Resepi agar-agar raya adalah pencuci mulut yang sudah tidak asing lagi menjadi makanan wajib dihidangkan setiap kali menyambut tetamu.

Hal ini kerana penyediaannya resepi agar-agar raya yang sangat ringkas, bahan yang sedikit perlu digunakan serta rasanya yang sedap menjadi tarikan untuk setiap orang.

Artikel pada kali ini kami akan berkongsi kepada anda mengenai resepi agar-agar raya yang sangat mudah dan sedap untuk anda buat sendiri di rumah.

1. Agar-agar santan gula melaka

resepi agar-agar raya

Bahan-bahannya:

  • 10 g agar-agar serbuk
  • 3 keping gula melaka/nisan
  • 1 senduk gula
  • secubit garam
  • 4 cawan air
  • 1 cawan santan
  • 2 helai daun pandan
  • 1 biji telur

Cara penyediaan:

  • Masukkan serbuk agar-agar, daun pandan bersama air ke dalam periuk. Masak hingga mendidih.
  • Letak gula melaka keping, gula pasir dan garam secukup rasa. Masak hingga gula melaka cair. Selepas mencair, tapiskan dan letak atas dapur balik.
  • Pukul telur hingga kembang. Masukkan ke dalam santan yang ditapis dan pukul lagi hingga sebati.
  • Kemudian masukkan santan bersama telur tadi ke dalam agar-agar yang mendidih. Kacau hingga mendidih lalu tutup api apabila selesai.
  • Masukkan dalam loyang dan sejukkan.

2. Agar-agar kiub

resepi agar-agar raya

Bahan-bahannya:

  • 1 paket agar-agar tali (direndam dan toskan)
  • 1/2 kg gula
  • 3 helai daun pandan
  • Air secukupnya
  • Pewarna (jika ada seperti merah, hijau, dan kuning)

Cara penyediaan:

  • Didihkan air dan masukkan agar-agar.
  • Kacau sehingga sebati dan masukkan secubit garam dan daun pandan.
  • Kecilkan api, ambil sedikit agar-agar dalam tiga piring cawan dan masukkan pewarna seperti merah, hijau dan kuning.
  • Kemudian sejukkan tiga piring tersebut dalam peti sejuk bahagian ais batu, tunggu beberapa minit dan setelah keras potong dadu kesemuanya.
  • Kemudian tuang agar-agar cair kedalam acuan yang mempunyai lubang ditengah.
  • Masukkan ketiga-tiga warna kiub tadi dan kacau dan sejukkan.

3. Agar-agar milo lapis oreo

Bahan-bahannya:

  • 1 bungkus agar-agar / 10gm serbuk agar agar
  • 750ml air
  • 160gm gula
  • 1 tin ( 400gm) susu cair
  • 3/4 cawan serbuk milo
  • 1 bungkus (137gm) biskut oreo – patahkan tapi biar 2 lapis

Cara penyediaan:

  • Masak agar-agar hingga larut.
  • Kemudian masukkan gula kacau sampai semua sebati.
  • Tambahkan susu cair dan kacau hingga mendidih.
  • Asingkan dua cawan adunan ke dalam periuk lain dan campurkan dengan milo. Kacau sebati.
  • Ambil satu cawan adunan agar-agar milo dan tuangkan ke dalam acuan.
  • Baki adunan milo lagi separuh tadi tu panaskan atas api kecil sebab tak nak bagi dia cepat keras
  • Tunggu sehingga adunan milo dalam loyang keras sedikit(tapi masih suam) cucuk adunan milo dengan garfu / lidi supaya adunan seterusnya melekat.
  • Dengan berhati-hati tuangkan adunan putih (susu) dekat atas lapisan puding milo, tuang dari bahagian tepi sebab bahagian tengah masih cair dan tidak keras sangat lagi, tuang perlahan-lahan.
  • Kemudian susun oreo yang telah dipatahkan.
  • Biarkan lapisan putih mengeras sedikit. Lakukan proses yang sama toreh permukaan dengan garfu.
  • Akhir sekali tuangkan baki lapisan milo.
  • Biarkan sejuk dalam peti ais dan apabila keras ia siap untuk dipotong.

4. Agar-agar pandan kelapa

resepi agar-agar raya

Bahan-bahan lapisan bahagian bawah:

  • 1/2 pek agar-agar tali (6 gram)
  • 6 sudu makan gula
  • 1/2 sudu teh garam
  • 300 ml santan pekat
  • 300 ml air

Bahan-bahan lapisan bahagian atas:

  • 10 helai daun pandan (dikisar bersama 1/2 cawan air dan ditapis untuk ambil jusnya sahaja)
  • 2 biji isi kelapa muda
  • 4 – 6 sudu makan gula
  • 1/2 agar-agar bertali (6 gram)
  • 350 ml air

Cara penyediaan:

  • Satukan serbuk agar-agar, gula, daun pandan dan air kelapa pandan, kacau rata. Masak dengan api sederhana hingga mendidih, kacau selalu.
  • Tambahkan pes pandan atau pewarna hijau. Sementarai tu, isi kelapa dihiris halus memanjang.
  • Keluarkan daun pandan dari agar-agar tadi, bahagikan kepada dua bahagian (250ml setiap satu). Satu bahagian ditambah santan pekat dan secubit garam.
  • Sediakan bekas agar-agar, letak satu bahagian tanpa santan dan taburkan isi kelapa. Biarkan keras.
  • Goreskan permukaannya dengan garpu dan tuang bahagian yang bersantan pula.
  • Biarkan mengeras. Ulangi kaedah seperti yang pertama tadi sehingga habis.
  • Simpan dalam peti sejuk hingga betul-betul keras.

5. Agar-agar nenas

resepi agar-agar raya

Bahan-bahannya:

  • 4gm agar-agar strip atau tali (basuh, rendam seketika dalam air, basuh, toskan, ketepikan)
  • 600ml air
  • 150gm isi nenas segar jenis manis (potong kiub kecil)
  • 70gm gula (secukup rasa)
  • Secubit garam

Cara penyediaan:

  • Panaskan air sebanyak 1 liter 
  • Masukkan serbuk agar-agar bersama-sama gula
  • Apabila dah mendidih masukkan susu cair dan kacau sehingga sebati
  • Tutupkan api dan masukkan nenas
  • Bahagikan agar-agar kepada du abekas
  • Ambil 1 bekas yang berisi agar-agar dan masukkan pewarna kuning, gaul sehingga rata.
  • Dan bolehlah dimasukkan kedalam mangkuk.
  • Masukkan agar-agar yang berwarna kuning dahulu, sejukkan sebentar dan barulah masukkan agar-agar yang berwarna putih diatasnya. Maka terbentuklah dua lapis warna.
  • Sejukkan dalam peti sejuk. Sedia untuk dinikmati.

6. Agar-agar santan sirap ros

Bahan-bahannya:

  • 1 paket agar2 tali (20 gram)
  • 1 cawan gula pasir
  • 5-7 ketul kecil gula batu
  • 1 kotak kecil santan (200 ml)
  • 2 biji telur
  • 5 cawan air
  • 2 helai daun pandan(disimpul)
  • 2 sudu perisa sirap
  • 1 sudu kecil garam
  • 1 sudu kecil esen vanilla

Cara penyediaan:

  • Masukkan agar-agar, air, dan daun pandan (simpul) hingga hancur.
  • Kemudian, masukkan pula gula pasir dan gula batu dan kacau sehingga larut.
  • Masukkan perisa sirap dan esen vanila lalu kacau lagi sehingga sebati.
  • Ambil telur dan pecahkan ke dalam santan. Masukkan garam dan kacau sehingga betul-betul sebati.
  • Seterusnya, masukkan ke dalam agar-agar tadi dan kacau sehingga sebati.
  • Untuk dapatkan tekstur yang berlumut, biarkan agar-agar mendidih dan membuak tanpa dikacau.
  • Padamkan api, kacau dan tuangkan agar-agar ke dalam bekas loyang.
  • Biarkan agar-agar suam baru sejukkan ke dalam peti ais.
  • Boleh potong dan hidangkannya apabila agar-agar sudah keras.

7. Agar-agar roti

resepi agar-agar raya

Bahan-bahannya:

  • 4 keping roti
  • 1 cawan susu cair
  • 1 sudu kecil esen vanila
  • 1/4 cawan susu pekat manis
  • 1/2 cawan air
  • 2 biji telur
  • 2 sudu marjerin

Cara penyediaan:

  • Masak agar-agar tali bersama air hingga larut.
  • Kemudian masukkan bahan yang dikisar ke dalam periuk berisi larutan agar-agar. Masak hingga pekat.
  • Bahagikan adunan kepada tiga bahagian. Warnakan menggunakan pewarna pilihan.
  • Tuang adunan yang telah diwarnakan tadi ke dalam bekas bersesuaian secara berselang-seli. Tuang perlahan-lahan.
  • Sejukkan dalam peti sejuk. Sedia untuk dinikmati.

8. Agar-agar kering

Bahan-bahannya:

  • 60 gm agar agar tali
  • 1500 ml air
  • 1500 gm gula pasir / sekilo setengah
  • 250 gm gula batu(sepaket)
  • Pewarna mengikut citarasa

Cara penyediaan:

  • Basuh agar-agar dan masukkan ia ke dalam periuk. Masak bersama air hingga agar-agar cair.
  • Kemudian, masukkan gula batu dan gula pasir lalu kacaukan ia hingga mendidih dan gula mencair.
  • Masukkan agar-agar tadi ke dalam bekas loyang dan tambahkan pewarna. Kacau sehingga sebati.
  • Biarkan agar-agar keras dahulu. Setelah keras, potong kecil dan jemur sehingga kering.

9. Agar-agar cendol 

Bahan-bahan untuk lapisan gula melaka:

  • 1/2 pek agar-agar bertali (anggaran 15g)
  • 800 ml air
  • 150 gram gula melaka
  • 1/4 cawan gula merah
  • 1/2 cawan gula pasir
  • 250 ml santan
  • 1/2 sudu kecil garam

Bahan-bahan untuk lapisan santan:

  • 1/2 pek agar-agar bertali (anggaran 15g)
  • 800 ml air
  • 1/2 cawan gula pasir
  • 2 1/2 sudu teh garam
  • 250 ml santan
  • 1 pek cendol, tapis airnya

Cara penyediaan:

  • Pertama ia dimulakan dengan lapisan gula melaka. Basuh dan rendam agar-agar bertali bersama air seketika, kemudian masak agar-agar bersama gula melaka, gula merah dan gula pasir sehingga larut.
  • Perlahankan api dan masukkan santan bersama garam. Kacau dengan kerap sehingga mendidih. Tapis dan tuang ke dalam acuan. Sejukkan sehingga beku.
  • Kemudian untuk lapisan santan pula, basuh dan rendam agar-agar bertali bersama air seketika, kemudian masak agar-agar sehingga larut.
  • Masukkan santan, cendol dan garam. Kacau sehingga mendidih di atas api perlahan.
  • Tuangkan di atas lapisan gula melaka yang sudah dicakar dengan garfu supaya dua lapisan bercantum dengan sempurna.

10. Agar-agar koktail

resepi agar-agar raya

Bahan-bahannya:

  • 1 bungkus atau 20g agar-agar bertali
  • 900 ml air
  • 1 tin koktel buah-buahan
  • 1 tin susu cair
  • 1 1/2 cawan gula pasir
  • 1 helai daun pandan

Cara penyediaan:

  • Basuh agar-agar dan rebus bersama air sehingga larut.
  • Kemudian masukkan gula pasir, daun pandan dan buah-buahan koktel berserta airnya sekali.
  • Masukkan susu cair dan masak di atas api yang perlahan hingga 2-3 minit.
  • Tuang di dalam loyang dan sejukkan

Selain dari resepi agar-agar raya ini, anda juga boleh baca artikel tips kami yang lain berkenaan resepi pencuci mulut seperti:

Sumber:

  1. Citarasa Istimewa Puding & Agar-Agar. Alaf 21. Fatimah Zarinah Zainuddin
  2. Resepi Che Nom
  3. Resepi Agar-Agar Kering (Resepi Kuih Tradisional). Saji.My

Penulis: hannani

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.