Apakah ucapan pengantin baru yang sesuai untuk diucapkan dalam pelbagai versi?

Menerima khabar atau menerima kad perkahwinan keluarga atau kenalan terdekat melangsungkan hari perkahwinan, sudah pastinya ucapan penggantin baru menjadi penghubung silaturahim untuk menyerikan lagi majlis mereka.

Ucapan yang disebut atau ditulis menerusi kad ucapan perkahwinan, atau balasan mesej melalui pesanan ringkas atau WhatsApp membawa makna yang sangat berharga kepada pengantin.

Artikel pada kali ini kami akan berkongsi kepada anda lebih daripada 50 pilihan ucapan pengantin baru dalam pelbagai versi dan kesesuaian.

Ucapan pengantin baru umum

1. “Tahniah! Selamat Pengantin Baru.”

2. “Selamat menempuhi hidup baru bersama pasangan. Semoga cinta dan kasih sayang kalian terus berkembang mekar setiap hari.”

3. “Tahniah, semoga menjadi pasangan yang berkekalan hingga ke anak cucu.”

4. “Semoga perkahwinan kalian hingga ke jannah.”

5. “Gembira dapat sambut hari bahagia ini bersama kalian.”

6. “Selamat menikah! Semoga cinta kalian selalu kuat dan mampu mengatasi segala rintangan.”

7. “Selamat pengantin baru! Semoga hari-hari mendatang dipenuhi dengan cinta dan kebahagiaan.”

8. “Selamat pengantin baru! Doa kami agar kalian sentiasa dalam kebahagiaan dan keharmonian.”

Ucapan versi Islamik Ya Habibi

1. “Semoga Allah menjadikan perkahwinan kalian yang berkah dan dapat membina keluarga yang sakinah, mawaddah dan warahmah.”

2. “Semoga Allah memberikan berkat kepadamu dan atasmu serta mengumpulkan kamu berdua di dalam kebaikan. Amin.”

3. “Semoga Allah menghimpunkan yang terserak daripada keduanya, memberkati mereka berduaan, semoga Allah meningkatkan darjat keturunan mereka menjadi pembuka rahmat, sumber ilmu dan hikmah serta pemberi rasa aman bagi umat.”

4. “Semoga kalian dapat mencipta syurga di dunia sebelum mana syurga di akhirat. Jalani perkahwinan ini dengan sabar, jalannya Al-Quran, dan redhanya dari Allah.”

5. “Alhamdulillah selamat atas ikatan perkahwinan. Semoga perkahwinan kamu sentiasa dilimpahi rahmat, kasih sayang, kebaikkan, dan kebahagiaan. Jazakallahu khair khatira.”

6. “Mabruk alaikuma! Semoga Allah menjadikan pernikahan kalian sebagai jalan menuju Jannah dan mengurniakan keturunan yang soleh dan solehah.”

7. “Selamat menempuh alam perkahwinan! Semoga kalian selalu dalam lindungan dan rahmat Allah SWT.”

8. “Barakallahu lakuma wa baraka ‘alaikuma wa jama’a bainakuma fi khair. Semoga Allah memberkahi kalian berdua dan mengumpulkan kalian dalam kebaikan.”

Ucapan pengantin baru untuk sahabat

1. “Selamat menempuh hidup baru sahabatku. Semoga bersama dengan ikatan pernikahan menjadikan kalian sekeluarga sentiasa dilindungi Tuhan, dan hidup penuh kebahagiaan dan kenikmatan.”

2. “Selamat menempuh kehidupan baru sahabat. Semoga Allah menyempurnakan kebahagiaan kalian dan menyempurnakan ibadah kalian. Segera diberikan keturunan yang soleh dan solehah, diberikan rezeki yang melimpah dan nikmat yang berkat.”

3. “Selamat menempuh hidup baru sahabatku. Tahniah!. Kini saat yang engaku nantikan ketika bujang tiba juga harinya menjadi suami/isteri orang.”

4. “Selamat penggantin baru rakan karibku! Jaga dirimu baik-baik dan lindungi buah hatimu dengan sepenuh rasa dan jiwa.”

5. “Kawan atau rakan yang paling teruk ialah yang meninggalkan kawannya untuk berkahwin dahulu, hahaha! Jangan risau, kamu masih kawan baik saya. Selamat menempuh hidup baru kawan.”

6. “Tahniah, sahabat! Semoga cinta kalian berkekalan hingga ke akhir hayat dan sentiasa dalam rahmat serta keberkatan Allah. Aku sangat gembira melihat kebahagiaanmu.”

7. “Selamat pengantin baru, sahabatku! Semoga perkahwinan ini menjadi permulaan yang indah untuk kehidupan yang penuh dengan keberkatan dan kebahagiaan. Jangan lupa untuk selalu saling menyayangi dan menghargai.”

Ucapan untuk menantu tersayang

1. “Selamat menempuhi alam rumah tangga. Jadilah suami yang soleh dan isteri yang solehah. Moga lekas menimang cahaya mata.”

    2. “Selamat memulakan kehidupan baru bersama. Semoga segera diberikan zuriat keturunan yang soleh dan solehah.”

    3. “Tahniah kepada anak-anak ibu! Semoga perjalanan kamu bersama membina keluarga sentiasa kekal indah. Harap cepat-cepat ibu timang cucu.”

    4. “Jadikanlah niat menikah untuk ibadah dan mengikuti sunnah Rasulullah SAW.”

    5. “Selamat pengantin baru, menantu tersayang. Semoga kehidupan berumah tangga kamu penuh dengan keberkatan dan rahmat.”

    6. “Selamat menempuh hidup baru, menantu kesayangan. Semoga rumah tangga kamu sentiasa aman dan damai.”

    Ucapan pengantin baru versi English

    Ucapan Pengantin Baru

    1. “Wishing you the best as you embark on this next chapter of your life.”

      2. “Your wedding day may come and go, but may your love forever grow.”

      3. “Congratulations to both of you on your special day! Your greatest adventure has just begun.”

      4. “Here’s to a lifetime of love, happiness, and each other.”

      5. “May the Years ahead be filled with lasting joy.”

      6. “Cheers to love, laughter, and happily ever after! Congratulations!”

      7. “Here’s to love, friendship, and the start of a beautiful journey. Congratulations on your wedding!”

      8. “Wishing you a lifetime of love, joy, and countless wonderful memories. Congratulations!”

      9. “Congratulations on tying the knot! May your love story be as magical and charming as in fairy tales.”

      Ucapan versi lawak jenaka

      1. “Selamat menempuh hidup baru! Akhirnya lagu Selamat Penganti Baru berkumandang juga dalam playlistmu.”

        2. “Selamat menikmati hidup baru! Status dalam IC sekarang bukan single seumur hidup lagi, ya.”

        3. “Cerita cinta kalian bagaikan Romeo dan Juliet, tapi kalian lebih beruntung daripada mereka.”

        4. “Cinta monyet menjadi cinta akad. Kini menjadi pasangan raja sehari merpati sejoli.”

        5. “Tahniah kerana sudah berkahwin! Semoga anda berdua sentiasa bahagia… selagi tidak berebut remote TV!”

        6. “Selamat pengantin baru! Semoga cinta anda berdua selalu sehangat sambal belacan dan setenang air di kali!”

        Ucapan dari keluarga sendiri

        Ucapan Pengantin Baru

        1. “Mudah-mudahan Allah memberkahimu, ketika senang mahupun susah dan akan mengumpulkan kalian berdua dalam kebaikan.”

          2. “Hari ini, kalian menjadi pasangan sehidup semati dalam ikatan pernikahan suci.”

          3. “Selamat datang kakak ipar baru!”

          4. “Tahniah buat raja sehari. Semoga berbahagia hingga ke akhir hayat.”

          5. “Selamat menempuh hidup baru! Kami sangat gembira melihat anda berdua bahagia.”

          6. “Tahniah di atas perkahwinan ini! Kami sangat gembira melihat anda berdua bersatu. Semoga bahagia hingga ke akhir hayat.”

          7. “Tahniah! Semoga perjalanan hidup baru ini membawa anda berdua lebih dekat dan penuh dengan kasih sayang.”

          Jadi, raikanlah hari perkahwinan yang bermakna dengan pelbagai ucapan perkahwinan yang unik dan menarik supaya kedua-dua mempelai dapat menjalinkan hubungan rumah tangga dengan baik, aman dan berkekalan sehingga Jannah.

          Selain dari ucapan pengantin baru, anda juga boleh baca artikel panduan kami yang lain berkenaan persiapan pengantin seperti:

          Sumber:

          1. Ucapan Pengantin Baru. Wedpedia
          2. Beautiful Wedding Wishes and Messages to Write in Their Card. Good Housekeeping

          Penulis: hannani

          Tinggalkan Komen!


          Langgan Info Kami

          Berkaitan


          .