Sebelum menggunakan pelembap untuk membantu mengekalkan kelembapan kulitm, anda boleh gunakan serum terlebih dahulu. Serum diformulasikan dengan kepekatan bahan aktif yang lebih tinggi sehingga hanya beberapa titis sahaja sudah cukup untuk rata di seluruh wajah.
Teksturnya boleh dikatakan lebih ringan daripada pelembap yang digunakan terutama bagi mereka yang mempunyai kulit kering dan sensitif.
Bagi anda yang tercari-cari serum untuk mengatasi masalah kulit kering, berikut adalah antara serum terbaik untuk kulit kering.
The Olive Tree adalah salah satu serum terbaik untuk kulit kering kerana ianya mengandungi antioksidan untuk melembapkan dan menghidrat kulit. Serum ini juga membantu merawat kulit dan mengurangkan penampilan garis-garis halus dan kedutan.
Serum vitamin C yang dikeluarkan oleh Annona ini adalah salah satu serum yang paling dipercayai di Malaysia setakat ini. Ia mempunyai 10 kali kekuatan kandungan vitamin C dan yang pertama seumpamanya di pasaran. Serum terbaik untuk kulit kering ini tidak mengandungi alkohol, wangian tiruan dan bahan tambahan.
Serum Safi Hydra Glow merupakan penghidratan dan hypoallergenic terbaik dengan kandungan Vitamin B3, B5 dan Hyaluronic Acid yang mampu meresap jauh ke lapisan kulit dalaman.
Ia membantu melicinkan tompok kasar dan merawat kulit kering menjadi licin, terhidrat dan lebih bersinar. Serum Safi Hydra Glow ini sememangnya telah terbukti secara klinikal dimana ia amat berkesan untuk kulit kering.
Serum Clinelle Pureswiss ini pula bertindak secara intensif untuk meningkatkan penghidratan kulit dan memerangkap kelembapan untuk kesan yang berpanjangan. Pastinya kulit kembali gebu, lembap dan lembut setelah menggunakan serum Clinelle Pureswiss ini.
Bagi anda yang mencari serum terbaik untuk kulit kering, Nacific adalah jawapannya. Bahan dalam produk ini diperkaya dengan vitamin dan antioksidan yang berfungsi untuk mengurangkan kedutan, mengecilkan pori-pori dan mencerahkan kulit wajah anda. Selain itu, serum Nacific ini juga tiada bahan pengawet sintetik.
Avene Hydrance Rehydrating Serum ini pula dikatakan berfungsi untuk menenangkan kulit sensitif dan memberikan penghidratan untuk jangka masa panjang yang optimum di lapisan atas epidermis kulit.
Apa kata anda gunakan serum terbaik untuk kulit kering ini sebagai langkah pertama meningkatkan keberkesanan rutin penjagaan kulit anda agar lebih segar.
Adakah kulit wajah anda terasa amat kering dan mula menunjukkan tanda penuaan awal? Apa kata mencuba serum Clarins ini. Ia mengandungi 21 ekstrak tumbuhan anti-penuaan yang hebat seperti ekstrak Kunyit Emas bagi meningkatkan lima fungsi penting kulit dan merawat semua tanda penuaan dengan lebih efektif.
Serum Clarins ini sesuai untuk wanita daripada semua peringkat umur dan semua jenis kulit, termasuklah mereka yang mempunyai kulit sensitif.
Asid hyaluronik yang terdapat di dalam serum L’oreal Paris Revitalift ini bertindak seperti segelas air untuk kulit yang dahaga dan ia mengandungi kepekatan sebanyak 1.5%.
Serum L’oreal ini terbukti membantu menghidrat dan mengurangkan garis-garis halus yang sering menjadi masalah pada kulit kering. Ianya bebas wangian, bebas paraben dan tiada minyak mineral tambahan atau pewarna sintetik.
Rosken Skin Repair Bio Serum adalah merupakan serum yang mengandungi minyak penjagaan kulit perawatan intensif untuk merawat penampilan stretch mark, parut, warna kulit tidak sekata, kulit yang sangat kering dan tanda-tanda penuaan.
Ia telah diformulasikan menggunakan kombinasi antioksidan seperti Vitamin A, E, minyak Rosehip, minyak Chamomile, minyak Lavender, minyak Rosemary dan minyak Calendula.
Serum terbaik untuk kulit kering ini bersifat Hypo-allergenic dan tidak mengandungi bahan pengawet dan amat sesuai untuk kulit sensitif.
Serum ini merupakan antara serum terbaik untuk kulit kering dari Innisfree yang mampu melembutkan kulit anda dengan 100% teh hijau. Teh hijau ini diekstrak dari daun teh hijau untuk penghidratan yang luar biasa.
Dengan penggunaan yang konsisten, ianya akan mengembalikan kelembapan serta merta kepada kulit yang akan lembut dan bersinar.
Sekiranya anda mengalami kulit kering yang sensitif dan mengelupas atau mempunyai penyakit kulit ekzema, serum daripada Dr. Jart+ ini adalah serum yang paling sesuai untuk kulit rosak atau bermasalah.
Serum ini bertindak merawat kulit yang sangat sensitif atau meradang dan membantu memperbaiki kulit tersebut. Selain itu, ia juga berfungsi sebagai perangkap kelembapan ke lapisan kulit untuk menampakkan kulit yang lebih sihat.
Olay merupakan produk yang sangat terkenal dengan produk anti-penuaan kini hadir dengan serum terbaru untuk mengurangkan tekstur kulit sama ada garis halus, kedutan atau parut dalam dan menghidrat kulit secara keseluruhan.
Ia diformulasikan dengan Amino-Peptide Complex Advanced + Carob Fruit Extract yang membantu menghantar bahan anti-penuaan ke dalam lapisan kulit.
Hydra-Firming Complex pula membantu mengekalkan keremajaan kulit untuk menghasilkan kulit yang lebih cerah dan ketara setelah hanya lima hari. Serum ini idak bersifat komedogenik yang tidak akan menyumbatkan liang pori sehingga menyebabkan pembentukan bintik-bintik hitam dan putih.
Adakah anda ingin membeli serum dengan bajet yang rendah? Jangan risau, kini serum dari Naruko ini dapat membantu anda. Diformulasikan dengan 12 bahan pelembap dan ekstrak mawar yang akan mengembalikan kelembapan, keanjalan dan sinar kulit yang lebih berseri.
Serum untuk kulit kering ini sesuai digunakan oleh pengguna kulit sensitif kerana mampu mengurangkan keradangan pada wajah dan dalam pada masa yang sama menghasilkan kulit yang tetap lembap dan anjal.
Itulah antara serum terbaik untuk kulit kering yang boleh anda pilih, pastinya berkesan dengan baik! Jom baca juga Serum terbaik untuk jerawat, Set berpantang, serum terbaik untuk kulit berminyak dan Serum terbaik untuk whitehead.
Pandangan di atas tidak mewakili pendapat Bidadari. Ianya adalah penulisan perkongsian dan pendapat penulis.