Pelan internet ditawarkan oleh pengeluar telco di Malaysia dengan pelbagai tawaran dari segi harga, kelajuan, kuota, liputan, kontrak dan sebagainya.

Bagi anda yang belum memiliki pelan internet atau mencari pelan internet terbaik, penting untuk kita kenal pasti apakah plan yang benar-benar berbaloi dan memudahkan kita. Mari kami kongsikan 10 pelan internet terbaik dan sesuai digunakan.

1. Digi Internet Freedom 90

pelan internet terbaik

Pihak telco daripada Digi telah mengeluarkan pelan internet yang dikenali dengan pakej RM 90 sebulan dengan kelajuan 50mbps muat turun dan kelajuan 20mbps muat naik.

Dari segi kuota data yang ditawarkan pula, pihak digi telah memberikan penggunaan data tanpa had. Jadi, bagi pengguna yang menggunakan pelan internet ini, anda akan menikmati akses internet tanpa had.

Dari segi liputan pula, internet daripada pelan Digi Internet Freedom 90 hanya dapat digunakan di kawasan bandar. Di kawasan luar bandar pula, pelan ini sememangnya tidak dapat digunakan.

Kontrak yang dikenakan untuk pelan ini adalah selama 24 bulan. Sekiranya ingin menamatkan kontrak tersebut lebih awal, anda terpaksa membayar wang sejumlah RM 500 untuk menamatkan kontrak.

2. Maxis Fibre 30mbps

pelan internet terbaik

Maxis Fibre 30mbps pula merupakan pelan internet yang dikeluarkan oleh pihak telco Maxis dengan harga RM89 sebulan. Kelajuan internet yang ditawarkan adalah 30mbps muat turun dan 30mbps muat naik.

Dari segi penggunaan kuota data pula, pihak Maxis telah menawarkan penggunaan data tanpa had kepada pengguna pakej Maxis Fibre 30mbps ini. Selain itu, mereka juga menawarkan tambahan bayaran RM25 per bulanan untuk Mesh Wifi.

Terdapat juga tambahan bayaran untuk memiliki TV Samsung 50 inci dengan pembayaran RM79 per bulanan sehingga habis dibayar. Untuk menikmati panggilan tanpa had, tambahan bayaran sebanyak RM10 per bulanan akan dikenakan dan anda akan diberikan telefon DECT percuma.

Pelan Maxis Fibre 30mbps juga menawarkan kontrak selama 24 bulan dan akan dikenakan pembayaran wang sehingga RM 500 sekiranya ingin membatalkan kontrak lebih awal. Kini, mereka yang tinggal di luar bandar juga bakal menikmati pakej ini dari pihak Maxis.

3. Celcom Home Fibre 30mbps

pelan internet terbaik

Pihak Celcom juga tidak ketinggalan dalam mengeluarkan pelan internet berkelajuan 30mbps muat turun dan 30mbps muat naik. Harga yang ditawarkan oleh pihak Celcom adalah RM80 sebulan dengan penggunaan data tanpa had.

Menariknya tentang pelan yang ditawarkan oleh Celcom adalah pengguna akan menerima pelbagai ganjaran yang dikenali dengan ‘Celcom Reward’.

Dari segi liputan akses internet, pelan ini hanya boleh digunakan di kawasan bandar tumpuan sahaja setakat ini dan bagi anda yang tinggal di kawasan luar bandar mungkin perlu mendapatkan pelan lain yang ditawarkan oleh pihak Celcom.

Bagi anda yang sudah menggunakan pakej ini dan ingin berpindah rumah, cas pemindahan akan dikenakan sebanyak RM200. Kontrak yang ditawarkan oleh mereka juga adalah selama 24 bulan.

4. Unifi 30mbps

pelan internet terbaik

Unifi telah mengeluarkan pelan internet home fiber berkelajuan 30mbps muat turun dan 10mbps muat naik dengan harga RM89 sebulan. Dengan pelan ini, anda boleh menikmati penggunaan data internet tanpa had.

Selain itu, anda juga boleh menikmati rancangan kegemaran anda sebanyak 13 saluran percuma menggunakan aplikasi playTV.

Kini, kawasan luar bandar juga sudah mula boleh menikmati pelan unifi 30mbps ini dengan inisiatif daripada kerajaan kita. Pihak Unifi juga menawarkan kontrak sehingga 24 bulan.

5. Umobile GX68

pelan internet terbaik

Bagi anda yang mencari pelan internet prabayar yang mampu dimiliki dengan internet berkelajuan tanpa had, pelan GX68 daripada Umobile adalah jawapannya.

Harga yang dikenakan adalah RM68 setiap bulan dan menawarkan hotspot kuota penggunaan data internet sebanyak 8GB. Bagi pelan prabayar, hanya telco Umobile sahaja yang menawarkan pelan yang menarik ini.

Tetapi, ia turut mempunyai kelemahannya sendiri kerana tidak semua tempat yang dapat menerima signal daripada telco Umobile ini. Jadi, boleh dikatakan pelan ini amat sesuai untuk para pelajar untuk menyiapkan assignment, bermain permainan video atas talian dan menonton video kegemaran mereka.

6. Celcom Prabayar Unlimited RM35

pelan internet terbaik

Pihak Celcom juga telah menawarkan pelan prabayar penggunaan data internet tanpa had dengan harga RM35. Kelajuan internet yang ditawarkan oleh pakej ini adalah berkelajuan 3mbps sahaja.

Dari segi penawaran kuota hotspot, mereka telah menawarkan sebanyak 3GB. Apa yang menariknya, caj panggilan juga adalah percuma ke seluruh rangkaian.

7. YES 4G

pelan internet terbaik

Kini, YES 4G juga merupakan antara pesaing terhebat bagi kesemua telco pelan prabayar di Malaysia kerana menawarkan dengan harga yang lebih rendah berbanding dengan telco lain. Tambahan pula, kelajuan internetnya cukup laju.

Harganya cuma serendah RM30 sebulan dan menawarkan pelan internet prabayar berkelajuan 7mbps. Mungkin kedengaran menarik, namun apa yang mengecewakannya adalah ia memerlukan telefon yang mempunyai sokongan Band 38, Band 40 dan VoLTE.

8. Unifi Mobile

pelan internet terbaik

Unifi juga mengeluarkan pelan internet prabayar dengan harga RM35 sebulan tanpa had penggunaan data internet serta hotspot. Namun pelan ini hanya tersedia bagi rangkaian LTE dan tidak akan mempunyai akses internet sekiranya berada di kawasan 3G.

9. TuneTalk

pelan internet terbaik

TuneTalk adalah salah satu telco di Malaysia yang menggunakan rangkaian Celcom dan liputan rangkaian TuneTalk adalah sama dengan Xpax. Dengan pelan internet terbaik ini, anda boleh menikmati Internet tanpa had dengan harga RM48 sebulan.

Kelajuan internet yang diberikan oleh pelan ini adalah 6mbps dan hotspot 5GB. Selain itu, minit panggilan ke semua rangkaian juga adalah percuma.

10. Time Fibre 100mbps

pelan internet terbaik

Akhir sekali, pelan internet terbaik dan sesuai digunakan adalah telco Time. Ianya menawarkan internet berkelajuan 100mbps dengan harga RM99 sebulan tanpa had.

Walaupun ia terbaik dari segi harga dan kelajuan internet, namun telco ini hanya mensasarkan hanya beberapa buah negeri sahaja setakat ini di kawasan bandar tumpuan.

Berikut adalah pelan internet terbaik yang boleh anda pilih. Jom baca juga oil cleanser terbaik, vitamin untuk mata dan sunblock terbaik.

Produk di atas adalah cadangan oleh penulis berdasarkan pembacaan dan pengalaman. Ianya bukan mewakili kenyataan Bidadari.my.

Penulis: zulrina

Meminati dunia perniagaan, travel dan makanan.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.