Putus selera makan atau hilang selera makan merupakan perkara yang tidak diingini. Apatah lagi kita berada di Malaysia yang merupakan syurga makanan dengan pelbagai jenis juadah berbilang kaum. Selain itu, sumber tenaga dan nutrien kita datang daripada sumber makanan. Oleh itu, artikel ini akan membincangkan cara mengembalikan selera makan. Jom kita baca.
Selera makan yang normal ialah bersedia untuk menerima makanan pada waktu kebiasaan kita makan seperti sarapan, makan tengah hari dan makan malam. Mungkin juga ada yang memilih snek untuk minum pagi, minum petang dan makan lewat malam.
Daripada makanan, kita memperolehi sumber tenaga untuk memberikan kita kudrat menjalankan aktiviti seharian. Nutrien dan zat dalam makanan seperti protein, vitamin dan mineral juga sangat berguna untuk memberi kualiti kesihatan yang baik.
Terdapat pelbagai punca hilang selera makan, antaranya:
Bagi memastikan tubuh badan kita lengkap dengan bekalan nutrien, selain memilih diet makanan yang seimbang, selera makan perlulah dikembalikan untuk menikmati makanan-makanan tersebut.
Pakar psikiatri dari Nashville pada tahun 2009 ada mengulas dalam kertas kajian mereka tentang kaitan senaman fizikal dan selera makan.
Dalam kajian yang diterbitkan di Clinical Psychology Review, usia seawal remaja boleh dipupuk dengan aktiviti senaman dan kecerdasan fizikal yang dilakukan secara berkala untuk memberikan gaya hidup yang sihat. Kunci utama dalam saranan ini adalah untuk mencegah penyakit kemurungan yang merupakan salah satu punca hilang selera makan.
Bukankah kita akan lebih cepat lapar apabila kita melakukan aktiviti fizikal? Dengan pembakaran kalori melalui senaman, mudah-mudahan selera kita akan bertambah untuk mendapatkan sumber bekalan tenaga.
Bagi seorang lelaki, lebih kurang 2500 kcal kalori diperlukan dalam sehari manakala lebih kurang 2000 kalori diperlukan oleh perempuan dalam sehari.
Hormon yang berperanan meningkatkan selera makan telah dikenal pasti iaitu hormon ghrelin yang banyak dijumpai di dalam perut dan teredar di seluruh tubuh manusia.
Sejak 20 tahun yang lepas, terdapat usaha untuk melakukan terapi hormon ghrelin ini sebagai cara mengembalikan selera makan.
Sekumpulan pakar dari hospital Hammersmith, London telah menjalankan terapi hormon ini ke atas 9 sukarelawan. Hasil kajian menunjukkan peningkatan tenaga dan selera yang bertambah.
Hal ini membuka jalan yang lebih luas bagi lebih banyak kajian seumpama untuk terus dikendalikan. Hal ini akan memberikan penyelesaian mengembalikan selera makan dengan cara klinikal yang boleh dipantau secara berkesan.
Penggunaan ubatan bagi mengembalikan selera makan hanya boleh diberikan oleh doktor bertauliah kepada pesakit kronik tertentu di bawah pengawasan mereka.
Rawatan perubatan merupakan salah satu punca pesakit berkenaan hilang selera makan.
Untuk mengatasi masalah ini, beberapa jenis ubatan telah diformulasi dan dihasilkan bagi mengembalikan selera mereka.
Antara ubatan moden yang digunakan ialah:
Terutama bagi golongan yang berusia, selera mereka semakin hilang apabila usia semakin lanjut. Perkara ini dikenali sebagai anorexia usia yang bermaksud hilang selera disebabkan usia.
Tambahan pula, bagi golongan berusia yang menjalani rawatan perubatan seperti kemoterapi, selera makin terbantut.
Hal ini telah mendorong sekumpulan penyelidik di Jabatan Psikiatri, Kolej Perubatan Durham, Amerika Syarikat pada tahun 2000 untuk mengkaji cara mengembalikan selera makan.
Mereka mendapati, golongan ini yang tidak mempunyai selera makan, memilih untuk lebih tertarik kepada makanan yang dicampurkan dengan perasa yang lebih kuat aromanya.
Menurut kajian tersebut, perasa yang dimasukkan boleh diekstrak daripada bahan semula jadi seperti dalam bentuk minyak pati atau menggunakan perasa makanan tambahan yang dibenarkan.
Untuk mengembalikan selera makan, tidak salah rasanya kalau setiap ahli keluarga atau rakan-rakan saling memberikan sokongan untuk menaikkan selera makan.
Menariknya, hal ini telah dikaji oleh para penyelidik Jepun pada tahun 2007.
Sokongan sosial yang dimaksudkan adalah seperti makan bersama, bertukar juadah dan komunikasi yang baik sesama ahli keluarga.
Di samping itu, kajian ini turut mendapati, kaedah komunikasi berkesan dan sistem sokongan sosial ini membantu golongan berusia atau warga emas di Jepun untuk lebih mengembalikan selera makan mereka.
Terdapat pelbagai makanan yang boleh dijadikan pembuka selera bagi menaikkan lagi selera makan.
Antara makanan tersebut adalah seperti yang pernah dibincangkan sebelum ini dalam artikel-artikel Bidadari (klik link):
Demikianlah antara cara mengembalikan selera makan yang boleh diamalkan seperti melakukan aktiviti senaman, terapi hormon, ubatan, penggunaan perasa tambahan, sokongan ahli keluarga dan petua pemakanan tertentu.
Jika anda sudah berjaya mengembalikan selera makanan itu, janganlah pula lupa diri. Makanlah secara berkadaran sebelum masalah lain pula yang tiba. Semoga bermanfaat! Jom baca juga artikel makanan tinggi garam dan panduan kalori makanan