Hand mixer sangat penting digunakan untuk mengadun krim, memukul telur dan juga membuat roti. Keserbagunaannya juga membolehkan anda menggunakan dengan lebih kreatif, termasuk membuat salad dressing dan membuat kentang tumbuk halus yang menyelerakan!

Pasti anda tertanya-tanya adakah hand mixer terbaik di pasaran? Jom lihat antara 10 hand mixer terbaik boleh anda cuba.

1. Kitchen Aid 9 Speed Hand Mixer

hand mixer terbaik

Pernahkah anda mendengar tentang jenama hand mixer Kitchen Aid 9 Speed? Kitchen Aid 9 Speed adalah salah satu jenama terbaik untuk peralatan dapur. Kaedah terbaik digunakannya adalah mencampurkan, mengadun, menguli dan banyak lagi. 

Dengan 9 pilihan kelajuan yang boleh dipilih, hand mixer terbaik ini membolehkan anda menyesuaikan kelajuan hand mixer tersebut dengan sewajarnya untuk pelbagai fungsi.

Terdapat tetapan ‘Soft Start’ yang meningkatkan kecepatan secara bertahap bagi mencegah tumpahan dan percikan bahan adunan. Sementara itu, pemegangnya yang lembut menjadikannya sangat selesa untuk digunakan.

2. Khind Hand Mixer HM300

hand mixer terbaik

Hand mixer Khind Hand Mixer HM300 yang merupakan hand mixer terbaik ini dilengkapi dengan 6 pilihan kelajuan dan fungsi turbo. Harganya pula amat berpatutan dengan apa yang ditawarkan oleh pihak mereka.

Di samping itu, anda akan menerima beberapa pengadun berkualiti tinggi dan bebas karat dan cangkuk doh yang merupakan sebahagian daripada pakej yang ditawarkan.

Butang eject pada hand mixer tersebut pula membolehkan anda mengganti pemukul dengan mudah dengan hanya menekannya.

3. Kenwood HM530

hand mixer terbaik

Hand mixer terbaik dan terbaru daripada Kenwood, iaitu Kenwood HM530 ini sangat ringan dan mempunyai 3 kelajuan yang boleh diubah.

Dengan kekuatan motor 450W, hand mixer Kenwood yang paling berkuasa ini berkesan untuk mengadun sebarang resepi. Anda boleh menyimpannya di mana sahaja selepas menggunakannya kerana saiznya yang sangat kecil.

4. Twista Pro Manual

hand mixer terbaik

Sekiranya anda merancang untuk menggunakan bahan ringan dan tidak mahu bergantung pada elektrik, anda boleh mendapatkan hand mixer twista pro manual ini.

Twista pro manual hand mixer tidak memerlukan bateri untuk beroperasi dan hanya memerlukan kudrat daripada tangan anda sendiri. Ia dilengkapi dengan 4 alat yang boleh ditukar ganti yang dapat mencincang, mengadun, menghancur atau memukul bahan.

Dengan putaran 360 darjah mengikut arah jam dan lawan jam, segala jenis makanan boleh diproses dengan mudah. Lebih-lebih lagi, kapasitinya sebesar mangkuk 1.2L dapat memuatkan isi kandungan makanan yang banyak.

5. Ckeyin Mini Electric Hand-Held Mixer

hand mixer terbaik

Ckeyin Mini-Electric Hand-Held Mixer merupakan hand mixer termurah di Malaysia. Ini adalah hand mixer pilihan yang tepat jika anda inginkan sesuatu yang pantas dalam membantu anda dalam mengacau susu dan kopi, memukul telur ataupun menghancurkan jus buah-buahan.

Panjang batangnya 9 sentimeter dan diperbuat daripada ABS dan keluli tahan karat. 

Dengan beratnya yang hanya 42 gram, anda boleh membungkusnya dan membawanya ke mana sahaja yang anda inginkan! Hand mixer ini terdapat dalam pelbagai warna yang boleh dipilih oleh anda.

6. Augienb Cordless

hand mixer terbaik

Augienb Cordless adalah hand mixer terbaik tanpa wayar yang perlu dipertimbangkan dalam pilihan anda kerana ia menampilkan pilihan 3 kelajuan dan sangat ringkas.

Ia amat mudah dikendalikan dan dapat menjimatkan masa. Anda boleh menggunakannya untuk memukul telur dan krim, mengacau kopi dan sebagainya. Salah satu kelebihannya ialah kaedah pengecasan USB yang boleh bertahan selama sebulan dalam sekali cas.

7. Sharp Hand Mixer EMH55WH

hand mixer terbaik

Lebih dari 1,000 unit terjual di Shopee, Sharp EMH55WH adalah salah satu hand mixer yang paling popular di Malaysia yang menawarkan kualiti dan ketahanan yang baik.

Dengan memilki 5 pilihan kelajuan dan turbo, anda akan mempunyai pelbagai pilihan untuk mencampurkan bahan-bahan yang anda suka. Harganya pula dikatakan tidak terlalu mahal.

8. 7 Speed Hand Mixer

hand mixer terbaik

Jika anda mencari hand mixer terbaik yang paling popular di Malaysia, apa kata jika anda mencuba 7 speed hand mixer ini. Sudah lebih dari 3,000 unit hand mixer ini telah terjual di Shopee.

Dilengkapi dengan motor 180W yang kuat, hand mixer ini mempunyai 7 kelajuan pilihan yang dapat disesuaikan untuk pelbagai kegunaan anda. Model fleksibel ini juga boleh ditukar menjadi stand mixer jika anda meletakkan mangkuk.

Terdapat juga 2 pemukul snap-on dan cangkuk doh yang hebat. Lebih-lebih lagi, motornya boleh bertahan sehingga 10 minit penggunaan secara berterusan pada kelajuan tinggi yang cukup mengagumkan! 

9. Kitchen Aid Limited Edition Queen Of Hearts Hand Mixer

hand mixer terbaik

Sekiranya anda mencari hand mixer yang cantik, cubalah model Queen of Hearts edisi terhad daripada Kitchen Aid ini. Model ini mempunyai pilihan kawalan 7 kelajuan dan ciri permulaan yang lembut.

Alat serbaguna hand mixer terbaik ini adalah penyelamat ketika mencampurkan pelbagai bahan-bahan tanpa adanya sebarang percikan. 

Untuk penggunaan yang mudah dan selesa, pemegangnya yang lembut dan penunjuk kelajuan LED menjadikannya lebih mudah kepada anda. Turbo Beatersnya pula direka khas dan terbuat daripada keluli tahan karat untuk mengadun campuran tebal dengan sangat mudah.

10. Philips Daily Collection HR3700

hand mixer terbaik

Hand mixer terbaik dari Philips Daily Collection HR3700 ini merupakan hand mixer 20% lebih pantas daripada hand mixer konvensional lain di Malaysia.

Philips Daily Collection HR3700 ini mempunyai 3 pilihan kelajuan yang tepat untuk mendapatkan tekstur adunan yang disukai. Lebih-lebih lagi, ia ringan, sangat ergonomik dan pemegangnya yang tidak tergelincir untuk penggunaan yang mudah.

Itulah antara hand mixer terbaik yang boleh anda cuba. Jom baca juga pelan internet terbaik, oil cleanser terbaik, vitamin terbaik untuk kulit dan vitamin untuk mata.

Produk di atas adalah cadangan oleh penulis berdasarkan pembacaan dan pengalaman. Ianya bukan mewakili kenyataan Bidadari.my.

Penulis: zulrina

Meminati dunia perniagaan, travel dan makanan.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.