Oil cleanser adalah produk pembersih wajah yang berasaskan minyak yang berguna untuk menghilangkan kesan alat solek, radikal bebas dan kotoran yang terdapat pada wajah.

Oil cleanser terbaik sesuai untuk semua jenis kulit, termasuklah kulit yang sensitif. Ia dapat membersihkan kesan alat solek tebal dan solekan yang kalis air. Amat mudah guna oil cleanser sekiranya kita sering mekap atau mekap tebal.

Ia juga boleh digunakan untuk membersih eyeliner, maskara, foundation, lipstik kalis air dan sebagainya yang kita pakai. Terdapat banyak produk oil cleanser di pasaran terbaik dan murah yang mampu dimiliki. Jom lihat antara 14 oil cleanser terbaik dan murah.

1. Biore Makeup Remover Cleansing Oil

oil cleanser terbaik dan murah

Sekiranya anda gemar bersolek, cleanser oil ini sangat sesuai untuk menghilangkan dan membersihkan solekan degil di muka anda. Ia sangat sesuai untuk semua jenis kulit kecuali kulit sensitif kerana mengandungi wangian yang sangat kuat.

Cleanser oil ini sangat baik sebagai penghilang solekan dan pembersih wajah kerana ianya akan menjadikan kulit lembut setelah dicuci menggunakannya.

2. Neutrogena Deep Clean Cleansing Oil

oil cleanser terbaik dan murah

Cleanser oil dari Neutrogena ini sangat popular dan berjaya melawan minyak dan sebum bagi membersihkan semua kotoran yang menyumbat liang-liang pori di bahagian muka.

Walaupun bahan formula clenser oil ini mengandungi minyak, ia amat sesuai untuk pengguna yang memiliki jenis kulit berminyak. Iaberfungsi untuk menghilangkan minyak berlebihan di wajah dan sesuai digunakan untuk membersihkan kesan solekan kalis air dan segala kotoran di muka.

3. The Body Shop Camomile Silky Cleansing Oil

oil cleanser terbaik dan murah

Sekiranya anda ingin membiasakan diri dengan cleanser oil dan bimbang ia membahayakan kulit, cubalah cleanser oil The Body Shop yang diperkaya dengan ekstrak bunga Chamomile.

Oil cleanser terbaik dan murah ini akan membantu mengurangkan jerawat dan juga melegakan kulit muka yang bermasalah. Selain itu, khasiatnya menghilangkan solekan pada wajah dengan cepat dan menjadikan kulit terasa bersih, segar dan sempurna.

4. Klairs Gentle Black Deep Cleansing Oil

oil cleanser terbaik dan murah

Cleanser daripada Korea ini merupakan gabungan minyak sayuran yang membantu penjagaan wajah. Teksturnya lembut dan tidak meninggalkan kesan melekit setelah dicuci menjadikannya sangat sesuai untuk kulit sensitif kerana bebas daripada alkohol dan paraben.

Cleanser oil ini diperkaya dengan minyak bijan hitam, kacang hitam dan anggur hitam yang akan membantu mengawal pengeluaran sebum, meningkatkan keanjalan kulit, menghidrat wajah dan sebagainya.

5. Yeppenskin Premier Cleansing Oil

oil cleanser terbaik dan murah

Cleanser ini diperbuat daripada ekstrak minyak zaitun, minyak biji Camellia Japnocia dan Rh-Oligopeptide-1 sangat berkesan untuk menghilangkan kesan solekan dan melembabkan kulit.

Di samping itu, ia juga menghilangkan kulit kusam agar kulit menjadi lebih berseri dan cerah. Kulit juga akan menjadi sangat lembut.

6. Simple Kind To Skin Hydrating Cleansing Oil

oil cleanser terbaik dan murah

Cleanser oil ini sering dicari oleh pengguna yang mempunyai kulit sensitif kerana kandungan bahan-bahannya sesuai untuk mereka yang berkulit sensitif.

Oil Cleanser terbaik dan murah ini juga dikatakan sangat berkesan untuk membersihkan alat solek dan kotoran pada wajah. Ia boleh digunakan pada kulit sensitif dan kering kerana tidak mempunyai alkohol dan wangian.

7. Hada Labo Super Hyaluronic Acid Moisturizing Cleansing Oil

oil cleanser terbaik dan murah

Sekiranya anda mempunyai kulit yang bermasalah, disarankan untuk mencuba menggunakan produk Hada Labo Super Hyaluronic Acid Moisturizing ini.

Oil cleanser terbaik dan murah ini dapat memerangkap kelembapan pada lapisan wajah sehinggakan kulit berhenti menghasilkan sebum tambahan. Selain itu, ia bukan sahaja bertindak sebagai agen pembersih, tetapi juga membantu melindungi kulit dari kesan pencemaran seperti asap kenderaan, jerebu, dan radikal bebas yang melekat pada kulit.

8. Safi Natural Micellar Oil Honey & Olive Cleansing

Tanggalkan solekan kalis air, berasaskan minyak dan kekotoran anda dengan berkesan dalam masa kurang dari 1 minit dengan SAFI Micellar Natural Cleansing Oil (Madu). Produk ini menanggalkan makeup dengan baik.

Produk yang berasaskan minyak ini membuatkan kulit anda berasa lembap tanpa rasa selepas berminyak. Produk ini juga tidak mengandungi alkohol, paraben, minyak mineral dan pewarna. Madu berada ditempat ke-13 didalam ingredient list.

9. Kose Cosmeport Softymo Deep Cleansing Oil

oil cleanser terbaik dan murah

Kose Cosmeport Softymo Deep Cleansing Oil ini diperkaya dengan minyak beras yang berkesan untuk menanggalkan alat solek dan juga kotoran daripada liang pori wajah dan di bahagian leher.

Ia dapat membuang sel kulit mati sehingga kulit wajah terasa lebih bersih dan segar. Sekiranya anda gemar menggunakan solekan kalis air sehinggakan warnanya menjadi berlapis, cleanser oil ini akan menanggalkannya dengan baik.

10. DHC Deep Cleansing Oil

oil cleanser terbaik dan murah

DHC Deep Cleansing Oil ini sesuai untuk semua jenis kulit dimana ia berfungsi membersihkan kulit dari kotoran, alat solek, habuk dan sebagainya.

Selain itu, cleanser oil terbaik dan murah ini juga mampu menanggalkan sel kulit mati serta membersihkan, menyuburkan, dan menghidrat kulit agar kekal sihat dan berseri.

11. Laneige Fresh Brightening Cleansing Oil

oil cleanser terbaik dan murah

Laneige Fresh Brightening Cleansing Oil yang dapat membersihkan wajah anda ini sememangnya terkenal hasilnya dari Korea Selatan. Ia diperkaya dengan minyak aprikot yang menyegarkan.

Di samping itu, cleanser oil ini juga mengandungi minyak biji oren Bali yang kaya dengan vitamin C yang dapat membantu mencerahkan kulit anda dan mengurangkan kemerahan pada kulit. 

Selain itu, terdapat kandungan ekstrak akar Gypsophila paniculata yang berkesan untuk menghilangkan kotoran pada wajah. Bagi aroma produk ini, haruman bunganya sangat menyegarkan.

12. Senka All Clear Oil

oil cleanser terbaik dan murah

Senka adalah jenama penjagaan kulityang menyediakan banyak produk wajah yang berkualiti. Salah satunya adalah produk cleanser oil terbaik iaitu All Clear Oil.

Cleanser oil yang berasaskan minyak ini mampu membersihkan alat solek dan semua kotoran di wajah dengan baik. Dari segi kandungannya pula, ia diperkaya dengan esen kepompong putih, asid hyaluronik dan minyak dedak beras yang dapat menghaluskan kulit wajah.

Dengan menggunakan produk ini dengan konsisten, wajah anda akan menjadi lebih cerah dan sangat berseri.

13. Sulwhasoo Gentle Oil Cleansing

Semua minyak pembersih bertujuan untuk memecahkan kekotoran larut minyak seperti pelindung matahari dan alat solek, menjadikan pembersihan mudah. Sulwhasoo Gentle Cleansing Oil dirumus dengan squalane, minyak isirong aprikot, dan ekstrak kulit jeruk keprok serta menjanjikan pembersihan yang berkesan dan lembut.

Produk ini juga menanggalkan solekan di sekitar mata dan maskara dengan baik tanpa menjadikan kulit di sekitar mata kering. Oil cleansing ini juga menjadikan kulit lembap dan lembut.

14. Madagascar Centella Light Cleansing Oil

Minyak pembersih, dibuat dengan campuran Minyak Centella dari Madagascar, sifat yang tidak disentuh, dan 6 minyak berasaskan tumbuhan berbeza, untuk mencairkan kekotoran permukaan dan solekan, serta membersihkan kulit dengan formula ringan, menjadikan kulit bersih dan segar.

 Produk ini juga tidak menanggalkan makeup dengan senang tanpa perlu menggosok dengan kuat. Produk ini menjadikan kulit lebih ringan dan licin selepas menggun.

Itulah dia antara 14 jenis oil cleanser terbaik dan murah boleh kita cuba. Jom baca juga Vitamin untuk mata, moisturizer terbaik, sunblock terbaik dan serum terbaik.

Produk di atas adalah cadangan oleh penulis berdasarkan pembacaan dan pengalaman. Ianya bukan mewakili kenyataan Bidadari.my.

Penulis: zulrina

Meminati dunia perniagaan, travel dan makanan.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.