Inilah Cara Memperoleh Khusyuk Dalam Solat. Semua wajib Pelajari!
Ayuh ketahui amalan yang boleh mendatangkan kusyuk dalam solat. Ibadah solat yang terbaik adalah yang dilaksanakan pada awal waktu, dikerjakan dengan…

Ringkasan Ringkas
- Terdapat dua jenis khusyuk iaitu khusyuk hati (fokus dan penghayatan) dan khusyuk badan (ketenangan gerakan).
- Bersiap sedia lebih awal sebelum waktu solat seperti mandi, bersugi, dan berwuduk serta memakai pakaian terbaik.
- Solat di awal waktu kerana ia adalah amalan yang sangat dicintai oleh Allah SWT.
- Memahami setiap maksud bacaan dalam solat agar dapat menghayati ibadah dan melembutkan hati.
- Fokus pandangan ke arah tempat sujud dan menjauhi pandangan ke merata-rata tempat.
- Solat dengan tenang, melakukan tamakninah, dan tidak tergesa-gesa dalam gerakan mahupun bacaan.
- Mengingati kematian sewaktu mendirikan solat agar berusaha melakukan solat sehabis baik.
Ayuh ketahui amalan yang boleh mendatangkan kusyuk dalam solat.
Ibadah solat yang terbaik adalah yang dilaksanakan pada awal waktu, dikerjakan dengan tertib dan disertai dengan kekhusyukan. Dengan itu, solat tersebut adalah solat seseorang mukmin yang berjaya seperti yang dinyatakan dalam al-Quran;
“Sesungguhnya berjayalah orang-orang yang beriman, iaitu mereka yang khusyuk dalam sembahyangnya.”
(al-Mukminun: 1-2)
Terdapat dua jenais khusyuk, pertamanya khusyuk hati. Iaitu kehadiran hati seseorang yang sedang menunaikan solat secara fokus menghadap Allah SWT dengan membawa cinta kepada-Nya, mengagungkan-Nya, takut terhadap seksa-Nya, dan mengharap pahala dari-Nya sehingga merasa dekat dengan-Nya dan tenang hatinya serta penuh penghayatan dengan menghayati seluruh apa yang diucapkan dan lakukan dalam solatnya, dari awal hingga selesai solatnya. Kekhusyukan hati inilah yang melahirkan kekhusyukan badan, kerana ia adalah asas kekhusyukan.
Kedua, khusyuk badan iaitu ketenangan gerakan dalam solat, beradab dan tidak tergesa-gesa dalam mengucapkan zikir dan doa, ketundukan pandangan ke arah tempat sujud, tidak menoleh ke atas atau ke arah yang menghilangkan khusyuk dan tidak disibukkan dengan gerakan yang sia-sia.
Namun, banyak ulama yang berselisih pendapat tentang tafsiran khusyuk ini, antaranya;
-
Imam al-Hanbali RA: khusyuk adalah perasaan lembut jantung hati, tenang, tunduk serta tetapnya ia Ibn ‘Abbas: tenang dan merendahkan diri
-
Al-Hasan Al-Basri dan Qatadah: orang-orang yang takut
-
Saidina Ali RA: tidak menoleh ke kanan dan tidak pula ke kiri.
-
Imam Ibn Qayyim Al-Jauziyyah RA: Berdirinya hati di hadapan Tuhan dengan penuh ketundukan dan perasaan hina diri.
-
Imam Junaid Al-Baghdadi RA: Perasaan rendah diri di dalam hati ke hadapan Allah.
Walaupun begitu, kita masih boleh fahami bahawa khusyuk adalah sesuatu perasaan yang bersungguh, fokus tidak lalai dan tenang sewaktu mendirikan solat.
Lalu bagaimana pula caranya untuk mendapatkan khusyuk itu? Berikut beberapa cara yang disarankan.
1. Melakukan Persediaan
Sebaiknya sebelum masuk waktu solat, bersiap sedia lebih awal seperti mandi, bersugi, berwuduk dan sebagainya. Jangan mendirikan solat sewaktu menahan air besar dan kecil,
Kenakan pakaian terbaik dan berwangian, selain tempat mendirikan ibadah juga mestilah bersih dan kemas.
Melakukan persedian untuk solat dan tidak tergesa-gesa akan membuatkan hati dalam kedaan tenang, selesa dan gembira selain membantu menambah kusyuk ketika solat.
2. Solat Awal Waktu
Paling terbaik, solatlah di awal waktu. Ia adalah amlan yang sangat disuaki Allah SWT.
Dalam sebuah hadis dari Abu Daud:
“Baginda Rasulullah pernah ditanya: Apakah amalan-amalan yang lebih utama? Baginda bersabda: Sembahyang pada awal waktunya.”
Ini menunjukan solat pada awal waktu merupakan satu amalan yang sangat dicintai Allah dan Rasulnya.
3. Memahami Setiap Bacaan Solat
Bacaan dalam solat akan menjadi lebih penghayatannya jika memahami setiap maksudnya. Sesungguhnya al-Quran terdapat mukjizat yang dapat melembutkan hati bagi sesiapa yang mencintainya, apatah lagi golongan yang memahami intipatinya.
4. Pandang Tempat Sujud
Baginda SAW mendirikan solat dengan pandangannya ke tempat sujudnya. Bertepatan dengan firman Allah dalam surah Muhammad : 24 yang bermaksud:
“Setelah diterangkan yang demikian) maka adakah mereka sengaja tidak berusaha memahami serta memikirkan isi Al-Quran? Atau telah ada di atas hati mereka kunci penutup (yang menghalangnya daripada menerima ajaran al-Quran)?”
Jangan menjauhkan pandangan ke merata-rata tempat sewaktu solat, itu menandakan fikiran kita juga tidak fokus dengan solat yang didirikan.
5. Solat Dengan Tenang Dan Tidak Tergesa-Gesa
Ini bermakna solat yang didirikan tidak mempunyai tamakninah, solat dengan cepat dan tergesa-gesa serta bacaanya solat juga tidak dijaga dengan betul. Solat seperti ini sangat dilarang oleh Allah SAW. Baginda SAW juga ada mengingatkan dalam sabdanya;
“Sesungguhnya Nabi SAW masuk ke dalam sebuah masjid lalu seorang lelaki juga turut masuk ke dalam masjid tersebut dan dia melakukan solat dua rakaat kemudian dia datang ke arah Nabi dan memberi salam kepada baginda. Maka Rasulullah SAW menjawab salam tersebut lalu berkata: Pergilah kamu dan solatlah kembali kerana sesungguhnya kamu masih belum solat.”
(Hadis Riwayat Al-Bukhari)
Sesungguhnya solat memerlukan tumpuan dan didirikan dengan berhati-hati. Ketika ini, kita bukan sahaja mengadap raja, tetapi tuhan!
6. Mengingati Kematian
Ingatilah kematian setisp waktu, termasuklah sewaktu mendirikan solat. Ini kerana dengan mengingati mati sahajalah setiap manusia itu berasa insaf, dan akan mendatangkan rasa untuk melakukan yang terbaik dalam apa-apa hal sekalipun.
Seperti sabda Baginda SAW,
“Ingatlah kematian dalam solatmu kerana jika seseorang mengingat mati dalam solatnya, maka ia akan memperelokkan solatnya. Solatlah seperti solat orang yang tidak menyangka bahawa dia masih berkesempatan untuk melakukan solat yang lain. Hati-hatilah dengan perkara yang kelak kamu terpaksa meminta uzur (meralatnya) (kerana tidak mampu memenuhinya).”
(Hadis Riwayat al-Baihaqi)
Oleh itu, sentiasalah ingat bahawa solat yang didirikan adalah solat yang terakhir dan mendirikannya sehabis baik dengan khusyuk yang tinggi.
Penutup: Khusyuk Adalah Pengharapan yang Tinggi kepada Allah
Solat yag sebaik-baiknya adalah bukti kebergantungan seorang hamba kepada Allah SWT, kerana ketika inilah waktu yang paling dekat dengan-Nya terutama ketika sujud.
“Hanya orang mukmin yang sebenar itu apabila disebut saja nama Allah, gementarlah hati mereka dan apabila dibaca ayat al-Quran, bertambahlah keimanan mereka dan hanya kepada Allah sajalah mereka menyerah diri.”
(al-Anfal:2)
Oleh sebab Allah adalah tumpuan segala hajat, maka kita akan berusaha untuk khusyuk agar Allah SWT memakbulkan setiap doa kita.
“Dan orang-orang yang berusaha dengan bersungguh-sungguh kerana memenuhi kehendak ugama Kami, sesungguhnya Kami akan memimpin mereka ke jalan-jalan Kami (yang menjadikan mereka bergembira serta beroleh keredaan)”
(al-Ankabut: 69)
Semoga kita sentiasa berusaha meningkatkan kekhusyukan dalam setiap solat, dan semua iabdah kita diterima oleh Allah SWT.
Bacaan lain:
- Adab-adab Cara Menyantuni Anak Yatim yang Perlu Diketahui
- Ketahui Adab Senda Gurau Dalam Islam
- Adab Hutang Dalam Islam (Bahaya Dan Cara)
- 20 Akhlak Rasulullah Sebagai Teladan Perlu Kita Ikuti