Kulit kering sememangnya menyebabkan kita berasa kurang menyenangkan dan wajah turut kelihatan kurang berseri. Justeru, amalan penjagaan wajah yang sesuai dengan jenis kulit adalah sangat penting seperti menggunakan pencuci muka yang bersesuaian dengan masalah kulit kering.
Bagi anda yang masih tercari-cari pencuci muka untuk kulit kering, disini kami senaraikan 15 pencuci muka untuk kulit kering yang boleh anda gunakan. Pastinya selamat dan halal!
Faith in Face Egg White Whip Cleansing Foam dapat membersihkan wajah anda secara efektif kerana mengandungi ekstrak telur putih dan kuning. Pencuci muka untuk kulit kering ini dapat membantu mengurangkan jerawat pada wajah serta mengecilkan liang pori-pori kerana kandungan telur putih tersebut. Manakala, ekstrak telur kuning itu pula dapat menganjalkan kulit dan memastikannya kekal lembap.
Jadi, Faith in Face Egg White Whip Cleansing Foam ini sememangnya berkesan membuang segala kotoran dan minyak di wajah. Selain itu, ia juga sesuai untuk semua jenis kulit.
Jika anda masih tercari-cari produk pencuci muka untuk kulit kering, pencuci muka Asis-tobe Ph Balancing Gel Cleanser ini harus menjadi pilihan utama. Ia telah diuji secara dermatologi yang diperkaya dengan allantoin serta panthenol.
Ramuan ini digunakan untuk memastikan kulit sentiasa kekal lembap dan ekstrak aloe vera dan buah kelapa pula berfungsi untuk membersihkan wajah daripada kotoran.
Exuviance Professional Gentle Cleansing Creme diformulasikan secara khusus untuk mereka yang berkulit kering. Ia membantu melembutkan kulit wajah agar kelihatan lebih berseri. Pencuci muka untuk kulit kering ini juga dapat membersihkan kotoran di wajah yang menyumbat liang pori-pori dan amat berkesan dalam membersihkan solekan tanpa kesan iritasi.
Simple Water Boost Micellar Facial Gel Wash merupakan pencuci muka untuk kulit kering yang berkesan membersihkan wajah secara lembut dan membantu agar kulit kekal sentiasa lembap. Selain itu, ianya juga berkesan untuk mencegah kulit yang kelihatan kusam, kering, dan kasar. Pasti anda akan teruja apabila kulit wajah anda sihat dan mulus dengan penggunaannya secara berkala.
Seterusnya, Clinique All About Clean Liquid Facial Soap merupakan pencuci muka untuk kulit kering yang juga sesuai digunakan untuk kulit berminyak dan tidak sekata. Untuk pengetahuan anda, ia mengandungi ramuan yang dapat membantu membersihkan kulit wajah tanpa mengeringkan lapisan pada bahagian lipid kulit. Apa yang penting, ianya bebas pewangi, paraben dan phthalates.
Pencuci muka untuk kulit kering yang bersifat gel yang turut berkesan dalam membersihkan dan menyegarkan wajah daripada kotoran serta solekan adalah COSRX Good Morning Low pH Gel Cleanser. Dirumus khas agar nilai pH rendah supaya dapat memastikan agar kulit wajah kekal sihat dan berseri.
Selain itu, ia turut diperkaya dengan bahan yang dapat membantu mengekalkan kelembapan kulit yang menjadikannya antara pilihan untuk mereka yang mempunyai kulit kering.
Kora Organics Oleh Miranda Kerr Gentle Cleanser diperkaya dengan ekstrak buah mengkudu, chamomile, kalendula dan minyak avokado. Khasiat bahan semulajadi ini dapat membantu membersihkan dan melembutkan kulit anda.
Bukan itu sahaja, ia juga membersihkan wajah secara lembut tanpa mengeringkan dan merengsakan pada bahagian kulit anda. Kelebihan pencuci muka untuk kulit kering ini adalah ia 100% menggunakan bahan organik.
Sebamed Facial Cleanser Normal to Dry Skin merupakan pencuci muka untuk kulit kering yang mempunyai nilai pH 5.5. Ia melindungi kulit daripada pelbagai faktor luaran yang mampu merosakkan kulit agar kelihatan lebih berseri. Selain itu, ia juga mengandungi sodium laktat yang dapat mengekalkan kelembapan kulit.
Menggunakan formula khusus untuk kulit sensitif, First Aid Beauty Face Cleanser mengandungi campuran bahan botani yang dapat membantu mengurangkan masalah kulit dan memastikan nilai pH kulit sentiasa kekal seimbang. Ianya juga dapat membantu membersihkan wajah daripada minyak, solekan dan kotoran yang tersumbat di liang pori. Kelebihan yang ada pada pencuci muka ini ialah ia dapat mengurangkan kegatalan pada kulit muka.
Jika sebut sahaja Cerave Hydrating Cleanser, pasti ramai yang mengenali pencuci muka untuk kulit kering yang sangat berkesan ini. Cerave Hydrating Cleanser mampu membersihkan wajah daripada segala jenis kotoran dan dapat mengekalkan kelembapan kulit.
Menariknya, ia dapat menyingkirkan minyak dan solekan secara efektif. Penggunaannya secara konsisten akan membuatkan wajah anda kelihatan berseri dan mulus.
Inginkan pencuci muka untuk kulit kering yang mempunyai harga yang berpatutan? Hada Labo Mild & Sensitive Face Wash Thermal Spring Water adalah jawapannya. Diformulasi dengan mata air terma daripada Perancis, asid hyaluronik dan ekstrak gingko biloba yang sememangnya dapat membantu menyingkirkan kotoran dari wajah secara efektif. Tambahan pula, pencuci muka ini juga dapat melindungi lapisan kulit daripada sebarang kerengsaan dan pencemaran alam sekitar.
Fresh Soy Face Cleanser merupakan pencuci muka untuk kulit kering yang menjadi pilihan ramai di Sephora dan penilaian daripada pelanggan juga amat baik. Pencuci muka ini dapat membantu membersihkan wajah daripada sebarang kotoran, solekan dan juga maskara kerana pembuatannya berasaskan bahan semulajadi seperti soya. Berbaloinya, ia tidak membuatkan kulit wajah anda terasa kering selepas dibersihkan.
Chemist Confessions Blank Slate: Low pH Gentle Cleanser ini sangat sesuai untuk anda yang menginginkan pembersih wajah yang berkesan dalam membersihkan kotoran dan solekan pada wajah tanpa mengeringkan kulit. Pencuci muka untuk kulit kering ini mempunyai tahap pH 5.8.
Sudah pasti ia sangat sesuai untuk kulit. Ia juga tidak menyebabkan sebarang alahan pada kulit dan sesuai untuk mereka yang berkulit sensitif.
Pencuci muka untuk kulit kering yang terbaik ini dapat membersihkan wajah anda daripada segala jenis kotoran dan dapat memastikan kulit kekal lembap walaupun selepas dibersihkan. Ia boleh digunakan pada bahagian mata tanpa sebarang kesan iritasi. Dengan hanya sekali penggunaan, kulit anda terasa lebih lembut dan berseri. Tiada lagi kulit kering yang mencelakan wajah anda.
Antara pencuci muka untuk kulit kering yang terbaik di pasaran untuk kulit yang sensitif adalah Cetaphil Gentle Skin Cleanser. Penggunaannya juga turut disyorkan oleh ahli dermatologi kerana bahan yang terdapat di dalam pencuci muka ini tidak mengandungi sebarang bahan yang dapat merengsakan kulit.
Oleh kerana ia tidak bersifat komedogeni, dengan hanya satu cucian sahaja, pencuci muka untuk kulit kering dapat membersihkan kotoran pada wajah anda dengan sempurna.
Itulah dia pencuci muka untuk kulit kering yang sesuai dan selamat digunakan. Jom baca juga
Itulah antara pencuci muka untuk kulit kusam yang sesuai dan selamat untuk digunakan. Kebanyakannya adalah popular di Malaysia. Jom baca juga Pencuci muka untuk kulit kusam, pressure cooker terbaik, Kuali Non Stick Terbaik dan oven terbaik.
Pandangan di atas tidak mewakili pendapat Bidadari. Ia adalah penulisan perkongsian dan pendapat penulis.