Jika anda mencari telefon pintar HONOR terbaik untuk tahun 2023, di artikel ini kami jawabkan beserta harga dan perinciannya.
Setiap jenama telefon bimbit pasti ada peminatnya tersendiri termasuklah HONOR. Antara sebab ramai yang memilih telefon pintar ini adalah prestasi, kamera dan perinciannya yang baik.
Kali ini, kami senaraikan 5 telefon HONOR terbaik dan paling terkini yang dikeluarkan iaitu 2023. Kesemuanya memang berbaloi bagi admin. Jom tengok yang mana mampu mencuri tumpuan anda,
Popular dengan gelaran smartphone kelas pertengahan terbaik 2022, HONOR 70 diumumkan pada 30 May dan mula penjualannya pada 2 Jun. Tengok sahaja reka bentuknya pasti ramai yang jatuh cinta kerana kelihatan premium.
HONOR 70 dilengkapi dengan pemproses Snapdragon 778G+ dengan storan 256GB dan 8GB. HONOR 70 adalah Android 12 yang menggunakan sistem operasi Magic UI 6.1.
Bateri HONOR 70 pula berkapasiti 4800mAh dan menyokong pengecasan pantas 66W yang mampu mengecas sehingga 60% hanya dalam 20 minit sahaja. Bateri yang tahan dengan lama sesuai buat mereka yang sering menghadap telefon.
Kualiti kamera memang terbaik dengan 32MP kamera hadapan, kamera utama Super Sensing 54 MP, kamera ultrawide 50MP dan paling best ia menggunakan sensor Sony IMX800. Bagi anda yang sukakan fotografi atau videografi, kami mencadangkan anda untuk memilih HONOR 70.
Nak cari smartphone flagship terbaik keluaran HONOR? HONOR Magic4 Pro pasti menepati citarasa anda dan sangat berbaloi untuk diperolehi. Reka bentuknya pula agak unik, berbeza dengan model yang lain kerana kamera berbentuk bulat besar di belakang smartphone.
Dikeluarkan pada Mac 2022, HONOR Magic4 Pro dikuasakan oleh Magic UI 6 dengan Android 12. Chipset yang digunakan adalah Qualcomm SM8450 Snapdragon 8 Gen 1 yang tak dapat disangkalkan lagi untuk menghasilkan prestasi yang baik.
Prestasi baterinya tidaklah seperti HONOR 70 kerana berkapasiti 4600mAh sahaja. Ia menyokong pengecasan pantas berwayar, 100W dengan anggaran 30 minit untuk mendapatkan bateri penuh. Pengecasan pantas tanpa wayar pula dapat mencapai 50% dalam masa 15 minit.
Kualati kameranya juga memang berkualiti dengan kamera utama 50 MP manakala kamera swafoto 12 MP. Paparan skrin juga tiptop dengan sistem LTPO OLED serta 120Hz, yang mengeluarkan warna yang baik dan tidak menyakitkan mata anda.
Buat anda yang sedang mencari telefon pintar dengan tawaran menarik, mungkin HONOR 50 dapat memenuhi permintaan anda. HONOR 50 dikeluarkan pada Jun 2021 namun masih ramai yang terpikat dengan smartphone ini kerana paparan dan reka bentuknya menarik.
HONOR 50 menggunakan skrin OLED 6.57 inci dengan resolusi 1080×2340. Kadar penyegaran adalah 120Hz. Dengan chipset Snapdragon 778G bersama sistem Magic UI 4.2, ia pasti dapat berfungsi dengan lancar. Namun HONOR 50 menggunakan sistem operasi Android 11.
Kamera utama dengan 108MP dengan kamera swafoto 32MP. Kadar yang masih membuatkan gambar anda jelas, warna yang cantik dan berkualiti. Kapasiti bateri pula 4300mAh dan menyokong pengecasan pantas 66W.
Smartphone pintar ini dilancarkan pada April, 2022. HONOR Magic 4 Lite dikuasakan oleh Snapdragon 695 5G dan dipadankan dengan Magic UI 4.2 serta Android 11. Pasti lebih lancar dan pantas penggunaannya. Kekuatan telefon ini terletak pada prestasinya lebih-lebih lagi dengan 5G.
Storan sebanyak 128GB dipadankan dengan 8GB RAM pasti dapat memuatkan banyak fail dan aplikasi. Kapasiti bateri pula 4800mAh dan menyokong pengecasan pantas 66W. Ia hadir dengan tiga warna iaitu Midnight Black, Ocean Blue dan Titanium Silver.
Bukan itu sahaja, kamera utama adalah 48 MP manakala kamera selfie 16 MP. Walaupun tak sehebat HONOR 70, namun masih dapat menghasilkan kualiti gambar yang baik. Tak cukup dengan itu, kamera HONOR Magic 4 Lite dilengkapi flash LED, HR dan panorama.
HONOR X8 didatangkan dengan sistem pemproses Snapdragon 680 dan dilengkapkan dengan Magic UI 4.2 beserta Android 12. Sebanyak 128GB dipadankan dengan 6GB RAM, pasti sesuai dengan kegunaan harian.
Paling menarik harganya memang berbaloi dengan prestasi yang disediakan sehinggakan pernah tersenarai dalam telefon pintar bajet HONOR terbaik. Sama seperti HONOR Magic 4 Lite, HONOR X8 juga mempunyai tiga warna yang sama dan kelihatan premium.
Namun prestasi bateri model ini kurang memuaskan kerana kapasitinya 4000mAh sahaja. Namun ia masih menyokong pengecasan pantas dengan 22.5W. Hasil gambar dan video juga pasti berkualiti dengan kamera utama 64 MP dan kamera swafoto 16 MP.
Tak cukup dengan itu, ia menyokong penggunaan Bluetooth, wifi, GPS dan lain-lain. Ianya pasti berbaloi buat anda yang mencari smartphone HONOR dengan harga yang berpatutan dan mampu milik, bawah RM 1000 sahaja.
Setiap telefon HONOR terbaik mempunyai keistimewaan dan kelemahan tersendiri. Namun, pasti ada yang menepati keinginan telefon bimbit anda sesuai dengan penggunaan, prestasi dan bajet anda.
Buat penggemar telefon pintar HONOR, anda pasti dapat melihat prestasi model-model terkini dengan penambahbaikkan terbaik berbanding model lain. Berminat? Tunggu apa lagi? Jom dapatkannya sekarang!
Mencari review dan spesifikasi smartphone lain? Jom baca artikel kami yang lain berkaitan smartphone terkini yang pasti bermanfaat buat anda seperti:
Artikel di atas merupakan pendapat dan pandangan dari penulis sahaja.