Pernah atau tidak anda dengar tentang bunga air mata pengantin? Dari namanya sahaja sudah kedengaran unikkan. Bagi yang pertama kali dengar, jom kita ikuti perkongsian artikel lengkap mengenai tentang bunga ini berserta dengan cara penanamannya di rumah khusus bagi para wanita di luar sana.

Asal usul bunga air mata pengantin

Bunga air mata pengantin mempunyai beberapa nama panggilan yang popular antaranya seperti coral vone, chain of love, coralina, dan Bellisima grande, dan Mexican creeper. Nama saintifiknya adalah Antigonon leptopus dan menjadi kegemaran dari kalangan penternak kelulut di Malaysia. 

Asal usulnya berasal dari negara Mexico dan umum ditemukan di Asia, Afrika, Karibia dan Amerika.

Menurut sejarah, tumbuhan ini dipercayai dibawa oleh orang-orang Belanda yang pernah memerintah Indonesia sebagai tanaman hiasan. Ini juga termasuklah ke seluruh benua Amerika, Asia Tenggara, dan India.

Ciri-ciri pada pokok bunga ini

Umumnya, pokok bunga ini hidup secara membelit dan melilit pokok atau batang tumpangan yang menyokongnya tegak 

Apabila pokok ini ditanam atas teralis, ia mampu untuk tumbuh dengan lebat sehingga membentuk teduhan dari hari yang panas. Dari segi ketinggian, ia mampu mencapai ketinggian 25 kaki atau lebih.

Bentuk daunnya kadang kala berbentuk hati yang tersusun sepanjang batang (yang menjadi tulang belang) hingga ke hujung kecil membentuk sulur paut. Pada hujung batang terdapat bunganya yang berwarna merah jambu dan sulur paut untuk menjalar ke apa-apa yang menjadi penyokong untuk terus menjalar.

Bahagian bawah batang yang membentuk tulang belakang terdapat akar akan tertanam dalam tanah. Bahagian akarnya pula akan terhasil ubi di bahagian pangkal bahagian bawah dalam tanah. 

Cara menanam air mata pengantin

Berikut adalah cara menanam pokok bunga ini mengikut langkah permulaan sehingga ke penjagaannya.

1. Memilih benih

Terdapat pelbagai jenis bunga air mata pengantin yang ada ditanam di Malaysia. Ia terdiri dari jenis Love Chain, Antigon Leptopus Hook & Arn, dan Antigonon guatimalense Meisn.

Selain jenis, ada juga yang tertarik dengan warnannya yang menarik seperti bunga merah muda ataupun putih dengan bunga dan daun yang indah.

2. Menyediakan medium tanaman

Perkara penting sebelum menanam adalah menyediakan medium tanaman terlebih dahulu. Butirannya seperti yang berikut:

  • Memiliki tanah yang gembur
  • Dekat dengan sumber air agar mudah disiram sehingga tidak kekeringan
  • Mengandungi cukup unsur nutrisi untuk membantu pertumbuhannya
  • Memiliki pH tanah neutral (antara 6.5 – 7.5)

3. Penggemburan tanah

Tanah sebagai medium tanaman wajib digembur terlebih dahulu selain turut memastikannya cukup kandungan nutrien. Sekiranya tanah yang diguna belum gembur, kita haruslah merubah struktur tanah dengan menggunakan cangkul.

Hal ini penting bagi memastikan pokok bunga yang ditanam mampu untuk mencari nutrisinya sendiri dengan mudah.

4. Membaja tanah untuk menanam pokok

Pembajaan asas perlu bagi menambah unsur nutrien untuk memperbaiki struktur tanah. Untuk pemupukan kita boleh menggunakan baja organik seperti baja kompos.

Baju kompos ini memang pilihan yang terbaik untuk proses pembajaan asas kerana ia bagus dalam membantu kegemburan tanah, kaya dengan unsur nitrogen terbanyak dan unsur nutrien lain yang lebih lengkap untuk tanah dan tanaman.

5. Mula menanam pokok

Apabila tanah sudah disiapkan, proses penanaman pokok akan bermula. Berikut adalah langkahnya:

  • Buat lubang pada tanah yang telah disediakan
  • Lapisi dasar lubang dengan pasir agar dapat menambah rongga pada tanah
  • Tambahkan baja tambahan selain baja asas. Baja asas bagus dalam merangsang pertumbuhan bunga.

Terdapat dua cara untuk menanam bunga ini iaitu dengan kaedah keratan ataupun biji benih.

Cara tanaman dengan kaedah keratan

  1. Potong secara melintang batang utama yang sudah tua. Potong lebih dekat pada pangkal daun bahagian atas.
  2. Buang atau kurangkan jumlah daun pada keratan
  3. Kemudian cucukkan batang pokok bunga tersebut ke dalam tanah yang sudah kita siapkan tadi.
  4. Berikan naungan selama tiga minggu atau hingga cukup kuat terhadap sinaran matahari.
  5. Siram pokok 2 kali sehari.

Cara tanaman dengan biji benih

  1. Biji Bunga Air Mata Pengantin direndam dalam air bersih selama 6 jam.
  2. Kemudian tanam biji Bunga Air Mata Pengantin pada media semaian atau polybag sedalam 1 cm dan pastikan terhindar dari semut.
  3. Letakkan di tempat teduh dan jaga media tanaman supaya tetap lembab agar proses semai dapat berjalan dengan lebih cepat dan biji bunga ini tidak membusuk.

6. Membuat weeding

Weeding atau bahasa ringkasnya merumput penting bagi memastikan tanaman dapat hidup dengan mendapat semua nutrisi yang diperlukan. Ia harus dilakukan secara berkala, dalam seminggu atau dua minggu sekali.

7. Penjagaan masa berbunga

Apabila tanaman sudah tumbuh tinggi, ini menandakan pokok akan mula mengeluarkan bunga. Kita boleh sahaja potong atau pangkas bagi memastikan kita mendapat bentuk yang diingini.

Seketika, apabila bunga sudah muncul mula dengan menyemburkan air ke arah bunga agar bunga nampak segar. Lakukan penyiraman rutin, dan jaga kelembaban tanah untuk mencegah umbi tidak membusuk kerana pokok boleh diserang kulat jika tanah terlalu lembab.

Diharapkan informasi yang disampaikan kali ini mengenai perkebunan dapat memberikan anda ilmu pengetahuan yang bermanfaat.

Selain dari info mengenai bunga air mata pengantin ini, anda juga boleh baca artikel petua kami yang lain seperti:

Rujukan:

  1. Langkah Menanam Pokok Bunga Air Mata Pengantin. Formeniaga Training Centre
  2. Fakta Menarik Bunga Air Mata Pengantin, Apa Saja? Hortikultura
  3. Bunga Air Mata Pengantin, Kini Jadi Kegilaan Mak-Mak Untuk Menanamnya! Keluarga

Penulis: hannani

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.