Kata orang, cemburu tandanya sayang. Namun cemburu biasanya sinonim dengan wanita. Ini kerana tak ramai lelaki yang suka untuk menunjukkan rasa cemburu. Biasanya lelaki memilih untuk cemburu dalam diam, namun dalam sedar tak sedar, tubuh badan dan tingkah-laku mereka memberikan tanda-tanda yang mereka sedang cemburu. Hari ini kami ingin kongsikan tanda lelaki cemburu dalam diam.

1. Kelihatan tidak selesa apabila anda berhubung atau berinteraksi dengan seseorang

Apabila seorang lelaki merasa cemburu, biasanya dia akan kelihatan tidak selesa apabila anda berhubung atau berinteraksi dengan orang yang dicemburui olehnya. Oleh itu, jika anda perasan bahawa pasangan anda kelihatan lain macam tiap kali anda berinteraksi dengan seseorang, itu adalah tanda yang dia sedang cemburu.

Jika anda dapat mengesan bahawa dia cemburu apabila anda berhubung dengan individu tersebut, elakkan berhubung melainkan terpaksa seperti atas alasan kerja. Namun hadkan interaksi anda kepada urusan kerja sahaja, tanpa bersembang kosong dan beramah-mesra.

2. Tiba-tiba diam dan menjawab secara acuh tak acuh apabila anda ajak berbicara

Ada kalanya, tanda lelaki cemburu dalam diam adalah apabila dia secara tiba-tiba diam dan menjawab secara acuh tak acun apabila anda ajak untuk berbicara. Lebih-kurang seperti situasi seorang perempuan yang merajuk. Jika anda perasan pasangan anda bersikap sebegini, usah diabaikan. Seperti mana kita ingin dipujuk setiap kali merajuk, begitu juga lelaki. Tanya dengan bai kapa puncanya. Jika disebabkan cemburu, cuba elakkan daripada perkara tersebut.

3. Tiba-tiba marah-marah tanpa sebab yang boleh anda fikirkan

Marah-marah secara tiba-tiba tanpa sebab yang munasabah juga adalah satu lagi tanda lelaki cemburu dalam diam. Mungkin dia sejenis yang tak suka merajuk namun memilih untuk menunjukkan rasa cemburu dengan kemarahan sebagai tanda protes. Jika keadaan ini berlaku, jangan anda marah semula kerana api jika dilawan dengan api akan menjadi semakin marak. Ajak pasangan anda berbincang dengan baik dan berusaha untuk menjernihkan semula suasana.

4. Tiba-tiba menjadi seorang yang kuat mengongkong

Tanda lelaki cemburu dalam diam yang seterusnya ialah tiba-tiba dia menjadi seorang yang kuat mengongkong. Jika dulu anda bebas untuk berbuat apa sahaja, kini anda perlu meminta izin sebelum melakukan apa-apa. Tidak mustahil juga anda mungkin dipaksa untuk menghantar laporan tentang aktiviti anda dari masa ke semasa. Dia juga akan memeriksa telefon bimbit anda dengan kerap bagi memuaskan hatinya. Hati-hati, ini adalah tanda yang dia sedang cemburu tanpa anda sedari.

5. Tiba-tiba mula terlalu mengambil berat tentang diri anda

Ada kalanya, orang lelaki menunjukkan rasa cemburu dengan tiba-tiba menjadi seorang yang terlalu mengambil berat tentang diri anda. Perkara ini berlaku kerana dia rasa tergugat dengan kehadiran lelaki yang dicemburuinya. Dia berusaha untuk menarik perhatian anda semula dan menunjukkan bahawa dia terlalu mengambil berat tentang diri anda. Ia adalah usaha untuk menunjukkan bahawa anda sangat penting dalam hidupnya. Oleh itu, jangan pilih lelaki itu dan tinggalkan dia.

6. Tiba-tiba terlalu berusaha untuk mengambil perhatian anda

Seterusnya, lelaki yang cemburu dalam diam juga mungkin secara tiba-tiba akan kelihatan terlalu berusaha untuk mengambil perhatian anda. Dia tidak akan memberikan anda peluang untuk keluar dengan orang lain, contohnya. Setiap kali tiba waktu makan tengah hari, dia akan cepat-cepat mengajak anda makan bersama. Apabila habis waktu pejabat, dia akan berada di meja anda dan menemani anda ke kereta.

7. Memberikan anda hadiah tanpa menunggu ketibaan tarikh yang bermakna

Kebiasaannya orang akan memberikan anda hadiah pada hari istimewa dan bermakna seperti ulang tahun kelahiran. Sekiranya secara tiba-tiba sidia memberikan anda hadiah istimewa, ini juga boleh menjadi tanda dia sedang cemburu dalam diam. Perbuatan memberikan anda hadiah adalah tanda bahawa anda adalah miliknya.

8. Kelihatan tidak suka apabila anda bercerita tentang seseorang yang berlawanan jantina

Semasa bersembang, kebiasannya kita akan bercerita tentang orang yang berada di sekeliling kita. Jika anda perasan sidia menunjukkan memek muka yang berbeza atau nada suaranya berubah setiap kali anda bercerita tentang seseorang, ketahuilah bahawa dia cemburukan individu tersebut. Elakkan daripada bercerita tentang lelaki itu lagi agar hubungan anda lebih harmoni.

9. Kelihatan tidak suka apabila ada orang lain mengambil berat atau terlalu baik dengan anda

Tanda lelaki cemburu dalam diam yang seterusnya ialah dia akan kelihatan tidak suka apabila ada orang lain yang mengambil berat atau melayan anda dengan terlalu baik. Sebagai contoh, dia akan menunjukkan sikap tidak suka jika ada yang kerap menghantar mesej bertanya khabar dan aktiviti harian anda. Atau juga dia akan kelihatan tidak selesa apabila ada rakan sekerja yang membelikan makanan buat anda.

10. Kelihatan tidak suka apabila ada yang memuji diri anda

Akhir sekali, lelaki yang sedang berasa cemburu akan kelihatan tidak suka apabila ada yang memuji diri anda. Sebagai contoh, jika ada rakan sekerja yang selalu memuji tentang kecantikan anda, pastinya anda dapat melihat dengan jelas dari air mukanya yang dia tidak suka. Malah, sekiranya pujian yang diberikan adalah berkaitan dengan hal kerja, dia juga tidak dapat membendung perasaan cemburu dan gagal untuk mengekalkan muka biasa.

Itulah dia info  tentang tanda lelaki cemburu dalam diam yang ingin kami kongsikan pada hari ini. Semoga bermanfaat buat anda. Jika anda sukakan perkongsian ini anda juga dijemput untuk membaca artikel kami tentang:

Penulis: Nurul Kasmadillawati Zakaria

Work at home mother ( WAHM ) yang memegang jawatan sebagai Penasihat Undang-undang. Suka mengembara. Suka menulis & berkongsi cerita. Boleh dihubungi melalui laman Facebook beliau.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.