Mencari tempat menarik di Sabah? Sabah yang juga dikenali dengan nama “Negeri Di Bawah Bayu” juga merupakan negeri yang popular sebagai tarikan pelancongan.
Sabah juga mempunyai pelbagai daerah. Merancang untuk ke sini? Berikut kami senaraikan 25 tempat menarik di Sabah untuk anda. Teruskan membaca!
Alamat: Sabah Wildlife Department, W.D.T. 200, Sandakan, Jalan Sepilok, Sepilok, 90000 Sandakan, Sabah
Waktu Operasi: Setiap hari, (9 am – 11 am, 2 – 3 pm) manakala Khamis (9 am – 11 am, 2 – 4 pm)
Pusat Pemuliharaan Orang Utan Sepilok – pasti anda terbiasa mendengar nama pusat pemuliharaan ini. Ianya terletak 25 km ke barat di daerah Sandakan.
Ianya ditubuhkan pada tahun 1964. Pusat pemuliharaan ini dibina untuk untuk menyelamatkan orang utan daripada sebarang aktiviti yang akan membahayakan mereka.
Jika anda ke sini, anda dapat melihat orang utan secara dekat. Cara mereka makan dan gelagat mereka pasti akan menghiburkan hati anda.
Alamat: Jalan Kionsom, Inanam, 88450 Kota Kinabalu, Sabah
Waktu Operasi: Setiap hari, 10 am – 6 pm
Teringin untuk melancong di kawasan perkampungan? Singgah sahaja di Kampung Budaya Mari-Mari yang terletak di kawasan Inanam.
Di kampung ini, anda akan diperkenalkan dengan pelbagai rumah tradisional dari lima komuniti etnik utama di Sabah – Murut, Dusun, Bajau, Lundayeh dan Rungus.
Anda akan didedahkan dengan demonstrasi pembuatan tiub dan demonstrasi pemadam api menggunakan buluh. Hidangan tradisi mereka juga boleh dirasai jika anda ke sini.
Alamat: Jalan Cinta Mata Mesilou, 89308 Kundasang, Sabah
Sebut sahaja tempat menarik di Sabah, pasti nama ladang tenusu ini tidak terkecuali. Ianya bukan sahaja tersohor di Kudasang, malah di seluruh Malaysia.
Ladang tenusu ini terletak di kaki Gunung Kinabalu di Lembah Kundasang, Sabah, Malaysia. Ia dimiliki oleh Desa Cattle Sdn Bhd, pengeluar produk tenusu yang terkenal di Sabah.
Antara aktiviti yang boleh pengunjung lakukan ialah memberi makan kambing dengan rumput dan melihat proses pengeluaran susu. Mereka juga boleh membeli aiskrim yang dijual di sini, dijamin sedap!
Alamat: 88000 Kota Kinabalu, Sabah
Gunung Kinabalu – nama gunung yang sudah tidak asing lagi buat rakyat Malaysia. Dengan ketinggian 4095 m, ianya merupakan gunung tertinggi di negara ini.
Bagi yang gemar aktiviti mendaki, anda boleh sahaja mendaki gunung ini. Pendakian di Gunung Kinbalu selalunya memakan masa sekitar 2 hari 1 malam.
Penat mendaki? Tidak mengapa, singgah sahaja berehat di rumah rehat Laban Rata. Pemandangan dari kawasan rumah rehat ni juga sangat cantik.
Alamat: Tanjung Aru, 88100 Kota Kinabalu, Sabah
Teringin untuk melihat pemandangan matahari terbenam yang indah? Ianya boleh disaksikan di Pantai Tanjung Aru yang terletak di Kota Kinabalu.
Di sini, anda dapat merehatkan minda sambil menikmati bunyi ombak yang menyenangkan. Anda juga berteduh atau bergambar di bawah pokok pain.
Kadangkala, anda juga akan terjumpa dengan Burung Bayan Tengkuk Biru. Spesis burung ini juga hanya boleh dijumpai di Malaysia sahaja.
Alamat: 89300 Ranau, Sabah
Waktu Operasi: Setiap hari, 8 am – 6 pm
Tercari-cari tempat untuk bermandi-manda di kolam air panas? Jika anda sekitar Ranau, lekaslah singgah di Poring Hot Spring.
Air mandiannya yang kaya dengan sulfur mampu mengurangkan stres dengan merehatkan otot yang tegang. Ia juga membantu meningkatkan kualiti tidur anda.
Mahu bermandi-manda di kolam biasa? Poring Hot Spring juga turut menyediakannya, sesuai dan selamat untuk kanak-kanak dan dewasa.
Alamat: Mile 8, Jalan Labuk, 90000 Sandakan, Sabah
Waktu Operasi: Setiap hari, 8 am – 5 pm
Sambil melancong, apa kata anda singgah di Taman Buaya Sandakan untuk mengenali spesis-spesis buaya? Bukan ada 1-2 jenis, tetapi sekitar 3000 spesis!
Bukan itu sahaja, ianya merupakan taman buaya terbesar di Malaysia. Anda juga dapat menyaksikan pertunjukan buaya pada waktu tengahari.
Taman buaya ini juga merupakan pusat pemuliharaan buaya yang berlesen. Ia turut menempatkan haiwan-haiwan lain seperti monyet dan memerang di zoo mininya.
Alamat: Jalan Pasir, Jalan Teluk Likas, Kampung Likas, 88400 Kota Kinabalu, Sabah
Waktu Operasi: Setiap hari, 4.30 am – 11.30 pm
Siap dibina pada tahun 2000, Masjid Bandaraya Kota Kinabalu ini merupakan masjid negeri kedua di Sabah. Ia juga boleh memuatkan 12,000 jemaah dalam satu masa.
Sedikit fakta menarik tentang masjid ini – ia merupakan masjid pertama di Malaysia yang menyediakan Pusat Komuniti OKU di dalam masjid.
Reka bentuk yang melambangkan ciri-ciri islam serta ilusi masjid yang terapung merupakan antara faktor masjid ini begitu popular. Kebersihan dan keselesaannya juga turut dipuji.
Alamat: Jalan Muzium, 88300 Kota Kinabalu, Sabah
Waktu Operasi: Setiap hari. 9 am – 5 pm
Mahu mendalami sejarah negeri Sabah? Sambil melancong, boleh juga anda belajar tentang sejarahnya di Muzium Negeri Sabah.
Selain daripada galeri sejarah, anda juga dapat melihat galeri arkeologi dan tamadun Islam yang berbagai. Bukan sahaja tentang Sabah, tetapi di seluruh negeri!
Zoo mini dan kampung budaya juga turut disediakan di muzium ini. Harga tiket masuknya juga murah, bawah RM 5 untuk pelancong tempatan.
Alamat: 89300 Ranau, Sabah
Tertanya-tanya apakah taman negara pertama yang dibina di Sabah? Ianya adalah Taman Negara Gunung Kinabalu yang terletak di Ranau.
Dibina pada tahun 1964, ia juga diiktiraf sebagai UNESCO Tapak Warisan Dunia. Ia juga merupakan antara tarikan pelancongan utama di Sabah, rugi jika anda tak lawati.
Taman ini menempatkan sekitar 500 spesies flora dan fauna dari pelbagai habitat. Gunung Kinabalu juga merupakan sebahagian kawasan taman negara ini.
Alamat: Gaya Street, Pusat Bandar Kota Kinabalu, 88000 Kota Kinabalu, Sabah
Waktu Operasi: Jumaat – Sabtu, 5 pm – 12 am
Gaya Street Sunday Market ini turut dikenali dengan nama Chinatown Sabah disebabkan oleh persekitarannya yang ala-ala Pekan China. Kedai kopi dan restoran di sini juga ada banyak.
Jalan ini telah dibina sejak tahun 1902, memang legend! Pintu gerbang yang berdiri dengan megah adalah penanda bahawa anda sudah tiba di Jalan Gaya.
Setiap Jumaat dan Sabtu, akan ada jualan di pasar di sini. Antara barangan yang dijual ialah kraf tangan, kain batik, bunga, cenderahati, kek dan buah-buahan.
Alamat: KM 17, Jalan Ranau/Sandakan Kampung Nalapak, Beg berkunci, No.2, 89309 Ranau, Sabah
Waktu Operasi: Setiap hari, 7 am – 8 pm
Gambar ladang teh di Sabah yang ala ala ladang teh di Switzerland pasti sering anda lihat di media sosial, bukan? Ladang teh tersebut ialah Sabah Tea Resort yang terletak di Ranau.
Ladang teh yang luas menghijau ini sesuai disinggah untuk mereka yang gemar bergambar. Udara di sini juga cukup segar, pasti dapat merehatkan minda anda.
Tempat makan berhampiran ladang teh ini juga menyajikan teh tarik pandan yang sangat enak. Hidangan pencuci mulut seperti aiskrim, wafel dan skon juga lazat!
Alamat: 89050 Kudat, Sabah
Pemandangan lautan biru yang seakan terbelah dua memang indah. Salah satu pantai tercantik di Sabah dengan ciri-ciri tersebut ialah Pantai Kelambu.
Terletak di Kudat, pantai ini juga merupakan pusat pelancongan utama di situ. Pasirnya yang putih, halus dan bersih juga membuktikan yang pantai ini memang terjaga.
Pemandangan matahari terbenam di sini juga cantik. Sambil berjalan-jalan, anda juga boleh mengutip cengkerang yang cantik-cantik di sini sebagai kenangan.
Alamat: Jalan Kundasang Kauluan, Kundasang, 89300 Ranau, Sabah
Waktu Operasi: Setiap hari, 8.30 am – 5 pm
Tugu Peringatan Perang Sabah ini dibina untuk memperingati pengorbanan dan saat-saat getir yang dilalui oleh penduduk Sabah semasa perang dunia kedua.
Ia juga bertujuan untuk memperingati askar-askar yang terkorban semasa ditawan oleh tentera Jepun. Kem tahanan ini juga dikatakan kejam, menyebabkan ramai menjadi buruh paksa.
Kebun-kebun di kawasan ini juga dipenuhi dengan bunga segar yang cukup cantik. Fakta dan artikel sejarah juga turut dipaparkan di kawasan ini.
Alamat: Lok Kawi Putatan, 88200 Kota Kinabalu, Sabah
Waktu Operasi: Setiap hari, 9.30 am – 5.30 pm
Satu lagi tempat menarik di Sabah yang wajib anda singgah ialah Taman Hidupan Liar Lok Kawi. Siap dibina pada tahun 2007, ianya adalah antara taman hidupan liar yang terkenal di Sabah.
Taman hidupan liar menempatkan banyak spesis haiwan, sama seperti zoo. Walaupun kawasannya agak kecil, jumlah haiwan di sini agak banyak.
Antara haiwan yang ditempatkan ialah gajah, monyet, badak Sumatera, orang utan dan burung enggang. Harga tiket masuknya ialah RM 5 untuk kanak-kanak dan RM 10 untuk dewasa.
Alamat: Kg Purakagis kibbas, 89308 Ranau, Sabah
Waktu Operasi: Setiap hari, 8 am – 5 pm
Ingin melihat kecomelan dan telatah pelbagai spesis arnab dengan lebih dekat? Jika anda berada sekitar Ranau, singgah sahaja di Arnab Village untuk tujuan itu.
Taman arnab ini menempatkan lebih 1000 arnab yang berlainan spesis. Bukan hanya arnab, haiwan peliharaan kecil lain seperti kucing, tikus belanda dan hamster juga ada di sini.
Kedai yang menjual cenderahati juga ada di sini. Alang-alang singgah, beli sahaja cenderahati seperti rantai kunci, baju dan pelet arnab.
Alamat: Kota Kinabalu, 88400 Kota Kinabalu, Sabah
Berdiri megah di Kota Kinabalu, Menara Jam Atkinson ini siap dibina pada tahun 1905. Ianya dibina menggunakan kayu dan strukturnya tetap kukuh hingga kini.
Menara ini juga merupakan antara struktur berdiri yang tertua di Sabah. Ianya dibina untuk memperingati pegawai daerah oertama di Jesselton iaitu Francis George Atkinson.
Alamat: Tawau Hills Park, 91000 Tawau, Sabah
Taman Bukit Tawau yang didirikan pada tahun 1979 ini merupakan tempat perlindungan untuk kawasan tadahan air di bandar Tawau. Ia juga dikelilingi oleh ladang kepala sawit dan koko.
Kolam air panas dan Air Terjun Galas adalah tarikan lain di Taman Bukit Tawau. Para pengunjung boleh berkhemah dan berkelah di kawasan yang cantik ini.
Alamat: Kota Kinabalu, 88000, Sabah
Waktu Operasi: Setiap hari, 8 am – 10 pm
Sabah sememangnya terkenal dengan pulau-pulau yang bukan sahaja cantik, malah terjaga. Salah satu pulau tersebut ialah Pulau Sapi.
Terletak di Kota Kinabalu, Pulau Sapi ini tersohor di kalangan pengunjung disebabkan oleh Coral Flyer yang merupakan garis zip terpanjang di dunia. Airnya yang bersih dan biru kehijauan juga mencuri tumpuan ramai.
Aktiviti berkelah, berenang, menyelam dan selam skuba merupakan antara aktiviti yang boleh dilakukan. Jika berada di KK, jangan lupa untuk singgah!
Alamat: Kg Kauluan Peti Surat 873, 89308 Kundasang, Sabah
Waktu Operasi: Setiap hari, 6 am – 6 pm
Bukit Sosodikon adalah antara tempat menarik di Sabah yang wajib anda kunjungi. Walaupun dilihat dari jauh, kecantikan bukit ini masih terserlah.
Bukit ini terletak berhampiran dengan ladang tenusu DESA. Alang-alang berhampiran, cuba sahaja aktiviti mendaki di bukit ini. Tiket masuknya berharga bawah RM 5 sahaja.
Ianya mengambil masa beberapa minit untuk tiba di puncak. Sebaik sahaja tiba di puncak, anda pasti akan terpegun melihat pemandangan ala-ala di Switzerland.
Alamat: Kota Kinabalu, 88000, Sabah
Pulau Sapi yang kami senaraikan tadi merupakan salah satu pulau di bawah naungan taman marin ini – Taman Negara Tunku Abdul Rahman.
Pulau lain yang bertempat di sini ialah Pulau Manukan, Pulau Sulug, Pulau Mamutik dan Pulau Gaya. Semestinya taman marin ini luas dan keluasannya mencecah 49 km².
Pulau-pulau yang disenaraikan ini bukan sahaja indah, malah ada banyak aktiviti yang boleh dilakukan di sini. Menyelam merupakan salah satu aktiviti wajib, jangan lupa untuk cuba!
Alamat: Jalan Tun Fuad Stephens, Pusat Bandar Kota Kinabalu, 88000 Kota Kinabalu, Sabah
Waktu Operasi: Setiap hari, 5 am – 6 pm
Sambil melancong, tidak sah jika anda tidak membeli-belah. Salah satu tempat yang sesuai ialah Pasar Besar Kota Kinabalu yang terletak di pusat bandar.
Dibuka seawal jam 5 pagi, barangan yang dijual di sini termasuklah makanan laut pinggan, kopi dan sayur-sayuran yang segar. Gerai-gerai yang dibuka juga banyak, anda pasti akan rambang mata!
Alamat: Sabah Kg. Melangkap Baru, 89158 Kota Belud, Sabah
Waktu Operasi: Setiap hari, 8 am – 5 pm
Bagi yang gemar melakukan aktiviti berkhemah, ini adalah tempat menarik di Sabah yang sesuai untuk anda – Polumpung Melangkap View Camp Site.
Terletak di Kota Belud, tapak perkhemahan di sini agak luas. Dari tapak perkhemahan, anda boleh melihat pemandangan Gunung Kinabalu yang pasti menyejukkan hati.
Harga sewaan khemah juga mengikut muatan. RM 10 untuk 1-2 orang, RM 20 untuk 2-4 orang dan RM 30 untuk 4-6 orang. Cukup berpatutan, rugi tak singgah!
Alamat: 296, Jalan Utara, 90000 Sandakan, Sabah
Waktu operasi: Setiap hari 9 am – 5 pm
Agnes Keith House adalah muzium rumah bersejarah di Sandakan. Muzium ini dinamakan sempena Agnes Newton Keith, seorang pengarang Amerika yang terkenal.
Rumah yang klasik ini juga merupakan antara tarikan sejarah di Sabah. Konsep interior ala-ala English juga menarik perhatian ramai pengunjung. Sesuai juga dijadikan tempat untuk bergambar!
Alamat: TB6853, Batu 2, Jalan Tanjung Batu Laut, 91000 Tawau, Sabah
Ada penggemar coklat di sini? Singgah sahaja di Muzium Koko Teck Guan untuk mempelajari tentang proses membuat koko. Lokasi muzium ini juga cukup strategik dan mudah untuk dicari.
Di muzium ini, anda akan didedahkan dengan cara pemprosesan koko dan menikmati hasilnya selepas itu. Barangan seperti minuman coklat segera dan jem coklat juga boleh dibeli.
Harga tiket masuk bermula dari percuma hingga RM 35.00, bergantung kepada kewarganegaraan dan usia anda. Yang pasti, servis di sini diakui terbaik!
Teruja untuk mengunjungi tempat menarik di Sabah yang dikongsikan? Kami yakin anda pasti teruja untuk melancong di sini.
Selain artikel ini, kami juga menulis artikel tempat yang lain untuk dilawati. Jangan lupa kongsikan kepada rakan-rakan dan di media sosial.