Tidak tahu kemana destinasi percutian anda? Apa kata anda semua habiskan percutian dengan mencuba promosi tempat menarik bersama keluarga di KL. Pelbagai aktiviti menarik anda akan dapat dengan potongan harga yang berbaloi. Jadikan percutian pada tahun ini paling awesome.

Dapatkan diskaun sebanyak 30% di laman web KKday untuk pakej keluarga dan nikmati faedah esklusif hanya di KKday. Antaranya percuma penggunaan loker di taman tema dan dapatkan tempat duduk eksklusif di tepi tingkap dan pemandangan yang cantik.

Petunjuk: Pastikan anda pergi ke akhir artikel ini untuk mengetahui lebih lanjut caranya untuk anda boleh memenangi percutian dan tiket hotel!

#1 Sunway Lagoon Theme Park                   

Pelbagai aktiviti menarik boleh dilakukan bersama keluarga di sini. Tambahan pula sekarang adalah musim cuti persekolahan, jadi rancang untuk ke sini bersama anak- anak untuk menghilangkan tekanan anda di tempat kerja dan menenangkan fikiran anak anak daripada memikirkan pembelajaran secara atas talian.

Tip: Adakah anda mencari pengalaman unik? Mari mencuba keseronokan di The Campout Experience di Sunway Lagoon dimana anda akan mendapatkan penginapan yang selasa di Explorer Campsite termasuk makan malam BBQ, sarapan pagi dan tiket taman tema.

Alamat: 3, Jalan PJS 11/11, Bandar Sunway, 47500 Subang Jaya, Selangor, Malaysia.

Promosi tiket pakej keluarga di Sunway Lagoon Theme Park

  • Pakej keluarga hanya RM113 RM138 untuk dewasa , RM96 RM113 untuk kanak-kanak
  • Maklumat promosi: Klik Sini

Sunway Lagoon CampOut experience:

  • Hanya RM598 sahaja termasuk penginapan, sarapan pagi, makan malam BBQ dan tiket taman tema untuk 2 orang dewasa. Sedikit bayaran tambahan dikenakan untuk kanak-kanak bawah 90cm (maksima seorang untuk satu pakej)
  • Maklumat promosi: Klik Sini

#2 Aquaria KLCC

Promosi menarik seterusnya ialah Aquaria KLCC. Terdapat potongan harga tiket sehingga 30% daripada harga asal. Ia amat menjimatkan dan begitu menguntungkan sekiranya anda datang pada waktu sekarang kerana peluang ini tidak mungkin akan datang lagi.

Oleh itu untuk menghabiskan masa cuti persekolahan anak anak, ini adalah masanya untuk membawa mereka keluar berjalan-jalan dengan melihat pelbagai spesies ikan dan berjalan di dalam terowong akuarium sepanjang 90meter serta mempelajari pelbagai habitat ekosistem.

Bawa bersama keluarga anda untuk mengenali lebih 5,000 haiwan laut dan darat seperti Jerung Sand Tiger, Green Sea Turtles dan pelbagai lagi

Tip:

  • Tidak perlu berbaris dengan membeli tiket dalam talian! Dengan kod QR, anda akan mendapat akses langsung.
  • Anak-anak suka melihat bagaimana hidupan laut diberi makan, jadi dapatkan jadual waktu makan hidupan laut ini. Lihat jadual di sini

Alamat: Kuala Lumpur Convention Centre, Jalan Pinang, Kuala Lumpur City Centre, 50088 Kuala Lumpur

Promosi pakej keluarga:

  • Pakej keluarga (weekdays) hanya RM35 RM49 untuk dewasa , RM27 RM39 untuk kanak-kanak
  • Maklumat promosi: Klik Sini

#3 KL Tower Mini Zoo

Pasti anak-anak akan sangat teruja dan seronok apabila datang ke sini kerana dapat melihat pelbagai spesies haiwan di depan mata mereka. Selain itu anda dapat melihat 60 spesies burung dan haiwan yang sukar ditemui seperti meerkart and falabellas.

Wah seronoknya dapat melihat haiwan yang sangat comel. 

Tip: Anda berpeluang untuk memberi makan kepada haiwan yang terpilih.

Alamat: Ground Floor, Menara Kuala Lumpur, WP, Jalan Puncak, 50250 Kuala Lumpur, Malaysia

Promosi pakej keluarga:

  • Pakej keluarga (weekdays) hanya RM28 RM35 untuk dewasa , RM24 RM29 untuk kanak-kanak
  • Maklumat promosi: Klik Sini

#4 KidZania Kuala Lumpur

Anak- anak pasti akan gembira dan sangat teruja apabila ibubapa membawa mereka ke Kidzania. Hal ini kerana, impian dan cita-cita mereka di alam pekerjaan apabila mereka meningkat dewasa bakal menjadi kenyaatan dalam sekelip mata sebagai contoh, anak-anak dapat merasai bagaimana menjadi seorang doktor, ahli bomba dan anggota polis dan sebagainya.

Dengan aktitivi yang disediakan di Kidzania, anak-anak boleh mendapat pengalaman yang baru dan berpeluang untuk lebih memahami setiap kerjaya yang diinginkan pada masa akan datang.

Alamat: Curve Nx, 18, Jalan PJU 7/5, Mutiara Damansara, 47810 Petaling Jaya, Selangor, Malaysia

Promosi pakej keluarga:

  • Pakej keluarga (weekdays) hanya RM50 RM58 untuk dewasa , RM82 RM95 untuk kanak-kanak
  • Maklumat promosi: Klik Sini

#5 Escape Petaling Jaya

Alami cabaran yang menyeronokkan di taman pengembaraan separa dalaman ini yang terletak di lokasi yang selesa Paradigm Mall.

Meluncur dari ketinggan 14m dan lalui hangan udara yang selamat. Persekitaran yang sesuai dan selamat untuk kanak-kanak yang suka aktiviti mencabar! Aktiviti ini hanya sesuai untuk kanak kanak yang berumur 4 tahun ke atas sahaja.

Tip:

  • Dengan tempahan, anda akan memperolehi penggunaan loker percuma untuk menyimpan barang-barang berharga dan keperluan sebelum anda melakukan aktiviti yang menyeronokkan. Eksklusif kepada pengguna KKday!

Alamat: No.1, Jalan SS7/ 26A GB-07, Boulevard, Level G, Paradigm Mall, Ss 7, 47301 Petaling Jaya, Selangor

Promosi tiket masuk:

  • RM84 RM98 dewasa, RM 56 RM65 kanak-kanak
  • Maklumat promosi: Klik Sini

Escape Penang juga mempunyai keistimwaan! Apabila anda melancong ke Pulau Pinang, jangan lupa untuk lawati dan nikmati pengalaman luncur air terpanjang di dunia sepanjang 1,111m!

#6 Zoo Negara

Jom melawat 500,000 tempat tinggal haiwan mamalia, reptilia, burung dan ikan. Selain itu, bolehlah membawa anak-anak untuk meneroka keluasan zoo yang sebesar 110 ekar yang dibuka semenjak tahun 1963. Ramai turut datang untuk melawat haiwan yang paling ikonik di Asia iaitu panda gergaji yang terkenal.

Alamat: Jalan Taman Zooview, Taman Zooview, 68000 Ampang, Selangor.

Promosi tiket masuk:

  • RM37 RM45 untuk dewasa , RM15 RM18 untuk kanak-kanak
  • Maklumat promosi: Klik Sini

#7 Atmosphere 360

Sekiranya anda merancang untuk menyambut perayaan dan perjumpaan aktviti keluarga pada hujung tahun ini atau awal tahun depan, inilah masa yang sesuai untuk membawa keluarga anda ke restoran berputar terbesar di Asia.

Terletak di puncak Menara KL, ia mempunyai pemandangan matahari terbenam yang sangat menakjubkan. Turut menawarkan bufet makananan antarabangsa yang boleh anda makan.

Tip:

Pastikan anda mendapat tempat duduk yang terbaik di tepi tingkap untuk melihat keindahan pemandangan. Naik taraf secara percuma dengan pembelian tiket dalam talian di KKday!

Alamat: Atomsphere 360, TH02, Menara Kuala Lumpur, 2, Jalan Puncak, 50250 Kuala Lumpur, Malaysia

Promosi buffet:

  • RM92 RM105 untuk dewasa , RM61 RM75 untuk kanak-kanak
  • Tempat duduk istimewa di tepi tingkap diberikan secara percuma kepada anda!
  • Maklumat promosi: Klik Sini

Anda perlukan KKday? Pastikan anda menggunakan kod promo “CUTI15” untuk mendapatkan potongan sebanyak RM15 dari tempahan pertama anda!

Promosi Menarik dan Giveaway Best Disember Ini

Anda boleh dapatkan sehingga 30% sekiranya membuat giveaway tiket pakej di KKday. Jangan lupa mengikuti instagram untuk mengikuti perkembangan semasa tentang percutian dan promosi lain.

Oh ya, pihak KKday akan memberikan giveaway istimewa dan menarik untuk sepanjang bulan disember ini.

Siaran promosi untuk setiap pemberian akan diumumkan pada hari Rabu. Anda cuma perlu masuk dan menyukai instagram KKday serta memberi tag kepada rakan-rakan anda sahaja! Anda akan berpeluang memenangi pemberian yang anda ikuti!

Jadual siaran pemberian pada setiap hari Rabu adalah seperti berikut:

  • Barat Tioman Beach Resort, akan diumumkan pada 15 Disember 2021
  • Tiket Escape Petaling Yaya, akan diumumkan pada 22 Disember 2021
  • Perkhemahan 2 hari 1 malam dan tiket masuk Sunway Lagoon, akan diumumkan pada 29 Disember 2021

Cepat! Ikuti dan menangi GIVEAWAY seperti yang ditawarkan: IG KKday

*

Penulis: Lily Izzuan

Seorang yang simple dan berpegang pada prinsip bahawa sesuatu yang baik itu perlu dikongsi. Merupakan salah seorang penyumbang artikel di Bidadari.my. Mencari artikel yang menarik yang ada.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.