Kini kita sudah hampir memasuki tahun baru, mungkin ada yang ingin bertukar kepada peralatan serba baru termasuklah smartphone baru. Dalam pasaran masa kini, smartphone diibaratkan bagai cendawan tumbuh selepas hujan kerana terdapat dalam pelbagai jenis dan jenama yang sering muncul.
Ramai yang buntu memilih smartphone yang sesuai dengan bajet bukan? Jom lihat berikut adalah 13 smartphone bawah RM1000 terbaik untuk anda.
Berada di pasaran tahun lalu, smartphone ini dilihat masih berbaloi untuk dimiliki dengan bajet bawah RM1000. Ia memiliki skrin Super AMOLED 6.44 inci dengan resolusi FHD+ dan kamera swafoto 32MP. Smartphone ini dikuasakan oleh chipset Snapdragon 675 yang dipadankan dengan 8GB RAM dan 128GB storan dalaman.
Bagi kamera utama, terdapat empat kamera dengan resolusi 48MP, 8MP sudut lebar, 2MP makro dan 2MP kedalaman. Selain itu, ia juga memiliki ‘fingerprint scanner’ pada skrin, bateri berkapasiti 4500mAh dan menyokong pengecasan pantas 18W melalui USB-C.
Redmi Note 9s menggunakan skrin 6.67 inci FHD+ dengan panel LCD IPS dan dikuasakan oleh chipset Snapdragon 720G dengan 6GB RAM dan storan penyimpanan 128GB.
Bagusnya, smartphone bawah RM1000 terbaik ini mempunyai empat kamera dengan 48MP utama, 8MP sudut lebar, 5MP makro dan 2MP kedalaman. Kamera swafoto smartphone ini pula beresolusi 16MP.
Selain itu, Redmi Note 9S ini turut dilengkapi dengan bateri 5020mAh yang dicas melalui pengecasan pantas berkuasa 18W. Jadi, amat berbaloi memiliki Redmi Note 9S sebagai smartphone bawah RM1000 terbaik.
Sentuh tentang Samsung Galaxy M31 ini pula, ia hadir dengan skrin Super AMOLED 6.4 inci dengan resolusi FHD+ dan dilengkapi dengan chipset Exynos 9611. Iaitu memori 6GB RAM dan storan 128GB. Wah, hebat juga smartphone ini walaupun ia merupakan smartphone bawah RM1000!
Dari segi kameranya pula, terdapat 4 kanta di bahagian belakang yang menempatkan resolusi 64MP kamera utama, 8MP sudut lebar, 5MP makro dan 5MP kedalaman.
Kamera swafoto smartphone ini memiliki kamera beresolusi 32MP dan bateri berkapasiti 6000mAh dengan pengecasan 15W.
Kelebihan Realme 7i bagi smartphone bawah RM1000 terbaik adalah sudah tentu pada memori yang dimuatkan dengan 8GB RAM dan 128GB storan dalaman. Smartphone ini dikuasakan oleh chipset Snapdragon 662 dan mempunyai skrin paparan IPS LCD 6.5 inci yang menyokong kadar penyegaran 90Hz.
Selain itu, terdapat paparan berlubang yang menempatkan kamera swafoto 16MP pada smartphone Realme 7i ini. Di bahagian belakang smartphone ini pula, terdapat ‘fingerprint scanner’ dengan 4 tetapan kamera yang terdiri daripada 64MP utama, 8MP sudut lebar, 2MP B&W dan 2MP makro.
Kelebihan lain yang terdapat pada smartphone ini adalah kapasiti baterinya sebesar 5000mAh serta pengecasan pantas 18W melalui sambungan USB-C.
Dilancarkan pada September 2020 yang lalu, OPPO A53 hadir dengan skrin LCD IPS 6.5 inci, resolusi HD+ dan kadar penyegaran 90Hz yang membuatkannya sebagai pilihan smartphone bawah RM1000 terbaik.
Smartphone ini dikuasakan oleh chipset Snapdragon 460 yang digabungankan dengan pilihan memori 4GB (64GB storan penyimpanan) dan 4GB (128GB storan penyimpanan). Di bahagian hadapan smartphone ini, terdapat kamera swafoto beresolusi 16 MP dan terdapat kamera utama di bahagian belakang dengan resolusi 13 MP, 2MP sudut lebar dan 2 MP makro.
Ciri lain yang terdapat pada smartphone ini ialah ianya mempunyai kapasiti bateri 5000mAh dan sokongan pengecasan pantas berkuasa 18W.
Realme 9 kali ini dilengkapi dengan sistem tri-kamera utama yang menawarkan lensa 108MP dengan sensor imej Samsung ISOCELL HM6, 8MP untuk lensa sudut lebar dan juga lensa 2MP untuk penggambaran makro 4cm. Menurut realme, kualiti gambar yang dihasilkan oleh peranti ini dibantu oleh teknologi 9 dalam 1 Nanopixel Plus yang terkini.
Jika dibandingkan dengan teknologi HM2 sebelum ini, teknologi ini dikatakan dapat menghasilkan penggambaran malam yang lebih baik, menyerlah dan mampu untuk mengawal kadar hingar yang sering ada pada penggambaran malam. Disebabkan algoritma pada teknologi baru HM6 ini jugalah ia mampu untuk menghasilkan penggambaran malam 1.6 kali lebih baik daripada HM2.
POCO X3 NFC ialah smartphone yang mempunyai skrin paparan LCD 6.67 inci dengan resolusi HD+ penuh dan perlindungan Corning Gorilla Glass 5 ini telah diperkenalkan pada bulan September yang lalu.
Antara spesifikasi lain yang ditampilkan pada smartphone ini adalah sokongan kadar penyegaran 120Hz dan dipadankan dengan chipset Snapdragon 732G. Bateri Poco X3 NFC ini pula berkapasiti 5160mAh dan mempunyai sokongan pengecasan 33W melalui port USB Type-C.
Poco X3 ini didatangkan dengan 4 tetapan lensa yang terdiri daripada 64MP utama, 13MP sudut lebar, 2MP makro, dan 2MP kedalaman.
Selain itu, kamera swafoto smartphone ini diletakkan pada paparan berlubang dengan sensor beresolusi 20MP. Jadi, smartphone ni juga merupakan smartphone bawah RM1000 terbaik bagi kegunaan fotografi.
Kamera swafoto smartphone ini amat bagus kerana dilengkapi dengan sensor 32MP. Antara kelebihan lain smartphone ini adalah bateri berkapasiti 5020mAh, sokongan pengecasan pantas 33W dan ‘fingerprint scanner’.
Redmi Note 9 Pro memasuki pasaran tempatan pada Mei 2020 yang lalu dan merupakan smartphone bawah RM1000 terbaik buat masa kini. Ianya dilengkapi dengan paparan panel 6.67 inci FHD+ IPS LCD dan dikuasakan oleh chipset Snapdragon 720G dengan padanan RAM 6GB (storan penyimpanan 128GB).
Di samping itu, Redmi Note 9 Pro mempunyai 4 tetapan lensa yang terdiri daripada 64MP utama, 8MP sudut lebar, 5MP makro dan 2MP kedalaman.
OPPO A92 dikuasakan oleh chipset Snapdragon 665 dengan 8GB RAM dan 128GB storan penyimpanan serta dilengkapi dengan skrin LCD IPS 6.5 inci yang mempunyai sokongan resolusi Full HD+. Oppo A92 memiliki 4 kamera di bahagian belakang dengan 48MP utama, 8MP sudut lebar, 2MP mono dan 2MP potret. Kamera beresolusi 16MP pula digunakan untuk kamera swafoto.
Ia juga dilengkapi dengan bateri 5000mAh dengan pengecasan pantas 18W. Ia turut mempunyai sistem keselamatan fingerprint scanner.
Nokia 7.2 dilengkapi dengan spesifikasi yang diubah suai dan beberapa ciri baharu dan reka bentuknya yang menarik. Ianya mempunyai skrin paparan 1080 piksel bersaiz 6.3 inci dengan 403 piksel per inci yang menjadikan paparan smartphone ini sangat jelas. Smartphone ini dikuasakan dengan chipset Qualcomm Snapdragon 660.
4GB RAM pada smartphone ini juga cukup untuk melakukan kerja dengan lancar dan kualiti kameranya juga sangat baik. Secara keseluruhannya, ia adalah smartphone yang hebat dalam bajet smartphone bawah RM1000.
Google Pixel 4a dikuasakan oleh chipset Qualcomm SDM765 Snapdragon 765G (7 nm) dengan storan penyimpanan 128GB dan 6GB RAM. Ia juga mempunyai paparan skrin sentuh kapasitif OLED 6.2 inci (1080 x 2340 piksel, 413 ppi). Selain itu, ia menggunakan sistem Android 11 dan bateri berkapasiti 3885 mAh.
Masih mengekalkan kebanyakan reka bentuk Samsung yang elegan dan mempunyai skrin Super AMOLED 6.4 inci, Samsung Galaxy A50 sesuai untuk anda yang suka menonton video dan movie. Ia menggunakan chipset Exynos 9610 dengan 4GB RAM. Susunan tiga kamera di bahagian belakangnya juga terbukti sangat baik dan berbaloi dengan harganya.
LG Stylo 6 menampilkan paparan IPS bersaiz 6.8 inci yang kelihatan sangat mewah walaupun harganya yang bawah RM1000. Ia dilengkapi dengan chipset MediaTek Helio P35 dan memiliki skrin FHD yang cantik. Jadi, sekiranya anda hanya mahukan smartphone yang kelihatan hebat semasa melaksanakan tugas asas, LG Stylo 6 adalah pilihan yang terbaik.
Berikut adalah antara smartphone bawah rm1000 terbaik boleh anda pilih. Kebanyakannya adalah popular di Malaysia. Jom baca juga Pencuci muka untuk kulit kusam, pressure cooker terbaik, Kuali Non Stick Terbaik dan oven terbaik.
Pandangan di atas tidak mewakili pendapat Bidadari. Ia adalah penulisan perkongsian dan pendapat penulis.