Indonesia sememangnya menjadi destinasi perlancongan pilihan rakyat Malaysia disebabkan faktor kadar tukaran matawang dan mudah untuk mencari makanan.
Selain Bali dan Bandung, Jakarta juga tidak kurang hebatnya. Jika anda belum pernah sampai ke Jakarta, jom kami kongsikan 11 tempat menarik di Jakarta yang pasti membuatkan anda tak sabar nak ke sana.
Kota kecil yang terletak di tengah Bandar Jakarta ini digelar sebagai ‘Ratu dari Timur’ ataupun ‘Permata Asia’ oleh pelayar-pelayar yang datang dari Eropah pada abad ke-16 kerana kekayaan sumber buminya dan lokasinya yang begitu strategik. Semasa era penjajahan, Belanda telah menubuhkan pusat perdagangan di sini kerana kelebihan-kelebihannya.
Bangunan lama dengan senibina Eropah mewujudkan suasana klasik di sekitar kota lama ini menjadikan ia lokasi yang mesti dikunjungi sekiranya anda ke Jakarta. Di antara tarikan pelancongan yang ada di Kota Tua Jakarta ialah Muzium Wayang, Muzium Seni Halus dan Seramik, Muzium Maritim, Muzium Bank Indonesia dan banyak lagi.
Gedung Kesenian Jakarta terletak di dalam bangunan lama yang dibina pada abad ke19. Melangkah masuk ke dalam bangunan ini akan membawa anda ke era lama dengan ruang auditoriumnya yang begitu luas bermahkotakan lampu besar chandelier di silingnya.
Walaupun ianya sebuah bangunan yang klasik, teknologi bunyi di dalam dewan ini sungguh mengagumkan. Jadi, jangan lepaskan peluang untuk menyaksikan persembahan yang diadakan di sini sama ada teater, orkestra, sastera atau sebagainya.
Anak-anak anda pasti teruja! Pusat edutainment ini dibina khas untuk anak-anak yang berusia dari 2 hingga 16 tahun. Kidzania Jakarta dibina seperti sebuah kota metropolitan sebenar lengkap dengan jalanraya, pusat membeli-belah, klinik, teater, salon dan sebagainya. Jika anda ke Jakarta, jangan lupa untuk pergi ke sini.
Sekali pandang kawasan Ocean Ecopark ini kelihatan seperti kawasan berjogging dengan keindahan alam hijau yang biasa, tapi anda pasti terkejut! Semakin dalam anda terokai kawasan ini, semakin banyak tarikan yang ditawarkan. Di dalamnya terdapat tasik dengan beberapa buah bot kecil, aktiviti flying fox, paint ball, aktiviti memanah dan banyak lagi aktiviti menarik yang lain.
Terdapat juga Faunaland yang menempatkan pelbagai jenis haiwan seperti keldai, burung dan singa. Anak-anak anda pasti seronok kerana dapat mendekati dan memberi makan haiwan-haiwan jinak yang ada di sini seperti arnab, burung kakak tua dan sebagainya.
Bukan ikan lumba-lumba sahaja yang ada di sini. Ada juga persembahan burung kakak tua dan singa laut. Diakhir persembahan, pihak Samudra Dolphin Park juga akan bertanya soalan kuiz dan sesiapa yang dapat menjawab dengan tepat akan mendapat hadiah yang cool! Jadi, duduklah dekat sikit dengan penghibur itu ya, barulah senang nak dapat peluang untuk menjawab.
Salah satu taman antik yang wujud di sekitar Jakarta. Persekitaran dan lanskapnya terjaga dengan sangat baik. Taman ini dikelilingi oleh pokok-pokok yang besar seperti bumbung meneduhi para pengunjung, dan meriah dengan kehadiran burung merpati yang berterbangan di awan.
Jika bernasib baik, anda berpeluang melihat persembahan muzik klasik ataupun latihan muzik yang diadakan di sini. Ia sememangnya sebuah taman yang mendamaikan jiwa.
Di tanah berkeluasan 20,013 meter persegi ini terletaknya sebuah muzium islamik 4 tingkat yang diberi nama Bayt Al Quran And Istiqlal Museum. Di sini terdapat karya terkenal yang dihasilkan di nusantara oleh ulama-ulama dan cendekiawan islam dari abad ke -17 hinggalah abad ke-20. Di antara yang dipamerkan di sini adalah Mushaf Sundawi, Mushaf Istiqlal, Mushaf Wonosobo, Mushaf Malaysia, sistem Al-Quran interaktif, Al-Quran braille antik dan banyak lagi.
Zoo ini berkeluasan 147 hektar, dan anda boleh menyewa basikal untuk menjelajah seluruh kawasan zoo. Ditumbuhi lebih daripada 50,000 batang pokok, bayangkanlah kesegaran udara di sini. Di sini terdapat lebih daripada 2000 ekor haiwan yang terdiri daripada 400 spesies haiwan yang bukan sahaja datang dari Indoneia, malahan juga dari Amerika Utara, tanah Arab dan juga benua Afrika.
Kawasan yang menjadi tarikan utama di sini adalah Kid’s Park di mana kanak-kanak dapat bermain di taman permainan, mendekati burung kakak tua yang boleh berkata-kata dan juga seekor ikan gergasi arapaima yang didatangkan dari Amazon. Aktiviti lain yang boleh dilakukan di Ragunan Zoo adalah menonton persembahan haiwan, menunggang kuda, menaiki trem dan banyak lagi yang pastinya menceriakan hari anda sekeluarga.
Kerana dunia realiti agak membosankan, kewujudan Dufan ataupun Dunia Fantasi amatlah diidamkan. Banyak sekali tarikan hebat yang terdapat di dalam Dunia Fantasi ini seperti Ice Age Arctic Adventure, Hello Kitty Adventure, Water Ride Niagara-Gara, Thrill Ride Hysteria, Fantasy Lights Magic of Dufan dan banyak lagi.
Apa sahaja yang anda impikan ada di sini. Taman tema yang penuh keseronokan di Dunia Fantasi? Taman hijau yang menyegarkan di Ecopark? Mendekati hidupan di dalam lautan biru di Seaworld Ancol? Dan banyak lagi yang mesti dirasai sekali di dalam hidup ada di sini!
Kaki shopping? Pasar Seni juga ada di sini. Bukan main menarik lagi barang-barang yang dipamerkan termasuklah lukisan, hasil ukiran, barangan antik dan banyak lagi hasil tangan dan cenderamata yang lain.
Bukan itu sahaja, di Ancol Dreamland ini juga anda boleh menyewa kapal untuk menuju ke Pulau Seribu untuk menjauhkan lagi jejak anda di Jakarta ini bersama keluarga. Hebat tak hebat Ancol Dreamland ini? Segala tarikan menakjubkan berada di dalam satu lokasi.
Terletak di Jalan Jambore, Telaga Arwana Cibubur bukanlah sekadar sebuah telaga seperti namanya, tetapi adalah lokasi di mana anda boleh beraktiviti mengeluarkan peluh dan bersantai bersama keluarga tercinta. Di antara tarikan yang terdapat di sini adalah kolam renang pelbagai kedalaman, flying fox, motor ATV, paintball dan banyak lagi.
Kalau anda rasa aktiviti-aktiviti di atas kedengaran agak cliche, bagaimana pula dengan aktiviti bercucuk tanam di sawah padi dan akiviti santai memancing? Macam-macam boleh dibuat di sini. Tepuk dada, tanya selera, tapi alang-alang dah sampai, cuba sahaja segalanya yang ditawarkan di sini, baru berbaloi, ye tak?
Itulah dia 11 tempat menarik di Jakarta yang pastinya menarik untuk anda. Semoga perkongsian kami kali ini bermanfaat untuk anda.
Bagaimana artikel ini? Anda suka tempat menarik di Jakarta yang dikongsikan? Ada tempat cadangan lain patut kami kongsikan? Selain tempat di atas, kami juga ada menulis tempat menarik yang lain. Jemput baca. Jangan lupa share dan like artikel ini ya.
1. Maisinggah