Artikel ini tentang cara pilih ayam segar. Baca dengan teliti tips untuk tahu sama ada ayam yang dijual di kedai atau pasar segar atau sudah lama.

“Kenapa ayam ni rasa tawar dan tak sedap. Dah masak lama pun masih lembik. Cara masakan yang tak betul ke? Atau ayam ni yang dah tak segar?”

Bayangkan lepas bertungkus-lumus di dapur sediakan nasi ayam kegemaran suami dan anak-anak, tiba-tiba dialog di atas yang terbit dari mulut. Mood nak makan pun dah terbantut. Mesti pening fikir apa masalah sebenarnya.

Dah gunakan bahan-bahan rempah yang banyak. Alatan dapur pun bukan main canggih lagi. Suami diam tak berkutik dan tak cakap apa-apa. Anak-anak pun tak minta tambah seperti biasa. Mesti rasa kecewa dibuatnya.

Jika dah gunakan bahan yang baik, resepi pun memang yang biasa dibuat, agak-agaknya apa yang tak kena? Ada periksa ayam sebelum dibeli? Atau anda ialah seorang yang tak mementingkan faktor-faktor kesegaran sebelum membeli ayam?

Untuk elak situasi seperti ni dari berlaku, penulis ingin berkongsi cara untuk pilih ayam yang segar. Bayangkan jika masak banyak-banyak untuk jamuan atau kenduri, tak pasal-pasal jadi bahan umpatan.

1. Bau Ayam

Pastikan ayam yang nak dibeli mempunyai bau yang segar. Bau yang segar tu maknanya hanyirnya tak kuat. Sekiranya ayam dah dipotong pada bahagian-bahagian kecil, bau darah segar menunjukkan ayam tu baru lagi.

Jika terlalu hanyir menandakan ayam tu dah lama. Ia akan menarik perhatian lalat untuk mengurungnya. Jika nampak ayam yang dijual dihurungi lalat tu tandanya ayam tersebut hampir nak jadi bangkai.

2. Tekan Isi Ayam

Isi ayam perlu ditekan perlahan. Apabila ia memantul semula, ia menunjukkan isinya anjal dan pejal. Jangan beli ayam yang lembik sehingga bila isinya ditekan ia akan masuk ke dalam. Jika terlalu keras pula menandakan ayam tu diletakkan bahan pengawet.

3. Semak Tarikh ‘Best By’

Jika beli ayam yang sudah dibungkus, pastikan anda lihat tarikh ‘best by’. Ini bermakna kemungkinan anda tak akan terus memasak ayam tersebut. Buat perancangan dulu bila nak masak ayam.

Kemudian, ambil ayam yang mempunyai tarikh ‘best by’ yang lebih lama dari tarikh anda nak memasaknya. Jangan pula nak masak esok tarik ‘best by’ hari ni. Pasti ayam tersebut sudah tak segar dan rasanya nanti terjejas.

4. Warna Kulit Ayam

Nak tahu ayam yang segar antaranya perhatikan warna kulitnya. Kebanyakan ayam mempunyai warna pink lembut atau putih pucat. Namun, ada juga ayam yang warna kekuningan pada bahagian isinya.

Warna isi ayam bergantung pada jenis kacukan, makanan dan umur. Ayam yang diberikan makanan yang mengandungi pigmen kuning atau carotenoid mempunyai warna isi yang kekuningan.

Jika ayam berwarna kelabu atau kehitaman di sana sini seperti kesan lebam, ia menunjukkan ayam tu dah tak segar. Kadang-kadang lebam tu tak begitu ketara, namun ada perlu perhatikan dengan teliti. Ayam yang dah kebiru-biruan biasanya dah diletakkan bahan pengawet formalin sebelum disejukbekukan.

5. Beli Ayam Baru Sembelih

Anda boleh membeli ayam yang masih hidup dan minta peniaga Islam sembelih atau anda boleh melakukannya. Ayam yang baru disembelih pastinya lebih segar. Berbanding yang sejuk beku atau yang sudah sedia dijual, kita tak tahu bila ia disembelih.

Harga ayam hidup lebih mahal berbanding yang dijual di pasar raya. Jika ada duit lebih, anda boleh membeli ayam hidup sama ada yang jenis biasa atau organik. Dari segi rasa, ia lebih sedap dan wangi setelah dimasak.

6. Tekstur Ayam

ayam-segar

Imej via Bidadari

Ramai yang tak tahu, kita boleh mengenal pasti ayam yang segar atau tak melalui kepaknya. Apabila kepaknya ditarik ke belakang, ia akan kembali ke posisi asal tu menunjukkan ayam tersebut segar.

Jika kepak tu lembik dan jatuh ke belakang tanpa kembali ke posisi asal, menunjukkan ayam tu dah lama. Ayam yang kenyal disebabkan kandungan bahan pengawet. Jika anda perasan ayam seperti bengkak dan membonjol, tu disebabkan ayam telah disuntik.

7. Darah Ayam

Ayam segar yang baru disembelih tak akan mengeluarkan darah yang banyak. Jika ada penjual yang menjual ayam yang mempunyai darah yang cair dan banyak pada tulang, jangan beli. Ini menunjukkan ayam tersebut telah dibekukan dan dinyahbekukan beberapa kali.

8. Tongkeng Ayam

Dikatakan bahawa jika tongkeng ayam berwarna putih maknanya ayam tersebut telah diproses selepas ia betul-betul mati. Jika tongkengnya merah, ayam tersebut telah diproses sebelum ayam itu mati misalnya bulunya dicabut hidup-hidup.

Manakala jika tongkeng dah lebam kebiruan menandakan ayam yang dah mati baru disembelih. Oleh itu, pastikan ayam yang dibeli mempunyai tongkeng berwarna putih.

9. Terus Simpan Ayam Selepas Dibeli

Apabila bercadang untuk membeli barangan dapur, pastikan anda beli semua bahan kering terlebih dulu. Selepas selesai beli barang-barang lain, barulah beli ayam untuk elakkan risiko bakteria salmonella membiak.

Jika anda ada cooler pack, bolehlah dibawa ketika membeli ayam agar ia kekal segar sementara sebelum sampai rumah. Terdapat beberapa cara untuk menyimpan ayam dalam peti sejuk di rumah, iaitu:

a) Masukkan ayam ke dalam beg plastik kedap udara. Setelah dizipkan, masukkan ke dalam satu lagi beg plastik kedap udara. Jangan lupa zipkan.

b) Cara lain ialah balutkan ayam dengan pembalut plastik atau aluminium. Kemudian, masukkan ke dalam beg plastik kedap udara dan zipkan.

c) Jangan lupa letak di bahagian sejuk beku.

Ayam mentah boleh dibekukan selama 2 bulan. Agar anda tak lupa tarikh pembelian, labelkan beg plastik tersebut.

10. Beli Ayam Awal Pagi

Kebiasaannya, peniaga akan menjual ayam yang segar-segar pada awal pagi selepas pasar dibuka. Oleh itu, kita boleh pilih saiz dan jenis ayam yang kita nak.

Diharapkan pembaca sekalian dah dapat maklumat yang berguna tentang cara pilih ayam segar. Selain faktor kesegaran, kebersihan juga penting. Ia dapat mengelakkan kita dari mendapat penyakit jika termakan ayam yang sudah busuk. Moga bermanfaat. Jemput juga abca artikel tentang:

Rujukan

  • https://sinar.my/viral/trending/lima-tips-pilih-ayam (link)
  • https://www.wanisukarno.com/2019/05/6-tips-dan-cara-pilih-ayam-yang-segar-dengan-betul-supaya-tidak-terbeli-bangkai-ayam.html (link)

Penulis: Zuraidah Muhidden

Seorang penulis bebas yang tak pernah jemu menulis.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.