Smartphone sememangnya sangat penting untuk setiap individu dan ianya menjadi keutamaan dalam kehidupan seharian kita. Telefon pintar ini diperlukan untuk berkomunikasi antara individu dari jarak dekat dan jauh dan di mana sahaja kita berada serta banyak lagi kegunaannya.
Jom kami kongsikan antara smartphone terbaik Malaysia bawah RM500. Beli yang murah, yang penting pastinya berkualiti.
Realme C3 adalah produk keluaran smartphone daripada Realme. Lapisan plastik pada bahagian telefon pintar ini adalah kalis air dan kalis cap jari. Bukan itu sahaja, reka bentuk smartphone ini juga dikatakan tahan calar.
Dilengkapi dengan screen 6.5 inci dan berresolusi tinggi, anda dapat menonton drama, filem atau video kegemaran anda dengan lebih jelas dan terang. Untuk pemain permainan video, smartphone ini sesuai untuk permainan video kerana akan melancarkan sesi permainan anda.
Vivo juga tidak ketinggalan untuk memperkenalkan smartphone terbaik malaysia bawah rm500 iaitu harga mampu milik. Smartphone ini mula dijual di Malaysia pada Oktober 2019 dan masih boleh diterima pakai dan digunakan sehingga kini.
Vivo Y11 hadir dengan 2 pilihan warna iaitu Coral Red dan Jade Green serta mempunyai 2 kamera belakang yang berbeza dengan smartphone lain yang pasti memberikan kelebihan.
Salah satu jenama dari China, Honor, juga mula mendapat tempat dengan reka bentuk yang anggun dan bergaya. Ia juga dilengkapi dengan sensor cap jari yang dapat memastikan keselamatan pengguna.
Dengan smartphone ini, anda boleh menjalankan tugas atau menjalani sesi permainan dengan sangat lancar tanpa menyebabkan masalah. Sepadan dengan harganya, telefon pintar ini dapat merakamkan momen indah anda dengan sangat jelas dan terang.
Ruang penyimpanan data pada smartphone ini ialah 64GB dan mempunyai memori 3GB yang tetap mesra pengguna bagi anda yang mahukan telefon yang canggih tetapi dengan harga murah.
Oppo A12e adalah salah satu produk terbaru yang dipasarkan di Malaysia dan merupakan salah satu jenama terkemuka dari China dengan menghasilkan produk berkualiti dalam setiap pengeluarannya. Smartphone ini diperbuat daripada plastik yang tahan lama dan tidak mudah tergores. Ia juga tidak akan meninggalkan kesan cap jari pada telefon pintar ini.
Seperti yang kita ketahui, Oppo adalah salah satu telefon pintar terkemuka di pasaran dengan kamera berkualiti seperti DSLR dan sekiranya anda adalah kaki selfie, ini adalah salah satu smartphone yang patut dibeli oleh anda.
Honor juga merupakan syarikat dari China yang bersaing dalam arena teknologi terutamanya di dalam pengeluaran smartphone. Honor 8S ada dalam senarai telefon dengan harga di bawah RM500 untuk tahun 2021 dan menawarkan 3 warna pilihan iaitu Hitam, Biru dan Emas. Smartphone ini mempunyai saiz screen 5.71 inci dan mempunyai kamera belakang 13MP yang boleh dikatakan sesuai dengan harganya.
Storage penyimpanannya pula didatangkan dengan dua versi iaitu 32GB (RAM 2GB) dan 64GB (RAM 3GB). Kapasiti bateri smartphone ini pula 3020 mAh.
Smartphone terbaik Malaysia bawah rm500ini dikeluarkan pada pertengahan 2019 dan masih relevan untuk dibeli dan digunakan untuk tahun 2021 ini.
Ia secara rasmi dijual di Malaysia dengan pilihan warna Diamond Blue dan Diamond Black. Kamera smartphone ini bersesuai dengan harganya iaitu 13MP dibelakang dan 5MP didepan.
Ia turut dilengkapi dengan chipset Snapdragon 439 dan mempunyai kelajuan RAM 2GB dan 3GB. Bateri smartphone Realme C2 ini pula mampu untuk bertahan dengan lama kerana kapasitinya 4000 MAh.
Kita mungkin biasa mendengar smartphone Xiaomi yang fokus kepada telefon dengan spesifikasi hebat dengan harga yang sangat berpatutan. Model Redmi 8 ini pertama kali dijual di Malaysia pada Oktober 2019 dan masih diperkatakan sehingga ke hari ini.
Smartphone Xiaomi Redmi 8 ini menawarkan dengan 3 pilihan warna iaitu Sapphire Blue, Onyx Black dan Ruby Red. Terdapat 2 kamera belakang dengan kapasiti bateri yang agak besar dengan harga di bawah RM500.
Kapasiti baterinya boleh dikatakan agak berbaloi dengan harganya iaitu 5000 mAh. Skrin Xiaomi Redmi 8 ini pula 6.22 inci yang sememangnya amat sesuai untuk bermain permainan video dan juga menonton video kegemaran.
Jenama telefon yang dahulunya hebat dan mula hilang pada akhir tahun 2010 dan telah kembali untuk terus bersaing, iaitu Nokia. Smartphone ini tersedia di pasaran dan model yang terbaru ialah Nokia 3.2. Variasi warna yang ditawarkan oleh model Nokia 3.2 ini adalah hitam dan kelabu.
Saiz skrinnya juga setanding dengan smartphone lain iaitu 6.26 inci. Ia juga dilengkapi dengan Android One dan chipset Snapdragon 429. Kapasiti baterinya pula 4000 mAh yang mungkin sepadan dengan harganya tersebut.
TP-Link pada sebelum ini hanya terkenal dalam barangan peranti dan sambungan wifi. Kini, syarikat ini juga mengeluarkan telefon bimbitnya sendiri dengan jenama Neffos dan telah memasuki Malaysia secara rasmi.
Smartphone terbaik Malaysia bawah rm500 ini didatangkan dengan 3 variasi warna yang berbeza, iaitu Aurora ungu, hitam merah dan biru. Saiz screen smartphone ini juga sekitar 6.26 inci dan RAM nya hanyalah 2GB.
Apa yang boleh dikatakan, ianya sesuai digunakan hanya untuk Whatsapp, membuat panggilan dan tidak sesuai untuk bermain permainan video yang mempunyai grafik tinggi.
Mungkin ini adalah salah satu jenama termurah dari senarai smartphone terbaik malaysia bawah rm500 iaitu Nubia N2 Lite. Ia diperkenalkan pada tahun 2019 dan boleh dikatakan masih belum diketahui oleh ramai orang di Malaysia.
ZTE Nubia N2 Lite ini didatangkan dengan bateri berkapasiti 3300 mAh dan memori penyimpanan sebesar 32GB. Kelajuan smartphone ini pula 3GB RAM yang boleh dikatakan amat tidak masuk akal dengan harganya RM299 di Shopee.
Berikut adalah antara smartfon murah dan terbaik untuk anda. Jom baca juga smartphone terbaik Malaysia bawah RM500. skincare Korea Terbaik, serum terbaik untuk kulit kering dan Produk Hilangkan Parut.
Pandangan di atas tidak mewakili pendapat Bidadari. Ianya adalah penulisan perkongsian dan pendapat penulis.