Mari bersama ketahui tips istiqamah dalam melakukan ibadah.

Secara bahasa, istiqamah bererti lurus dan dalam istilahnya bermakna akan suatu amalan yang dijalankan secara berterusan dan mengikuti jalan yang diredai Allah SWT.

Saidina  Ali bin Abi Thalib, menyebutkan bahawa istiqamah berarti melaksanakan kewajiban yang diperintahkan oleh Allah. Saidina Umar bin Khattab mendefinisikannya sebagai sesuatu hal yang bertahan pada satu perintah dan tidak melakukan larangan Allah SWT.

Pendek kata, istiqamah adalah pendirian atau perbuatan yang dilakukan secara berterusan atau berpanjangan, termasuklah dalam urusan agama dan kerohanian. Jangan kita lupa, istiqamah juga merupakan perintah Allah SWT kepada para hamba-Nya.

Dalam firman-Nya yang bermaksud;

“….maka istiqamahlah (tetaplah) pada jalan yang lurus menuju kepada-Nya dan mohonlah ampun kepada-Nya. Dan kecelakaan yang besarlah bagi orang-orang yang mempersekutukan (Nya).”

(Fushilat : 6)

Namun begitu, bagaimana caranya untuk seseorang itu menjadi sesorang yang istiqamah? Berikut beberapa perkara yang dianjurkan:

1. Tetapkan Niat Dan Tujuan

Para ulama dan alim sering mengggalakan untuk menetapkan niat degan tujuan yang tepat dalam melakukan sesuatu ibadah. Niat yang sebetulnya akan menjadi motivasi dan panduan dalam mengerjakan ibadah seharian.

Rasulullah SAW ada bersabda;

“Sesungguhnya setiap amalan hanyalah tergantung dengan niat-niatnya dan setiap orang hanya akan mendapatkan apa yang dia niatkan, maka barangsiapa yang hijrahnya kepada Allah dan Rasul-Nya maka hijrahnya kepada Allah dan Rasul-Nya dan barangsiapa yang hijrahnya kerana dunia yang hendak dia raih atau karena wanita yang hendak dia nikahi maka hijrahnya kepada apa yang dia hijrah kepadanya.”

(Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)

2. Mulakan Dengan Sesuatu Yang Mudah

Hanya kita yang mengenali diri dan kemampuan sendiri. Jadi mulakan beribadah dengan sesuatu yang kita mampu dan mudah terlebih dahulu. Keadaan ini akan membuatkan kita lebih bersemangat untuk beribadah, seterusnya mengekalkan ibadah yang sedia dilakukan.

3. Lakukan Ibadah Yang Sedikit Tetapi Berterusan

Lakukan sesuatu ibadah itu secara bertahap. Biarlah amalan tersebut kecil atau hanyalah rutin tetapi dilakukan secara berterusan dan berpanjangan.

Apabila sesuatu dilakukan, akan mudah untuk kita mempertingkatkan ibadah selepasnya.

4. Tingkatkan Ibadah Walau Sedikit

Lakukan peningkatan beribadah setiap hari walaupun sedikit. Mulakan dengan ibadah yang kecil dahulu dan semakin besar pada kemudian hari. Peningkatan sedikit demi sedikit dalam ibadah juga membuktikan kita konsiten dan cuba sedaya upaya untuk istiqamah.

Allah SWT sangat suka dengan sesuatu ibadah yang dilakukan secara berterusan walaupun sedikit. Firman-Nya:

“Amalan yang paling disukai oleh Allah SWT adalah yang berterusan walaupun sedikit.”

(Hadis Riwayat Muslim)

5. Sentiasa Berdoa

Paling utama, sentiasa memohon kepada Allah SWT agar ditetapkan hati untuk istiqamah melakukan ibadah. Mohon kepada Allah SWT agar diberikan kekuatan dan mampu beristiqamah.

Apa-apa yang dilakukan mestilah dengan memohon kepada Allah SWT kerana sesuatu yang sulit itu akan menjadi mudah jika dizinkan-Nya. Dan Allah akan mengabulkan permintaan para hamba-Nya, apatah lagi jika permintaan tersebut berkait dengan amal ibadah dan kebaikan.

Antara doa yang baik untuk diamalkan adalah;

“Wahai dzat yang membolak-balikkan hati, teguhkan hati kami di atas agama-Mu.” Selain itu juga ada doa untuk meraih keberkahan dalam hidup, agar hidup kita penuh ketenangan dan kemantapan dalam menjalankan perintah Islam.”

(Hadis Riwayat Tirmidzi)

6. Ikhlas

Sesuatu yang dilakukan hendaklah disertai negan rasa ikhlas, bukannya secara paksaan atau atas kepentingan tertentu. Jadi lakukan ibadah bukan kerana manusia tetapi kerana Allah SWT!

Tanpa ikhlas, pasti istiqamah menjadi sukar.

7. Membaca Dan Mendalami Al-Quran

Sebaiknya bacalah al-Quran setiap hari. Dengan itu akan meenguhkan hati dan melembutkan jiwa yang keras.

Dalam al-Quran terdapat mujizat dalam memberi motivasi untuk beribadah, apatah lagi jika kita mendalami isinya serta memahami maksud kandungannya.

Dalam surah an-Nahl: 102 menjelaskan hal ini;

Katakanlah: Jibril menurunkan al-Quran itu dari Tuhanmu dengan benar, untuk meneguhkan (hati) orang-orang yang telah beriman, dan menjadi petunjuk serta kabar gembira bagi orang-orang yang berserah diri (kepada Allah).”

8. Banyak Bersabar

Dalam mendirikan beribadah dan beritiqamah melakukannya seharusnya perbanyakkan bersabar.

Ini kerana dalam melakukan hal baik pasti banyak ujian dan rintangan yang menguji iman dan takwa. Termasuklah rasa malas, gangguan emosi, tahap keimanan yang menurun serta menaik dan sebagainya.

9. Berkumpul Dengan Orang Soleh

Salah satu jalan untuk memastikan tahap keimanan kekal dan stabil dalam beribadah adalah dengan berkumpul dan mendekati golongan soleh. Jauhi kumpulan yang akan menjatuhkan motivasi dan menguji keimanan.

Bersahabatlah dengan golongan yang sama-sama ingin beribadah. Dengan cara itu pasti jalan ke arah istiqamah menjadi lebih ringan dan terasa seperti dibantu.

10. Sentiasa Mengingati Ganjaran Allah

Sentiasalah mengingati ganjaran yang Allah sediakan untuk golongan yang melakukan ibadah secara berterusan. Ingatlah reda dan syurga yang Allah SWT sediakan untuk sesiapa yang berjuang mendirikan ibadah secara berterusan.

 “Sesungguhnya orang-orang yang mengatakan: ‘Tuhan kami ialah Allah’ kemudian mereka meneguhkan pendirian mereka, maka malaikat akan turun kepada mereka (dengan mengatakan): ‘Janganlah kamu merasa takut dan janganlah kamu merasa sedih; dan bergembiralah kamu dengan (memperoleh) surga yang telah dijanjikan Allah kepadamu’.”

( Fushilat : 30)

Penutup: Istiqamah Adalah Pendirian Yang Sangat Sukar Dilakukan

Dalam Islam, istiqamah merupakan sesuatu yang dipuji, kerana tidak mudah untuk berterusan melakukan ibadah secara tetap dan teguh.

Sebab itulah sesiapa yang berjaya beribadah dengan sempurna dan istiqamah dengannya akan dikurniakan ganjaran yang besar oleh Allah SWT.

“Dan bahawasanya: jikalau mereka tetap berjalan lurus di atas jalan itu (agama Islam), benar- benar Kami akan memberi minum kepada mereka air yang segar (rezeki yang banyak).”

( Jin : 16)

Semoga kita tergolong dalam orang yang sentiasa beristiqamah!

Bacaan Lain:

Rujukan:

Penulis: Rabiatul Adaweeyah Othman

Sangat mecintai buku dan meminati penulisan, lalu gemar berkongsi tentang apa-apa yang dibaca dan ditulis.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.