Mencari tempat menarik di Langkawi 2024 ini? Pulau dan pantainya yang memukau menjadikan Langkawi lokasi percutian terkenal bukan sahaja di dalam negara, malah kepada pelancong asing.
Aktiviti menaiki bot dari satu pulau ke pulau yang lain seringkali menjadi kewajipan pengunjung. Tapi, bukan itu sahaja sebenarnya tarikan di Langkawi. Berikut adalah lokasi unik pilihan penulis untuk dilawati pengunjung. Termasuklah tempat makan best dan pantai di Langkawi yang boleh anda kunjung.
Salah satu taman tema air yang best di Langkawi merupakan Splash Out yang berada di Kuah. Banyak tarikan menarik di sini yang sesuai untuk kanak-kanak mahupun dewasa termasuklah Ragin’ Racers, Poseidon’s Revenge, Shipwreck Falls dan sebagainya.
Tiket untuk dewasa sekadar RM 50 serta kanak-kanak dan warga emas dengan harga RM 35. Memang sangat berbaloi dengan pelbagai tarikan dan kemudahan. Splash Out turut menawarkan pelbagai pakej menarik yang lebih berbaloi seperti Splash Group Deal, Splash Birthday Deal dan Family Telematch.
Splash Out dibuka dari Khamis hingga Isnin bermula 11.00 pagi hingga 7.00 malam. Selasa dan Rabu ditutup kecuali pada cuti sekolah dan cuti umum.
Alamat: PT 1233 Kuah, 07000 Langkawi, Kedah
Jika anda dan keluarga sukakan cabaran, cubalah mendaki kira-kira 600 anak tangga sebelum sampai ke lokasi unik yang terkenal di kalangan pelancong asing ini.
Ia digelar Telaga Tujuh kerana di sini terdapat 7 buah telaga kecil yang menurut mitosnya menjadi tempat puteri-puteri kayangan bermandi-manda. Dari telaga ini juga ada laluan bagi aktiviti merentas hutan.
Cuma, laluannya mungkin agak sukar bagi sesetengah individu yang baru atau tidak biasa dengan cabaran seperti ini.
Alamat: Telaga Harbour Park, 07000 Langkawi, Kedah
Di Bird Paradise, anda dibenarkan memberi makanan kepada haiwan-haiwan seperti keldai, landak, dan burung. Keluarga anda juga pasti seronok kerana dapat membelai arnab-arnab yang jinak dan bergambar dengan ular sawa sambil menyaksikan 1500 ekor burung bebas berterbangan dalam taman berbumbung.
Dengan keluasan 5 ekar, taman ini menempatkan 2500 ekor burung dari 150 spesis berbeza. Di dalam taman ini juga dibina air terjun setinggi 15m.
Harga Tiket: RM24 (dewasa), RM16 (Kanak-kanak dan warga emas), RM39 (warga asing dewasa), RM22 (warga asing kanak-kanak).
Alamat: lot 1485, Kampung Belanga Pecah, Jalan Ayer Hangat, 07000 Langkawi, Kedah.
Waktu Operasi: 830am-6pm setiap hari
Menyaksikan hijau hamparan padi dengan kira-kira 100 ekor kerbau, pasti satu pengalaman menarik kepada mereka yang jarang atau tidak pernah menyaksikannya sebelum ini.
Di sini jugalah anda boleh mendapatkan keju Mozarella yang diperbuat daripada susu kerbau selain yogurt dan aiskrim pelbagai perisa, segar dari ladang. Terdapat juga aktiviti menunggang kerbau serta kafe yang menyajikan hidangan termasuk daging kerbau.
Harga Tiket Masuk: RM3 (MyKad), RM5 (warga asing)
Alamat: Jalan Nyior Chabang, Kampung Nyior Chabang, 07000 Langkawi.
Waktu Operasi: 9am-5pm (Sabtu-Khamis)
Ini antara tempat meanrik di Langkawi perlu anda pergi. Dari ketinggian 708m di atas paras laut, anda sekeluarga akan menyaksikan panorama indah hutan, gunung dan pulau sekitarnya.
Di samping itu, terdapat juga aktiviti lain termasuk SkyRex, SkyDome, SkyBridge, SkyTrail dan SkyGlide. Jadi, anda bukan sahaja melakukan satu aktiviti di sini tetapi lebih 6 aktiviti dalam satu tempat!
Harga Tiket: RM30-RM55 seorang (Normal) dan RM90-RM105 seorang (Express Lane) Pakej-pakej lain juga disediakan.
Alamat: Cable Car Station, Oriental Village, Burau Bay, 07000 Langkawi, Kedah
Waktu Operasi: 10am-7pm (Isnin-Khamis), 930am-7pm (Jumaat-Ahad).
Akuarium terbesar di Malaysia ini (60,000 kaki persegi) memuatkan lebih 500 spesis haiwan laut termasuk penguin, jerung, dan arapaima Amazon gergasi. Ia meliputi 4000 haiwan laut dan pelbagai jenis batu karang.
Tarikan juga meliputi terowong dalam air sepanjang 15m, teater 3D dan galeri hidupan liar bagi tujuan pendidikan.
Harga Tiket: RM36 (dewasa), RM26 (Kanak-kanak), RM46 (warga asing dewasa), RM36 (warga asing kanak-kanak).
Alamat: Zon Pantai Cenang, Mukim Kedawang, 07000 Langkawi, Kedah
Waktu Operasi: 10am-6pm (Isnin-Jumaat), 930am-630pm (hari cuti)
Bawa keluarga anda merasai permainan ilusi optik menerusi lukisan dan mural 3D. Pastikan ruang kamera anda cukup besar untuk merekodkan pengalaman di muzium 3D kedua terbesar dunia ini.
Harga Tiket: RM30 (dewasa), RM20 (Kanak-kanak), RM38 (warga asing dewasa), RM28 (warga asing kanak-kanak).
Alamat: Jalan Telaga Tujuh, 07100 Langkawi, Kedah
Waktu Operasi: 9am-6pm (Isnin-Jumaat), 930am-630pm (hari cuti)
Dikatakan pantai paling sibuk di Pulau Langkawi. Ini kerana terdapat banyak restoran, kedai-kedai cenderamata dan kedai-kedai bebas cukai di sini.
Pantainya yang cantik pula menjadikan ia tempat pilihan pelancong untuk bersantai dan merakamkan memori percutian mereka.
Tambahan pula, jaraknya hanya 10 minit pemanduan dari Lapangan Terbang Langkawi. Di sini juga terletaknya resort dan hotel untuk kemudahan tempat tinggal bagi pelancong serta tempat-tempat menarik untuk dikunjungi.
Dengan keluasan 100 kilometer persegi, Kilim Geoforest Park terkenal dengan pantainya yang bersih, hutan paya bakau serta bukit batu kapur berusia lebih 500 juta tahun.
Jaraknya hanya 5 minit pemanduan dari pantai Tanjung Rhu yang sememangnya sudah dikenali mempunyai pemandangan yang cantik.
Selain pohon-pohon hijau, air yang jernih, pantai yang bersih, banyak haiwan liar ditemui di sini termasuk pelbagai jenis burung seperti helang dan burung raja udang.
Pengunjung dapat menelusuri sungai dengan perkhidmatan bot yang disediakan untuk menikmati pemandangan sekitarnya.
Alamat: 3 kilometer Timur Laut Pantai Tanjung Rhu
Harga lawatan menaiki bot: RM200 – RM500 untuk sebuah bot
Imej Via [ Tanjung Rhu]
Watak lelaki dalam sebuah drama bersiri antarabangsa pernah memuji watak wanita dalam salah satu sirinya dengan mengumpamakan kecantikannya seperti matahari terbit di Tanjung Rhu.
Airnya sejernih kristal, pasirnya putih dan halus, sunyi dan tenang. Itulah tarikan utamanya. Apa yang ada di sekelilingnya adalah hiasan untuk menyerikan lagi kecantikan aslinya.
Contohnya, ada beberapa gerai di tepi jalan yang menjual makanan tempatan yang terkenal di sana iaitu mee gulung.
Alamat: Selepas Pantai Pasir HitamTaman Buaya (Crocodile Adventureland Langkawi)
4000 ekor buaya ditempatkan di dalam taman seluas 20 ekar ini bagi tatapan pengunjung. Antaranya ialah spesis buaya terbesar iaitu Buaya Tembaga, di samping Buaya Siam dan banyak lagi.
Pengunjung juga dihiburkan dengan persembahan buaya, memancing buaya, memberi makan kepada buaya, dan pelbagai lagi termasuk pusat pendidikan yang memberi maklumat kepada pengunjung mengenai buaya.
Crocodile Adventureland terbahagi kepada beberapa bahagian, dan apa yang menarik juga adalah ia berlatarbelakangkan gunung.
Alamat: Jalan Datai, Mukim Air Hangat, 07000 Langkawi
Waktu Operasi: Setiap hari (9am – 6pm)
Harga Tiket: RM18 / RM25 (dewasa / antarabangsa), RM12 / RM18 (kanak-kanak / antarabangsa)
*Harga tidak termasuk aktiviti. Pakej juga disediakan yang merangkumi aktiviti dan makanan.
Imej via kuala-lumpur.ws
Jika anda pernah ke Skytrex Shah Alam, ini adalah cawangan mereka di Langkawi. Skytrex Langkawi terletak di Burau Bay. Mereka yang sukakan cabaran boleh menguji kecekapan diri mereka di sini.
Malah, kanak-kanak bermula usia 12 tahun juga dibenarkan untuk menyertai aktiviti di sini. Walaupun begitu, mereka yang berusia 17 tahun dan ke bawah memerlukan kehadiran ibu bapa.
Dengan aktiviti mencapai 30 meter dari tanah, di celah-celah hutan, kekuatan fizikal dan mental anda diuji semasa anda berdiri, berjalan, memanjat, dan bergayut. Pengunjung disyorkan untuk membuat tempahan awal kerana ia sering dikunjungi ramai.
Alamat: Barat Laut Langkawi, berhampiran Burau Bay
Waktu Operasi: Setiap hari (9am – 3pm)
Harga Tiket: RM53 (Little Legend Adventure), RM64 (Eagle Thrill), RM75 (Island Extreme) *Harga istimewa kepada yang membuat tempahan dalam talian.
Imej via tempatmenarik.my
Durian Perangin ialah air terjun setinggi 14 tingkat! Ya, 14 tingkat di mana anda dapat melihat 14 kolam air terjun yang bersih dan jernih airnya.
Airnya turun dari gunung tertinggi di Pulau Langkawi iaitu Gunung Raya. Anda akan menyaksikan keindahan flora dan fauna semasa berjalan sampai di air terjun. Pokok durian merupakan salah satu daripadanya.
Malah, nama air terjun ini juga diperolehi kerana terdapat banyak pokok durian di sekitarnya. Air Terjun Durian Perangin menyediakan tempat letak kereta, gerai-gerai menjual makanan dan minuman dan gazebo untuk kemudahan pengunjung.
Oleh itu, ia sering dikunjungi penduduk tempatan yang datang bersama keluarga.
Alamat: 07000 Langkawi.
Arca helang gergasi berwarna coklat kemerahan ini mempunyai ketinggian 12 meter. Ia menjadi mercu tanda bagi Pulau Langkawi. Ini kerana nama Langkawi merupakan gabungan Helang (Lang) dan Kawi (coklat kemerahan).
Lokasinya berhampiran dengan Jeti Kuah. Malah, anda perlu berjalan kaki sahaja untuk ke sini dari Jeti Kuah. Pelancong ‘mengesahkan’ kenangan mereka di Langkawi dengan merakamkan gambar mereka di sini.
Tambahan pula, laut terbentang luas dengan gunung-ganang menjadikan dataran ini tampak sangat indah.
Alamat: Kuah, 07000 Langkawi
Selepas menaiki Sky Cable, anda akan berada di Sky Bridge yang panjangnya 410 kaki. Jambatan ini dibina melengkung di atas Gunung Mat Cincang. Jadi, anda berada pada ketinggian kira-kira 2300 kaki dari aras laut.
Siapa yang takut dengan tempat tinggi, mungkin akan merasainya juga di sini. Tapi, usah khuatir. Kerana ia dibina cukup selamat dan dengan lebar 1.8 meter. Sepertimana anda dapat menyaksikan pemandangan indah dari Sky Cable, begitu juga keadaannya di sini.
Amat rugi jika anda tidak mengambil gambabr atau merakamkan video anda di sini.
Alamat: Jalan Telaga Tujuh, Teluk Burau, 07000 Langkawi
Waktu Operasi: Setiap hari (10am – 8pm)
Imej via hmetro
Selain Pulau Beras Basah, Pulau Dayang Bunting juga bukan pulau yang berpenghuni. Ia mendapat nama daripada bentuknya yang menyerupai wanita hamil.
Ia mengambil masa 15 minit dari jeti untuk mendaki ke tasik yang paling digemari pelancong di pulau ini. Ramai pelancong tidak melepaskan peluang untuk mandi di tasik dengan kedalaman 10 meter dan dikelilingi hutan bakau dan batu kapur.
Kerana ia terlalu dalam, mereka yang tidak mahir berenang dan kanak-kanak disyorkan untuk memakai jaket keselamatan. Mereka yang suka jungle trekking pula boleh cuba meneroka hutannya.
Imej Via[ Believe Langkawi]
Muzium 5D ini ialah muzium pertama yang seumpamanya di Malaysia. Tujuannya adalah untuk menguji deria bau, rasa, dengar, lihat dan sentuh sebagai salah satu satu cara mempelajari perkara baru.
Muzium ini mempunyai pelbagai karya seni termasuk lukisan, kraf 3D, seni cetak dan arca pelbagai tema. Pengunjung disyorkan untuk datang ke sini dan alami sendiri pengalaman ini.
Alamat: Lot No. FF 2 & FF 3, Phase 1, Langkawi Fair Shopping Mall, Kuah, 07000 Langkawi
Harga Tiket: RM20 / RM25 (dewasa/ antarabangsa), RM15 / RM20 (kanak-kanak/ antarabangsa), RM15 (warga emas), RM60 / RM80 (pakej keluarga)
Imej Via[ Paradise 101 Langkawi]
Pulau persendirian ini merupakan antara tumpuan pelancong di Langkawi. Aktiviti-aktiviti yang menarik merupakan antara punca ianya begitu terkenal di sini.
Antara aktiviti yang boleh dilakukan ialah menaiki jet ski, banana boat, menyelam dan juga zipline. Pasti cocok dengan jiwa individu yang gemar melakukan aktiviti mencabar!
Alamat: Paradise 101 Langkawi, 07000 Langkawi, Kedah
Waktu operasi: Setiap hari, 10 am- 8 pm
Harga mengikut pakej: Silver RM 180 | Gold RM 245 | pLATINUM rm 375
Mesyuarat Ketua-Ketua Kerajaan Komanwel telah diadakan di Langkawi pada bulan Oktober 1989.Taman CHOGM dibina bagi memperingati peristiwa tersebut. Delegasi dari pelbagai negara itu telah menanam pelbagai jenis pokok di taman awam ini dengan setiap satunya ditandakan dengan nama negara yang diwakili.
Taman yang berkeluasan 10 ekar ini dihias dengan pepohon landskap untuk menjadikannya sebuah taman yang indah. Terdapat sebuah monumen yang dibina berpandukan logo CHOGM.
Suatu ketika dulu, bendera-bendera negara Komanwel diletakkan di situ.
Alamat: Persiaran Putra, Kuah
Kami tahu anda pasti ternganga melihat harga tiketnya, namun jika anda merasai sendiri pengalaman sepanjang berada di Umgawa Legendary Adventures ini, harga tiket itu semestinya berbaloi.
Zipline di sini dikatakan bertaraf world-class. Anda akan merentas hutan di Gunung Raya menggunakan zipline di sini!
Di samping aktiviti yang mencabar, pihak mereka sangat mementingkan aspek keselamatan. Jadi, anda tidak perlu risau soal bahaya kerana zipline di sini dijamin selamat!
Alamat: Jalan Telaga Tujuh, 07100 Langkawi, Kedah
Waktu operasi: Setiap hari, 8.30 am – 4.30 pm
Harga tiket: RM 240
Ingin menaiki skybike? Singgah sahaja di Langkawi Skybike yang terletak di Kuah ini! Bukan senang nak jumpa tempat di Malaysia yang menawarkan skybike, jadi jangan lepaskan peluang keemasan ini.
Selain skybike, anda juga boleh melakukan aktiviti lain seperti menaiki ATV dan memandu go-kart. Bagi yang sukakan aktiviti mencabar, inilah tempatnya buat anda!
Alamat: Kampung Kilim, Mukim Ayer Hangat, 07000 Kuah, Kedah
Waktu operasi: Setiap hari, 9.30 am – 5.30 pm
Harga tiket: RM 200 untuk 5 game
Salah satu tempat go-kart bertaraf antarabangsa yang patut anda kunjungi terletak di Langkawi, dan ianya adalah Morac Adventure Park!
Terletak berhampiran dengan lapangan terbang, rata-rata pengunjung memuji go-kart yang dikatakan canggih dan memberikan keselesaan yang optimum kepada pengguna. Dijamin menarik, anda wajib serbu!
Alamat: Lot 67, Pantai Cenang Mukim Pantai Cenang, 07000 Langkawi, Kedah
Waktu operasi: Setiap hari, 10 – 12 am
Harga tiket mengikut sesi: 1 Sesi RM75 | 3 Sesi RM215 | 5 Sesi RM355 | 10 Sesi RM690
Antara masjid yang terbesar dan paling terkenal di Kuah ialah Masjid Al-Hana. Masjid ini bukan sahaja luas dan besar, malah cantik dan selesa untuk anda yang ingin beribadah di sini.
Dibina pada tahun 1959 dan mempunyai senibina gaya Moor, Masjid Al-Hana tidak sama seperti beberapa masjid lain di Malaysia tetapi strukturnya menarik perhatian.
Ia menggabungkan motif Islam dari Uzbekistan ke dalam seni bina gaya Melayu. Masjid ini juga mempunyai kubah utama berlapis emas dan beberapa kubah berwarna peach yang lebih kecil di sekelilingnya, sangat menarik!
Alamat: Kuah, 07000 Langkawi, Kedah
imej via [ Pantai Tengah]
Tidak jauh dari Pantai Cenang, ada sebuah lagi pantai yang indah yang juga merupakan sambungan kepada Pantai Cenang. Pantainya yang panjang menjadi tempat banyak resort dan hotel yang terkemuka.
Antaranya adalah Ambong-Ambong, Resorts World Langkawi, The Frangipani Langkawi Resort, La Pari-Pari dan Villa Del Porto. Ini kawasan yang paling sesuai untuk berehat. Lebih-lebih lagi jika anda mahukan spa bagi menyegarkan tubuh.
Hendak mendapatkan perkhidmatan ke pulau-pulau dan lawatan ke hutan paya bakau juga mudah dari sini.
Alamat: Jalan Pantai Tengah, 07000 Langkawi.
Satu lagi masjid yang terkenal di Langkawi ialah Masjid Aishah. Dari luar sahaja anda pasti akan terpegun melihat rekaan masjid yang cantik ini.
Kebersihan masjid juga patut dipuji. Ramai pengunjung mengakui yang ianya memberikan keselesaan untuk mereka beribadah di sini. Jika berkesempatan, singgahlah solat di masjid ini.
Alamat: Jalan Padang Matsirat, 07000 Langkawi, Kedah
Ingin menaiki helikopter dan mengelilingi Langkawi sambil menghayati kecantikan pulau-pulau di sini? Mungkin kedengaran mustahil, namun Helioutpost Langkawi ada menyediakan helicopter tour buat anda!
Mereka mempunyai beberapa pakej untuk helicopter tour, dan yang paling terkenal ialah pakej South Langkawi Island Private Tour, Dayang Bunting Private Tour dan Cenang Private Tour.
Alamat: Jalan Kuala Muda, 07100 Langkawi, Kedah
Waktu operasi: Setiap hari, 10 am – 7 pm
Harga tiket: Bermula dari RM 398.00 – RM 3498.00
Siapa sahaja yag tidak sukakan bunga, tambahan pula bunga orkid. Di kalangan wanita terutamanya, bunga orkid ini memang sangat digemari.
Untuk itu, apa kata anda singgah di Langkawi Orchid Farm jika anda bercadang untuk ke Langkawi? Terdapat lebih 200 spesis orkid yang akan anda jumpa, dan semestinya semuanya cantik-cantik belaka!
Alamat: Jalan Ayer Hangat, 07000 Langkawi, Kedah
Waktu operasi: Setiap hari, 10 am – 6 pm
Ada pembaca di sini yang gemarkan aktiviti meluncur menggunakan payung terjun atau paragliding? Langkawi Gliders adalah tempat yang wajib anda serbu untuk tujuan itu!
Anda akan menyaksikan pemandangan sekeliling yang cantik sambil anda meluncur. Soal keselaman, anda tidak perlu risau kerana pihak mereka semestinya menitikberatkan aspek itu. Jangan lupa singgah di sini nanti!
Alamat: 07000, Langkawi, Kedah
Mungkin jarang didengari, namun tidak bermaksud ianya tidak boleh dikunjungi. Datai Bay merupakan tempat yang terkenal dengan resort lima bintang.
Datai Langkawi adalah rumah kepada beberapa resort yang paling eksklusif dan mewah di Pulau Langkawi – The Datai dan The Andaman. Ianya terletak berdekatan dengan Langkawi Crocodile Farm, salah satu tarikan pelancongan di sini.Keindahan pantai berpasir yang indah dan air yang jernih membuatkan ianya sesuai untuk para pengunjung berkelah, menyelam, menaiki bot dan mandi-manda bersama keluarga.
Ada banyak tempat bersejarah di Langkawi. Salah satunya ialah Makam Purba yang terletak di Kampung Padang Gaong. Jika anda pencinta sejarah, ini adalah salah satu tempat yang harus dikunjungi.Makam Purba ini ditemui pada April 1975 yang berkemungkinan merupakan makam orang Acheh yang menetap di Langkawi.
Alamat: Kampung Padang Gaong, 07000 Langkawi, Kedah
Anda penggemar barangan kraftangan yang bukan sahaja cantik malah berpatutan harganya? Lekaslah singgah di Craft Center!Di sini ada macam-macam hasil kraftangan dan seni yang akan anda jumpa. Pendek kata, kalau bawa golongan ibu-ibu di sini, mesti berjam-jam kerana rambang mata!
Alamat: 07000 Langkawi, Kedah
Kami harap anda sukakan senari tempat menarik di Langkawi, tidak kisalah sama ada pantai di Langkawi, ataupun tempat makan best di Langkawi.
Selain tempat di menarik Langkawi, kami juga menulis artikel lain. Jemput baca dan jangan lupa share untuk panduan masa hadapan.