Expand To Show Full Article
10 Tablet Terbaik 2022 Canggih Dan Berbaloi Dimiliki - Bidadari.My

Tablet terbaik sesuai untuk setiap individu bergantung kepada bagaimana seseorang itu mahu gunakannya. Sekiranya anda bermain permainan video, anda memerlukan tablet dengan kelajuan tinggi dan jangka hayat bateri yang tahan lama, tetapi jika anda hanya menghantar e-mel tablet yang sederhana pun sudah cukup memadai buat anda. 

Jom kami kongsikan tablet terbaik 2022 canggih dan berbaloi dimiliki. Jangan lepaskan peluang untuk buat pilihan bagi table terbaik 2022 ini.

iPad Mini 6th Gen

IPad Mini 6th Gen adalah tablet yang paling terbaik untuk sesiapa sahaja dan mempunyai chipset A15 Bionic bersama Neural Engine. Peranti ini juga menyokong Papan Kekunci Pintar dan Pensil Apple (2th generation), jadi ianya hampir sama dengan penggantian komputer riba.

Dengan spesifikasi serba lengkap yang baik dan pelbagai warna yang boleh anda pilih seperti ungu, pink dan kelabu. Selain itu, iPad mini ini adalah pilihan yang bagus untuk ramai orang kerana penggunaannya boleh mencecah sehingga 10 jam.

iPad Air 5th Generation 2022

Tablet ini juga dikeluarkan pada awal tahun 2022. Menggunakan cip pemproses Apple M1, storan peranti ini sebanyak 256GB. Dengan dua ciri ini, anda dapat menggunakan tablet dengan lancar dan pantas. Selain membuat tugasan, ia sesuai untuk bermain game.

Dengan sistem suara yang efektif, pasti anda akan jatuh cinta dengan reka bentuk perkakasan yang dibuat dengan baik oleh Apple ini. Paling penting, anda boleh menggunakannya bersama papan kekunci dan pensel Apple.

Samsung Galaxy Tab S7 FE

Tablet ini adalah tablet terbaik yang pernah dihasilkan oleh Samsung dan ianya merupakan saingan serius kepada rangkaian iPad. Kapasiti bateri untuk tablet ini adalah 10,900 mAh dan mampu bertahan sehingga 13 jam.

Di dalamnya terdapat chipset Qualcomm Snapdragon 778G dengan 6GB RAM dan 128GB storan. Tablet ini juga mempunyai sambungan wifi, Bluetooth v5.0 dan sebagainya. Anda juga akan mendapatkan stylus Samsung S Pen di dalam kotaknya secara percuma.

iPad Pro 5th Generation

IPad 12.9 inci ini merupakan antara tablet terbaik yang boleh anda beli dan ia dikatakan iPad terbaik daripada Apple. Tablet ini dilengkapi dengan chipset Apple M1 yang menjadikannya agak lebih pantas daripada model lama.

Bukan itu sahaja, bateri tablet ini boleh bertahan untuk seharian dan mempunyai pengecas 20W yang jauh lebih pantas daripada model sebelumnya.

Samsung Galaxy Tab S8

Samsung Galaxy Tab S8 ini dilancarkan pada awal tahun ini. Tablet ini menggunakan sistem pemproses Snapdragon 8 Gen 1 dengan storan 128GB atau 256GB serta 8GB RAM. Tablet ini sangat sesuai untuk anda yang ingin membuat sebarang kerja dan bermain game.

Dengan skrin 11 inci dan paparan visual 120Hz, anda dapat menonton video dengan jelas dan terang. Kapasiti bateri yang mencecah 8,000 mAh, pasti anda dapat bermain dengannya sepanjang hari. Kamera utama pula dengan 13MP + 6MP UW manakala kamera hadapan 12MP UW.

Samsung Galaxy Tab S8 Ultra

Samsung Galaxy Tab S8 Ultra merupakan edisi yang dikeluarkan bersama peranti sebelum ini. Perbezaannya dapat dilihat dari segi storan, kapasiti bateri dan skrin yang lebih baik. Penggunaan peranti ini boleh menggantikan laptop untuk melakukan sebarang tugasan.

Galaxy Tab S8 Ultra mempunyai storan lebih besar iaitu 12GB RAM dan 256GB ROM. Dengan kapasiti bateri 11,200 mAh, pengecasan mengambil masa 82 minit untuk penuh. Skrin model ini lebih besar dengan 14.6 inci dengan paparan 120HZ, Super Amoled dan HDR+10.

Xiaomi Pad 5

Xiaomi Pad 5 juga layak dimiliki oleh anda pada tahun 2022 kerana ia menggabungkan banyak ciri premium dengan harga yang mampu milik dan semestinya bawah RM 2000.

Tablet ini menggunakan skrin WQHD+ 120Hz dengan saiz 11 inci. Ia juga dibina dengan logam yang membuatnya kelihatan semahal tablet lain. Sistem unit pemproses yang digunakan adalah Qualcomm Sanpdragon 860.

Di samping itu, ia juga mempunyai hayat bateri yang mengagumkan dengan kapasiti 8720mAh dan menyokong pengecasan pantas 22.5W. Kualiti kamera utama sekadar 13MP manakala kamera hadapan adalah 8MP.

Amazon Fire HD 10

tablet 2021 terbaik

Tablet Amazon Fire HD 10 ini bukanlah untuk kegunaan semua orang. Fungsinya adalah untuk melakukan tugas yang lebih pasif seperti bermain permainan video dan menonton filem. Padan dengan harganya yang bawah RM 1000.

Ianya dilengkapi dengan port USB-C moden dan walaupun tablet Amazon tidak sepantas Apple, tetapi ia amat berguna dalam aktiviti seharian anda. Bukan itu sahaja, malah sesuai dijadikan medium untuk pembelajaran anak-anak.

Microsoft Surface Book 3

tablet terbaik

Tablet ini adalah pilihan bagi mereka yang lebih ekstrem kerana dapat menjalankan Windows desktop dan mempunyai pilihan untuk menonton Netflix.

Perlu diingat bahawa ia adalah persis komputer riba yang dilengkapi dengan papan kekunci, pad sentuh, dan skrin 13.5 inci yang menakjubkan. Fungsinya sesuai untuk membaca dan menonton filem dan sekiranya anda ingin menggantikan komputer riba dan mahukan pengalaman tablet tanpa papan kekunci, Microsoft Surface Book 3 adalah jawapannya.

Lenovo Tab P11

Lenovo 11 inci ini menggunakan sistem pemproses Qualcomm Snapdragon 662 dengan kapasiti storan 128GB dan 6GB RAM. Pasti mudah dan lancar untuk anda membuat tugasan.

Kapasiti bateri pula sekadar 7700 mAh dan mempunyai sokongan sensor untuk graviti dan cahaya. Kamera hadapan dengan 8MP manakala kamera utama 13MP sahaja. Tablet ini ringan sahaja iaitu sekadar 490 gram.

Menarik sungguh tablet terbaik 2022 ini. Jom baca juga hadiah untuk ibu. dan ayah, serum terbaik dan moisturizer terbaik.

Produk di atas adalah cadangan oleh penulis berdasarkan pembacaan dan pengalaman. Ianya bukan mewakili kenyataan Bidadari.my.

Penulis: Nur Syafiqah

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.