Ayuh ketahui bersama cara mendirikan solat sunat Ihram.
Ihram merupakan suatu keadaan khusus apabila seseorang muslim yang menjalani ibadah umrah atau haji berada dalam keadaan mematuhi beberapa pantang larang. Larangan tersebut adalah selama berada dalam keadaan ihram.
Selain itu, ihram juga merujuk pada pakaian khusus yang dikenakan sewaktu berada dalam keadaan tersebut. Pakaian ihram untuk golongan lelaki adalah dua helai kain tanpa berjahit. Manakala bagi golongan wanita, berpakaian menutupi seluruh aurat selain wajah dan telapak tangan.
Semasa dalam berihram, terdapat beberapa hal yang menjadi sunat atau dilarang.
Solat sunat Ihram adalah solat yang disunatkan dan sangat digalakkan kepada golongan yang ingin melakukan ihram, sama ada ihram semasa menunaikan haji ataupun umrah. Namun, golongan wanita yang berada dalam haid tidak boleh mendirikan solat sunat ihram ini.
Solat sunat ini dilakukan selepas mandi sunat ihram dan memakai pakaian ihram. Selepas solat ini, bakal haji akan berniat ihram haji mahupun umrah.
Solat sunat ihram juga didirikan sebanyak dua rakaat sebelum memulakan ihram. Lebih afdal dan lebih utama untuk solat ini dilakukan secara bersendirian. Walau bagaimapun, mendirikannya secara berjemaah tidaklah menjadi kesalahan.
Daripada Ibnu Abbas RA, daripada Umar RA, Rasulullah SAW bersabda:
“Malam tadi, datang kepada aku oleh yang datang daripada Tuhanku, ketika itu Nabi sedang berada di al-‘Aqiq, bahawa engkau hendaklah solat di wadi yang berkat ini, dan katalah, umrah dalam haji.”
(Hadis Riwayat Bukhari)
Solat sunat ihram tidak boleh dilakukan pada 5 waktu tahrim, iaitu:
Dari aspek pergerakan, solat sunat ini adalah sama seperti solat-solat sunat yang lain. Begitu juga dengan bacaan dalam solat juga tidak disyaratkan dengan surah-surah tertentu.
Dianjurkan untuk mendirikan solat sunat ini dengan dengan niat yang ikhlas sebagai persediaan untuk memulakan ihram bagi ibadah haji atau umrah.
Berikut adalah cara-caranya dalam mengerjakan solat sunat ini;
Niat Solat Sunat Ihram:
أُصَلَّى سُنَّةَ الْإِحْرَامِ رَكْعَتَيْنِ أَدَاءً لِلَّهِ تَعَالَى
“Sahaja aku solat sunat Ihram dua rakaat kerana Allah Taala.”
Selepas selesai mendirikan solat sunat ihram dua rakaat, maka bolehlah berniat ihram dalam hati bergantung kepada ibadah yang ingin dilakukan sama ada haji atau umrah. Lafaz niatnya boleh juga melalui ucapan lisan mahupun lintasan hati sahaja.
Adalah digalakkan untuk melakukan perkara-perkara sunat yang berikut sebelum berihram :