Pasti ada yang mencari spesifikasi dan harga printer yang viral baru-baru ini iaitu Canon Maxify GX7070. Dengar kata, printer ini memang berkualiti dan sangat sesuai untuk mereka yang mencari printer dengan spesifikasi terbaik.

Printer menjadi satu alat yang perlu ada terutama buat pekerja dan pelajar. Kadangkala kuantiti kerja yang perlu dicetak terlampau banyak hingga tidak berbaloi untuk hantar ke kedai. Harga cetakan juga kadangkala terlampau tinggi. Bukan itu sahaja, masa untuk keluar ke kedai dan kos minyak perlu diambil kira.

Jadi, salah satu jalan penyelesaiannya adalah membeli mesin cetakan sendiri. Walaupun harganya tinggi namun ia menjadi satu kemudahan untuk masa hadapan. Ada juga yang membeli mesin cetak untuk kegunaan sendiri dan menawarkan perkhidmatan mencetak untuk orang lain bagi menampung kembali kos mesin cetak, terutama pelajar.

Antara perkara yang perlu dipertimbangkan sebelum membeli mesin cetak adalah kekerapan penggunaan, spesifikasi, kos penggunaan dakwat dan kelebihan lain. Jadi kami mencadangkan anda untuk membeli printer Canon Maxify GX7070 yang memiliki pelbagai kelebihan terbaik. Jom tengok spesifikasi mesin cetak ini.

Spesifikasi Canon Maxify GX7070

Printer Canon Maxify GX7070 mempunyai reka bentuk yang menarik dan unik. Reka bentuknya mirip seperti mesin pencetak yang besar yang sering dilihat di pejabat dan kedai cetak, namun model ini lebih kecil, minimalis dan ringan. Bentuknya yang kecil dapat menjimatkan ruang.

Mesin cetak ini merupakan printer inkjet pelbagai fungsi yang menyasarkan penggunaannya untuk Small-Medium-Business (SMB) dan Small-Office-Home-Office (SOHO). Secara ringkasnya, individu yang memiliki perniagaan kecil dan sederhana serta mereka yang bekerja di rumah, semestinya memerlukan mesin cetak ini.

Secara umumnya, Canon Maxify GX7070 bukan sahaja berfungsi sebagai pencetak, malah boleh membuat salinan, mengimbas atau scan, fax dan ADF. Bukan sahaja kertas, malah menyokong pencetakan pelekat, bunting, sampul surat, label, poster dan sebagainya.

Kelajuan mencetak memang sangat tinggi dengan standard ISO print speed (A4) mencecah 24 ipm untuk cetakan hitam manakala 15.5 ipm untuk cetakan berwarna.

Kuantiti cetakan juga sangat tinggi dan dianggarkan penggunaannya sebanyak 9 000 helaian cetakan hitam putih dan 21 000 helaian berwarna. Namun jumlah cetakan yang dicadangkan adalah 300 hingga 2500 helaian untuk satu bulan.

Tambahan pula, dengan ciri EconoMode dapat mengurangkan penggunaan toner dan menjimatkan kos cetakan untuk setiap helaian. Selain itu, mesin pencetak ini menyokong sambungan Wi-Fi, LAN, AirPrint, Mopria dan direct wireless.

Kelebihan Lain Canon Maxify GX7070

Berikut merupakan kelebihan lain yang terdapat pada printer GX7070:

  • Formulasi ink/dakwat untuk prestasi yang lebih baik

Dakwat yang terhasil untuk mesin pencetak ini dicipta dengan kalis air dan tahan lembapan. Bukan itu sahaja, dakwatnya juga cepat kering untuk memastikan kualiti cetakan yang baik. Pigmen dakwat yang berketumpatan tinggi ini juga dapat menghasilkan teks yang jelas dan tajam.

  • Mudah untuk mengisi semula dakwat

Pengisian semula dakwat sangat mudah dan cekap kerana setiap hujung botol dakwat direka khas dengan saiz yang sesuai dan hanya muat pada tangki dakwat tersebut. Hal ini membuatkan dakwat mudah dimasukkan serta dapat mengelak percampuran ekoran pertumpahan dakwat berwarna yang lain.

Tak cukup dengan itu, pengisian dakwat akan berhenti secara automatik apabila tangki dakwat sudah penuh bagi mengelakkan pertumpahan.

  • Imbas dua muka pada satu helaian

Dengan ciri ADF, scanner atau pengimbas dapat mengimbas sehingga 50 helaian dengan dua muka sekali gus secara automatik.

  • Kapasiti tray kertas yang besar

Uniknya printer GX7070 adalah mengandungi tiga ruangan kertas atau tray. Tray pertama berada di atas yang dapat memuatkan 100 helaian kertas manakala dua tray berada di bawah dimana masing-masing dapat memuatkan 250 helaian bersaiz A4. Ini menjadikan 600 helaian dapat diisikan pada printer tersebut berbanding model GX6070 yang hanya dapat memuatkan 350 helaian sahaja

  • Penukaran katrij dengan mudah

Pengguna boleh menukar katrij sendiri dengan mudah untuk memastikan prestasi penggunaan mesin pencetak yang baik dari semasa ke semasa. Dengan ini, mesin pencetak dapat berfungsi dengan lama walaupun digunakan secara kerap.

Jom tengok spesifikasi printer Canon Maxify GX7070 dengan lebih terperinci:

Imej via [ Canon ]

Kesimpulannya, printer Canon Maxify GX7070 sesuai untuk penggunaan yang kerap atau pencetakan yang banyak tetapi dengan kos yang rendah.

Mesin pencetak 4 dalam 1 tanpa berwayar ini memberi satu kelebihan bagi mereka yang mempunyai bajet yang rendah tetapi menginginkan mesin pencetak yang berkualiti tinggi. Jika anda seorang pekerja yang bekerja di rumah dan peniaga kecil, anda memang perlukan mesin pencetak ini.

Kami juga ada menulis artikel berkaitan alat yang anda perlu untuk memudahkan kerja seperti:

Penulis: Nur Syafiqah

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.