Hidangan ala western ini sangat disukai oleh kebanyakkan kalangan usia umumnya oleh kanak-kanak.

Kalau anda masak macaroni mesti tidak akan cukup kalau buat sekadar hanya satu bekas sahaja. Biasalah budak-budak memang suka benda-benda macam macaroni ini, selain bentuknya comel juga rasanya sedap dan lembut.

Oleh itu, kami hadirkan untuk anda resepi macaroni salad yang enak menjilat jari. Dibuat dengan mixed herbs, mayonais dan susu cair menjadikan rasanya makin likat, berkrim dan lazat.

Tanpa buang masa, sila tengok resepi macaroni salad yang dikongsikan oleh Wan Muhammad Hafiz Satar‎ di laman Facebook. Resepi telah kami suntingkan untuk anda. Selamat mencuba.

Resepi Macaroni Salad

macaroni salad

Imej via Facebook

Bahan-bahan :

  • Sepeket Macaroni brand kimball, prego atau apa-apa saja brand (rebus dan toskan).
  • 4-5 biji kentang (potong dadu-rebus),
  • 1-2 biji lobak merah (potong dadu-rebus).
  • 4-5 ketul sosej (potong-rebus),
  • 1 biji bawang holland (potong dadu),
  • Kalau ada brocoli lagi sedap.
  • 1 tin susu cair atau susu segar,
  • Mayonais secukupnya,
  • Garam,
    Mixed herbs,
  • Chili flake.

Cara-cara :

  1. Mula-mula ambil beberapa sudu mayonais.
  2. Masukan sedikit susu cair. Kacau sampai likat.
  3. Kemudian tambah lagi susu cair. Kacau lagi sampai likat. Ulang step ini ikut mahu sebanyak mana.
  4. Jika dirasa sudah cukup susu, seterusnya masukan garam dan gaulkan bersama macaroni, sosej, kentang, brokoli, bawang holland dan lobak merah.
  5. Gaul sebati kesemua bahan.
  6. Akhir sekali masa dihidangkan, taburkan mixed herbs dan cili flake.
  7. Siap. *Mahu gantikan sosej dengan isi ayam atau meatball pun sedap.
macaroni salad

Imej via Facebook

Resepi Menarik Lain

Selain resepi macaroni salad, kami juga menulis resepi sedap dan mudah lainnya yang mendapat perkongsian ramai. Jemput baca dan mencubanya. Terima kasih telah berkunjung ke laman web kami. Jangan lupa share dan like resepi ini ya.

Penulis: Rahayu Z

Pelajar yang menyukai kartun dan muzik. Memiliki hobi menulis mendorong ia untuk berkarya dan berkongsi di Bidadari.my

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.