Sambal jantan ini sedap kalau makan dengan nasi putih dan ulam. Cicah ayam goreng pun sedap. Sambal jantan inilah yang selalu dihidangkan bersama nasi di warung makan. Sambal ini rasa dia memang pedas tapi sedap sangat.

Sambal ini boleh buat stok simpan dalam peti ais untuk tahan lama. Nanti kalau mahu makan tinggal cedok saja sambal itu. Sambal jantan sedap dimakan dengan ayam goreng, ikan goreng, dan daging goreng. Makan bersama nasi putih padu betul rasanya.

Sambal jantan hanya menggunakan garam, gula, dan cuka untuk membangkitkan rasa. Selain itu ianya pula tidak dimasak di atas api. Untuk lebih jelas, sila baca resepi sambal jantan Afy AL Habibi di laman Facebook.

Resepi Sambal Jantan

Imej via Facebook

Bahan-bahan :

  • Segenggam cili padi merah,
  • 2 sudu besar gula,
  • ½ sudu kecil garam (atau masukkan sedikit-sedikit),
  • 2 sudu besar cuka,
  • ½ cawan kecil air suam,

Cara-cara :

  1. Kisar semua bahan di atas hingga lumat dan sedia untuk dimakan.

Resepi Menarik Lain

Selain sambal jantan, kami juga menulis resepi lain yang mendapat perkongsian ramai, sila baca dan cubakan. Jangan lupa like dan share resepi ini ya. Terima kasih telah berkunjung ke laman web kami.

Penulis: Rahayu Z

Pelajar yang menyukai kartun dan muzik. Memiliki hobi menulis mendorong ia untuk berkarya dan berkongsi di Bidadari.my

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


error: Content is protected !!
.