Tak sempat nak keringkan baju? Jangan risau, mesin pengering baju boleh membantu mengeringkan pakaian dalam masa kurang dari satu jam. Walaupun ia memudahkan anda,  harganya mungkin sedikit lebih mahal daripada mesin basuh yang mempunyai pengering baju. Tetapi, tidak semua fungsi mesin basuh dapat menandingi pada fungsi mesin pengering baju.

Pengering baju biasanya mengeluarkan lembapan lebih baik daripada pengering mesin basuh. Ia sangat berbeza dalam bilangan kuantiti yang boleh dikeringkan dan tempoh masa yang diperlukan untuk proses pengeringan. 

Jom lihat antara 12 mesin pengering baju terbaik pilihan ramai pengguna.

Toshiba 7KG Sense TD-H80SEM

mesin pengering baju terbaik

Dilengkapi dengan teknologi Sense Dry, mesin pengering baju Toshiba ini dapat memastikan perbelanjaan bil elektrik lebih rendah dan jimat. Mesin akan dihentikan secara automatik sebaik sahaja pakaian mencapai tahap kekeringan yang optimum. 

Mesin pengering baju terbaik ini turut mempunyai fungsi anti kedut dan fungsi Quick-Dry untuk mengeringkan pakaian anda dalam masa 20 minit.

Midea MD-7388 7KG Dryer

mesin pengering baju terbaik

Midea MD-7388 adalah mesin pengering baju terbaik yang menawarkan pelbagai fungsi pengeringan mengikut fabrik pakaian. Ia menggunakan pemanas termostat yang selamat dalam mengeringkan pakaian anda dengan cekap tanpa merosakkan fabrik pakaian kesayangan anda. Selain itu, ia juga mempunyai fungsi anti kedutan, sensor kawalan suhu dan juga safe child lock.

Deerma R10 Clothes Dryer Heating (Dua Lapisan)

mesin pengering baju terbaik

Dengan kapasiti pengeringan 10 kilogram, Deerma R10 juga dikatakan sebagai pengering bajet rendah yang terbaik di Malaysia. Mesin pengering baju terbaik ini menggunakan blower udara panas untuk mengeringkan pakaian dengan pantas. Panel digital juga disediakan untuk anda melaraskan proses pengeringan dengan sewajarnya. 

Fungsi butang kawalan mesin pengering baju ini sangat sederhana dan senang digunakan. Jadi, bagi anda yang mahu hadiahkan mesin pengering baju kepada keluarga anda di kampung, kami syorkan anda memilih Deerma R10 Clothes Dryer Heating ini.

Haier HDY-D60 6KG Tumble Dryer

mesin pengering baju terbaik

Didatangkan dengan kualiti yang hebat dan harganya mampu milik, Haier HDY-D60 adalah mesin pengering baju pilihan terbaik. Pilih salah satu daripada 7 program yang ditetapkan agar bersesuaian dengan fabrik yang ingin anda keringkan. 

Di samping itu, ia juga turut dilengkapi dengan teknologi sensor automatik untuk mengesan dan mengoptimumkan tetapan haba dan masa yang optimum.

LG Dryer TD-C8066WS

mesin pengering baju terbaik

Menggunakan teknologi True Steam yang digabungkan dengan Two-Way Tumbling, mesin pengering baju terbaik ini dapat mengeringkan pakaian anda sambil mengeluarkan alergen dan habuk dengan berkesan. 

Kedutan pakaian juga dapat dikurangkan. Ia juga mempunyai sistem Smart Diagnosis dan Sensor Dry untuk pemantauan suhu secara automatik dan memberikan prestasi pengeringan yang sangat baik.

Beko 7KG BKO-DCY7202XW3

mesin pengering baju terbaik

Mesin pengering baju Tumble Condenser Beko 7KG BKO-DCY7202XW3 ini sangat popular di Malaysia asbab 15 ciri programnya. Dengan fungsi tersebut, anda boleh mengeringkan pelbagai jenis fabrik termasuklah pakaian sukan dan seluar Jeans. 

Selain itu, mesin pengering baju ini sentiasa dalam keadaan baik kerana ia memiliki penunjuk pembersihan penapis yang memaklumkan waktu pembersihan dan servis diperlukan.

LG 9KG Dual Inverter Heat Pump Dryer TD-H9066WS

mesin pengering baju terbaik

Dengan teknologi Dual Inverter Heat Pump, LG TD-H9066WS adalah mesin pengering baju terbaik di Malaysia. Ia memiliki tahap kecekapan tenaga yang lebih tinggi dan masa pengeringan yang lebih singkat. 

Satu lagi kelebihan penting yang ada pada mesin pengering baju ini adalah anda boleh meletakkannya di mana-mana sahaja di rumah anda tanpa perlu mendekati ventilator untuk saluran udara luaran. 

Tenaga elektrik dan masa dapat dijimatkan malah ia mengurangkan 99.9% masalah habuk dan hama. Untuk teknologi pengering pintar tambahan, anda boleh menyambungkannya kepada aplikasi mudah alih untuk digunakan sebagai alat kawalan jauh. 

Electrolux 8KG Ultimate Care EDV805JQWA

mesin pengering baju terbaik

Electrolux EDV805JQWA dapat mengekalkan kualiti pakaian, menyediakan penjagaan warna yang unggul dan melindungi kualiti fabrik tanpa pengeringan berlebihan. Sensor pintarnya dapat membantu menjaga kualiti fabrik pakaian anda dengan tepat. 

Dengan pergerakan dram bergantian mengikut arah jam dan lawan jam dalam proses pengeringan, ianya mengurangkan kedutan sebanyak 32%.

Bosch WTA74201SG Dryer 7KG

mesin pengering baju terbaik

Mesin pengering pakaian Bosch WTA74201SG adalah salah satu pengering kelas pertengahan yang cukup mengagumkan di Malaysia. Dengannya, pakaian dapat dikeringkan dalam masa 40 minit. 

Anda juga boleh melaraskan tahap kekeringan yang anda inginkan. Bagi pengeringan automatik, sensor Duo-Tronic dalam mesin pengering baju terbaik ini dapat membantu anda memantau tahap kelembapan dan perbezaan suhu secara automatik untuk mengelakkan terlalu panas.

Samsung 8KG DV80TA220AE

mesin pengering baju terbaik

Teknologi Energy Efficiency dapat mengurangkan penggunaan elektrik biarpun kapasiti mesin pengering baju ini mampu memuatkan muatan sebanyak 8kg kain. Selain itu, ia turut memiliki fungsi kepanasan automatik yang dikawal mengikut kesesuaian kelembapan kain agar tidak mudah berkedut. 

Untuk pengetahuan anda, Sistem The Quick Dry 35 yang dimiliki oleh mesin pengering baju ini dapat mengeringkan pakaian dalam masa 35 minit yang menjimatkan masa.

Khind 6KG KCD60

mesin pengering baju terbaik

Walaupun saiz mesin pengering baju Khind ini kecil tetapi dengan elemen PTC Heating yang terdapat padanya, pakaian boleh kering sepenuhnya tanpa menggunakan suhu panas yang maksimum. 

Dengan beratnya sekitar 25kg, ia lengkap dengan 5 program yang telah ditetapkan seperti Udara Sejuk, Anti-Kedut, Udara Suam, Udara Panas dan Udara Kering. Menarik lagi, ia memiliki pintu yang direka khas bersaiz besar bagi memudahkan proses memasuk dan mengeluarkan kain.

Daewoo Dryer DWRV700W 7KG

mesin pengering baju terbaik

Daewoo memperkenalkan mesin pengering baju yang mempunyai rupa yang anggun dan berteknologi tinggi serta berkapasiti 7 kilogram yang mampu menampung keperluan pengeringan keluarga bersaiz sederhana. 

Ia direka khas supaya dapat mengeringkan pakaian sambil menjimatkan elektrik dan menjadikan pakaian kurang berkedut, kelihatan licin dan cantik selepas proses pengeringan. Anda boleh segera memakai pakaian selepas dikeluarkan daripada pengering.

Mesin pengering baju Daewoo juga mempunyai paparan LED yang membolehkan anda mengawal semua pilihan pengeringan dan memantau masa yang tinggal untuk pakaian kering. Selain itu, ia dilengkapi dengan ciri termostat keselamatan yang dapat melindungi mesin tersebut sekiranya berlaku bekalan elektrik yang berlebihan. Cukup terbaik mesin pengering baju Daewoo ini!

Berikut adalah 12 mesin pengering baju terbaik di Malaysia yang berkualiti tinggi. Blender terbaik, Mesin basuh terbaik dan Air Fryer terbaik.

Pandangan di atas tidak mewakili pendapat Bidadari. Ia adalah penulisan perkongsian dan pendapat penulis.

Penulis: zulrina

Meminati dunia perniagaan, travel dan makanan.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


error: Content is protected !!
.