Apakah idea goodies birthday yang sihat boleh ibu bapa cuba untuk persediaan menyambut sambutan hari jadi anak yang bakal tiba?

Mesti ramai ibu dan bapa ingin memberikan goodies birthday terbaik dan dalam masa yang sama ingin anak-anak dan tetamu untuk makan makanan yang berkhasiat.

Gula-gula, coklat dan snek selalunya dibungkus dengan hiasan yang menarik dan berwarna-warni. Sebab itulah ia selalu menjadi hiasan dan tumpuan yang menceriakan pelbagai majlis terutama majlis hari jadi kanak-kanak.

Sebenarnya makanan sihat juga boleh diolah menjadi lebih menarik. Mari kita lihat beberapa idea goodies birthday yang sihat yang boleh ibu dan ayah sediakan sendiri untuk hari jadi anak-anak nanti.

1. Telur rebus

Idea goodies birthday

Telur mungkin kebiasaanya kita selalu lihat di majlis kenduri kahwin, tetapi tidak bermakna ia tidak boleh digunakan untuk majlis hari jadi.

Seperti yang anda tahu, telur rebus kaya dengan protein yang berkualiti tinggi, vitamin D, pottasium, zat besi dan bermacam-macam khasiat yang baik untuk anak-anak.

Tetapi telur rebus sahaja pastinya tidak menarik minat anak-anak untuk makan kerana warnanya yang putih dan bentuknya yang bulat.

Untuk nampak menarik, anda boleh gubahkan telur rebus dengan menggunakan pen marker untuk melukis muka yang comel dan gunakan kertas berwarna untuk menceriakanya lagi.

2. Buah-buahan segar

Hidangkan pelbagai jenis buah-buahan segar yang dipotong kecil-kecil seperti epal, anggur, tembikai, dan strawberi boleh dijadikan idea goodies birthday yang menarik.

Anda juga boleh membuat ‘fruit kebabs’ dengan mencucukkan buah-buahan tersebut pada lidi.

Untuk menjadikan buah-buahan lebih menarik untuk anak-anak, ibu bapa boleh melukiskan mata dan mulut atau gunakan googly eyes. Lepas itu tambahkan sahaja topi untuk kelihatan lebih ceria.

Bagi yang rajin, boleh pakaikan baju pada buah-buahan itu seolah-olah ianya sebuah watak kartun.

3. Smoothie buah-buahan

Idea goodies birthday

Daripada gula-gula dan coklat, terdapat pelbagai buah-buahan potong boleh dihidangkan kalau anda bercadang untuk mencuba idea goodies birthday yang sihat.

Buat smoothie menggunakan buah-buahan segar, yogurt, dan sedikit madu. Hidangkan dalam cawan kecil dengan straw berwarna-warni untuk menambah daya tarikan.

4. Kek

Idea goodies birthday yang seterusnya adalah kek. Tanpa kek rasa macam tidak lengkap pula apa-apa jua majlis sekalipun. Tetapi selalunya kek kebiasaanya memang manis dan tinggi gula.

Lebih-lebih lagi yang padat dan dipenuhi coklat dan krim. Bagi yang bercadang ingin buat kek versi sihat, boleh cuba dua idea seperti di bawah.

  • Kek Buah

Kek ini diperbuat daripada buah tembikai sebenar dan dihias pula lagi dengan beberapa buah-buahan lain seperti buah oren, kiwi, anggur, epal dan sebagainya.

  • Kek Carrot Tanpa Gula

Kek ini hanya menggunakan kurma, carrot dan madu sebagai pemanis semula jadi. Memang sedap dan sesuai untuk anak-anak.

5. Pulut

Sebagai alternatif kepada kek, boleh juga buat pulut kuning yang dihias cantik. Gubahlah ikut suka hati bagi menyerikan lagi pulut tersebut.

Tambahan pula pulut senang dibentukkan menjadi watak kartun seperti Ultraman dan sebagainya. Gabungan pulut dan kuah kari pasti menambat selera anak-anak untuk makan.

6. Aiskrim

Bagi anda yang ingin mencuba idea goodies birthday dengan konsep hidangan pencuci mulut, aiskrim adalah pilihan yang terbaik lebih-lebih lagi ketika cuaca panas.

Anda boleh buat aiskrim versi sihat menggunakan susu segar perasa kurma atau buah-buahan lain. Mesti anak-anak suka.

Selain itu, boleh juga buat aiskrim jenis popsicle atau aiskrim Malaysia menggunakan buah-buahan segar.

7. Dadih susu

Dadih merupakan makanan yang mudah dan banyak digemari kanak-kanak. Kebiasaanya dadih mudah ditemukan di pasar malam.

Dadih susu buatan sendiri bukanya susah untuk dibuat. Kalau guna susu segar lebih sihat. Kalau anda ingin buat yang berwarna-warni boleh campurkan dengan buah-buahan yang dikisar seperti mangga, buah naga, strawberi atau buah-buahan lain yang terang warnanya.

8. Koktail/ Jelly buah-buahan

Buat jelly menggunakan jus buah-buahan segar tanpa gula tambahan. Ini akan memberikan rasa manis yang semula jadi dan sihat.

9. Air Kotak/ Air mineral

Bagi minuman pula bermacam idea boleh digunakan untuk menghias air mineral, susu UHT, susu segar atau jus buah-buahan. Lagi bagus kalau pilih jus buah yang tanpa gula atau kurang manis.

10. Popcorn rendah lemak

Popcorn yang dimasak tanpa minyak atau dengan sedikit minyak zaitun adalah alternatif idea goodies birthday yang lebih sihat berbanding kerepek kentang. Anda boleh menambah sedikit garam atau herba untuk perisa tambahan.

Dengan menyediakan goodies birthday yang sihat, anda dapat memastikan anak-anak menikmati makanan yang sedap dan berkhasiat pada masa yang sama.

Oleh itu, jadilah kreatif dengan mengembangkan dan mempelbagaikan idea goodies birthday anak anda supaya hari bermakna tersebut dapat diraikan dengan ceria dan meriah.

Selain dari idea goodies birthday, anda juga boleh baca artikel panduan kami yang lain berkenaan idea barang hadiah kepada tetamu seperti:

Sumber:

  1. Great Goodie Bag Ideas for Toddlers and Preschoolers That Aren’t Junk. What To Expect
  2. Healthier Party Food for Kids That’s Still Fun to Eat. Taste

Penulis: hannani

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.