Ayuh kenali sumbangan Tariq bin Ziyad dan kehebatannya. Serta ketahui kisah membakar kapal dan kata-kata menarik beliau.

Tariq bin Ziyad berasal dari kaum Barbar yang berasal dari tanah Afrika. Nama sebenar beliau Thariq bin Ziyad bin Abdullah bin Walgho bin Walfajun bin Niber Ghasin bin Walhas bin Yathufat bin Nafzau yang lahir sekitar tahun 50 Hijrah di daerah Afrika Utara.

Diceritakan Tariq bin Ziyad merupaka seorang anak yatim yang telah kematian  ibu bapanya akibat dibunuh. Kemudiannya beliau dijual sebagai hamba atau budak suruhan. Satu hari, Musa bin Nusair, yang merupakan serorang Gabenor di Afrika telah memerdekakan dan mengislamkan Tariq selain mengajarnya  pelbagai ilmu seperti persenjataan, peperangan termasuklah cara menunggang kuda. Sehinggalah akhirnya Tariq bin Ziyad diberi kepercayaan sebagai seorang panglima.

‘Tariq el Tuerto’

Setelah itu Musa bin Nusair mengangkat Thariq, yang juga panglima terhandalnya  sebagai penguasa daerah Tanja, hujung Maroko dengan kekuatan 19,000 tentera dari bangsa Barbar.

Beliau juga dianggap sebagai seorang panglima penting dalam sejarah Iberia. Di bawah pemerintahan  khalifah Umayyah,  Al-Walid  bin Abdul Malik., beliau mengetuai pasukannya dari pantai utara Algeria yang menakluk Semenanjung Iberia ataupun Hispania.

Sehinggakan di Sepanyol, namnya menjadi terkenal sebagai ‘Tariq el Tuerto’ yang  bermaksud Tariq Bermata Satu.  

Bermulanya Penaklukan Ke Atas Andalusia

Tariq bin Ziyad merupakan ketua tentera Islam kerajaan Umaiyah yang berjaya menakluki Semenanjung Iberia (Andalusia, Sepanyol).

Pada bulan Rejab tahun 97 H ( 19 Julai 711 M), Tariq bin Ziyad mendapat perintah daripada Musa bin Nusair untuk menyerang Semenanjung Andalusia. Dengan  kekuatan 7,000 orang tentera yang sebahagian besarnya berbangsa Barbar, Tariq dan pasukannya berjaya menyeberangi Selat Andalusia dengan bahtera yang disediakan oleh Julian, Gabenor Ceuta di Afrika Utara, yang berkerjasama dengan tentera Muslimin untuk menentang Raja Roderick, penguasa kerajaan Visigoth di Andalusia.

Setelah mendarat di pantai berbatu karang yang kemudian dinamakan Gibraltar, Tariq bin Ziyad dan  pasukannya menghadapi kekuatan 25,000 orang perajurit Visigoth. Walaupun bilangan tentera Islam sangat sedikit berbanding dengan pasukan musuh, mereka tidak berasa sedikit gentar. Apatah lagi apabila mendapat kata-kata semngat daripada ketua mereka sendiri.

Menurut riwayat, sebaik sahaja berjaya menyeberangi selat andalusia, Tariq bin Ziyad mengarahkan pasukan Islam membakar semua bahtera yang mereka naiki. Hal ini bagi emngelakkan pasukan Islam melariakn diri semasa pertempuran berlaku, termasuklah mereka akan bertempur berhabisan dengan pasukan musuh kerana sudah tidak ada jalan pulang.

Lalu Tariq bin Ziyad pun menyampaikan ucapannya dengan penuh semangat:

“Wahai manusia, ke mana kau akan lari? Laut di belakangmu dan musuh di depanmu. Maka, tidak ada jalan lain untuk selamat kecuali berjuang berhabis-habisan. Demi Allah, apa yang kalian miliki hanya kejujuran dan kesabaran…”

Taktik yang digunakan oleh Tariq bin Ziyad ini sangat  berkesan. Perang yang terjadi lebih seminggu itu, menyaksikan kekalahan Kristian Eropah dan Rodheric mati dibunuh. Kemenangan ini menjadikan Islam bertapak di situ selama 800 tahun.

Kemudian Tariq bin Ziyad  meminta tambahan pasukan kepada Musa bin Nusair. Lalu Musa bin Nusair bersetuju dan menghantar 5,000 orang tentera.  Dengan itu, satu demi satu kota di Andalusia berjaya ditawan oleh Tariq bin Ziyad; Toledo, Elvira, Granada, Cordoba, Malaga, Arichidona. Sehingga tiba musim panas pada tahun 711 M, pasukan Islam telah berjaya menguasai separuh daripada wilayah Andalusia. Kerana kehebatannya, sebuah bukit diabadikan atas namanya iaitu Jabal At-Tariq atau Gibraltar. Bukit tersebut menjadi tempat pertama kali Thariq bin Ziyad dan pasukannya mendarat dan menyiapkan pasukannya.

Pada tahun 712 M, beliau menyusul Tariq bin Ziyad dan pasukannya bersama 18,000 kekuatan tentera melalui jalan lain yang ditempuh oleh Tariq. Musa bin Nusair lalu berjaya menguasai Sidonia, Kormona, Merida, Sevilla, termasuklah berjaya menewaskan kerajaan Visigith,Theodomir di Orihuela.

Musa bin Nusair akhirnya bertemu  dengan Tariq ibn Ziyad serta pasukannya di Toledo. Mereka lalu bergabung sehingga  berjaya menakluki Ecija. Zaragoza, Aragon, Leon, Aturia, dan Galicia. Setelah itu mereka bergerak menuju wilayah Pyrenies, Perancis.

Ini bermaksud,  seluruh daratan Semenanjung Andalusia telah dikuasai oleh perajurit Muslim Hanya dalam waktu dua tahun. Beberapa tahun kemudian Portugis mereka taklukkan dan mereka ganti namanya dengan Al-Gharb (Barat).Tidak lama kemudian, mereka dipanggil pulang ke Damsyik oleh Khalifah al-Walid. Hal ini telah mematikan cita-cita Tariq untuk terus menguasai Eropah dengan membawa Islam ke sana.

Sebaik sampai di Damsyik, Tariq ibn Ziyad menghembuskn nafasnya yang terakhir pada tahun 720 M.

Penutup

Tariq bin Ziyad, daripada serorang pemuda suruhan akhirnya menjadi seorang panglima yang sangat disegani dan gah namanya sebagai penakhluk yang menyebarkan  syiar Islam, sehingga ke esluruh sepanyol.

Diceritakan, beliau menjadikan Rasulullah S.A.W sebagai idolanya, terutamanya dalam ilmu persenjatan dan peperangan. Beliau juga mencontohi Panglima Khalid al-Walid yang hanya memilih tentera yang paling terbaik iaitu yang tidak pernah meninggalkan solat tahajud. Beliau sangat tidak takut akan kematian dan sangat mencintai syahid, dengn itu beliau akan memastikan tenteranya berjuang demi menegakkan syariat Allah.

Keperibadian Tariq wajar dicontohi oleh anak muda zaman kini. Bukan sahaja dalam aspek kenteraan, tetapi juga dalam keperibadian beliau. Usaha kerasa beliau sehingga titisan darahnya perlu dihargai dan dihayati demi mengnigatkan kita bahawa perluasan agama Islam buknalah sesuatu yang mudah.

Ingatlah berkat usaha penjuang ini  juga, agama Islam pernah berada lebih 800 tahun di bumi sepanyol, bahkan hamper mngusai Eropah keseluruhannya.

Sila baca juga artikel-artikel menarik yang ingin kami kongsikan seperti;

Rujukan :

  • Abdul Latip Talib, Novel Sejarah Islam Tariq : Menang atau syahid, Selangor. Penerbit :PTS Publication, 2007

Penulis: Rabiatul Adaweeyah Othman

Sangat mecintai buku dan meminati penulisan, lalu gemar berkongsi tentang apa-apa yang dibaca dan ditulis.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.