Wanita khususnya sentiasa dilema dalam membeli foundation yang tepat untuk kulit wajah mereka. Bagaimana sebenarnya tips pilih foundation yang betul agar muka tidak kelihatan kusam dan gelap?

Artikel pada kali ini kami akan berkongsi kepada anda berkenaan dengan beberapa panduan penting tentang tips pilih foundation yang betul.

1. Fahami jenis kulit muka

tips pilih foundation

Tips pilih foundation yang pertama adalah mengenal pasti jenis kulit muka anda. Antara jenis-jenis kulit yang biasa adalah kulit kering, kulit normal, kulit berminyak, dan kulit kombonasi.

Bagi kulit berminyak, anda harus elak dari memilih foundation dengan finish dewy. Menggunakan foundation dewy pada kulit berminyak hanya akan membuat wajah tampak terlalu berminyak. Sebaiknya adalah lebih baik, anda memilih foundation matte

Bagi foundation finish dewy pula, ia sesuai digunakan bagi yang berkulit kering.

2. Sepadan dengan tona kulit muka

Dalam mencari padanan yang sempurna, amatlah penting untuk anda kenal pasti dahulu tona kulit anda.

Sekiranya tona kulit anda tidak sekata, boleh gunakan garis rahang anda sebagai penunjuk tepat bagi mengenal pasti kulit asli anda.

3. Pilih tekstur foundation

tips pilih foundation

Terdapat banyak jenis tekstur foundation yang dijual di pasaran. Antaranya seperti padat, cair, gel, cream dan powder dan sebagainya.

Setiap foundation memiliki tekstur yang berbeza-beza dan keistimewaan yang tersendiri. Berikut adalah jenis dan fungsi foundation tersebut:

Foundation padat

  • Sangat sesuai digunakan untuk kulit berminyak.

Foundation cair

  • Sesuai untuk kulit kering kerana memberi kesan melembabkan.
  • Sesuai untuk kulit normal dan normal cenderung kering ataupun berminyak.

Foundation gel

  • Sesuai untuk kulit kering dan normal cenderung kering kerana tekstur hampir serupa foundation cair.
  • Sesuai digunakan untuk kulit berjerawat.

Foundation cream

  • Sesuai untuk segala jenis kulit dan sangat bagus untuk menutupi parut hitam.

Foundation powder

  • Sesuai untuk kulit berminyak.

4. Pilih warna yang mirip

Elakkan dari memilih foundation yang warnannya lebih gelap atau lebih cerah dari warna asli kulit anda.

Ini kerana jika memilih foundation yang warnannya juah dengan warna asli kulit, ia akan terlihat berbeza dengan bahagian kulit anda yang lain seperti leher dan tangan.

Terdapat tiga kategori warna kulit untuk disesuaikan dengan foundationLight, warna kulit yang cerah dan terang bahkan pucat. Medium, warna kulit ini cenderung berada di tengah-tengah seperti warna krem atau cokelat. Deep, warna yang cenderung lebih gelap.

5. Pilih ada serum

Foundation yang mengandundi serum adalah antara foundation terbaik yang perlu anda ada. Ia berguna sekiranya anda mahu dapatkan kulit yang lembut dan tidak kusam walaupun sudah makeup.

6. Elak pilih yang ada SPF

tips pilih foundation

Biasa kita galakkan memakai barang penjagaan wajah yang ada SPF. Namun bagi foundation, anda perlu elakkan dari memakai foundation yang mengandungi SPF.

Ianya kerana, foundation jenis ini biasanya lebih lembap dan tidak smooth.

7. Cuba sebelum beli

Kebiasaannya, setiap kedai alat solek atau kedai kosmetik akan menyediakan tester foundation untuk pelanggan cuba sendiri pada tangan.

Penggunaan foundation pada tangan dianggap kurang berkesan oleh kerana warna kulit tangan agak berbeza dengan warna kulit wajah.

Justeru cubalah foundation langsung pada kulit wajah anda. Selain itu, tips pilh foundation yang mungkin orang jarang amalkan adalah mencuba foundation di tempat yang terang.

Dengan cara ini, kita dapat memberi fokus yang lebih ketara di bahagian wajah untuk mengenal pasti sama ada foundation itu sesuai atau tidak.

8. Perhatikan tahap coverage foundation

tips pilih foundation

Penting dalam pemakaian foundation untuk anda tahu apakah tahap coverage yang dimahukan. Tidak semua make up memerlukan full coverage foundation.

Jika anda ingin hasil yang flawless tetapi tetap sesuai dengan warna kulit, pilih foundation dengan coverage medium to high. Foundation jenis ini mampu membaiki kekurangan pada wajah seperti flek hitam dan warna kulit yang tidak rata dengan baik.

9. Tentukan “look” yang diinginkan

Setiap orang pasti mempunyai tema solekan atau “look” yang diinginkan. Ada yang ingin terlihat seperti Korean-Chinese-Japanese-British make up look, ada yang ingin membuat Arabian-American make up look, dan sebagainya.

Untuk pengetahuan anda, setiap “look” ini mempunyai perbezaan shade foundation yang berbeza-beza.

Contohnya, Arabian-American make up look memerlukan anda untuk pilih shade foundation yang satu tahap lebih gelap dari kulit anda.

10. Periksa tarikh luput foundation

Foundation boleh bertahan selama 2 tahun? Foundation berasaskan bedak seperti two-way cake mampu bertahan selama 2 tahun kerana formulasinya yang kering menyukarkan bakteria untuk membiak.

Manakala foundation cream dan liquid pula mampu bertahan selama 6 hingga 12 bulan sahaja disebabkan oleh adanya kandungan air, minyak dan agen lembapan di dalam produk tersebut.

Selain artikel berkenaan dengan tips pilih foundation ini, anda juga boleh baca artikel kami yang lain berkenaan alat solek seperti:

Kesimpulannya, jika anda inginkan hasil solekan yang menarik dan menawan, anda perlu ilmu yang tepat tentang pemilihan alat solek yang sesuai untuk diri anda.

Jangan malu dan takut untuk bereksperimentasi dengan diri sendiri kerana kecantikkan anda adalah dari keberaniaan diri anda untuk mencuba!

Sumber:

  1. A Complete Guide to Finding Your Foundation Shade Match. In Style
  2. How To Choose The Right Foundation For Your Skin. Stylecraze
  3. Tips For Finding Your Perfect Foundation. Maybelline

Penulis: hannani

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.