Pasti ada yang mencari review HONOR 70 untuk mendapatkan pelbagai informasi sebelum membelinya. HONOR 70 merupakan smartphone yang dikeluarkan pada bulan Ogos, 2022. Walaupun baru dikeluarkan, namun model ini telah mendapat 21 anugerah daripada 35 anugerah yang diperoleh oleh HONOR.

HONOR 70 adalah smartphone keluaran HONOR selepas HONOR Magic4 Pro. Ianya juga pengganti kepada HONOR 50 iaitu model keluaran tahun 2021. Smartphone ini dikeluarkan dengan lebih banyak inovasi, penambahbaikkan yang menarik dari keluaran model sebelum ini.

Peranti pintar ini dikategorikan dalam smartphone midrange atau kelas pertengahan. Berbaloi atau tidak membeli HONOR 70 pada tahun ini? Nak tahu jawapannya, jom kita teroka spesifikasi menarik pada HONOR 70.

Kamera

Imej via [ Hihonor ]

Tumpuan utama HONOR 70 semestinya pada kamera yang memang terbaik. Tengok sahaja reka bentuk luaran smartphone ini, pasti anda terpukau dengan kelainan pada kameranya yang mempunyai dual ring. Patutlah ramai yang memberi pujian terhadap model ini.

Kamera dicipta dengan Sony IMX800 sekaligus menjadikannya telefon pintar pertama di dunia yang mempunyai perincian ini. Paling menarik, walaupun dalam suasana gelap dan pencahayaan yang minima, gambar yang dihasilkan dapat menonjolkan subjek dengan lebih berkualiti dan cantik.

Kualiti kamera memang mantap, sesuai untuk mereka yang meminati bidang fotografi atau suka berselfie. Kamera utama adalah 54 MP, kamera Ultrawhite dan kamera makro dengan 50 MP dan kamera selfie adalah 32 MP. Tinggi bukan kualiti kamera HONOR 70 ini?

Berita baik buat Youtuber atau content creator, HONOR 70 menampilkan perincian baharu pada kameranya iaitu Solo Cut Mode yang dapat membantu menghasilkan video atau vlog dengan baik. Apa yang menarik, anda boleh merakam video dengan kualiti 4k dan sistem rakaman multi-video iaitu anda boleh merakam menggunakan kamera hadapan dan kamera belakang secara serentak.

Sistem Dan Storan

HONOR 70 menampilkan chipset Qualcomm Snapdragon 778G Plus dengan pemproses 6nm. Bukan itu sahaja, ia dipadankan dengan 256GB storan beserta 8GB RAM yang mencukupi untuk kegunaan harian, kerja, permainan video dan sebagainya.

Paling penting untuk anda tahu adalah peranti pintar ini menggunakan Android 12 dan Magic UI 6.1. Peranti ini juga dibekalkan dengan rangkaian 5G. Saiz sim pula adalah SIM Nano serta boleh dimasukkan dua kad sim serentak.

Sistem bunyi pula menggunakan pembesar suara mono sahaja. Sistem cap jari juga dibekalkan seperti telefon pintar yang lain dan pada model ini ia terletak di dalam skrin, di bahagian bawah paparan.

Namun terdapat sedikit kelemahan pada model HONOR kali ini. Antara kelemahan HONOR 70 adalah ia tidak membekalkan atau tidak menyokong kad mikro SD, tidak mempunyai pembesar suara sterio dan tidak kalis air.

Skrin

Sama seperti HONOR Magic4 Pro, skrin yang digunakan oleh model ini adalah 1920Hz PWM dimming dengan kadar kerlipan skrin tertinggi. Ini bermakna ianya baik buat mereka yang sering menjalankan tugas menggunakan smartphone sepanjang hari.

Dengan tampilan skrin 6.67 inci OLED FHD+ serta resolusi 1200 x 2652 pixel, anda pasti selesa dengan warna atau cahaya yang dihasilkan pada skrin. Kadar segar semula pula sebanyak 120Hz dengan pilihan tetapan Standard, High dan Dynamic.

Bateri

HONOR 70 pasti bermanfaat buat anda yang melakukan kerja menggunakan smartphone sepanjang hari atau sering melakukan tugasan luar. Hal ini kerana baterinya berkapasiti tinggi iaitu 4800 mAH. Ini membolehkan bateri anda bertahan berjam lamanya sesuai dengan penggunaan cip dan pemprosesnya yang tinggi.

Lebih menarik apabila ia ditampilkan dengan sistem pengecasan pantas. Hanya dalam 20 minit, telefon anda mampu mencapai 60% daripada 0% dengan kadar pengecasan 66W.

Reka bentuk

Buat anda yang suka smartphone yang ringan dan mudah dipegang serta di bawa, HONOR 70 pasti menepati citarasa anda. Berat smartphone ini adalah 178 gram sahaja dengan ketebalan 7.91mm, tak seperti model sebelum ini sedikit berat dan tebal.

Reka bentuk Honor 70 juga menarik kerana terdapat lengkungan pada panel skrin di setiap sisi.Di Malaysia, warna yang ditawarkan adalah Crystal Silver dan Emerald Green. Namun sebenarnya ada dua lagi warna model ini iaitu warna hitam dan emas. Kesemua warna  memang memperlihatkan smartphone anda lebih moden, mewah dan eksklusif.

Harga

Dah tengok review HONOR 70 dari pelbagai aspek, pasti anda tertanya-tanya harga jualannya. Dengan perincian menarik di atas, anda pasti tak sangka dengan harga yang ditawarkan pada permulaan model ini dikeluarkan. Harganya tidak terlalu mahal dan berbaloi iaitu dengan kadar RM 1999 pada permulaan penjualannya.

HONOR memang sentiasa membekalkan model smartphone dan menekankan terhadap kualiti kamera. Buat anda yang mencari smartphone kamera bawah RM 2000 tetapi mempunyai perincian yang baik serta kamera berkualiti, kami memang mencadangkan anda untuk memilih HONOR 70.

Sekian review HONOR 70 dari kami. Jika anda rasakan model ini berbaloi, tunggu apa lagi jom dapatkannya sekarang!

Kami juga ada menulis artikel lain berkaitan gajet terkini seperti:

Penulis: Nur Syafiqah

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.