Solat sunat tahiyatul masjid adalah solat sunat yang dilakukan bagi menghormati dan memuliakan masjid seperti yang dianjurkan oleh agama Islam. Jom baca artikel ini tentang cara solat sunat tahiyatul masjid.
Solat ini juga adalah solat sunat muakkad yang didirikan sebanyak dua rakaat sebaik sahaja memasuki masjid, iaitu sebelum seseorang itu duduk atau melakukan perkara lain.
Imam al-Nawawi juga ada menyebut bahawa para ulama sepakat bahawa solat sunat Tahiyatul Masjid adalah sunnah dan jika tiada keuzuran maka makruh hukumnya untuk duduk sebelum dilakukan solat dua rakaat.
Rasulullah S.A.W sangat menggalakkan untuk umat Baginda melazimi solat sunat ini. Daripada Abu Qatadah sabda Baginda S.A.W:
“Apabila salah seorang di antara kamu mendatangi atau memasuki masjid, maka janganlah duduk sebelum mengerjakan solat dua rakaat.”
(Hadis Riwayat al-Bukhari dan Muslim)
Tidak ada waktu-waktu tertentu yang disyaratkan bagi menunaikan solat sunat ini. Solat sunat ini boleh didirikan pada bila-bila masa sahaja sebaik melangkah masuk ke dalam masjid dan sebelum seseorang itu duduk mahupun melakukan sesuatu yang lain.
“Sahaja aku Solat Sunat Tahiyatul Masjid kerana Allah Taala.”
Rakaat Pertama:
Rakaat Kedua:
Sebaik selesai menunaikan solat sunat ini, berniatlah beriktikaf di masjid seperti berikut:
“Sahaja aku beriktikaf dalam masjid ini sunat kerana Allah Taala.”
Solat sunat Tahiyatul Masjid ini juga sering dilazimi oleh Rasulullah S.A.W, jadi sebagai umatnya perlulah mencontohi Baginda dan mengikuti segala saranan baginda.
Ayuh baca lebih banyak artikel menarik kami yang lain sebagai santapan rohani bersama, seperti: