Mendapatkan bacaan BSP normal bagi ibu hamil bukanlah satu perkara yang sukar sebenarnya. Namun begitu tidak dinafikan ramai yang bergelut dengan masalah paras gula yang tinggi dalam darah secara tiba-tiba ketika hamil.
Artikel pada kali ini, kami akan kongsikan kepada anda bagaimana untuk mendapatkan bacaan BSP normal yang terbaik.
Ujian BSP atau juga dipanggil sebagai blood sugar profil (BSP test) adalah pemeriksaan yang dijalankan bertujuan untuk memeriksa profil gula dalam darah ibu.
Menurut pakar kesihatan, kepentingan ujian BSP kepada ibu hamil khususnya adalah untuk mengetahui paras gula dalam darah ibu bagi memudahkan urusan memantau tahap kesihatan ibu secara menyeluruh.
Justeru itu, doktor biasanya akan sedaya upaya untuk memastikan bacaan BSP normal pada ibu hamil. Hal ini sangat penting bagi memastikan mereka tidak terkena penyakit kencing manis.
Bacaan BSP ibu yang terlalu tinggi atau rendah, kedua-duanya memberi risiko yang tersendiri kepada kesihatan ibu serta bayi dalam kandungan.
Masalah bacaan gula dalam darah yang meningkat bagi ibu hamil ini dipanggil sebagai Gestational Diebetes Mellitus (GDM). Hal inilah yang sangat dikhuatiri oleh mana-mana ibu hamil.
Diabetes gestasi ini biasanya berlaku pada trimester kdua kehamilan dan doktor akan memeriksanya di antara minggu ke-24 dan 28.
Justeru itu, para ibu perlu sentiasa mengawal paras gula dalam darah bagi memastikan kesihatan kandungan dalam keadaan baik dan dalam masa yang sama mengelakkan lebih banyak komplikasi semasa kelahiran nanti.
Secara umumnya, bacaan normal ini perlu dikategorikan kepada dua bahagian iaitu ketika berpuasa dan selepas makan.
Kementerian Kesihatan Malaysia merekodkan bahawa kadar bacaan paras normal bagi ibu mengandung adalah:
Ujian BSP biasanya dilakukan di mana-mana Klinik Kesihatan, farmasi atau pusat kesihatan yang ada.
Namun begitu, kita juga sebenarnya boleh lakukannya sendiri di rumah dengan menggunakan alatan yang sesuai iaitu glukometer.
Di sini, kami kongsikan prosuder ringkas bagi membuat ujian BSP di rumah.
Ibu hamil yang mahu menjalani ujian BSP ini perlulah berpuasa sekurang-kurangnya 2 jam sebelum mengambil darah.
Ujian perlu dilakukan sebanyak 4 kali sehari yang mana memerlukan hanya setitik atau dua titik sampel darah sahaja di hujung jari.
Sampel darah biasanya akan diambil pada jam 8.00 pagi, 12.00 tengahari, 6.30 petang, dan 9.30 malam.
Setelah selesai menjalankan ujian BSP, pastikan rekod atau catatkan bacaan tersebut ke dalam kertas khas yang diberikan oleh klinik kesihatan.
Glukometer adalah sejenis alat perubatan untuk mengukur kepekatan gula (glukosa) dalam darah. Tujuan alat ini digunakan adalah untuk memantau kandungan glukosa dalam darah.
Kita perlu tahu setiap glukometer ini datangnya bersama peralatan asas seperti test strip’, jarum lancet dan kapas beralkohol.
Berikut ini kami tunjukkan langkah bagaimana untuk mengambil bacaan gula sendiri menggunakan glukometer.
Selain dari tips mengenai bacaan BSP normal ini, anda juga boleh baca artikel kesihatan kami yang lain berkenaan diebetes seperti:
Rujukan: