Mencari smartphone terbaik 2022 Malaysia yang berkualiti tinggi dan menjadi pilihan ramai? Banyak kriteria yang boleh anda lihat dari segi rekaan bentuk, tahun dilancarkan, jenis kamera, memori, storage serta banyak lagi kelebihannya.
Mungkin anda ingin berjimat cermat tetapi inginkan smartphone yang benar-benar berkualiti dan terbaik untuk kegunaan jangka masa panjang. Pasti ada yang sesuai buat anda.
Jom lihat 10 smartphone terbaik 2022 Malaysia berkualiti pilihan ramai. Mungkin ia juga adalah pilihan anda!
Oppo Reno7 sangat sesuai untuk anda yang mencari smartphone dengan kualiti kamera terbaik standing kamera dslr. Kamera belakang adalah 64 MP manakala kamera hadapan 32 MP. Kamera dilengkapi dengan LED flash, panorama untuk kamera belakang, selfie serta HDR.
Dengan system pemprosesan CPU MediaTek MT6877 Dimensity 900 5G (6nm), Oppo Reno 7 5G ini mempunyai storan 8 GB RAM dan 256GB ROM. Baru dikeluarkan pada Januari 2022, Oppo Reno7 A mampu memuatkan 2 sim dan menyokong microSD untuk penambahan storan.
Bukan itu sahaja, peranti ini menyokong pengecasan pantas dan anda hanya memerlukan lebih kurang setengah jam untuk mengecas sehingga penuh dari 0%.
Menariknya peranti ini kerana dapat menyokong rangkaian 5G. Terdapat dua warna yang ada dipasaran iaitu Ceramic White dan Glaze Black. RAM 8GB dan 12GB diperuntukkan manakala sebanyak 256GB dan 521 GB untuk memori.
Reka bentuk pasti membuatkan anda teruja untuk memilikinya kerana unik dari yang lain. Peranti ini kelihatan eligant dan yang penting kalis air. Ketahanannya berlipat ganda memandangkan ia diperbuat daripada seramik.
Skrin pula diperbuat daripada Corning Gorilla Glass Victus dengan IP68. Ia menyokong penggunaan pen stylus. Anda tak perlu risau jika smartphone anda jatuh ke dalam air sedalam 1.5 meter atau jatuh dari ketinggian 2 meter kerana ia masih boleh berfungsi.
Peranti ini menggunakan Android 12, One UI 4.1 yang dikuasakan CPU Qualcomm SM 8450 Snapdragon 8 Gen 1 (4 nm). Dengan storan 8GB RAM dn 128GB ROM, pasti dapat menyimpan pelbagai fail. Bukan itu sahaja, malah peranti ini sesuai untuk mereka yang membuat kerja menggunakan smartphone.
Samsung Galaxy S22 Ultra ini juga mempunya kamera utama dan kamera depan yang cantik. Kamera belakang adalah 108MP manakala kamera 40MP.
Kapasiti bateri pula adalah 5000 mAh dan menyokong pengecasan pantas sebanyak 45W. Selain itu, model Samsung ini menyokong Bluetooth 5.2, wiFi dan system GPS. Dengan adanya IP68, ia kalis terhadap air.
Ditawarkan dengan cip prosesor Octa-core (5 nm) ia juga dipadanlan dengan 8GB RAM dan storan 128GB ROM, sesuai untuk anda yang ingin menggunakan ruang yang besar. Seperti Samsung Galaxy S22 Ultra 5G, peranti ini juga menggunakan Android 12, One UI 4.1.
Anda pasti rambang mata untuk membuat pilihan kerana mereka menawarkan 4 warna menarik iaitu hitam, putih, pink dan biru lembut.
Untuk kamera pula, anda pasti dapat menghasilkan gambar dengan lebih jelas kerana kamera selfie adalah 32MP manakala kamera utama 64MP. Video yang dihasilkan juga lebih lancar dan mampu menghasilkan perincian yang lebih ‘smooth’.
Pasti ramai yang tahu iPhone 13 pro max mempunyai kelebihan pada baterinya yang tahan lama iaitu Li-Ion 4532 mAh. Tak cukup dengan itu, dengan cip A15 Bionic, pasti melancarkan penggunaan peranti ini. Tak hairanlah ia tersenarai dalam smartphone terbaik 2022.
Dengan skrin 120Hz dipadankan dengan Dolby Vision pasti menyenangkan mata anda untuk menonton video atau menghadap skrin dengan lebih lama kerana gambar dan warna sangat berkualiti.
Kamera utama untuk iPhone 13 Pro Max adalah 12 MP seperti kebanyakan model sebelum ini namun masih dapat menghasilkan paparan yang berkualiti.
Kamera selfie 11T Pro adalah 16MP manakala kamera utama dengan 108MP. Pelbagai mod rakaman yang anda boleh cuba. Peranti ini turut mempunyai paparan Dolby Vision dengan skrin 120Hz.
Menggunakan cip Qualcomm Snapdragon 888 disesuaikan dengan 12GB RAM beserta storan 256GB UFS 3.1, pasti dapat memberi banyak ruang untuk penyimpanan fail.
Dengan bateri 5000 mAh, ia menyokong pengecasan pantas dengan kadar 120 Watt. Xiaomi menawarkan 3 warna menarik untuk model ini iaitu Moonlight White, Meteorite Gray dan Celestial Blue.
Realme GT Neo 2 mempunyai paparan skrin yang berkualiti dengan 120Hz, pasti warna yang dipaparkan kelihatan lebih jelas. Skrin pula menggunakan Corning Gorilla Glass 5.
Peranti ini dikuasakan oleh cipset Snapdragon 870 5G dipadankan dengan storan 8GB atau 12GB RAM. Bukan itu sahaja, bateri juga pasti tahan lama kerana diperuntukkan 5000 mAh dan menyokong pengecasan pantas dengan kadar 65W. Anggaran 36 minit diperlukan untuk mengecas dari 0% sehingga 100%.
Kualiti kamera juga baik dan dapat menghasilkan kualiti gambar menarik kerana kamera hadapan dengan 16MP manakala kamera utama 64MP.
Dengan storan 8GB dan 128GB RAM beserta 128GB atay 12GB RAM, sudah tentu anda dapat menggunakannya dengan puas lebih-lebih lagi untuk membuat kerja atau bermain game. Cip yang digunakan pula adalah Qualcomm SM8450 Snapdragon 8 Gen 1 (4 nm).
Peranti ini menyokong Bluetooth, WiFi, GPS, 5G dan banyak lagi. Kamera depan pula sekadar 16MP manakala kamera utama adalah 64MP, namun masih dapat menghasilkan kualiti gambar yang cantik.
Bateri yang diperuntukkan adalah 5000 mAh, memang tahan untuk penggunaan tempoh yang lama. Bukan itu sahaja, Red Magic 7 5G turut mempunyai pengecasan pantas dengan kadar 135W bersamaan 15 minit untuk mengecas penuh dari 0%.
Realme X3 Superzoom mengendalikan kuasa pemproses Qualcomm SM8150 Snapdragon 855+ (7 nm). Storan pula 12GB RAM dan internal memori sebanyak 256GB. Kedua-duanya mampu menyokong fail yang besar, aplikasi dan game yang berat.
Selain itu, kamera utama dibekalkan dengan 64MP manakala kamera hadapan 32MP. Bateri yang diperuntukkan pula adalah 4200 mAh. Dua warna anda boleh pilih iaitu putih dan biru.
Huawei Mate 30 Pro telah menjadi kesukaan ramai kerana ciri-cirinya yang sangat menarik dan canggih. Bagi penggemar fotografi dan video, anda memang patut membeli smartphone ini kerana kamera utama dengan 40MP manakala kamera selfie 32MP.
Ia juga menggunakan versi 5G pada rangkaian selularnya. Menarik lagi, ia sangat sesuai untuk anda yang menggunakan telefon untuk urusan kerja, bermain game atau sebagainya untuk seharian kerana bateri smartphone ini mencecah 4500mAh. Pasti tahan lama!
Berikut adalah 10 smartphone terbaik Malaysia 2022 yang berkualiti boleh anda dapatkan. Jom baca juga smartphone terbaik Malaysia bawah RM500, smartphone terbaik Malaysia bawah RM 2,000, smartphone terbaik Malaysia bawah RM1,00 dan Produk Hilangkan Parut.
Pandangan di atas tidak mewakili pendapat Bidadari. Ianya adalah penulisan perkongsian dan pendapat penulis.