Tahu tentang dunia NFT? NFT adalah perkataan yang agak popular beberapa bulan ini. Ramai yang sudah mula menceburi bidang Non-Fungible Token atau NFT. Jika anda salah seorang darinya, anda perlu dapatkan karya istimewa dan terbaru iaitu CShox. Pelbagai kelebihan akan anda perolehi jika anda membelinya.

Projek CShox adalah keluaran Echelon Cipher iaitu sebuah karya digital NFT yang berbentuk jam tangan. Projek ini merupakan idea warga tempatan iaitu Khor Ren Jin dan Dindran Kumar yang bekerja di syarikat teknologi.

Dapatkan koleksi ini dengan segera kerana ianya sangat terhad. Sekadar 3 690 Genesis NFT sahaja diperuntukkan di mana setiap koleksi jam tangan mempunyai reka bentuk berbeza yang menarik dan unik.

Setiap koleksi CShox merupakan hasil gabungan idea terhadap pelbagai jenis dan jenama jam tangan yang dicipta sejak 80-an hingga sekarang. Anda pasti kenal dengan jenama Swatch, Gshock dan London Boy. Semua reka bentuk jam telah digabungkan menjadi sebuah jam tangan digital yang lebih istimewa!

Kelebihan Memiliki CShox

Pelbagai faedah yang akan anda perolehi jika anda dapatkan koleksi ini. Semuanya di atur khas untuk menjadikan projek CShox lebih premium. Antaranya adalah pemilik berpeluang memperoleh wallet-sticker yang merupakan bukti terhadap pemilikan jam tangan digital CShox. Dengan adanya wallet-sticker, anda mudah untuk memperdagangkan atau mempamerkannya kepada khalayak.

Bukan itu sahaja, pemilik koleksi ini boleh mereka atau menghias jam tangan mengikut idea atau citarasa yang mereka inginkan, menggunakan pelayar reka bentuk tersendiri iaitu Echelon Cipher. Dengan ini setiap pemilik koleksi CShox bebas untuk mereka dengan kreatif dan menyimpannya dengan selamat.

Tak cukup dengan itu, pemilik koleksi CShox juga akan memiliki akses eksklusif terhadap Cipher-Market. Melalui akses ini, pemilik boleh mendapatkan barangan khas dan terhad yang ditawarkan pada platform tersebut.

Setiap pemilik CShox turut berpeluang untuk menyertai forum khas yang akan diadakan menerusi pelayar Discord. Melalui forum ini, semua pemilik koleksi bebas untuk berbincang hal berkaitan selain mendapat koleksi terkini dari masa ke masa.

Buat pengetahuan anda, pelbagai jenama terkenal seperti Bean Jr., Australian Cake House, Opus Residence, Mitra Homestay Reatreat, Doubewoot, Christy Ng, Beaubelle dan sebagainya telah menjadi rakan kongsi dalam projek ini. Oleh itu, pemilik koleksi CShox dapat menikmati faedah runcit terhadap jenama tersebut sama ada secara dalam atau luar talian pada setiap bulan.

Ketersediaan dan Harga

Projek CShox akan dilancarkan pada penghujung Mei 2022. Harga untuk senarai putih ditetapkan pada kadar 0.08ETH iaitu anggaran RM 700. Penjualan secara umum pula akan diumumkan melalui platform Discord.

Berminat untuk mengetahui maklumat dengan lebih lanjut tentang koleksi CShox? Sertai platform Discord yang disediakan oleh Echelon Cipher.

Jom teroka setiap karya projek CShox di pautan di bawah.

Penulis: Nur Syafiqah

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.