Kita dapat melihat bahawa apabila seseorang menghadapi masalah pasti sesetengah daripada mereka akan menghadapi kesukaran untuk mengawal emosi. Hal ini kerana mereka sering membuat keputusan ketika dalam keadaan yang beremosi. Akan tetapi, kita dapat melihat bahawa kesan daripada sikap terburu-buru dalam membuat keputusan akan membawa padah.

imej via google

Jom kita lihat info menarik daripada Puan Nora Zyan mengenai teknik terbaik untuk kekal tenang supaya kita mampu membuat keputusan yang wajar apabila menghadapi pelbagai perkara yang mendatang.

Teknik tersebut ialah:

1. Teknik Pernafasan.

  • Nafas adalah tali kesedaran kurniaan Tuhan. Ia tanda peluang dan ruang yang dianugerahkan oleh Allah kepada setiap hamba-Nya yang hidup di muka bumi ini.
  • Nafas adalah tanda kasih sayang Allah yang tidak pernah putus-putus ke atas semua hamba-Nya.
  • Jadikan teknik pernafasan sebagai satu rutin harian. Bukan buat sekadar waktu mahu menangani stress, masa marah, saat sedih atau kecewa. Mulakan dengan berlatih teknik pernafasan pada waktu pagi, tengahari dan malam sebelum tidur.
  • Dengan nafas anda boleh merubah diri dalam banyak perkara. Ketika merasa Allah melalui nafas yang disedut hembus – adalah kunci kepada setiap persoalan, ujian-ujian yang anda tempuhi.
  • Di lapisan atasnya, nampak diuji dengan bisnes, customers, pasangan, rakan kongsi, ejen-ejen, anak-anak, ahli keluarga. Lihat di lapisan bawah semua watak-watak yang didatangkan dalam kehidupan kita.
  • Watak-watak yang hadir sebagai guru kehidupan datang dengan keizinan Tuhan saat Dia berkata ‘kun faya kun’, untuk memperhalusi hati dan keegoan kita.    

2. Refleksi Diri.

  • Sebaik teknik pernafasan menjadi rutin, badan kita akan dalam proses memecahkan corak. Proses yang berlaku secara berperingkat-peringkat.
  • Ini kerana setelah sekian lama sel-sel badan menjadi sebati dengan programming yang kurang baik. Minda separa sedar perlu di reprogram untuk dimasukkan saranan-saranan baru dan positif. Inilah ‘stage of self-reflection’.
  • Di tahap ini, pasti ada rasa penolakan atau ‘self-rejection’. Contohnya, datang bisikan-bisikan yang berkata ‘ah susahlah, rumitnya, payah ni, tak reti la…’
  • Sel-sel badan membentuk tindak balas kimia negatif. Semuanya sangat sukar. 
  • Ini bukan satu proses yang berlaku dalam masa sehari dua. Namun gabungan teknik pernafasan dan ‘self-reflection’ perlu dilakukan berulang-ulang kali.
  • Disarankan membuat selama 21 hari atau 33 hari atau 41 hari untuk memecahkan corak. Sepanjang proses ini berjalan, sel-sel dalam badan dapat berubah secara semulajadi, langkah demi langkah.

*Semoga dengan perkongsian ini akan dapat membantu anda dan juga orang yang tersayang untuk memastikan diri sentiasa kekal tenang dalam apa-apa rintangan yang mendatang.

Artikel ini telah diterbitkan dengan kebenaran penulis. Untuk artikel penuh, sila baca di sini.

Penulis: Nik Fatin Fuadi

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.