Langkau ke kandungan
Bidadari
Menu

4 Tips Kawal Pemakanan bagi Wanita mempunyai Kencing Manis Semasa Hamil

Wanita hamil perlu menjaga kesihatan mereka dengan baik kerana di dalam perut mereka mempunyai satu nyawa dan ia amat berharga. Wanita hamil bukan sahaja…

KehamilanDikemas kini 17 Ogos 2020oleh aqirah
Gambar berkaitan penjagaan pemakanan wanita hamil yang menghidap kencing manis

Ringkasan Ringkas

  • Jangan simpan makanan atau minuman terlarang seperti minuman bergula di dalam rumah.
  • Gantikan karbohidrat biasa dengan karbohidrat berserat tinggi seperti beras perang dan roti wholemeal.
  • Amalkan makan dalam kuantiti kecil tetapi kerap dengan menambah snek sihat di antara waktu makan utama.
  • Sentiasa ikuti diet dan panduan pemakanan yang disarankan oleh doktor anda.
  • Suami dan ahli keluarga perlu bekerjasama membantu isteri mengawal tahap kencing manis.

Wanita hamil perlu menjaga kesihatan mereka dengan baik kerana di dalam perut mereka mempunyai satu nyawa dan ia amat berharga. Wanita hamil bukan sahaja tidak boleh melakukan kerja-kerja berat malah mereka juga tidak boleh makan-makanan yang tidak berkhasiat seperti makanan segera yang mengandungi gula dan garam yang tinggi. Ia boleh memberi kesan kepada kesihatan kandungan.

Kini, ramai wanita hamil yang mempunyai masalah kencing manis ketika hamil. Tahap kencing manis mereka agak tinggi bagi seorang wanita hamil. Wanita hamil tidak sepatutnya mempunyai kencing manis. Bagaimana mahu menurunkan kencing manis?

Langkah pertama adalah dengan mengawal cara pemakanan seorang wanita hamil.

Mari kami kongsikan info sebenar 4 tips kawal pemakanan bagi wanita mempunyai kencing manis ketika hamil. Info ini dikongsikan oleh klinik Dr Asmah. Klinik Dr. Asmah terletak di Sungai Petani, Kedah. Ia menawarkan pelbagai ‘service’ terutama sekali bagi wanita yang hamil. Ia juga menawarkan ‘service’ untuk pesakit biasa seperti kencing manis, darah tinggi, demam panas dan lain-lain lagi.

4 Tips kawal pemakanan ketika hamil

kawal penjagaan wanita kencing manis ketika hamil

Imej via Facebook

  1. Jangan simpan makanan yang tidak boleh dimakan di dalam rumah.

Misalnya, jika anda tidak dibenarkan minum minuman bergula, jangan beli atau simpan apa-apa minuman berkarbonat misalnya di rumah. Semua ahli keluarga yang lain termasuklah suami hendaklah bekerjasama dalam hal ini.

  1. Ganti beras/mi/mihun/pasta/roti biasa dengan bahan-bahan karbohidrat berserat tinggi (complex carbohydrates).

Beras putih boleh digantikan dengan beras perang. Roti putih boleh digantikan dengan roti “grain bread” atau “wholemeal”. Mihun dari beras merah ada dijual di pasaran. Pasta yang diperbuat dari wholemeal flour juga mudah didapati daripada pasaran.

  1. Makan dalam kuantiti kecil tapi kerap.

Waktu makan utama iaitu sarapan, makan tengah hari dan makan malam dikekalkan tapi ambil snek antara waktu makan utama. Antara masa sarapan dan makan tengah hari ambil snek pagi. Di antara makan tengah hari dan makan malam pula ambil snek petang.

  1. Bagi sarapan, makan tengah hari dan malam; amalkan diet yang disarankan oleh doktor anda.

*Berikut adalah tips untuk wanita hamil yang menghadapi penyakit kencing manis. Ikuti tips yang diberikan oleh doktor untuk menurun tahap kencing manis. Suami juga perlu mengambil tahu dan bantu isteri untuk memastikan tahap kencing manis isteri tidak tinggi. Semoga info ini memberi manfaat kepada anda dan orang-orang tersayang.

Artikel ini diberi kebenaran sepenuhnya oleh penulis. Baca artikel asal di sini.