Seperti yang ramai tahu, banyak telefon Xiaomi terbaik dikeluarkan pada tahun ini. Dikeluarkan dengan lebih banyak penambahbaikkan dan spesifikasi terkini, peranti pintar Xiaomi pasti bertahan lama dan valid buat jangka masa panjang.

Xiaomi adalah salah satu jenama telefon pintar yang terkenal di dunia dan sehingga mendapat permintaan yang meluas di pasaran. Antara sebab ramai yang memilih model ini adalah aksesori yang mudah di cari, sentiasa mengemaskini dengan perincian terbaru, harga yang berbaloi dan sebagainya.

Jadi, tidak hairanlah penggunaan model Xiaomi kini makin meluas. Tanpa membuang masa, jom tengok harga dan spesifikasi telefon Xiaomi untuk tahun ini!

Xiaomi 12S Ultra

Xiaomi 12S Ultra dilancarkan bersama siri Xiaomi 12S dan Xiaomi 12S Pro iaitu pada Juali 2022. Tak banyak perbezaan antara ketiga-tiga model ini melainkan sedikit beza dari segi skrin, kualiiti kamera, kapasiti bateri, berat dan semestinya harga.

Xiaomi 12S Ultra dikuasakan oleh cipset terbaik dan terkini iaitu Snapdragon 8+ Gen 1 (4nm)  dengan GPU Adreno 730. Dengan sistem MIUI 13 berasaskan Android 12, pasti prestasi dan update terkini memuaskan pengguna. Pembeli mempunyai pilihan untuk memilih kapasiti storan iaitu 256GB dan 8GB RAM, 256GB dengan 12GB RAM atau 512GB dengan 12GB RAM.

Paparan skrin 6.73 inci AMOLED, kadar penyegarannya mencecah 120Hz, setanding dengan peranti pintar terbaik 2022. Xiaomi 12S Ultra mempunyai 4860mAh dan menyokong pengecasan pantas 67W.

Reka bentuk model ini sememangnya unik dengan kamera besarnya di belakang. Berita baik buat penggemar fotografi, Xiaomi telah bekerjasama dengan LEICA untuk menghasilkan kualiti kamera dan gambar yang terbaik bersama beberapa perincian unggul. Secara umumnya, kamera utama  50MP, kamera ultra lebar 48MP dan telefoto 48MP dengan sensor Sony IMX989. Kamera selfie pula 32MP.

Dari segi videografi, Xiaomi 12S Ultra merupakan peranti Android pertama yang menggunakan Dolby Vision dan Hyper OIS. Jika ada yang tak tahu, ia berfungsi untuk menghasilkan rakaman yang lebih stabil.

Xiaomi Civi 2

Apa yang menarik dengan model Xiaomi Civi 2? Kelebihannya terletak pada kamera hadapannya yang mempunyai dua lensa atau dwi-kamera dengan 32MP. Dengan ini pengguna dapat berselfie sepuasnya dengan hasil gambar dua kali lebih baik dan berkualiti berbanding model lain. Dari segi kamera utama adalah 50MP bersama Sony IMX766, 20MP kamera ultra lebar serta 2MP kamera makro.

Model ini menggunakan cipset Snapdragon 7 Gen 1 (4 nm) dan dioperasikan bersama MIUI 13 berasaskan Android 12. Dilancarkan pada September 2022, pengguna boleh memilih storan dengan kadar 128GB dan 8GB RAM, 256GB dan 8GB RAM mahupun 256GB dan 12GB RAM.

Bateri berkapasiti 4500mAh dan menyokong pengecasan pantas 67W menggunakan USB-C. Ia mengambil masa anggaran 40 minit untuk memenuhkan sehingga 100%. Model ini turut menggunakan paparan skrin AMOLED 6.55 inci dengan kadar penyegaran 120Hz.

Reka bentuk memang nampak mewah dan eksklusif. Xiaomi Civi 2 hadir dengan empat warna yang memukau iaitu hitam, biru, kelabu dan violet.

Xiaomi MIX Fold 2

Anda pasti terpukau dengan reka bentuk Xiaomi Mix Fold 2. Mana tidaknya, ia direka dengan kelebihan boleh dilipat dan menjadi telefon pintar boleh dilipat yang paling nipis di dunia. Buat mereka yang suka akan telefon pintar yang mempunyai skrin besar dan boleh dilipat, model ini pasti memenuhi citarasa anda.

Xiaomi MIX Fold 2 dikuasakan oleh Snapdragon 8+ Gen 1 serta sistem operasi MIUI 13 berasaskan Android 12. Kapasiti storan cukup memuaskan kerana boleh memuatkan hingga 1TB bersama 12GB RAM.

Bateri berkapasiti 4500mAh dan seperti model yang lain menyokong pengecasan pantas dengan kadar 67W.

Dari sudut kamera tak kurang hebatnya dengan kamera utama Sony IMX766 50MP, kamera ultra lebar 13MP dan 2x sensor telefoto. Kamera selfie pula 20MP namun tidak terletak pada skrin dalam. Sebaliknya berada di skrin luar. Sama seperti Xiaomi 12S Ultra, kamera turut disokong dengan Leica dengan pelbagai keistimewaan pada kamera seperti Leica Classic dan Leica Vivid.

Xiaomi 12T Pro

Bagi siri ini, Xiaomi 12T Pro dilancarkan bersama Xiaomi 12T. Bagi sesiapa yang mencari smartphone Xiaomi terbaik dengan harga bermula RM 1999, ini pilihan terbaik buat anda. Harga yang ditawarkan sememangnya berbaloi dengan spesifikasinya.

Xiaomi 12T Pro dikuasakan oleh cipset Snapdragon 8+ Gen 1. Sistem yang disertakan adalah MIUI 13 berasaskan Android 12. Dengan GPU Adreno 730, prestasi telefon pintar ini pasti berjalan dengan lancar.

Salah satu keistimewaan smartphone ini juga terletak pada kameranya. Dengan sensor Samsung ISOCELL HP1, resolusi kamera utama ditawarkan dengan 200MP, 8MP kamera ultra lebar dan 2MP kamera makro. Kamera hadapan turut memukau dengan 20MP. Kedua-dua kamera ini menyokong ciri panorama dan HDR.

Paparan skrin adalah 6.67 inci dengan CrystalRes AMOLED. Ia turut disokong dengan ciri Dolby Vision dan HDR 10+. Kadar penyegaran disertakan dengan kadar 120Hz. Bateri pasti bertahan lama kerana kapasitinya 5000mAh dan menyokong pengecasan pantas 120W. Hanya mengambil kira-kira 19 minit untuk mencapai 100% bateri.

Xiaomi 12 Lite

Ada yang mencari telefon Xiaomi terbaik yang mempunyai kekuatan pada kamera, reka bentuk dan prestasi terbaik dengan harga berbaloi? Mungkin Xiaomi 12 Lite smartphone yang anda cari! Xiaomi 12 Lite dikuasakan oleh cipset Snapdragon 778G (6nm).

Menggunakan GPU Adreno 642L, peranti ini juga menggunakan sistem MIUI 13 yang berasaskan Android 12. Xiaomi 12 Lite juga menyokong paparan skrin dengan Dolby Vision dan HDR 10+. Paparan AMOLED, kadar penyegaran juga setanding model lain iaitu 120Hz.

Tak cukup dengan itu, ada yang gemar dengan smartphone ini kerana boleh bermain video game yang berat, bagus untuk fotografi dan videografi serta kegunaan harian. Selain itu, peranti yang ringan dan nipis ini pasti menjadi buruan ramai kerana bersaiz poket.

Mesti ada yang mencari spesifikasi kamera peranti ini. Kamera utama 108MP dilengkapi dengan ciri AI Cinema dan mod malam. Tiada lagi masalah untuk merakamkan gambar lebih bagus ketika malam atau cahaya yang tak mencukupi. Kamera swafoto pula dengan kadar 32MP dilengkapi ciri dwi LED flash Xiaomi Selfie Glow. Kini anda boleh berselfie dengan yakin tanpa mengeditnya semula.

Redmi K50 Ultra

Model ini merupakan siri pertama Redmi yang dikuasakan oleh Snapdragon 8+ Gen 1. Ada yang mencari peranti pintar flagship terbaik, dilengkapi ciri sesuai untuk gamers dan berbaloi dengan harga bawah RM 2000? Kami cadangkan anda untuk memperoleh model ini.

Dengan skrin bersaiz 6.7 inci, paparan yang digunakan adalah AMOLED FHD+  dengan resolusi 2712×1220. Kadar penyegarannya seperti model lain iaitu 120Hz. Bukan itu sahaja, peranti ini turut menyokong sistem Dolby Vision dan HDR 10+.

Kapasiti storan adah 256GB dan dibekalkan hingga 12GB RAM. Kualiti kamera juga tidak menghampakan dengan kamera utama 108MP dengan Samsung ISOCELL HM6, kamera ultra lebar 8MP dan kamera makro 2MP. Bagi kamera hadapan, lensa adalah 20MP.

Prestasi bateri turut memberansangkan dengan kadar 5000mAh dan menyokong pengecasan pantas 120W. Pantas bukan? Antara keistimewaan lain Redmi K50 Ultra adalah mempunyai sistem penyejuk yang besar, dilengkapi speaker stereo dan Dolby Atmos serta boleh dilipat.

POCO F4 GT

Dilancarkan pada April 2022 di Malaysia, POCO F4 GT merupakan siri Poco yang keempat. Reka bentuk Poco F4 GT agak unik dan menarik. Tiga warna ditawarkan menampakkan model ini lebih premium, ganas dan tahan lasak. Sesuailah untuk para gamers terutamanya.

Poco F4 GT dikuasakan oleh cipset Qualcom Snapdragon 8 Gen 1. Semestinya prestasi akan lebih pantas dan lancar. Kadar storan adalah 256GB atau anda boleh memilih 128GB dipadankan dengan LPDDR5 sebesar 8GB dan 12GB RAM.

Skrin pula bersaiz 6.67 inci dengan paparan AMOLED DotDisplay FHD+ dengan kadar penyegaran 120Hz. Kapasiti bateri pula adalah 4700mAh dan menyokong pengecasan pantas 120W.

Paling unik, Poco F4 GT dilengkapi dengan butang bahu mekanikal. Ciri ini memang berguna untuk gamers kerana butang bahu mekanikal boleh disorokkan dan pengguna boleh bermain online game dengan lebih selesa. Bukan itu sahaja, ia dibekalkan dengan 4 speaker dan sistem Multiple Tab Winding.

Redmi Note 10 Pro

Redmi Note 10 Pro adalah telefon Xiaomi terbaik untuk gaming. Peranti pintar ini tergolong dalam semi-flagship. Harga yang ditawarkan memang pasti anda tidak dapat jangkakan memandangkan spesifikasi yang amat mantap.

Antara ciri yang dikatakan padan dengan kemahuan gamer adalah paparan skrin menggunakan Super Amoled, kadar penyegaran 120Hz dan pembesar suara stereo yang jelas dan stabil.

Cipset yang digunakan adalah Qualcomm SM7150 Snapdragon 732G dengan GPU Adreno 618. Dengan sistem MIUI 12 berasaskan Android 12, prestasi juga tidak menghampakan. Storan pula dibekalkan hingga 128GB dengan 8GB RAM.

Kapasiti bateri pasti memuaskan untuk bermain game kerana kadarnya 5020mAh dan menyokong pengecasan pantas 33W. Kualiti kamera juga mengagumkan dengan 108MP kamera utama, 8MP sensor ultra lebar, 5MP makro serta kedalaman 2MP manakala kamera swafoto 16MP. Berminat dengan telefon Xiaomi terbaik ini?

Redmi Note 11 Pro Plus 5G

Jika anda mahukan smartphone Redmi yang mempunyai prestasi paling mantap, kami cadangkan anda untuk memilih model ini. Harganya sedikit tinggi dalam siri Redmi namun tidak hairanlah kerana spesifikasi yang ditawarkan memang menarik, sesuai untuk bermain game dan penggunaan harian.

Dari segi reka bentuk kelihatan minimalis, premium dan cantik. Redmi Note 11 Pro Plus ini dikuasakan oleh MediaTek Dimensity 920 dengan cip grafik Mali-G68 MC4. Secara ringkasnya, kualiti kamera untuk kamera utama adalah 108MP manakala kamera swafoto 16MP.

Bersaiz 6.67 inci, sama seperti kebanyakan telefon Xiaomi terbaik yang lain iaitu menggunakan paparan skrin Super AMOLED  HDR 10 FHD+. Kadar penyegaran juga sama dengan 120Hz.

Kapasiti bateri adalah 4500mAh dan menyokong pengecasan pantas 120W yang membolehkan model ini dicas penuh dalam masa 15 minit sahaja. Dengan kadar tersebut, penggunaan telefon pintar ini boleh bertahan dalam lingkungan satu hari mengikut kadar penggunaan harian.

Black Shark 5 Pro

Black Shark 5 Pro juga pilihan terbaik buat sesiapa yang mencari peranti pintar keluaran Xiaomi yang bagus untuk bermain permainan video. Tak banyak perbezaan antara Black Shark 5 Pro dan Black Shark 5 melainkan dari segi cipset, prestasi dan harganya.

Tengok sahaja reka bentuk model ini, pasti pemain permainan video terpukau dan jatuh cinta dengannya. Memulakan penjualan pada Jun 2022, pembeli mempunyai pilihan untuk memilih warna hitam atau putih. Tak kira warna apa yang anda pilih, smartphone ini memang kelihatan eksklusif, ganas dan tahan lasak.

Jika sebut prestasi yang bagus, semestinya menggunakan cipset terkini iaitu Snapdragon 8 Gen 1 bersama RAM LPDDR5 6 400Mhz. Kapasiti bateri sedikit rendah iaitu 4650mAh namun pengecasan pantas 120W yang mampu memenuhkan kapasiti bateri dalam masa 15 minit menutupkan kelemahan yang satu ini.

Model ini turut dilengkapi Anti-gravity Dual VC Liquid Cooling iaitu sistem penyejukan terbaik pada masa kini. Paparan skrin pula 6.67 inci dengan ciri AMOLED. Kadar penyegaran mencecah 144Hz. Sistem audionya juga sangat baik untuk menghasilkan bunyi yang jelas.

Sama seperti POCO F4 GT, Black Shark 5 Pro Plus mempunyai butang bahu mekanikal yang boleh disorok demi keselesaan pengguna terutama ketika bermain game.

Dari sudut kamera, kamera utama dengan 108MP dipadankan dengan sensor ultra lebar 13MP dan makro 5MP. Kamera swafoto pula  16MP.

Berbaloi atau tidak memiliki telefon Xiaomi terbaik di atas? Pasti anda rambang mata untuk memilihnya. Sebelum membeli, buatlah pilihan yang bijak sesuai dengan penggunaan, citarasa dan bajet yang anda ada. Selamat membeli!

Kami juga ada menulis artikel lain berkaitan smartphone seperti:

Penulis: Nur Syafiqah

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.