Selalu terjadi kepada diri sendiri, jari tidak dapat diluruskan secara tiba-tiba. Apabila diluruskan akan berbunyi ‘pop’ di jadi jari tersebut. Apakah dan kenapa ia berlaku sedemikian?

Anda mungkin rasa ia terjadi kerana jari jemari ‘cramp’ atau kejang. Hakikatnya, ia bukan kerana kejang tetapi disebabkan oleh ‘trigger finger’ atau bahasa melayunya adalah jari picu.

Mari kami kongsikan kepada anda tentang fakta mengenai ‘trigger finger’. Fakta ini dikongsikan oleh Dr. Kamarul Ariffin. Beliau adalah seorang pegawai perubatan di Hospital Sultan Ismail, Johor Bahru. Beliau juga merupakan antara barisan doktor di sebalik Medikal Mythbusters Malaysia.

fakta jari picu
Image via medicalnewstoday

Maksud ‘trigger finger’

Apa benda tu?

▪️Ia adalah masalah pada jari yang dialami disebabkan oleh keradangan pada ligamen A1 pulley (takal) yang membalut tendon pembengkok jari, atau keradangan tendon itu sendiri.

▪️Apabila berlaku keradangan, pulley dan tendon berkenaan membengkak, dan ini akan menyebabkan tendon tersekat di dalam terowong serta menghasilkan bunyi ‘pop’ ketika cuba untuk luruskan jari.

▪️Setiap kali tendon tersekat, ia akan bertambah radang dan keadaan boleh menjadi semakin teruk. ia juga boleh menyebabkan terjadinya biji kecil (nodule) pada kawasan jari.

fakta picu jari
Image via Facebook

Punca trigger finger.

▪️Aktiviti genggam dan memicit berulang kali

▪️Kecederaan pada jari

▪️Tekanan serta pereputan tulang

▪️Ia lebih kerap berlaku kepada populasi pesakit kencing manis dan wanita, biasanya dalam lingkungan 50-60an.

Tanda-tanda trigger finger.

▪️Jari susah bergerak terutamanya pada waktu pagi

▪️Jari tersangkut pada posisi bengkok dan tidak boleh diluruskan

▪️Bunyi ‘pop’ apabila meluruskan jari

▪️Terdapat nodule (ketulan) pada pangkal jari yang terlibat

Rawatan untuk trigger finger.

Trigger finger mempunyai beberapa tahap dan rawatannya bergantung pada klasifikasi ini.

▪️Tahap 1: Sakit pada bahagian pangkal jari tetapi jari tidak tersangkut.

▪️ Tahap 2: Jari tersangkut tetapi pesakit boleh meluruskan kembali jari tersebut tanpa bantuan.

▪️ Tahap 3: Jari tersangkut, dan perlu bantuan tangan sebelah untuk luruskan semula.

▪️Tahap 4: Jari tersangkut, dan tidak dapat diluruskan semula.

Bagi tahap 1-2 rawatannya adalah:

1. Ubat anti-radang dan tahan sakit.

2. Fisioterapi:

— regangan tendon

— urutan pada tendon sheath

— terapi lilin

— terapi ultrasound

Bagi tahap 3-4 rawatannya adalah:

1. Suntikan steroid pada pangkal jari untuk mengurangkan keradangan tendon dan pulley. 

2. Pembedahan kecil:

— bius

— kulit dibuka 1cm

— ligamen A1 pulley dipotong

— kulit dijahit

*Anda tidak perlu bimbang lagi kerana ia bukanlah penyakit yang berbahaya tetapi tetap perlu berhati-hati. Jari picu ini boleh diselesaikan dengan pembedahan kecil oleh doktor pakar.

Jika anda mengalami tanda-tanda seperti di atas, anda boleh pergi berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan rawatan. Semoga info ini memberi manfaat kepada anda dan orang-orang tersayang.

Artikel ini diberi kebenaran sepenuhnya oleh penulis. Baca artikel asal di sini.

Penulis: aqirah

Seorang yang rajin dan gemar untuk kongsikan sesuatu yang bermanfaat.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.