Sesiapa yang belum menjadi lagi buat marble jelita boleh ikut cara dan resepi yang kami tulis kali ini. Gerenti menjadi dengan cantik dan jayanya. Nama pun kek marble jelita, tampilan kek semestinya cantik dan menarik hati. Berbeza dengan kek marble biasa, kek marble jelita kalau boleh harus dilukis dengan penuh kasih supaya hasil dia cantik belaka.
Kek marble jelita cantik lembut di luar gebu di dalam. Apabila kita potong kek itu, akan ternampak tekstur kek yang gebu gebas. Sangat seronok dapat makan kek jelita untuk minum petang dimakan bersama teh panas. Selain untuk menu minum petang, kek marble jelita sesuai untuk dihidang pada acara majlis rasmi dan tak rasmi serta majlis mewah sebagai hidangan pencuci mulut. Bahkan untuk kek hari jadi pun boleh.
Kek marble jelita dibuat dengan tepung kek dan gula kastor, sedikit serbuk penaik, serbuk vanilla, telur, susu dan ovalete. Kemudian ikut kreativiti anda sendiri hiaskan permukaan kek marble. Ingat, kena cantik dan jelita ya. Resepi kek marble jelita dikongsikan oleh Samsiah Hj Mat AliSamsiah Hj Mat Ali di laman Facebook.
Selain kek marble jelita, kami juga menulis resepi lain yang mendapat perkongsian ramai, sila baca dan cubakan. Jangan lupa like dan share resepi ini ya. Terima kasih telah berkunjung ke laman web kami.