Masalah tumi kaki pecah sering menjadi mimpi ngeri kepada sebahagian orang yang tidak kira usia.

Artikel pada kali ini kami akan berkongsi kepada anda berkenaan dengan cara hilangkan tumit kaki pecah dengan mudah.

Kenapa kulit kaki boleh pecah?

Bagi kebanyakan kaum wanita, masalah rekahan di sekeliling tumit dan sekitar tapak kaki tampak hodoh bila dilihat.

Bahkan bila berada dalam keadaan umum, mereka pastinya kerap kali malu untuk menyarung kasut jenis terbuka.

Justeru, banyak fesyen busana yang terpaksa kita lupakan kerana terhad dalam memilih kasut yang sesuai. Sebenarnya apakah punca yang menyebabkan kulit kaki boleh pecah?

Umumnya, masalah tumit merekah boleh berlaku kepada sesiapa saja. Jika tidak menjaga kebersihan dan kesihatan kaki, ia mudah sahaja terjadi.

Antara penyebab masalah ini adalah kerana:

  • Lapisan kulit yang kering dan keras.
  • Berat badan yang berlebihan.
  • Mandi air panas terlalu lama.
  • Penggunaan sabun yang bersifat kuat dan mengeringkan kulit.
  • Keadaan cuaca yang sejuk.
  • Penggunaan kasut bertapak nipis, kasut terbuka dibahagian tumit dan kasut tumit tinggi yang ketat.
  • Kurangnya pengambilan makanan seimbang.

Cara pulihkan tumit kaki pecah

Terdapat beberapa cara yang boleh anda lakukan untuk memulihkan semula masalah tumit kaki anda yang merekah dan kering. Antara caranya adalah seperti:

1. Balsem tumit atau pelembap

tumit kaki pecah

Rajinkan diri untuk menyapu balsem, losyen atau pelembap kaki untuk melembapkan dan melembutkan tumit kaki.

Balsem yang mengandungi bahan-bahan seperti urea, salicylic acis, alpha-hydroxy acids, dan saccharide isomerate mampu untuk melembapkan, melembutkan, dan mengelupas kulit mati.

2. Kaedah exfoliate

tumit kaki pecah

Gunakan batu pumis atau batu apung untuk menanggalkan kulit yang kasar, keras dan kematu.

Caranya, rendam kaki dalam air suam selama 10 minit dan gosok menggunakan batu pumis secara perlahan-lahan.

Elakkan dari mengosok dengan terlalu kuat untuk mengelakkan luka. Selepas itu, cuci kaki dengan sabun dan bilas sehingga bersih. Lap hingga kering dan sapukan losen.

3. Minyak kelapa

Minyak kelapa sangat disyorkan untuk merawat kulit kering, ekzema, dan psoriasis. Khasiatnya boleh membantu kulit anda mengekalkan kelembapan. 

Disarankan untuk anda guna minyak kelapa selepas merendam kaki. Sifat anti-radang dan antimikrob minyak kelapa akan berguna kepada tumit yang merekah untuk elak terdedah kepada pendarahan atau jangkitan.

4. Stoking panas

tumit kaki pecah

Sekiranya boleh, elakkan dari berkaki ayam biarpun dalam rumah. Tabiat ini mungkin agak janggal bagi sesetengah orang, tetapi ianya dapat membantu kaki anda lebih selesa.

Stoking dikatakan membantu mengekalkan kelembapan tumit selepas anda memakai pelembap dan mengelakkan tumit dari kering.

5. Pilih kasut yang tepat

Pakai kasut yang bersesuaian dengan diri kita adalah salah satu cara hilangkan tumit kaki pecah.

Elakkan dari memakai kasut yang ketat sehingga mengehadkan pergerakan seperti but dan kasut tumit tinggi. Sebaliknya pilihlah kasut yang berfabrik lembut dan mempunyai tumit yang rendah.

Kepentingan penjagaan kaki

Penting untuk kita menjaga penjagaan kaki khususnya tumit yang merekah.

Hal ini kerana, rekahan pada tumit selain mencacatkan penampilan, ia juga telah membuka laluan dan mendedahan kita kepada pelbagai jangkitan penyakit.

Selain dari tips hilangkan tumit kaki pecah ini, anda juga boleh baca artikel panduan kami yang lain berkenaan kecantikan wanita seperti:

Sumber:

  1. How to Fix Cracked Heels at Home. Healthline
  2. How To Heal Cracked Heels In 4 Steps, According To Doctors. Women’s Health

Penulis: hannani

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.