Bagaimanakah cara untuk membuat pemilihan table top dapur yang betul, menarik, dan tahan lama?

Setiap orang inginkan sebuah mahligai yang cantik luar dan dalam. Namun para isteri tentu mengimpikan reka bentuk dapur yang selesa, menarik, cantik untuk membangkitkan mood memasak setiap hari.

Artikel pada kali ini, kami akan berkongsi kepada anda tips pemilihan table top dapur yang perlu anda tahu kerana ia merupakan perkara utama yang perlu ditekankan bagi sebuah ruangan dapur.

1. Marble (Natural Stones)

table top dapur

Salah satu pilihan utama untuk table top dapur ialah granit atau marble. Granit adalah sejenis batu semula jadi yang terdapat dalam pelbagai warna dan corak.

Material ini pilihan popular yang tahan lama dan lasak sehingga membolehkan granit tahan terhadap hentaman dan kerosakan yang kasar.

Selain itu, bahan ini tahan panas, menjadikannya pilihan ideal untuk dapur. Anda bebas untuk memilih warna dan tona yang sesuai dengan estetika rumah anda atau pilih sesuatu yang akan menonjol dari seluruh bilik.

Kelebihan:

  • Permukaan tahan lama, licin dan tahan dari calar
  • Mampu tahan lama dan api yang tinggi
  • 100% kalis air
  • Warna kekal dan tidak luntur walau digunakan dalam jangka masa yang lama
  • Tampak mewah
  • Pelbagai variasi corak dan warna pilihan

Kekurangan:

  • Harga yang mahal
  • Berat
  • Mudah retak dan pecah
  • Sukar untuk dipasang

2. HPL (High Pressure Laminate)

table top dapur

Untuk pengetahuan anda, 70% kandungan HPL adalah kertas. High Pressure Laminate (HPL) adalah banyak lapisan kertas yang direndam dengan bahan resins dan digabungkan (bonded together) menggunakan kepanasan dan juga tekanan.

Sama seperti bahan yang digunakan untuk pembuatan pintu melamine tetapi ketebalan untuk table top ini dua kali ganda dari melamine.

Kelebihan:

  • Harganya yang berpatutan
  • Tahan panas
  • Mudah untuk didekorasi

Kekurangan:

  • Kurang daya tahan kepada bakteria, bahan kimia, dan karat
  • Kurang daya tahan kepada keadaan yang extreme

3. Quartz stone

table top dapur

Quartz adalah pilihan ideal jika anda tidak mempunyai bajet tetapi inginkan penampilan batu semula jadi seperti marmar atau granit.

Material ini diperbuat daripada kira-kira 90 peratus zarah quartz , dicampur dengan mineral lain untuk menghasilkan produk yang kuat dan tahan lama yang tahan terhadap pewarnaan.

Kelebihan:

  • Permukaan tahan lama, licin dan tahan dari calar
  • Mempunyai daya tahan haba dan api yang tinggi
  • Mempunyai daya serapan hentakan yang baik
  • Tidak mudah retak atau pecah
  • 100% kalis air
  • Pelbagai variasi corak dan warna
  • Tampak mewah dengan kesan kilat batu asli
  • Warna kekal dan tidak luntur walau digunakan dalam jangka masa yang lama

Kekurangan:

  • Harga yang mahal
  • Bukan 100% kalis panas dan haba
  • Berat

4. Aluminium

Aluminum adalah salah satu dari logam yang berunsurkan bahan kimia yang digunakan untuk pelbagai produk termasuklah bahan binaan.

Kelebihan:

  • Tahan anai-anai
  • 100% kalis air
  • Mudah dicuci kerana permukaan kabinet daripada material yang licin
  • Mudah dibentuk
  • Tidak mudah berkarat

Kekurangan:

  • Mudah tercalar
  • Perlu lebih teliti dalam pemilihan
  • Suka dibentuk

5. Tiles

table top dapur

Jenis table top dapur dari material tiles memang sangat popular digunakan sehingga ke hari ini.

Ia adalah pilihan yang murah untuk dapur dengan ciri-ciri seperti keras, tahan lasak dan tahan haba.

Walaupun begitu, saiz setiap tiles boleh menghalang kefungsian bahagian atas meja, menjadikannya lebih sukar untuk menyediakan makanan dan menjaga kebersihan

Kelebihan:

  • Meningkatkan nilai harta tanah
  • Mempunyai daya tahan haba dan api yang tinggi
  • 100% kalis air
  • Boleh dibuat mengikut kehendak sendiri, custom made

Kekurangan:

  • Memerlukan pemasangan yang teliti dan profesional kerana ia boleh memberi kesan kepada jangka hayatnya
  • Terdapat kesan sambungan di bahagian antara setiap tiles

6. Solid surface

table top dapur

Bahan permukaan pepejal atau solid surface diperbuat daripada campuran zarah akrilik dan resin yang telah ditekan ke dalam kepingan untuk mencipta table top dapur.

Bahan jenis ini mula-mula direka sebagai alternatif kepada countertop batu semula jadi, yang dicipta oleh penciptanya untuk meniru material asli yang lama.

Kelebihan:

  • Harga lebih murah dibandingkan dengan batu asli
  • Permukaan tahan lama dan licin
  • Tahan haba dan panas
  • 100% kalis air
  • Pelbagai variasi warna dan corak boleh dipilih
  • Tidak mempunyai kesan sambungan

Kekurangan:

  • Tidak mempunyai kesan kilat seperti batu asli
  • Mudah calar oleh objek tajam
  • Mudah kusam dan warna akan luntur

7. Wood top

Kayu telah digunakan untuk pembinaan rumah, kerusi, meja dan banyak lagi, jadi tidaklah mengejutkan jika ia digunakan untuk permukaan atas perabot di dapur.

Jenis kayu yang digunakan biasanya terdiri daripada maple, oak, jati, abu, atau mungkin juga buluh, memberikan anda pelbagai pilihan untuk dipilih bagi menampakkan nilai estetika dapur anda.

Kelebihan:

  • Mesra alam
  • Tahan lasak
  • Boleh digunakan dalam jangka waktu yang lama

Kekurangan:

  • Sifat kayu berserabut bermakna permukaan meja boleh tercalar
  • Bernoda dan mudah terbakar
  • Perlu dilap dengan minyak untuk sentiaswa nampak baru
  • Mudah tumbuh cendawan dan bakteria

Selain dari tips berkenaan pemilihan table top dapur ni, anda juga boleh baca artikel kami yang menarik tentang dapur seperti:

Sumber:

  1. Tabletop Materials – Which One Should You Use? Indesign Live Asia
  2. Types of Countertop: How to Choose the Best Material for Your Kitchen. Popular Mechanics
  3. Types of Countertops for Your Kitchen. The Spruce

Penulis: hannani

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.