untuk bermain dan membelainya.

Sifat Ingin Tahu

Imej via [hillspet.com]

Sifat ingin tahu yang ada pada kucing biasa lebih rendah berbanding dengan sifat ingin tahu yang terdapat di dalam diri kucing munchkins. Kucing munchkins cenderung untuk meneroka tempat kediaman anda untuk mengetahui setiap sudut dan celah yang menarik minatnya. Kemungkinan anda akan melihat kucing ini datang ke sudut yang sama beberapa kali untuk meneliti lebih lagi.

Seperti kucing lain yang membawa serangga untuk diberikan kepada tuan mereka, kucing munchkin pula cenderung untuk mengumpulkan barangan yang dilihat menarik di matanya. Barang tersebut mungkin mempunyai kilauan dan sesuatu yang cantik.

Asal Usul Nama Munchkin

Imej via [justjared.com]

Fakta kucing Munchkin yang lain ialah dari namanya sendiri. Kemunculan nama pertama untuk kucing ini sebelum dikenali dengan Munchkin adalah Blackberry. Walau bagaimanapun, nama kucing ini mula berubah apabila baka pertama ini diperkenalkan dalam rancangan Good Morning America.

Pemilik kucing Munchkin ini iaitu Pflueger memberitahu bahawa nama baka ini adalah ‘Munchkin’ sebagai penghargaan kepada filem klasik dan novel Wizard of Oz. Nama “munchkin” diambil dari karakter fiksi dalam serial buku Oz milik penulis L. Frank Baum.

Genetik Kontroversial

Baka kucing Munchkin ini telah dikesan seawal tahun 1930-an, kucing Munchkin hari ini adalah hasil penemuan yang tidak sengaja pada tahun 1983 di Louisiana, di mana seorang guru muzik bernama Sandra Hochenedel. Di sebabkan bentuknya yang unik dengan kaki pendek, kucing ini tidak diakui oleh banyak kelab pencinta kucing. Hal ini kerana, mereka berpendapat kucing ini cacat dan tidak sesuai untuk dijadikan haiwan peliharaan.

Walau bagaimanapun, genetik kucing ini mula dikaji dan dikatakan mengalami mutasi genetik menjadikan kaki kucing ini lebih pendek. Mereka berpendapat, sekiranya baka kucing ini diiktiraf, perkembangan baka kucing cacat ini akan semakin berleluasa dan menyebabkan banyak kucing jenis ini mati dengan cepat sekiranya dijadikan haiwan peliharaan.

Walau bagaimanapun, kemunculan kucing ini telah diiktiraf dengan rasmi oleh The International Cat Association (TICA) dan South African Cat Council (SACC). Bagaimanapun, sehingga kini, masih banyak kelab kucing yang tidak mengiktiraf kehadirannya.

Kesimpulan

Kucing munchkins sememangnya cukup unik. Bentuk tubuh badannya yang comel menyebabkan ramai pencinta kucing yang tergila-gila dengan baka ini. Walaubagaimanapun, kos untuk merawat kucing ini menjadikan beberapa dari pencinta kucing terpaksa melupakan Hasrat mereka untuk memiliki kucing ini.

Sememangnya kucing baka ini memerlukan penjagaan yang rapi. Hal ini juga adalah untuk memastikan baka kucing munchkin terus kekal sehingga ke generasi yang akan datang.

Anda juga dijemput untuk membaca beberapa artikel menarik kami yang lain seperti:

Rujukan:

Penulis: Saiful Izzuan

Menulis berkenaan tips motivasi dan kejayaan di blog drInspirasi.com. Seorang yang gemar berkongsi mengenai prinsip Kejayaan dan Bakat. Kebanyakan artikel beliau boleh dibaca di www.drinspirasi.com

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.