Nak tahu telefon Huawei terbaik yang dikeluarkan untuk tahun ini? Kami senaraikan bersama harga dan spesifikasi agar anda mudah untuk merancang pembelian.

Huawei menjadi salah satu peranti Android yang menjadi pilihan ramai dan berada di kelasnya tersendiri iaitu kelas pertengahan terbaik. Jenama ini digemari ramai kerana eksklusif, kamera berkualiti, rekabentuk yang nipis, tahan lama dan sebagainya.

Pada tahun ini, pelbagai telefon Huawei terbaik dikeluarkan dengan spesifikasi, harga dan citarasa mengikut peringkat. Jom tengok model Huawei mana yang menjadi pilihan mengikut citarasa anda!

Huawei P60 Pro

Antara keistimewaan smartphone Huawei P60 Pro adalah terletak pada kualiti kameranya yang sangat baik. Terdapat tiga mod kamera untuk gambar portrait iaitu Pro Mode, Aperture Mode dan Portrait Mode yang meningkatkan kualiti gambar portrait dengan lebih jelas dan cantik walaupun waktu malam. Bukan itu sahaja, terdapat ciri kamera ultra lighting telephoto dengan lensa pelbagai fungsi.

Para pembeli Huawei, anda tidak perlu risau kerana kebanyakan smartphone jenama ini sekarang boleh mengakses aplikasi dari Google menerusi Huawei App Gallery. Selain itu, ciri anti-fingerprint feather sand dapat melindungi permukaan skrin dari tercalar.

Kapasiti bateri adalah 4815 mAh yang menyokong pengecasan tanpa wayar 50W. Paling penting peranti ini menggunakan cip pemproses Snapdragon 8+ Gen 1.

Nova 11 Pro

Salah satu keistimewaan pada edisi Nova 11 Pro terletak pada reka bentuk belakang panel yang menggunakan Monogram Vegan Leather, menampakkan lebih eksklusif. Paling penting, edisi ini membolehkan anda menggunakan sebarang aplikasi dari Google.

Peranti ini dikuasakan oleh Qualcomm Snapdragon 778G dengan cip 4G. Ini membolehkan penggunakan untuk bermain game, menonton video dan sebagainya dengan lancar. Seterusnya, kapasiti bateri tidak mengecewakan dengan 4500mAh dan bateri dapat di cas penuh dalam hanya 20 minit sahaja.

Huawei Nova 11 Pro memfokuskan pada kualiti kameranya juga dengan ciri dual-selfie camera sebanyak 60MP + 8MP bersama 4k resolusi untuk video. Bukan sahaja berkualiti untuk merakamkan gambar, malah anda boleh membuat vlog dengan kualiti yang terbaik iaitu jelas, tajam dan warna yang baik.

Huawei Nova Y70

Huawei Nova Y70 merupakan telefon Huawei terbaik 2022 yang mempunyai harga bawah RM 1000. Pasti ramai yang sedia maklum bahawa antara kekuatan model ini terletak pada bateri dan kameranya.

Model ini dikuasakan oleh Hisilicon Kirin 710 dengan GPU Mali-G51 MP4. Dioperasikan oleh EMUI 12, pasti prestasi lebih lancar dan mantap. Sebanyak 128GB dibekalkan dan dipadankan dengan 4GB RAM. Jika tidak mencukupi, pengguna boleh menambahkan kad mikro SD yang boleh memuatkan sehingga 512GB.

Kapasiti bateri juga sangat memuaskan dengan 6000mAh 22.5W Huawei Super Change. Dari segi kualiti kamera pula, kamera utama dengan 48MP, 5 MP sensor ultra lebar serta 8MP kamera hadapan.

Selain itu, skrin bersaiz 6.57 inci dilengkapi dengan paparan TFT LCD. Pembeli mempunyai tiga pilihan warna iaitu Pearl White, Crystal Blue dan Midnight Black. Selain reka bentuk yang menawan, Huawei Nova Y70 mempunyai berat 199 gram sahaja.

Huawei Nova 10 Pro

Dilancarkan pada Julai 2022, peranti ini menggunakan salah satu cipset terbaik pada smartphone iaitu Snapdragon 778G. Ia dilengkapi dengan GPU Adreno 642L. Sistem operasi untuk model ini adalah HarmonyOS 2.0.

Pembeli mempunyai dua pilihan storan iaitu 128GB yang dipadankan dengan 8GB RAM mahupun 256GB bersama 8GB RAM. Tiada slot kad mikro SD disediakan untuk peranti ini. Paparan skrin tak dinafikan terbaik dengan 6.78 inci OLED dengan kadar segar semula 120Hz. Kualiti audio juga terbaik dengan pembesar suara sterio.

Bateri juga tidak kurang hebatnya dengan kapasiti 4500mAh dan menyokong pengecasan pantas 100W. Anggaran masa pengecasan adalah 10 minit sahaja dari kadar bateri 20% hingga 80%. Memang pantas!

Anda pasti terpukau dengan hasil gambarnya kerana kamera utama 50MP, sensor ultra lebar 8MP, 2MP kamera makro serta dwi-kamera selfie 60MP + 8MP. Kamera utama atau kamera selfie, keduanya dapat menghasilkan gambar yang jelas, warna yang cantik dan tajam.

Huawei Nova 10 Pro dijual dengan empat pilihan warna iaitu hitam, kelabu, hijau dan violet. Beratnya pula adalah 191 gram sahaja. Jika dilihat dari segi rekaan kerangkanya, model ini kelihatan tahan lasak. Harga yang ditawarkan pada masa kini bermula RM 2175 ke atas.

Huawei Mate Xs 2

Keluaran Huawei Mate Xs 2 hadir dengan penambahbaikkan dari isu-isu yang timbul berkaitan keluaran telefon yang boleh dilipat oleh Huawei pada sebelum ini. Model ini merupakan telefon Huawei terbaik yang kelima dan boleh dilipat.

Huawei Mate Xs 2 dikuasakan oleh Snapdragon 888 4G (5nm) dengan GPU Adreno 660. Ia menggunakan sistem operasi HarmonyOS 2.0. Storan yang dibekalkan memang besar iaitu 512GB bersama 8GB RAM. Jika tidak mencukupi, pengguna boleh menambah kad nano memory yang boleh memuatkan 256GB.

Dikeluarkan pada May 2022, kamera utama dengan 50MP, 8MP telefoto dan 13MP sensor ultra lebar. Kamera swafoto pula dengan 10.7MP. Paparan skrin yang dilipat adalah 6.5 inci OLED manakala jika tidak dilipat bersaiz 7.8 inci OLED yang menyokong 120Hz. Paparan memang lancar, jelas serta pencahayan yang baik.

Kapasiti bateri memang besar dengan 4600mAh dan menyokong pengecasan pantas 66W. Antara kelebihan lain adalah menyokong penggunaan pen stylus,tak begitu tebal, menyokong mode multitasking dengan lancar dan sebagainya.

Huawei Mate 50 Pro

Huawei Mate 50 Pro antara telefon Huawei terbaik yang terkini dikeluarkan oleh jenama terkenal ini. Banyak perkara menarik terdapat pada peranti ini terutama dari segi kamera, prestasi dan sistem pengecasan.

Dari segi kualiti kamera, kamera utama dengan 50MP XMAGE, sensor ultra lebar 13MP manakala 64MP telefoto. Kamera swafoto pula sekadar 13MP. Dengan kadar tersebut, hasil gambar menjadi lebih jelas, fokus dan pencahayaan yang baik.

Beralih pada prestasinya, Huawei Mate 50 Pro dikuasakan oleh cipset Snapdragon 8+ 4G Gen 1 dengan GPU Adreno 730. Sistem operasi yang digunakan adalah sama seperti model Huawei yang lain iaitu HarmonyOS 3.0.

Kapasiti bateri juga besar dengan 4700mAh dan menyokong pengecasan pantas berwayar 66W manakala tanpa wayar 50W. Terdapat dua pilihan storan iaitu 512GB dan 256GB UFS 3.1. Pengguna juga boleh menambah kad memori sehingga 256GB.

Paparan skrin sedikit besar iaitu 6.74 inci OLED. Kadar segar semula yang dibekalkan adalah 120Hz. Walaupun sedikit berat iaitu 209g, kelebihan yang ada termasuklah kalis air dan kalis debu IP68. Terdapat 4 pilihan warna menarik yang ditawarkan iaitu kelabu, oren, ungu dan hitam.

Huawei Nova 10 SE

Model paling terkini Huawei untuk 2022 adalah Nova 10 SE yang dilancarkan pada Oktober 2022. Huawei Nova 10 SE dikuasakan oleh cipset Snapdragon 680 4G (6nm) yang menggunakan sistem operasi EMUI 12. Namun peranti ini tidak menyokong perkhidmatan Google Play. GPU yang digunakan adalah Adreno 610.

Pembeli mempunyai tiga pilihan storan sama ada 128GB bersama 6GB RAM, 128GB bersama 8GB RAM mahupun 256GB bersama 8GB RAM. Tiada tambahan slot kad mikro disediakan.

Selain itu, bateri berkapasiti  4500mAh dan menyokong pengecasan pantas 66W. Skrin bersaiz 6.67 inci menggunakan paparan OLED dengan kadar semula 90Hz. Resolusi skrin pula adalah 1080×2400 piksel dan menyokong mod Always On Display.

Kualiti kamera juga memuaskan dengan kamera utama 108MP, 8MP sensor ultra lebar manakala kamera swafoto 16MP. Smartphone ini bersaiz poket dengan berat hanya 184g. Pengguna pasti berasa selesa untuk memegangnya. Warna yang ditawarkan memang menarik iaitu kelabu, mint dan hitam. Anggaran harga untuk masa kini adalah RM 1000 ke atas.

Bagaimana dengan model telefon Huawei terbaik di atas? Pasti ada yang menepati ciri peranti keinginan anda. Setiap model mempunyai kelebihan tersendiri. Harga yang ditawarkan memang berbaloi, sesuai dengan perinciannya.

Pilihlah telefon mengikut bajet dan penggunaan yang anda inginkan. Selamat membeli!

Nak teroka telefon terbaik dari pelbagai model terkemuka pada tahun ini? Mungkin model di bawah yang anda cari!

Penulis: Nur Syafiqah

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.